Sharing is caring

Part 2 ni aku akan ceritakan aktiviti pada hari kedua dan berikutnya iaitu menaiki Mekong River Cruise dan City Tour.

Mekong River Cruise

Pakej ni kami ambil setelah dioffer oleh sorang mamat bernama Hanafi ni semasa lunch di Basiroh. Pakej yang dioffer ni berharga USD35.00 (lebih kurang RM105.00) merangkumi breakfast dan lunch, aktiviti Mekong River cruise, naik sampan kecil menyusuri canal, melawati honey-bee farm, coconut candy di Unicorn Island (menyeberang Sungai Mekong) dan ke Chinatown. Actually ada juga ke Hard Rock Cafe tapi kami cancel that part sebab dah penat. Hahaha. Kalau korang berminat nak ambil pakej ni, tanyalah nombor telefon Hanafi kat makcik di Basiroh tu. Yang bestnya pakej dari Hanafi ni ialah bilangan orang yang diambil sedikit je. So satu van tu dalam 6-8 orang je la.

Mekong River Cruise ni adalah pada hari kedua. Van tour datang ambil kami di hotel seawal jam 8.00 pagi. Diorang dah siapkan breakfast iaitu tuna/sardin sandwich dengan air mineral. Cukup untuk mengalas perut sepanjang perjalanan. Perjalanan nak ke sana mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Sampai di terminal, kami disambut oleh tour guide kami yang bernama Tuwet (yang bermaksud salji). So our first aktiviti kat sini adalah menaiki bot menyeberang dan menyusuri Sungai Mekong yang luas ni untuk ke Unicorn Island. Nak seberang lebih kurang 10-15 minit la camtu. Apabila sampai di jeti Unicorn Island, kami ke honey bee farm dahulu, yang ketika itu disambut oleh seorang makcik yang memegang sekeping papan (tatau istilahnya) yang dipenuhi dengan lebah-lebah. Di sini kami disajikan dengan air teh yang dicampur madu, royal jelly, perahan limau nipis dan sedikit campuran bee pollen. Dan ada juga kudap-kudapan seperti halwa halia, kerepek pisang dan lain-lain. Ini semua produk-produk yang dijual di sini. So aku pun belilah satu pek bee pollen yang berharga USD5.00. Jangan tidak kan..Yang lain tu semua mahal. Haha..

Menunggu bot untuk river cruise
Tu antara bot-botnya
Tuwet, our tour guide
Macam Penang Bridge pun ada. Luas sungai Mekong.. dah macam laut
Makcik kontrol macho
Hidangan teh o dengan madu
Aku beli bee-pollen ni je. Khasiat tinggi katanya

Selesai lawatan kat sini, kami pergi ke another side iaitu di perusahaan membuat coconut candy. Antara produk yang dijual selain daripada coconut candy ni adalah sabun yang diperbuat daripada minyak kelapa. Aku pun beli gak candy ni sebagai buah tangan balik Malaysia nanti. Masa test rasa candy yang baru dibuat tu sedap la. Tapi balik rumah aku try satu.. ya ampun.. melekat-lekat kat gigi. Tapi layan gak. Hahaha. Anyway, kat sini pun ada dijual hasil-hasil kraftangan, beg-beg tangan, baju dan lain-lain, yang katanya lebih murah dari Ben Thanh. Ye ke? Aku tengok antaranya ada gak yang lagi mahal sebenarnya. So memang aku tak membeli pun kat sini. Tengok sahaja ya. Tapi ada this one sling bag daripada kulit lembu asli berwarna biru suade yang dijual dengan harga USD25. Cantikkk.. Menyesal pulak tak beli. Hahahaha..

