Sharing is caring

This is the most anticipated trip in my whole life! Sebab apa? Kerana aku dah plan trip ni berkurun lamanya dan tanggal Januari 2014 barulah terlaksana. So, kiranya post aku kali ni pun adalah untuk travel dah back-dated ya. Hahaha.. sorry la sebab aku malas gile nak update.

Ini merupakan trip aku kali ke-3 ke South Korea. Ah! Aku memang dah jatuh cinta dengan bumi kimchi ni sejak dari kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini, dan aku memang berjanji pada diri sendiri yang aku akan datang ke sini at least setahun sekali. Entahlah.. Seoul terlalu istimewa di jiwa ini.. gituuuuuu!! 😛

Okay, untuk trip kali ni aku pergi dengan member aku, Firr (yang memang satu kepala dengan aku dalam bab South Korea ni) dan seorang lagi teman aku, Erol. Trip kami adalah selama 10 hari 9 malam dan pada musim winter. Aku memang tak pernah ada pengalaman dalam musim ni, apalagi bermain dan melihat salji yang sebenar, paling sedih pun main salji tiruan kat Genting Highlands, so that’s why trip kali ni memang sangat-sangat aku tunggu. Orang jakun la katakan. Baju-baju untuk winter trip ni pun aku dah start plan dan beli seawal bulan puasa 2013 lagi. Hahaha.. gile bersemangat kan?

Seperti biasa, flight ke Incheon kami pilih jam 8.00 pagi. Thanks to Isman sebab sudi hantar kami awal pagi ke airport selepas bermalam di rumahnya. Alhamdulillah, selepas 6 jam lebih kami selamat mendarat di Incheon International Airport. Selepas membeli T-Money untuk Erol, kami menaiki bas ke menuju ke Myeongdong. Tiket bas berharga 10,000 won seorang.

Day 1: Myeongdong

Sampai di Myeongdong, kami terus checkin di Namsan Guesthouse 2 yang dah kami pre-booked sebelum datang ke sini. Bilik yang kami pilih adalah jenis ondol atau typical Korean style, tidur di atas heated floor tanpa katil. Memang selesa sebab tilamnya tebal, bantal dan comforternya empuk sekali.

So lepas checkin dan letak barang, tanpa berlengah kami terus keluar ke Myeongdong untuk makan malam. Tempat yang dituju haruskan kedai kegemaran aku, Myeongdong Seafood Restaurant yang menjual galchi jorim atau asam pedas yang sangat lazat itu. So, kami pun mengorder galchi jorim, ikan bakar dan juga pajeon. Cukup untuk 3 orang makan sampai pengsan.

Selesai makan malam, kami berjalan di sekitar Myeongdong sambil menikmati cuaca sejuk di sini. Sempat juga membeli strawberry yang sangat gebu, besar dan manis yang semestinya aku tak boleh lepaskan. Sebab last time masa autumn tak nampak pula buah ni. Yang ada kebanyakannya peaches. But this time, banyak stall yang menjual strawberry. Musim dia kot. Erol pula sempat shopping winter snow cap yang comel. Sesuai dengan muka dia.

Lepas puas berpusing, kami pun balik ke bilik. But sebelum tu, singgah di kedai serbaneka membeli coffee dan kudap-kudapan. Mana tahu malam-malam yang sejuk ni nanti kelaparan kan? Sampai bilik, rehat dan menanti hari esok untuk ke Dongdaemun dan N-Seoul Tower.

Day 2: Doota Mall (Dongdaemun) & Namsan Tower

Bangun je pagi-pagi, punyalah sejuk. Lebih kurang 3°C. So, daripada nak mandi, kami golek-golek semula. Dekat jam 11 lebih barulah kami keluar. Dah masing-masing bersiap sikit punya lama especially orang tu, nak set rambut bagai **unmensi**. First, pergi isi perut dulu. Kali ni, kami pergi ke Chicken Dakgalbi dekat Myeongdong. Firr yang suggest sebab dia pernah pergi ke sini. Chicken Dakgalbi ni adalah restoran yang menghidangkan nasi goreng yang dimasak di depan kita. Actually nasi gorengnya biasa je. Just nasi, Korean chilli paste, sotong dan daun bawang. But the experience tu yang membuatkannya rasa lain. Selain nasi, kita boleh memilih sama ada ramyeon, tteobokki dan kita juga boleh menambah sama ada nak letak cheese, isi ayam (memang la aku tak ambil kan sebab ni ayam pancung!) dan lain-lain lagi. Tapi yang penting, tiada kelibat Encik Porky di sini. Dan untuk lunch ni, kami hanya memilih seafood fried rice. Harga untuk seorang ialah 5000 won. Yang best kat sini ialah kita boleh ambil kimchi, sliced cabbage dan pickled radish seberapa banyak yang kita mahu. Aku kat sini sangat gumbira sebab boleh makan kimchi sampai pengsan! Hahaha.

