Sharing is caring


** Note: Post yang dah hampir 5 bulan tergendala. Selamat membaca!**

Assalamualaikum semua. Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak kepada semua pembaca Muslim di luar sana. Disebabkan terlalu sibuk urusan kerja, takdan aku nak berkongsi pengalaman aku bercuti ke Lombok pada bulan May 2016 yang lepas, semasa cuti Hari Buruh.

So, la ni free sikit. Maka bolehlah aku coretkan serba sedikit pasal trip ni. Trip Lombok ni adalah selama 8 hari 7 malam bermula pada 30 April sehingga 7 Mei 2016. Memang aku plan agak lama sebab tujuannya memang nak relax kat pulau tu. Trip ni turut disertai oleh Erol dan 2 lagi kawan kami.

Itinerary

Basically, itinerary aku adalah seperti berikut:

30 April – 2 Mei 2016 (2 malam)
Senggigi: Senggigi Beach, Air Terjun Benang Stukel & Benang Kelambu
2 – 5 Mei 2016 (3 malam)
Kepulauan Gili: Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air
5 – 7 Mei 2016 (2 malam)
Kuta: Tanjung Aan, Summit, Mawun Beach, Selongbelanak Beach, Teluk Bumbang, Sade Sasak Village

Kalau ikut perancangan asal, aku bercadang nak naik Gunung Rinjani. Tapi bila baca few blogs yang menceritakan bertapa azabnya nak naik ke situ.. dan memikirkan diri aku yang tak berapa nak fit ni, aku lupakan sahaja niat tu. Maybe next time lah kan? Tunggu sado sikit. Hahaha.

Hotel

Penginapan sepanjang berada di Lombok ni aku book melalui Agoda.com. Aku suka book kat sini sebab kita boleh kumpul point dan bila dah banyak point tu, kita boleh redeem time nak book hotel.

Okay.. berikut adalah hotel yang aku stay di Lombok.

Puri Senggigi Hotel, Senggigi.
Senggigi: Puri Senggigi Hotel

📍https://maps.app.goo.gl/4N9udPQH6CZqQPYG7

Terletak berhadapan dengan Senggigi Beach tapi korang kena lintas jalan dulu lah. Takde direct access untuk ke pantai. Kena berjalan sikit atau ikut shortcut melintasi Sunset House Senggigi untuk masuk ke pantai. Hotel ni bertaraf 2 bintang dengan basic facilities. Ada kemudahan wifi. Biliknya okay. Bersih dan selesa. Takde segah mana pun. Kalau setakat nak rehat dan tidur tu okay lah. I’m fine with it. Bukannya nak memerap dalam bilik pun kan. Sah-sah siang ko keluar dan balik untuk tidur je… so I have no complaint. Bersekali dengan simple buffet breakfast. Sama ada nasi goreng atau mee goreng, telur goreng, keropok, buah-buahan dan air panas dan sejuk. Cukup lah untuk mengalas perut di pagi hari. Nothing much di sekeliling hotel ni. But ada satu kedai serbaneka dekat sini. Anyway, kalau korang nak lagi meriah, maybe boleh memilih untuk stay di Central Senggigi sebab kat situ banyak juga hotel-hotel, restoran serta kemudahan yang lain. Kiranya kat situ lebih happening lah.

Pondok Windy Bungalows, Gili Trawangan.
Gili Trawangan: Pondok Windy Bungalows

📍https://maps.app.goo.gl/jgkd5JpBetqTtPb4A

Terletak di bahagian utara Gili Trawangan (Gili-T), kawasan ni sunyi sedikit. Tak seperti di main area Gili-T yang sesak dan dipenuhi dengan restoran/bar. Tak jauh mana pun dari pusatnya. Dalam 10-15 minit berjalan kaki. If naik basikal, should be lesser than that. Dari segi kemudahan, seperti biasa je. Biliknya bersih dan selesa. Aku memilih sea view chalet. Tapi kalau siang hari agak kepanasan juga sebab chaletnya beratapkan ilalang. So, kalau buka aircond pun tak berasa sangat. Ada kemudahan wifi, pool, simple breakfast sama ada omelette, scramble egg etc. Staffnya peramah dan sangat membantu. Di hadapan chalet ni terdapat diving class. So, those yang berminat nak ambil kelas menyelam, bolehlah ambil kat sini.

