Sharing is caring

‘Everland ~ Dreams Become Reality, the Land of Year-Round Festivals!’

Day 4: Everland

On the 4th day, kami plan untuk pergi ke Everland, taman tema yang pertama dibuka di South Korea dan juga salah satu daripada taman tema yang terdapat di negara ini. Jika trip sebelum ni aku pergi ke Lotte World, so this time around tukar la pulak.

Untuk ke Everland Resort ni, kami menaiki subway ke Gangnam Station, dan kemudiannya mengambil bas bernombor 5002 ke Everland. Harga tiket aku tak ingat, tapi perjalanannya hampir sejam lebih juga. Apabila sampai di Everland Resort bus station, kami menaiki shuttle bus untuk pergi ke taman tema ni.

Everland ni terbahagi kepada 5 seksyen iaitu American Adventure, Magic Land, European Adventure, Zoo Topia dan Roller Coasters. Terdapat juga seksyen tambahan iaitu Global Fair yang menampilkan struktur binaan berkonsepkan Timur Tengah, Perancis, Spain dan lain-lain. Tiket untuk masuk ke sini berharga 38,000 won seorang. This is for daytime ticket. Pelbagai jenis games/rides/shows yang boleh kita main dan lihat di sini. But ada juga yang ditutup semasa winter. Tapi kat sini kami tak main banyak game pun. Cuma antara yang kami naik adalah sky cruise and roller-coster. Yang lain tu malas nak beratur panjang, bersaing dengan budak-budak remaja ni. Maklumlah aku ni dah senja. Hahaha. Kami lebih banyak berjalan, bergambar dan mencuci mata (bukan ada apa pun.. hahaha).

Untuk mengisi perut, kami hanya membeli waffle dan churro. Firr sempat membelasah tteobokki (dia dah mengidam lama sangat nak makan benda ni). Setelah hampir 3 jam setengah di dalam taman tema ni, kami terus balik. Kena pula bas nak balik ke Gangnam tu penuh… merasalah hampir 2 jam berdiri. Rasa nak tercabut kepala lutut aku! So bila sampai Gangnam terus ambil subway balik Myeongdong, and had our dinner kat Myeongdong Seafood Restaurant tu, pekena apa lagi… galchi jorim dengan ikan bakar lah!

Nothing much yang aku boleh cerita kat sini sebabnya bagi aku takde apa sangat yang menarik since aku ni bukan jenis suka main game atau beriadah kat tempat-tempat camni. Tapi kalau siapa yang suka cartoon characer seperti Porroro, Madagascar dan lain-lain, sure enjoy kot. Tapi okay lah pergi sekali but mungkin next trip ke South Korea aku takkan ke sini lagi rasanya.

Day 5: Seoul Square Ice-Skating, Gyeongbokgung & Cheonggyecheon Stream

Pada hari ke-5 ni, kami just pusing-pusing sekitar Seoul ni sahaja. Seperti biasa, selepas lunch di Chicken Dakgalbi kat Myeongdong tu, kami singgah sebentar di Twosome Coffee milik Siwon Super Junior. Tak beli apa pun, singgah pergi toilet je… hahahaha. Tapi sempat la juga merayap kat beauty shop bawah cafe tu, walaupun keluar dengan tangan kosong sahaja.

So next destination kami ialah Seoul Square Ice-Skating yang terletak di Eulji-ro. Ia merupakan outdoor rink. Masa kami sampai tu, rink belum dibuka lagi., tapi yang menunggunya dah ramai. Admission fee ke sini adalah sebanyak 1,000 won untuk sejam. Erol dengan Firr je yang main. Aku malas sebab dah serik asyik tergolek dog masa try kat Sunway Pyramid dulu. Cukup la sekali dulu. Takde kerja aku nak repeat lagi. So, masa derang dok main tu, aku just tengok je la selain daripada menjadi macai tukang ambil gambar. Dan tukang gelak juga bila tengok orang tergolek-golek jatuh. Hahaha. Tapi memang happening la tempat ni. Tambah pulak dengan cuaca yang sejuk, alunan muzik Kpop yang kuat daripada dari speaker di sekeliling, sangat meriah.

Selesai derang ni main ice-skating, kami menuju ke Gyeongbokgung pulak. Takde la jauh sangat. Tapi sayang, masa pergi this time, tempat ni tutup plak. So tak bolehlah masuk. Just ambil gambar dari luar sahaja. Then berjalan di area Gwanghwamun Square ni yang terletak di hadapan Gyeongbokgung. Spent like few minutes kat sini mengambil gambar di sini dan di Statue King Sejong.