Selesai lunch, kami terus menaiki subway ke Dongdaemun untuk ke Doota Mall. Tapi kali ni, aku takde beli apapun. Just usha-usha je. Tak macam pergi masa last autumn. Shopping sakan! Tapi Erol dan Firr sempat la juga merayap kat sini. Aku just lepak kat cafe je. Tak larat nak jalan sangat. Faktor usia barangkali. Hahaha. Lepas lebih kurang 2 jam kat sini, kami ke next destination iaitu N-Seoul Tower di Namsan Hill. Tapi masa on the way nak naik subway, Erol sempat shopping satu trench coat yang designnya memang cantik! Harga bila convert dalam RM200 lebih. Berbaloilah sebab Korean design memang ada kelasnya tersendiri plus oppa yang menjual tu memang peramah ya amat.

Kami sampai di Namsan Hill lebih kurang jam 4 lebih, almost 5.00 p.m. Kali ni naik ke atas dengan cable-car. Kalau sebelum ni aku just ambil bas kuning and berhenti kat kaki Namsan Hill, then menapak sampai ke atas. Agak semput la juga masa tu. Umat manusia kat area N-Seoul Tower ni memang tak pernah kurang. Sentiasa ramai je. So, kat atas ni apa je la kan aktiviti selain daripada ber-camwhore. Di segenap penjuru ya. Actually seronok tengok Erol sebab this is his first time datang ke Seoul. Teringat pulak masa first time aku datang sini masa Autumn 2012 dengan geng “K-pop Tuiii” aku. Rindu pulak mereka. Anyway, suhu kat atas bukit ni jangan cakap lah. Sejuk giler. Merasalah keluar asap bila bercakap kan? Hahahaha.. so jakun! Anyway, tak naik pun tower tu. Just lepak-lepak kat bawah ni je. Lama juga kami melepak kat sini. Sampai lewat petang. Dan untuk balik ke hotel, kami just jalan kaki je sebab jarak antara hotel kami dengan tempat ni takde la jauh mana. Seronok bila menuruni bukit sambil bergelak dan berborak sepanjang jalan.

Since dah malam, so kami terus ke Myeongdong for dinner. Memang takde tempat lain la kan. Singgah kedai biasa pekena galchi jorim. Then lepas kenyang makan, seperti biasa aktivitinya, takde lain selain daripada mengambil angin dan mencuci mata di Myeongdong ni. Oh! Masa merayap kat sini, aku terjumpa satu seluar tidur yang sangat comel dan selesa yang berharga 10,000 won (dalam RM20 lebih). Aku beli yang bercorak lembu dan Erol punya bercorak zebra. Serious comel! Bila sampai bilik tu, try lah guna masa nak tidur, selesa gile la wehhh. Tapi yang sedihnya, the next day tu, yang aku punya rabak kat punggongnya.Yang hairannya, Erol punya okay la plak. Tajamkah pungkoq aku???? Membazir duit je beli. Huhuhu..

Demikianlah berakhirnya hari kedua kami di Seoul ini. Tido awal sebab esok plannya nak ke Yongpyong Resort pada awal pagi. Tapi memalam buta tu, aku terpaksalah berjaga sekejap sebab kena update urgent job client aku. Nasib baiklah Firr bawak lappynya yang comel tu. Kalau tak memang takdan aku nak buat kerja. Thanks Firr!