Puri Rinjani Bungalows, Kuta.
Kuta: Puri Rinjani Bungalows

📍https://maps.app.goo.gl/7tSMmHkPMALpwdZo8

Ini adalah hotel yang terbaik sepanjang Lombok trip ni. Hotel bertaraf 2 bintang ni terletak di hadapan Pantai Kuta. Aku tatau kenapa rate 2 bintang walhal hotelnya sangat selesa dengan persekitaran yang tenang. Berkonsepkan senibina Bali, persekitaran hotel ni dihiasi dengan landskap yang menarik. Banyak pokok-pokok yang menghijau. Saujana mata memandang. Aku memilih small bungalow unit. Menarik konsepnya. Ada hammock di hadapan unit kita.. so boleh lepak kat situ. Hot showernya dan tekanan airnya bagus.. ni yang paling aku suka bila nak mandi. Ada kemudahan wifi dan penginapan bersekali dengan breakfast. Persekitannya nothing much. Kena merayap sikitlah kalau nak keluar mencari makan atau sebagainya. Anyway, kalau pergi ke Kuta lagi, aku tak keberatan untuk stay di sini lagi.

Khidmat Pemandu

Di Lombok ni aku menggunakan khidmat driver bagi memudahkan perjalanan kami. Namanya Fandy dan contactnya aku dapat dari member aku, Ajie and the geng yang pernah menggunakan khidmat beliau pada trip mereka sebelum ni. Bila mereka bagi good feedback tentang Fandy, so aku terus je Whastapp dia beritahu itinerary aku dan sebagainya. Senang berurusan dengan dia. Sangat peramah, very helpful dan suka bergurau. Kalau siapa yang berminat untuk menggunakan khidmat Fandy, boleh contact dia melalui Whatsapp di +6285338553612. Jangan lupa mention nama aku, Omar Al-Attas. Insyallah dilayan dengan baik.. hahaha. One thing yang best dengan khidmat Fandy ni, dia letakkan personal touch kat servisnya iaitu dia akan jemput kita makan di rumahnya dengan hidangan nasi balap. Trust me.. this is one of the best dishes in Lombok. Kena cuba! Nanti aku ceritakan dengan lebih lanjut.

Bersama Fandy (baju kuning) dan keluarganya.

Budget

Secara kasarnya, budget aku untuk Lombok trip selama 8 hari 7 malam ni adalah seperti berikut:

1. Return Flight
• KL-LOP: Date: 30/04/2016 3.35 pm – 6.45 pm
• LOP-KL: Date: 07/05/2016 7.15 pm – 10.25 pm
• Baggage 25kg (return) for 1 person only (aku ngan Erol share baggage)
• Insurance

RM 647.08

2. Accomodations (for 2 pax)
a. Senggigi: Hotel Puri Senggigi x 2 nights = RM 162.92
b. Gili Trawangan: Pondok Windy Bungalows x 3 nights = RM 579.81
c. Kuta: Puri Rinjani Bungalows x 2 nights = RM 388.19
Total: RM 1,130.92 / 2 pax

RM 565.46

3. Transportation (for 4 pax)
• Van + Driver = IDR 2,400,000
• Speed boat (return) Senggigi to Gili Trawangan = IDR 700,000
• Gili entrance fee = IDR 50,000
Total: IDR 3,150,000 (+ RM 945.00) / 4 pax

