Sharing is caring

Ini juga adalah post untuk kejadian yang telah sebulan lebih berlaku. Hehehe.. Kesibukan plus kesihatan yang terganggu menjadikan semangat untuk update blog terkulai di tengah jalan.

Apapun, trip ke South Korea ini adalah merupakan trip yang telah dirancang since last year 2011. Memula aku berangan nak pergi sorang. Pastu ajak Bie, Nisha, Bai dan Azz. Pastu Bie ngan Nisha tak jadi. So yang confirm Bai ngan Azz je. Makanya bertigalah pergi rasanya. Tapi pastu Eric join diikuti oleh Kerul dan last skali Ajie yang telah melengkapkan group yang dinamakan “Kpop Tuiii” ini. Trip yang dirancang ni adalah selama 9 hari 8 malam iaitu pada 12-20 Oktober 2012. Gigih aku mentelaah Korean Tourism punya website bagi membuat itinerary selain daripada mengusha blog-blog kat internet pasal South Korea. Trip kami cover Seoul kebanyakannya dan Busan (southern coastal city) selama sehari.

Day 1: LCCT – Incheon – Jong-ro

Okay, cukuplah intro tu. So, pada hari bertolak, filte kami delayed selama 40 minit. Dari 8.50 pagi membawa ke 9.30 pagi. Tapi Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki di Incheon Airport pada jam 5.15 petang waktu tempatan.

At Incheon International Airport

Bila selesai berurusan dengan kastam dan ambik luggage, kami terus pergi beli “T-Money” kat kedai serbaneka untuk digunakan masa menaiki subway nanti. So lepas top-up T-Money, kami ambil AREX train dari Incheon ke Hyungik University, then tukar ke subway Line 2 ke Euljiro 3-ga. Pastu transfer lagi ke Line 3 untuk ke Anguk Station. Beewon Guesthouse yang aku book ni terletak kat area Anguk Station ni. Memang macam nak tercabut kaki berjalan turun naik tangga kat subway ni. Sampai guesthouse pun dah pukul 9.00 malam. Totally exhausted sampai terpaksa cancel Hangang River Cruise yang dirancang pada first day ni. Pihak Beewon bagi kami satu bilik besar di roof top yang sememangnya terbaik untuk monyet-monyet yang tak pernah diam cam kami ni.. hahaha. So aktiviti pada malam pertama ni hanya keluar mencari membeli nasi di mart dan merehatkan kaki sepanjang malam.

Pagi hari ke-2 di rooftop Beewon Guesthouse

Day 2: Gyeongbokgung – Insadong – Cheonggyecheon Stream – Dongdaemun – Namdaemun

Pada hari kedua ni, kami bangun awal sebab ikut itinerary-nya memang banyak tempat hendak dituju. First destination kami adalah Gyeongbokgung Palace, yang sebenarnya terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami.

Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace ini terletak di bahagian utara Seoul, awalnya dibina pada tahun 1395, kemudiannya dibakar dan terbiar selama hampir 300 tahun, sebelum dibina semula pada1867. Kompleks istana ni sangat besar sehinggakan hampir 3 jam berada di dalam ni. Sudahnya, cancel lawatan untuk 2 palaces yang berikutnya iaitu Deoksugung dan Changdeokgung.

Tiket masuk ke istana ni berharga 3000 won (lebih kurang RM8.50). Dan kebetulan masa kami keluar dari subway station Gyeongbokgung, ada sekumpulan student tengah buat voluntary job sebagai English-speaking tour guide untuk lawatan di istana ni. Free je servicenya sebab ini sebahagian daripada ko-kurikulum mereka. So, our guide ni nama dia Lee – a 14 years old student. Gigih dia bercerita pasal sejarah istana ni dan bawa kami pusing ke segenap pelusuknya. Punya la besar. Daripada rumah Maharaja ke rumah Permaisuri, nenek Maharaja dan lain-lain.

Monumen di hadapan Geunjeongmun (Gate) and Yeongjegyo (Bridge)
Eric selalu termiss dlm gambar..
Rendang sungguh pohon ini…

Selepas puas berpusing dalam istana ni, kami berehat sekejap di cafe yang terletak berdekatan dengan Royal Banquet Hall. Lee pun dah selesai menjalankan tugas. Maka diserahkan borang untuk menilai prestasinya. Harus la aku bagi semuanya 5 star kan!!! Hahaha.. Well, he did a good job pun. Sangat gigih explain semua benda. Sempat juga usha souvenir kat gift shop kat sini. Tak beli apa pun sebab takde yang berkenan di hati.

Abang-abang pengawal istana πŸ˜›
Guard exchange ceremony

On the way nak balik tu, kami sempat singgah di Gwanghwamun gate (main dan south gate). Kononnya nak bergambar dengan abang-abang guard di situ. Kebetulan selepas snap beberapa pics, ada upacara pertukaran guard macam di Buckingham Palace tu. So, kami tunggu la kejap tengok selain daripada merakam upacara berkenaan. Habis je upacara tu, kami terus ke Insadong untuk mencari makan. Kelaparan!!!!!

Insa-dong

Sebenar-benarnya Insadong ni terletak within walking distance je dari guesthouse kami. Ia merupakan kawasan komersil menjual art & craft yang terkenal. Tapi kat sini slightly mahal berbanding dengan di Namdaemun. So kalau nak beli souvenirs, cari di Namdaemun saja. Macam-macam aktiviti ada kat sini. Pemuzik jalanan, demo membuat “kkultarae” (Korean honey candy) dan lain-lain. Masa kat sini pun kebetulan ada konsert free. Tapi sebab bukan artis Kpop yang famous, malas aku nak layan. Hahaha.