“Take a deep look…it is so beautiful in here…why live in the shadow world only with memories.” ~ Min Hyung to Yu Jin, Winter Sonata

Day 3: Yongpyong Ski Resort

Pada hari ini, kami bangun awal gile untuk ke Yongpyong Ski Resort. Ye lah, faham-faham je la kan masing-masing bila nak bersiap. Yongpyong ni terletak lebih kurang 2 jam setengah perjalanan dengan menaiki bas. Kami keluar seawal jam 7.00 pagi, menaiki subway ke Jamsil Station/Lotte World. Luckily Firr pernah pergi ke sini, so leads the way. Bus station ni terletak di luar Lotte World. Lebih kurang setengah jam menunggu bas untuk ke Yongpyong ni. Dengan suhunya -6°C, memang sejuk gile. Mundar-mandir.. tak boleh nak duduk diam. Untuk ke ski resort ni, basnya berwarna purple. Tiket ke sana lebih kurang 14,000 won sehala.

Kami sampai di Yongpyong sekitar jam 11 setengah pagi. Sampai-sampai kami terus ke Tower Plaza untuk beli return tiket di tour desk. Selesai membeli kami terus pergi ke Dragon Plaza untuk membeli tiket cable-car yang berharga 12,000 won. Seriously resort ni pack gile dengan pengunjung yang majoritinya datang untuk bermain ski. Aku memang malas nak try.. so lupakan sahaja lah. Purposely datang sini untuk merasa kesejukan berada di kawasan bersalji. Kasihan kan? But sebelum menaiki cable-car, kami lunch terus di foodcourt kat sini pekena prawn burger. Sepertinya itu sahaja yang boleh dimakan. Hahaha. Oh! By the way, Yongpyong Ski Resort ni seperti yang diketahui umum adalah salah satu lokasi penggambaran untuk drama Winter Sonata yang famous tu.  Banyaklah lokasi scene yang mereka highlight di kawasan ni seperti cafe, peak dan lain-lain.

Seperkara yang menarik semasa kami berada di sini adalah menurut ahjeossi yang satu cable-car dengan kami, malam sebelumnya salji turun di kawasan ni. So kiranya kami memang bernasib baik sebab salji tengah fresh dan pemandangannya memang menakjubkan!!! Putih bersih dengan langit yang kebiruan dengan sedikit awan, Masya-Allah… terpukau mata (walaupun gambar yang aku upload aku edit kurangkan saturationnya, but believe me, the view is simply breath-taking!). Dan tabiat cam-whore macam tak boleh ditahan-tahan lagi. Jakun la katakan. Hahaha. Sepanjang perjalanan dalam cable-car tu kami tak berhenti snap gambar. It was like, setiap view tu sangat cantik dan tak boleh dilepaskan.

Sampai di Dragon Peak, kami spent like 3 hours di atas tu meng-explore setiap ceruk selain mengambil gambar. Mulut tak berhenti-henti memuji keindahan kawasan ni. For those yang travel ke South Korea during winter, aku suggest wajib pergi tempat ni. Rugi kalau tak pergi ya.

Dan bila rasa dah nak beku tu, kami masuk semula ke dalam building, lepak kat cafe untuk panaskan badan. Memang relaks la datang sini. Rasa macam taknak balik je. Sekitar jam 4.00 petang, kami turun semula ke bawah menaiki cable-car, dan menghabiskan masa lebih kurang 2 jam kat situ sementara menunggu bas untuk pulang ke Seoul pada jam 6.30 petang. Kat area Dragon Plaza tu, kami terjumpa sebuah stall warga Turki yang menjual kebab. Since dah kesejukan dan agak lapar, kami order 3 chicken kebab. Sedap but aku punya pedas sikit (gatal kan pergi minta extra hot!).

So, sampai kat Seoul almost jam 9 lebih malam. Sebab dah kepenatan, makanya kami terus balik ke bilik sebab kaki dah tak larat nak berjalan.

Apapun, trip ke Yongpyong pada hari ni adalah trip yang paling best dan bermakna buat aku. Pemandangannya, memorinya memang takkan aku lupakan. Dan aku akan pastikan setiap tahun aku akan ke sini semasa winter! Hehehe. Yongpyong terlalu istimewa. Dan kepada anda di luar sana, datanglah ke Yongpyong kalau anda bercuti semasa musim sejuk. Seriously berbaloi! =)

See you in 2nd part ya.

South Korea ~ Winter 2014 Part 2/3
South Korea ~ Winter 2014 Part 3/3


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.