Italy Autumn 2015: Day 1 & 2

Colosseum, Rome.

Alhamdulillah! Finally selepas berbulan-bulan menunggu since my last trip to Seoul awal Januari hari tu, hajat aku nak ke Italy akhirnya terlaksana. Trip ni aku dah rancang dari awal tahun, walaupun hakikatnya hajat nak ke Italy memang telah disimpan sekian lama, lebih-lebih lagi selepas menonton filem “Letters to Juliet” 3 tahun yang lalu. Bila tengok that movie, hati terus jatuh cinta especially melihat Verona dan Tuscany. Anyway, trip ini juga adalah hadiah harijadi untuk diri sendiri setelah penat lelah berkerja. Sekali-sekala nak juga la rehat kan?

Masa aku pergi ni currency rate €1 bersamaan lebih kurang RM5.00 ya. Oh, by the way, aku buat dalam 2 bahagian lah, sebab kalau semua sumbat dalam satu post berjela pula jadinya. So, marilah aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku di bumi Italy ni. Trip ini bermula pada 10 hingga 19 Oktober 2015 selama 9 hari termasuk 2 hari pergi dan balik.

Day 1: Kuala Lumpur – Abu Dhabi

First of all, terima kasih kepada kengkawan baik aku iaitu Bai, Eric dan Fadz kerana sudi menghantar aku dan Erol sampai ke airport. Terharu kita! Cuma Ajie dengan Lyss je yang tak berkesempatan untuk datang sebab ada hal lain. Flight kami adalah pada jam 8.15 malam. So, kami bertolak dari rumah seawal jam 3.00 petang untuk check-in awal. Sampai di KLIA sekitar jam 4.00 petang, terus siap-siap checkin dan menunggu sehingga jam 7.00 petang untuk boarding.

Rasa dah macam nak pi haji plak bila hantar ramai-ramai camni.

Perjalanan ke Abu Dhabi adalah selama lebih kurang 6 jam 45 minit. Punyalah lama dalam flight. Nasib baiklah naik Etihad dan ada onboard entertainment dalam bahasa Arab. Kebetulan ada rancangan khas untuk Warda, penyanyi Arab favorite aku, so takdelah bosan sangat. Koleksi lagu-lagu Arab pun banyak. Memang layan sungguh!

Asal ada lagu Arab, lama camne pun aku okay je.

So, kami sampai di Abu Dhabi sekitar jam 11.00 malam waktu tempatan. Alhamdulillah perjalanan smooth je. Dan transit di situ selama lebih kurang 3 jam 45 minit untuk menunggu flight seterusnya ke Rome.

Day 2: Abu Dhabi – Rome, Italy

Setelah hampir 3 hampir lebih transit di Abu Dhabi, kami bertolak ke Rome, Italy pada jam 2.45 pagi dan sampai di Fiumicino Leonardo da Vinci Airport, Rome sekitar jam 7.30 pagi waktu tempatan. Perjalanan lebih kurang 5 jam 45 minit. Apabila di kira-kira, hampir 16 jam 15 minit untuk kami sampai ke Rome dari Kuala Lumpur nih!

Mereput 3 jam lebih transit kat Abu Dhabi.

Selesai urusan imigresen semua, kami terus menaiki bas untuk itinerary kami pada pagi ini iaitu Rome City Tour selama lebih kurang 4 jam. Dengan muka serabai tak mandi, setakat sembur perfume banyak-banyak pun jadilah! Cuaca? Alhamdulillah sangat baik dengan langit yang biru dan udara yang nyaman. Terbaiklah!

Vatican City, Colosseum, Trevi Fountain & Spanish Steps

Selama lebih kurang 20 minit dari airport, kami sampai di destinasi pertama kami iaitu Vatican City, sebuah negara paling kecil di dunia yang dikelilingi Rome. Ia adalah pusat agama Christian Catholic. Fakta berkenaan dengan Vatican City ni silalah Google sendiri. Aku malas nak menaip.. hahaha. Anyway, masa kami sampai, punyalah sesak dengan umat manusia kat sini. Yang beratur untuk masuk ke St. Peter’s Basilica, Sistine Chapel dan Vatican Museums tu jangan cakaplah. Kami tak masuk pun. Just meronda di sekitar St. Peter’s Square dan Obelisk untuk snap few pictures. Souvenir pun tak beli sebab kebanyakannya gambar Pope je.