Selepas tu, sekitar jam 5.00 petang kami berjalan menuju ke Cheonggyecheon Stream. Takde la jauh sangat, tapi penat juga la nak menapak. Bawa la Erol menyusur sekejap kat anak sungai ni. Oh! By the way, semasa kat area ni, terserempak dengan Nazim Othman and the geng yang time tu memang datang ke Seoul untuk shoot drama. Kalau tak silap tajuknya Gerimis Salju Nami Nara.

Until it was restored in 2005, Cheonggyecheon Stream existed only as a neglected watercourse hidden by an overpass. Today, it has been transformed into a haven of natural beauty amidst the bustle of city life. ~ KTO website

Anyway, lepas penat berjalan, singgah kat coffee shop, Twosome Place untuk mengisi perut dan merehatkan kaki. Tapi sebab utama nak lepak cari wifi untuk upload gambar kat IG. Hahaha. Alasan je tu. Tapi memang lenguh pun kaki, so lepak kat sini sampai sejam lebih.

So, that’s it lah hari ke-5 kami di Seoul. Keesokkan harinya plan nak ke World Cup Park pula.

Day 6: World Cup Park

The World Cup Park was built to commemorate the 17th FIFA World Cup. Opened in May 1st, 2002, the park was once a 15-year-old landfill that held over 92 million tons of garbage. It took 6 years to stabilize the waste and an additional year to build the actual park itself.

Destinasi kami pada hari ke-6 ni adalah Haneul Park dan World Cup Park yang terletak di Mapo-gu. Ia bersebelahan dengan Seoul World Cup Stadium. Since hari ni just pergi ke sini je, so kami keluar lewatlah sikit. Aku pun dah tak ingat camne nak ke sini but one thing for sure seingat aku kami singgah ke Cheongnyangni Station dulu untuk membeli tiket ke Nami Island. Selepas selesai membeli, kami terus ke sini. Perjalanan agak jauh juga. But takde nak pergi mana pun hari ni, so takde lah rushing sangat.

Sampai kat exit subway di World Cup Stadium, kami berhenti bergambar sekejap kat sini, then terus berjalan dan berjalan… actually kinda lost jugak sebab tak sure kat mana park ni. But on the way tu, berhenti la juga kat satu dua tempat untuk bergambar kat mana-mana nampak pokok yang togel (winter katanyerrr.. padahal kat Malaysia banyak je pokok kering/mati kan? Taknak pulak bergambar kan? Hahaha..) Anyway, berjalan punya berjalan akhirnya sampai jugak ke park ni. Actually kami dah lalu dah, but sebab tak berapa sure lokasinya, tu yang terlepas tu.

Nak naik ke World Cup Park ni kena melalui 200 lebih anak tangga. Ya ampun!!! Pakcik dah ler letih kaki berjalan.. ni naik daki tangga lagi??? Memang la hazab. So aku slow-slow je la mendaki tangga tu. Nasib baik cuaca sejuk. Kalau panas, jangan harap la aku nak naik. But bila sampai kat atas, hilang sikit penat lelah bila melihat pemandangan sekeliling. Nampaklah the stadium itself, Hangang River dan persekitarannya. Lama jugak kami kat atas ni.. dekat 2 jam lebih. Firr merayap ntah ke mana sampai ke Haneul Park. Aku ngan Erol just kat sini je. Ber-camwhore. Dia lah.. aku tak sangat okay! Hahaha.

So, lebih kurang jam 5 lebih kami bergerak balik ke Myeongdong. Satu hal la lagi nak menapak pergi ke subway station pulak kan? Memula tu singgah la jugak kat mall sebelah stadium tu unutk dinner. But tak jumpa kedai makan yang okay dan yang tak meragukan, so we decided to have our dinner kat Myeongdong je.

And bila sampai Myeongdong, kami dinner di Lotteria pekena shrimp burger. But before balik bilik tu, sempat lagi tapau chicken kebab from this halal gerai kat situ. Pedas hawau!!! Bahana mintak extra sauce.

So, tu je la aktiviti pada hari ke-6 ni. Penat and lenguh gile kaki. But untuk next trip, aku tak rasa akan ke sini lagi. Nothing much to see. Cuma yang membuatkannya menarik adalah fakta tempat ni yang asalnya merupakan kawasan landfill yang telah bertukar menjadi sebuah taman rekreasi.

Jumpa di Part 3 nanti. =)

South Korea ~ Winter 2014 Part 1/3
South Korea ~ Winter 2014 Part 3/3


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.