RM 236.25

4. Meal
• Estimated RM100.00 per day x 8 days

RM 800.00

Day 2: Air Terjun Benang Stokel & Benang Kelambu
• Entrance fee – IDR 70,000

RM 21.00

• Khidmat ojek (motorsikal) return Benang Kelambu – IDR 50,000

RM 15.00

Day 3: Gili Islands **Gili-T & Gili Meno
• Island Hopping Private Boat = IDR 400,000 per boat ~ 4 hours
Per person – IDR 100,000

RM 30.00

• Cidomo: Jetty to chalet = IDR 100,000 one way
Per person – IDR 50,000

RM 15.00

• Sewa basikal = IDR 40,000 x 3 hari
Per person – IDR 120,000
RM 36.00

Day 5: Gili Islands **Gili-T, Gili Meno & Gili Air
• 2nd Island Hopping Private Boat = IDR 680,000 per boat ~ 4 hours
Per person – IDR 170,000

RM 51.00

• Cidomo: chalet to jetty = IDR 150,000 one way
Per person – IDR 75,000

RM 22.50

Other expenses
• Shopping, souvenirs, massage, movie, etc

RM 1,000.00

TOTAL ESTIMATED COST: RM 3,439.29


So, begitulah lebih kurang budget aku sepanjang 8 hari berada di Lombok. Selesai bercerita tentang budget, mari aku share serba sedikit pengalaman bercuti di pulau ni.

Day 1: Kuala Lumpur – Senggigi, Lombok

Seperti biasa, first of all, thanks to Bai sebab dia menjadi supir yang sangat setia menghantar aku dan Erol ke airport setiap kali pergi bercuti. Selesai urusan check-in luggage, we had our lunch first sebab kelaparan yang amat sangat. Dan flight kami sepatutnya berlepas pada jam 3.35 petang, ditunda sehingga jam 4.30 petang. Merasalah melangut sejam kat situ.

Seperti biasa, Bai tetap setia menghantar kami ke airport setiap kali bercuti. Thanks Bai!

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lombok International Airport pada jam 7.15 malam. Flightnya pun smooth sahaja. Selesai urusan imigresen, di luar airport, Fandy (our driver/tour guide) menyambut kedatangan kami. Fandi menghadiahkan kami sehelai kain tenunan buatan tempatan setiap seorang. Ala-ala muffler camtu.

Seterusnya, kami dibawa ke Rumah Makan Nada Alam Nyaman di Mataram yang menghidangkan Nasi Ayam Taliwang, salah satu makanan tradisi Lombok. Ia terdiri daripada nasi putih, ayam goreng dan sejenis sambal. Katanya pedas, tapi bila aku makan, biasa je. Yelah, aku kan hantu pedas! Nasinya nampak sikit je tapi bila dah makan, cukup mengenyangkan.

Di RM Nada Alam Nyaman dengan muffler pemberian Fandy.

Aku order nasi ayam goreng taliwang, plecing kangkung (seperti gado-gado) dan jus kelapa muda serta es jeruk (fresh orange). Memang kalau bercuti di Indonesia, aku suka sangat order es jeruknya sebab rasa limaunya tak sama macam kat Malaysia. Di Indonesia, mereka menggunakan limau berkulit hijau tu (limau kopek aku selalu panggil sebab kulitnya boleh dikupas dengan jari). Kat sini kita selalu guna sunkist or limau warna oren tu. So, ada sedikit perbezaan rasa di situ.

Hidangan makan malam kami ~ ayam taliwang dan plecing kangkung.

Anyway, selesai makan, kami beransur pulang ke hotel yang terletak di Senggigi. Takde lah jauh sangat dari airport. Kami check-in hotel pada jam 10.20 malam. Takde apa-apa aktiviti sebab dah lewat malam. So, beristirehat sajalah di bilik.