The Vatican City. Kalaulah cuaca semua tempat aku pergi ni sebaik cuaca di Rome ni.

Setelah hampir sejam lebih kat sini, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Colosseum, yang terletak di tengah-tengah kota Rome. Walau bagaimanapun, sebelum sampai ke sini, sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pelbagai tinggalan sejarah dari empayar Rome sehingga selepas Perang Dunia Kedua ni. Antaranya ialah Vittoriano (monumen yang dibina untuk menghormati Raja Vittorio Emanuele 2), Palazzo Venezia (yang di dalamnya ditemui secret bunker diktator Benito Mussolini yang dibina semasa WWII), Circo Massimo (tempat Benhur selalu berlatih), Roman Forum, Palatino dan banyak lagi. Dan one thing yang menarik perhatian aku adalah pokok-pokok di sekitar Rome ni nampak cantik. Aku tak sure jenis apa but aku memang belum pernah nampak lagi pokok-pokok camni.

Vittoriano.
Sisa runtuhan The Roman Forum.

Anyway, Colosseum merupakan sebuah amphitheatre yang dibina pada tahun 72 Masihi semasa pemerintahan Maharaja Vespasian. Ia adalah antara tinggalan Rome yang kekal sehingga ke hari yang berusia ribuan tahun. Macam tak percaya je bila tengok bangunan ni di depan mata. Dulu selalu tengok dari buku teks sejarah je kan. Memang gah bangunan ni. Masa kami datang ni pun sebahagiannya dalam proses restoration. Dan aku takdelah nak tawaf satu bangunan ni. Sekadar melihat di sekitar kawasan Arco di Costantino yang terletak di hadapan Colosseum ni.

** Tips: Benarlah apa yang aku baca kat blog, kat area ni memang ramai Bangladesh yang dok jual selfie stick bagai dan segala macam benda. Lagi satu, jangan terpedaya dengan pelawaan those yang pakai baju Gladiator/Trojan untuk bergambar. Sekali korang bergambar dengan derang ni, terus mereka mintak €20 (hampir RM100!). One of my friends here terkena sebab dia ingatkan free. After nego dia bayar €10 je (dekat RM50 juga la) kat mamat tu. So, jangan terpedayalah ya.

See pokok-pokok yang aku cakapkan tu. Dan si sepanjang jalan ni ramai Bangla dok jual selfie stick dan souvenirs.

Kami di area Colosseum ni lebih kurang setengah jam. After that, kami pergi ke shopping district yang terkenal di Rome yang terletak di sekitar Trevi Fountain dan Spanish Steps ni. Kami sampai di sini sekitar jam 1.00 petang dan tempat yang pertama dituju adalah Trevi Fountain.

Trevi Fountain atau dalam bahasa Italinya, Fontana di Trevi adalah pancuran air bercirikan Baroque yang terkenal dan terbesar terletak di daerah Trevi yang direka oleh Italian architect Nicola Salvi dan disempurnakan oleh Pietro Bracci. Apa yang ada kat sini? Hanya facade yang dipenuhi dengan patung-patung yang tak berapa nak ada baju! Hahahaha. Tetapi sayangnya, masa kami datang waktu ni, Trevi Fountain ditutup untuk kerja-kerja baikpulih. So, kami hanya dapat merakam foto dari luar tembok penghadang sahaja.

Sesak walaupun tengah baikpulih.