Demo membuat “kkultarae” – honey candy. Sedap kuih ni. Inti kacang

Anyway, kami ke sini sebenarnya nak cari makanan. Tapi so far masa jalan-jalan takde pun jumpa kedai-kedai yang meyakinkan. Sehingga mata terpandang satu signboard “Little India Cafe”. So kami lunch di sini. Cafe ni menyediakan makanan halal walaupun beer/liquor dijual bagai. Tapi as long as dia serve halal lamb/beef/chicken, tu pun dah cukup baik untuk kami. Interior dalamannya memang menarik dengan segala hiasan bermotifkan India dan Middle-East. Tapi dari segi harga pulak, di sini memang mahal. Aku order lemonade + set nasi putih with mutton curry berharga 21500 won (lebih kurang RM60!!!.. bapak mahal!). Rasanya pulak, memang ala2. Yelah kalau kat Malaysia kita dah biasa makan mamak kan? Curry kat sini mild je rasanya. Jadi, ini adalah kali pertama dan terlast kami makan sini. Hahaha. Tengah-tengah makan tu, terdengar bunyi dentuman gendang bagai di luar jalan. So kami jenguk ke luar tingkap, rupanya tengah ada cultural parade dekat sini. Layankan aje. Unik dan menarik.

Cultural parade di Insa-gil, jalan utama di Insadong

Cheonggyecheon

Selepas makan di Insa-dong, kami singgah di Cheonggyecheon Stream sebelum menuju ke Dongdaemun. Cheonggyecheon Stream ni adalah kawasan rekreasi yang terletak di downtown Seoul. Dulunya, sungai ni sangat tercemar tapi setelah dibangunkan, ia menjadi tarikan pelancongan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Dalam erti kata lain, tempat lepak warga kota selepas habis kerja selain tempat bercengkerama pasangan-pasangan muda serta port untuk makcik-makcik tua berkumpul dan bergossip. Masa lalu tu, siap ada this group of elderly people sedang buat small concert nyanyi sesama mereka. Kau hado???? Anyway, memang tenang berada kat sini. Dah la airnya bersih dan jernih (boleh nampak ikan semua), banyak pokok-pokok pula tu. Saujana mata memandang! Dan aku cuba bayangkan kalau Sungai Klang/Gombak or Sungai Segget kat JB tu jadi macam ni.. bukan ke bagus!

Sungai Segget jadi camni, aku cium tapak kaki Pak Ghani! πŸ˜›
Ramai umat di sini sebenarnya

Kat sini kami menyusuri sungai ni sepanjang beberapa kilometer (tak ingat berapa km tapi apa yang pasti, kaki memang na tercabut!!) untuk sampai ke Dongdaemun, tempat membeli-belah pakaian yang terkenal di Seoul.

Dongdaemun

Dongdaemun adalah district yang terkenal untuk shopping pakaian, fabrik, leather, kasut, aksesori dan macam-macam lagi lah. Selain daripada market, kat sini pun banyak mall yang menawarkan barang-barang berkenaan. Tapi masa kami pergi kat Pyonghwa Clothing Market tu, macam dah nak tutup. Pastu barangan yang dijual semuanya dalam bulk/borong. Dari segi design pulak, aku tak berapa suka sebab ni lebih kepada fesyen pakcik-pakcik!! I kan masih remaja Kpop lagik! Hahaha. So memang aku tak beli apa pun kat sini. Maybe sebab dah petang dan dah nak tutup, so tak dapat nak usha apa benda sangat pun. Tapi kata orang kat sini kalau nak shopping brooch, comforter set, fabric memang terbaik lah! Masa last day sebelum balik tu, Ajie ada beli comforter kat sini. Memang lembut fabricnya. Kat Malaysia takde kot. Harganya 60,000 won (lebih kurang RM168.00). Puas hati sebab memang berkualiti. So, kepada makcik-makcik yang kaki shopping kain, langsir dan keronsang bagai.. ini adalah syurga anda!

Namdaemun Market

Namdaemun Market adalah traditional market yang terbesar di Seoul. Macam-macam ada kat sini. Like Petaling Street kat KL. Makanan, pakaian, kasut, beg, souvernirs.. dan macam-macam lagi. Memang sesak kat sini. First thing yang kami buat kat sini adalah membeli dan membaham honey dew… Omaigaddddd!!! Buah honey dew nya sangat manissssss dan very der juicy!!! 34 tahun dok Malaysia memang tak pernah jumpa honey dew selazat itu. Aku tak ingat baper aku bedal masa first time datang tu.. Sebelum balik Malaysia pun singgah lagi sini semata-mata dan jamu buah ni sampai kenyang! Hahaha.

Barang kat sini boleh tahan harganya dan boleh tawar-menawar. Aku just beli kasut dengan “Uncle Gangnam Style” tu (setelah disaiko oleh bebudak ni suruh beli sebab designnya menarik), selain dari sweater dan t-shirt. Tak lupa juga dried seaweed serta souvenirs untuk kengkawan di Malaysia. Like I said, souvenirs kat sini memang lebih murah berbanding di Insadong. So, kalau nak borong souvenirs, carilah kat Namdaemun Market ni.

Uncle Gangnam ni memula nampak ganas. Tapi pak lawak sebenarnya!
Shopping souvenirs kat kedai auntie ni.. dpt free gift lagi


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.