Coconut candy in the making
Proses membungkus candy
Sabun daripada minyak kelapa
Candy yang dibawa balik sebagai ole-ole. Hazab makan benda ni ya!
Gerai menjual pelbagai jenis beg
Segala macam cenderahati pun ada

Selepas tu, kami dibawa duduk dan disajikan dengan jamuan ringan berupa buah-buahan tempatan (dragon fruit, mango, ciku, nenas dan tembikai) sambil menikmati alunan suara gadis-gadis Vietnam yang comel berbusana tradisi.. chewaahh.. Antara lagu yang dinyanyikan adalah.. ermmm.. aku tatau pun sebenarnya. Tapi last sekali tu diorang pi nyanyi lagu Aku Budak Kampung by Jimmy Palikat. Alaa.. lagu feveret Rossy M. tu… Tu la agaknya surprise yang dikatakan oleh Tuwet sebelum persembahan tu. Lepas habis menikmati jamuan ringan dan persembahan tadi, kami dibawa menyusuri dusun buah-buahan sebelum sampai di jeti untuk menaiki sampan. Sampan kecil ni dikemudikan oleh kebanyakannya kaum wanita dan ia boleh dinaiki seramai 4 orang + 2 pendayung depan dan belakang. Pengunjung di sini dibekalkan dengan topi tradisional Vietnam (ala-ala tudung saji tradisional tu). Menyusuri sungai kecil ni lebih kurang 15-20 minit dan kita dapat saksikan pemandangan yang jarang kita lihat seperti pokok-pokok nipah dan lain-lain. Bak kata Tuwet, “Vietnam Amazon”. Menarik juga. Mengingatkan aku masa naik bot di Damnoen Saduak, Thailand. Bila dah habis naik sampan ni jangan lupa bagi tips okay. Farah bagi tips RM2 kat pendayung depan dan makcik tu bising mulutnya marah. Not RM1 tak laku kot kat sana. Tapi aku pass RM4 kat pendayung belakang dia okay je. Mungkin dia ni jenis bersyukur kot. Hahaha. Maybe derang expect USD atau dong yang lebih tinggi.. Biaq pi la.. Hahaha.

Hidangan buah-buahan pencuci mulut
Gadis-gadis ayu ni mendendangkan lagu masa kami makan
Melalui dusun untuk sampai ke jeti ni
Sampan-sampan yang sedia dinaiki
Meriah pulak bot-bot kat sini
Menyusuri anak sungai dan pohon-pohon nipah
Sampan kami ni slow.. selalu kena potong
Tenang je suasana kat sini
Sebelum balik terminal, kami dijamu ngan air kelapa

Lepas habis, aktiviti Sungai Mekong ni yang mengambil masa 2 jam lebih ni, kami singgah di terminal tadi dan Scabs sempat membeli t-shirt untuk familinya. Sakan dia nih! On the way pulang, kami dibawa singgah di sebuah masjid untuk makan tengahari. Ini termasuk dalam pakej. Menurut Musa (tour guide) kat area situ susah nak cari makanan halal. So that’s why kami ke sini. Sampai di masjid kami dijemput oleh imam (agaknya la) ke meja yang telah tersedia. Aku rasa ni mungkin side-income for masjid untuk tambah dana mereka. It’s a good idea dan senang untuk pengunjung Muslim. Menunya pula cukup meriah. Dengan nasi, sup kentang, ikan masak sambal kicap, lauk ayam, sotong dengan sayur kubis, kerabu mempelam dan sambal, sudah cukup buat aku menambah nasi. Sedap okayyy!!!! Selesai makan, kami pulang ke hotel, tapi sebelum tu kami singgah ke Chinatown (bawa our Sabahan friends yang aku mentioned tadi) untuk shopping kat kedai kain yang kami pergi semalam. Sampai kat hotel, abang botak dah siap menunggu dengan membawa baju-baju yang kami tempah semalam. Puas hati!!!!