Satu lagi, ritual lazim yang dilakukan oleh pengunjung di sini adalah membaling coins ke dalam fountain ni. Katannya siapa yang membaling coins ni akan berpeluang datang ke Rome ni lagi. Aku tak buat pun. Membazir duit je.. dah la Euro mahal hawau! By the way, katanya ribuan Euro dikutip setiap hari kat fountain hasil “derma” pengunjung di sini. Tapi for sure takdelah sampai 2.6 billion ya! Hahaha.

Detailing pada facade Trevi Fountain.

Selepas melawat Trevi Fountain, kami menyusuri lorong-lorong kedai di sini untuk ke Spanish Steps. Spanish Steps merupakan laluan 135 anak tangga yang terdapat di Piazza di Spagna, kawasan membeli-belah yang terkenal di Rome ni. Againnnnnn… masa datang sini, stairway ni ditutup untuk kerja-kerja baikpulih. So, setakat bergambar di luar je la. Takdan nak mendaki tangga-tangga ni. Cisss!!!! Tapi sebenarnya, takde apa pun sangat. Anak tangga je kot. So, selepas bergambar serba sedikit kat sini, kami terus merayap di sekitar area ni.

Spanish Steps – sini pun tutup juga. Puihhh!!!

Di sekitar Piazza di Spagna dan Via Condotti ni memang penuh dengan cafe-cafe serta kedai-kedai barangan berjenama yang terkenal. Memang heaven la untuk yang gile barangan branded ni. Butik-butik jenama seperti LV, Gucci, Prada, Furla dan segala macam mak nenek memang bersepah-sepah. So, sediakan je la duit berkepuk-kepuk atau credit card. Confirm rambang mata korang nak memilih. Aku tak shopping apapun kat sini. Pakcik tak kayoooo.. Setakat beli sikit-sikit je souvenirs untuk dibawa pulang.

Piazza di Spagna yang penuh dengan lautan manusia.

** Tips: Kalau nak beli souvenirs seperti keychain/fridge magnet, silalah beli di sini. Seketul dalam €1 (lebih kurang RM5.00). Dah kira murah la tu. Jangan jadi macam aku, ingatkan nak beli masa hala balik kat Milan hari tu, sekali bila tengok kat Milan, harganya 5 kali ganda. Satu fridge magnet/keychain €5 (dekat RM25!!!). Mahal nak mampus hawau. Terus aku tak jadi beli dan pulang ke Malaysia dengan seribu sesalan! Hahaha.

Hampir 2 jam kami berada di sini. Sebelum pulang, kami singgah di sebuah restoran halal yang terletak di celah deretan kedai kat sini. Jangan tanya aku di mana tempatnya. Tu pun sorang mamat Bangla yang bawa kami ke sini. Jumpa masa dia dok pass flyers kedai makan tu. One of the workers kat situ pernah 3 tahun bekerja di Bandar Baru Bangi. So bolehlah berborak dalam bahasa Melayu sikit-sikit. La ni dia dah 5 tahun mencari rezeki di Italy. Kelas abang Bangla ni! Anyway, aku dengan Erol just had this so called Mexican Rice dengan Peri Peri Chicken. Sekali lunch terbang €15 (+ RM75.00). Tabahlah nak!

Tak berapa nak Mexican sangat pun. Takpe janji kenyang.

Selesai makan, kami bergerak ke tempat penginaapan kami, Cascina Palace yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari kawasan ni. Sampai hotel, lepas checkin kami berehat sekejap menghilangkan kepenatan. Lega gila hawau dapat mandi setelah sehari lebih tak dan nak mandi.

Boleh tahan hulu juga hotel ni.
Nasib baik bilik dia bersih dan selesa.

Sekitar jam 5.30 petang, kami keluar semula untuk dinner. Makan di Ristorante Indiano Himalaya’s Kashmir. Glemer ke idok namanya??? Hahahaha.. Menunya apa je, masakan India la. Nasi, kuah dal, kari and few others. Bedal je la janji kenyang. Nasib baik dia bagi cili. Dapat juga merasa pedas.

Kari, dal, kari, dal.. janji ada cili padi aku okay je.

Lepas makan, balik bilik dan rehat. Esoknya nak travel ke Florence pula.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer