Sharing is caring

Tuscany ~ Image by Klaus Stebani from Pixabay
Florence, Italy ~ Image by MustangJoe from Pixabay

Time tengah melangut camni lah kepala otak aku melayang berangan pergi travel ke sana ke mari, Ni antara lokasi yang aku teringin nak pergi… Florence dan Tuscany di Italy. Berangan nak pergi Tuscany ni pun selepas tengok filem Letters to Juliet dulu yang banyak shoot di Siena, Tuscany. Bagi aku tempatnya sangat romantik.

Aku dah usha tour package ke sana. Range antara RM5,000 ke RM9,000… depends pada duration and destination. Aku kalau pergi jauh-jauh ke Europe nun, memang malas nak study sangat. Biarlah orang arrangekan. Kalau setakat negara-negara Asia ni okay la kot.

So, kalau dah nak sangat pergi tu, nampak gayanya kena start memenuhkan dana travel aku la. Kena skip few trips untuk merealisasikan trip ke sini. Ye lah.. aku bukannya kaya pun. Kalau asyik ke Seoul je.. bila zaman nak ke tempat lain. Kan? Tapi Seoul tu macam wajib je pergi tiap-tiap tahun.. Kampung katanya.. hahaha.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.