Sebelum balik, sempat sambar lagi
Lunch kat masjid ni
Tu dia lunch kami untuk hari ni
That’s our new friend, Ismat dengan wifenya from Sabah
Kerabu mangga
Ikan masak sambal kicap
Sotong goreng dengan sayur-sayuran
Ayam masak kunyit.. kot?
Sup kentang
Bergambar dengan imam (mungkin)
Tengah test baju yang abang botak buat 😀
Repost lagi gambar baju ni… suker!!! 😛

Pada hari ketiga pulak, kami mulakan dengan brunch di Restoran Kampung Melayu. Tak ingat reason kenapa tak makan di Basiroh, mungkin sebab penuh atau “pho” takde lagi. So di sini aku order Kuew Teow Goreng.. so so la rasa dia dan mahal la juga. “Pho” pun ada jual kat sini, tapi harganya dua kali ganda dari Basiroh ya.. iaitu 120,000 dong (lebih kurang RM18.00). Mahal kan? Tapi bila fikir balik, itulah harga yang harus kita bayar untuk mendapatkan keselesaan, makan di dalam bilik hawa dingin dan bebas daripada gangguan penjual-penjual jalanan yang kadangkala merimaskan semasa kita tengah menjamu selera. So, pilihlah mana yang anda mahu.😛

Sempat je pompuan tu enter-frame
Jalan lagi ke Nguyen An Ninh
Antara menu di Restoran Kampung Melayu
Nasi Goreng Appa.. yang warna hitam tu sedap. cam inti pulut panggang
Kue teow goreng.. biasa je la

Lepas brunch, kami ke Ben Thanh sekali lagi. Diorang ni dok usha lagi apa nak diangkut balik. Aku ikut saja. Try jugak air buah kat dalam market ni. Manis gile kau!!! Confirm potong kaki. Hahaha. Dan aku sempat gak beli biji teratai untuk dibawa balik sebagai cenderahati tapi sebenarnya tak sempat nak bagi sebab aku dah habiskan kat rumah. Selesai aktiviti menghabiskan duit, kami merayap sekitar bandaraya ni untuk membuat city tour. Actually pakej ni pun ada disediakan kat hotel, tapi memandang boleh berjalan kaki.. so jalan je la kan.

Cuba jus buah dalam Ben Thanh
Si penjual lidah pelat dan tebal.. tapi comel sebutannya
Mata meliar tengok sana-sini.. huh.. pompuan!!!

Ho Chi Minh City Tour

City tour kami mulakan dengan berjalan kaki dari Ben Thanh Market berdasarkan map yang kami dapat di hotel. Tak cover banyak tempat pun, Just singgah at this one mall (Ben Thanh versi mall – yang harga barangnya lebih mahal sedikit). Kat sini aku belikan baju baby untu anak buah. Then jalan lagi menuju ke Ho Chi Minh City Museum, kemudian ke Supreme People’s Court of Vietnam, then ke Reunification Palace dan last sekali ke Notre Dame Cathedral. By the way, hati-hati dengan penjual air kelapa kat sini. This one guy depan City Museum tu baiklah, but yang sorang lagi yang aku terserempak kat depan People’s Court tu memang haram. Dia suruh kita bawa kendong dia konon-konon untuk bergambar pastu cepat-cepat kupas kelapa suruh kita beli. Jerat sangat! Dah la satu bijik dia jual 50,000 dong! Cekik darah setan!!!! So kalau ada diorang ni approch, cepat-cepat tolak dan buat tak tahu. Jangan terkena macam saya ya. 🙁

Ho Chi Minh City Museum
Supreme People’s Court of Vietnam
Reunification Palace
Aksi sebelum kena pau dengan si penjual air kelapa lahanat tu..
Notre Dame Cathedral. Nak berjalan ke entrance dia pun malas
Park di hadapan Notre Dame Cathedral
The makciks.. hahaha

So selesai city tour ni kaki memang tahap barai lah.. Dengan peluh yang mencurah-curah. So balik bilik lepak sampai malam. Dan malam kami dinner dan cuma keluar ke pasar malam sekitar Ben Thanh Market saja. Dah macam pasar malam Malaysia. Berlambak je baju kurung, tudung dijual kat sini. Lepas beli sedikit cenderamata, balik ke bilik aku kemas-kemas apa yang patut sebab esok malamnya dah nak balik Malaysia.