Day 2: Senggigi Beach, Air Terjun Benang Stokel & Benang Kelambu, souvenir shopping

Hari ni kami plan nak ke Air Terjun Benang Stokel dan Benang Kelambu. Makanya, bangun awal lah sedikit. Jam 7.30 pagi kami dah turun breakfast di cafe hotel. Ramai juga umat yang dah turun makan. Menunya simple je.. ada mee goreng, nasi goreng, telur goreng, keropok, buahan dan minuman panas/sejuk. Jadilah untuk mengalas perut kan? Kat depan hotel/cafe ni pula, ramai pulak perniaga jalanan yang duduk menjual produk mereka. Lebih kepada ole-ole Lombok seperti kain, mutiara dan lain-lain. Aku tak beli pun. Karang kalau beli kat satu, berkerumun pulak satu batalion datang kat kita.

Habis breakfast, kami merayap sekejap ke Pantai Senggigi. Opposite je tapi memandangkan tak sure kat mana nak cross ke pantai tu, kami ambil shortcut masuk ke Sunset House Lombok. Tumpang lalu kat situ. Cantik juga Sunset House ni. Next time pergi mungkin boleh try stay sini.

Sunset House Lombok, Senggigi.

Anyway.. sejam lebih juga la kami spend pagi kat Pantai Senggigi ni. Memang cantik pemandangan kat sini. Lautnya biru terbentang luas. Tenang rasa otak bila duduk melepak kat sini mendengar desiran ombak sambil menikmati angin laut. Yang lelain dok sibuk bergambar atas batu bagai. Aku just sit at one corner je. Dah tua kan. Tak larat nak hyper. Hahaha.

Menikmati angin pagi di Senggigi Beach.

Jam 9.30 pagi kami kembali berehat di bilik memandangkan pak supir kami, Fandy akan menjemput kami sekitar jam 12.00 tengahari. Sempat la nak sambung tidur kejap kan? So, around 12.00 pm, bila Fandy sampai, kami pun memulakan perjalanan ke kawasan air terjun tersebut.

Air Terjun Benang Stokel & Benang Kelambu

Perjalanan ke air terjun ni mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Benang Stokel dan Benang Kelambu terletak di Desa Aik Berik, daerah Batukliang, Praya. Kedua-dua air terjun ni adalah yang paling dekat dengan kawasan base. Ada beberapa lagi air terjun kat sini. Antara larat atau tak larat je nak naik.

Sawah padi dan kebun-kebun yang terbentangg luas di Lombok. Dan makcik tu.. sempat lagi pose!

Kat sini ada disediakan beberapa pakej – nak tengok satu, dua atau semua air terjun yang ada. Bayaran bersekali dengan seorang tour guide. Kami mengambil pakej 2 air terjun sahaja. Rasanya tak larat kalau nak pi tengok semua. Bayaran yang dikenakan adalah IDR 70,000 seorang.  Dan guide kami adalah seorang gadis bernama Juni. Sangat friendly orangnya. But sebelum naik, kami beli dulu bekalan siap-siap in case kelaparan kat atas nanti. Kami tapau nasi bungkus dengan lauk ayam suwir dengan sayur kacang.

Memulakan pendakian ke Air Terjun Stokel.

Maka, bermulalah perjalanan kami ke destinasi yang pertama iaitu Air Terjun Benang Stokel yang terletak kira-kira 552 meter dari aras laut. Hampir 20 minit jugalah nak sampai ke sini. Semput pakcik! Memandangkan kami datang ke sini pada hari minggu, jadi kawasan ni agak sesak dengan pengunjung. Next time kalau korang nak datang sini, make sure pergi pada hari biasa ya. Benang Stokel mempunyai 2 air terjun yang berketinggian sekitar 30 meter. Comel je air terjunnya.

Air tejun yang pertama, Benang Stokel.

