Sharing is caring

Zao Onsen is rightfully well-known for it’s spectacular “Ice Monsters”. One of the natural wonders of Zao Onsen, these can be found at the top of the mountain during the coldest months, usually from late December to the middle of March.

Ice monsters @Mount Zao ~ Image by changhohyun from Pixabay
Image by kusuda70 from Pixabay
Salam semua. Hari ni aku belum rajin lagi nak update pasal winter trip kat Seoul pada Januari lepas. Cuma aku nak share pasal travel wish list aku yang terbaru iaitu Yamagata!

Last week masa berborak dengan my friends, berceritalah serba sedikit pasal trip aku ke South Korea haritu. Aku cakap kat dia yang aku memang suka time winter. So dia suggest kat aku suruh pergi tempat dia belajar dulu di Yamagata, Japan. Dia kata tempat tu terkenal dengan “snow monsters”. But then masa tu tak berapa masuk la sangat kepala aku pasal Japan sebab aku memang seumur hidup aku suka Yong Pyong di South Korea di sinun. But, nama Yamagata itu memang aku ingat lah. Few days lepas tu, aku pun try Google Yamagata Snow Monster. Sekali amik kau! Mata terus terpukau dengan keindahan scuplture semulajadi di sini. Maka, secara automatiknya Zao Onsen, Yamagata termasuk dalam travel wish list aku untuk tahun depan.

For your info, “snow monsters” atau “juhyo” ni adalah terdiri daripada pokok-pokok konifer yang dilitupi dengan salji tebal. Fenomena juhyo ni sangat unik dan jarang didapati di mana-mana.

So, plannya Insyallah next year in January 2016 aku akan skip Yong Pyong semata-mata untuk ke sini. Memandangkan orang kata nak travel ke Japan ni mahal, so that’s why lah aku kena plan dari sekarang. Maybe aku plan nak spend few days sahaja di Tokyo dan selebihnya kat Yamagata ni. Dunno lah.. initial plan je. La ni pun dok study abit about Japan dan luckily I have one IG friend yang sudi kongsi pengalaman dia ke sini. Dia dah pergi Zao Onsen ni last year. Katanya suhu -10°C and windchillnya -25°C!!! Humang aiiii… tahan ke aku. Sedangkan hari tu kat Yong Pyong pun bila time angin dia kuat tunggang langgang aku berlari masuk dalam building. Tu pun rasanya tak lebih -10°C pun… camne la agaknya nanti kan?

Anyway, harap-harap wish list kali ni dapat direalisasikan. Excited plak bila tengok keindahan “snow monsters” kat sini. Nak main ski memang tak lah. Aku just nak menyaksikan dan menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.. gitu.. Hehe. So Yamagata.. see you next year.. Insyallah.

And more for info about Zao Onsen, korang boleh refer this link.

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.