Dan hari terakhir di Vietnam, takde apa sangat yang kami buat. Pagi tu keluar lewat sikit sebab menunggu tailor hantar baju yang diorang tempah lagi tu. Pastu lunch kat Basiroh, jumpa Anddie ngan Along yang baru sampai dari KL semalam. Kecewa sebab “pho” dah habis dan ada semula jam 3 petang. Takdan menunggu, so aku just makan nasi dengan ayam goreng dan sayur. Lepas makan balik area hotel. Sempat melepak di gerai air buah auntie sebelum singgah di spa opposite hotel ni buat foot massage selama sejam. Best okay! The rest pegi buat body massage. Lepas selesai massage, balik bilik, kemas barang dan get ready untuk ke airport.

“Pho” dah abis.. bedal nasi je la
Jumpa Anddie ngan Haris yang baru sampai semalam. Jaga-jaga, budak mulut lahar dah kat belakang tu. 😛
Berjalan-lesu pulang ke bilik.. cuti nak abis dah kan
Pekena fruit shake auntie sebelum mengucapkan selamat tinggal.. sob sob
Tu Farah ngan Rahmat punya beg yg pegi kosong dan balik beranak pinak
Mak Jemah shopping tak hengat! Penuh ngan barang dia je

Sengaja sampai awal di airport walaupun flight kami malam. Takut la kalau-kalau ada masalah nanti, plus dengan masing-masing (selain aku) yang dah cuak takut luggage terlebih berat. Nasib baik la tak. Kesemua fully utilised limit 20kg sorang tu. Dan Alhamdulillah, selamat sampai di tanahair juga. Memang akan kembali ke Saigon mungkin bulan Jun sebelum puasa. Shopping raya y’all!!! Hehehe.

Anyway berikut adalah kesimpulan/tips aku tentang Ho Chi Minh City:

  • Cuaca – masa kami datang ni (April 2013) memang panas. So bawalah baju nipis-nipis sahaja. Tak payah berangan nak bawa baju ala-ala Kpop whatsoever ya. Dan bawalah krim berpelindungan UV so that balik takdelah kulit muka gelap macam orang itu (katanya…hehehe)
  • Currency – pendapat aku, better tukar USD kat Malaysia dan sampai di Saigon tukar ke Dong. Lebih jimat. Ringgit Malaysia laku di sana tapi bawa not RM50 sahaja. Not 10 dan 20 laku tapi akan ditukar dengan rate yang lebih rendah.
  • Teksi – naik teksi yang bermeter sahaja contohnya VinaSun supaya tidak ditipu harga tambang.
  • Bargain – kalau ada kawan yang pandai menawar memang advantage lah contohnya seperti kawan aku Farah ni. Aku memang tak reti la sangat. Kalau kat Ben Thanh tu tawarlah kepada 40-50 percent dari harga yang dia letak. Kalau agak-agak dia tak bagi, angkat kaki je.. dia akan panggil balik dan deal the best price for you.
  • Traffic – traffic kat sini memang gile. Selain penuh sesak dengan motorsikal.. korang akan confuse apakah fungsinya lampu isyarat itu. Mungkin sebagai perhiasan sahaja. Hahaha.. But jangan takut nak lintas. Macamana pun diorang akan slowkan kenderaan dan bagi kita laluan. Sehari semalam kami kat sini, skill melintas dah okay dah.. 😛
Vinasun antara teksi bermeter yang boleh dipercayai

p/s: Tak sempat pun nak cover Cu Chi Tunnel semua.. next time je la… shopping lagi penting. Hahaha..


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.