Taiping with love
Singgah di Taiping last week, teringat plak first trip aku dengan my girls pada tahun lepas. Kononnya nak buat weekend breakaway la. Nak pegi night safari bagai. Tapi disebabkan menunggu some of them habis kerja, pukul 9 malam baru gerak dari KL. Sudahnya sampai Taiping dah dekat pukul 12 lebih tengah malam. Night safari apanya yang ada. Dah la masa sampai2 tu kena tahan kat roadblock pasal penumpang belakang tak pakai seatbelt. Nasib baik lepas.. maklumlah ada gadis2 hot kat belakang. Kalau aku kena.. sah2 la kena saman kan?? Anyway.. sampai je Taiping kitorang pusing cari hotel. So checkin la semalam kat Hotel Furama.. dekat dengan Taman Tasik. Okay la hotel ni, bersih, harga pun murah.
Pagi tu lepas siap2 dan checkout semua, kitorang pergi cari brunch kat town since jam pun dah kul 11 pagi. Pusing punya pusing jumpalah food court kat tengah2 town ni. Tapi aku kureng sikit kat sini sbb one thing ada aroma yg kurang menyenangkan serta tempatnya tak berapa nak bersih. Sebab perut dah lapar dan malas nak berpusing lagi. kitorang makan je kat sini. Aku cuma order roti kosong + teh tarik saje. Yang hazabnya.. ada pulak sorang “akak kertu” dengan bedak setepek dan muka berpeluh2 kat meja sebelah dok usha2 meja kitorang. Sah2 la kat meja ni aku sorang je laki kan? Takkan “akak” tu lessi kot?? Since sebelah meja “akak” tu ada this one Chinese family dengan sorang baby boy and baby girl.. saje je ckp kuat2 “I don’t like girl.. I like boy… “. Motif????? Since takde sape melayan dia.. lepas dia makan, time lalu kat meja kitorang, siap cakap “Balik dulu la ye… “. Peramah betul orangnya.. Hehe.
Lepas abis makan, kitorang pegi ke Zoo Taiping (since semalam tak dpt nak pegi Night Safari). Lepas beli tiket dan masuk, we spent like sejam lebih pusing2 dalam tu. Macam2 jenis binatangss ada noo… dari gajah yg horny, rusa babi, badak sumbu putih, ghimau… pendek kata macam2 lah. Pusing dlm tu pun naik tram sbb nak berjalan pun cam malas je.
Dah puas melawat binatangss, kitorang pegi ke Taman Tasik Taiping. Bai seperti biasa.. suka beraksi lompat melompat. Then kitorang naik boat ride kat situ. Cuaca masa memula tu elok je. Tak sangka plak bila dah sampai kat tengah tasik, tetiba hujan yg maha lebat. Cam nak terbalik boat. Dengan tempias bagai. Nasib baik la tak tenggelam time tuh.. So bila hujan dah reda, kitorang gerak ke Kuala Sepetang nak pekena mee udang. Ni mmg dah ada dalam plan sejak azali. Cari punya cari, akhirnya sampai juga area Kuala Sepetang. Kat sini byk gerai yg jual mee udang antaranya Mee Udang Mak Jah tapi kitorang pilih Mee Udang Mak Teh sbb nampak gerai dia cam okay. Aku seperti biasalah kalau mencuba haruslah mengutamakan nafsu serakah! Hahaha.. So aku order mee udang banjir berharga RM12 semangkuk dengan 4-5 ekor udang besar. Memang cukup puas hati! Udangnya sgt fresh.. isi kenyal dan kuahnya pun superb! Azz pulak order nasi dengan sambal udang, Nisha order Meehoon Udang.. takde komplen punye!
So bila dah kenyang, kitorang balik semula ke bandar Taiping mencari cendol dan pasembur yg katanya femes kat sini.. Cendol Ansari. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa gak tempat makan ni. Tempat dia tersembunyi sikit. Kitorang order la cendol dengan pasemburnya. Frankly aku rasa takde la special mana pun cendol dan pasembur dia ni. Biasa2 je.. Maybe tekak aku kot. Tatau lah. Sedap lagi Pasembur Shariff Muslim kat Gurney Drive Penang tu.
Lepas habis aktiviti makan memakan ni, maka pulanglah kami ke KL. But on the way tu sempat lagi singgah R&R beli jambu bagai.. Aktiviti makan semestinya bersambung lagi.. 😀
Wah memang semangat betul mengupdate ni hehe.. Gambar2 pun cantik.
hehe.. makasih. baru2 ni semangat le.. tatau la bertahan ke tak ni 😀