Lepas ambil gambar dan menghilangkan penat seketika, kami terus ke air terjun yang kedua iaitu Benang Kelambu. Kami ni aku ajak diorang naik ojek (motor) sahaja sebab kalau nak mendaki naik ke atas tu aku yakin akan pancit gile separuh mati! Tak larat la weh. So, kami sewa ojek dengan bayaran IDR 50,000 seorang/return. Rider aku budak remaja je bernama Riel. Rider ojek ni skill rempitnya kalah mat rempit kat Malaysia ni. Punyalah mencabar laluannya tapi diorang ni rileks je bawa motor tu. Dah biasa kan? Aku ngan Eric semua punyalah cuak takut termasuk gaung. Tak berhenti mulut baca itu ini takut terjatuh ke apa. Hahaha.

Kami berhenti di kawasan parking ojek dan kena naik beberapa meter untuk sampai ke lokasi air terjun ni. Masuk je kawasan ni suasana dah bertukar sedikit sejuk dan redup dengan deruan bunyi air terjun. Udara memang segar! Melalui laluan berpagar, kami dapat melihat di celah-celah pokok air terjun tersebut. Memang cantik. Dan apabila sampai kat situ, mata memang terpukau dengan pemandangan di hadapan mata. Cantik gile okay! (Minus pemandangan umat manusia yang sesak kat situ lah).

Suasana yang hijau, tenang dan udara yang segar lagi nyaman!
Ramai orang sebab weekend. Better datang on weekdays. Anyway viewnya breathtaking!

Lama juga kami spent masa kat sini. Erol dan the geng pi merayap bergambar dan mandi kat belah atas. Aku just rest kat kawasan kolam sambil duduk ambil gambar, main-main air dan mencuci mata. Nak mandi, bila celup kaki.. ya ampun punyalah sejuk airnya. Tak jadi nak mandi. Tapi last-last terjun gak sebab rugi datang jauh-jauh tapi tak mandi. Memang segar gila ya mandi air kat sini. Sejuk jangan cakap lah.

Lepas mandi, kami rehat dan makan bekalan tadi. Nasi bungkus dengan ayam suwir. Sedap lauknya. Apa lagi bila masakan yang pedas, memang favourite aku lah kan.

Memang segar gilerrrrr mandi kat sini!
Nasi bungkus dengan ayam suwir yang pedas. Memang favorite aku!

Dah puas berendam dan main air, sekitar jam 4.00 petang kami turun semula ke kawasan base untuk pulang ke Senggigi. Sebelum berpisah, kami ucapkan selamat tinggal dan terima kasih pada Juni sebab melayan baik kami berempat. Tak lupa juga memberikan dia tips serba sedikit.

Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, mata disajikan dengan pemandangan desa-desa di Lombok dengan sawah dan kebun yang terbentang. Dan memandangkan hari ni adalah hari libur, maka ada beberapa tempat kami melihat diadakan majlis perkahwinan dengan perarakan pengantin di jalan utama. Meriah sungguh dengan lori bandnya dan speaker yang bukan main kuat. Lagunya apa lagi.. dangdut lah! Tak sedar kepala dan badan turut bergoyang. Hahaha..

Kenduri kahwin di sini dah macam konsert bergerak. Punyalah meriah.

Dan sebelum pulang ke hotel, Fandy membawa kami ke toko untuk membeli souvenir. Yang pertama, kami singgah di Lestari Oleh-Oleh membeli cenderahati berupa makanan. Macam-macam jenis ada. Aku just beli dodol yang diperbuat daripada nangka dan durian belanda. Tak pernah pula jumpa benda ni kat Malaysia kan?

Selepas tu, sekitar jam 5.45 petang, kami singgah pula di Lombok Exotic, toko yang menjual pakaian/t-shirt Lombok. So, sempat la sambar beberapa helai untuk diri sendiri dan member-member rapat.

Pelbagai jenis t-shirt, baju dan kain-kain boleh beli kat sini.

Selesai shopping, sebelum pulang ke hotel, aku minta Fandy bawa kami pergi dinner. So, malam ni kami makan di New Furama Senggigi Restaurant dengan hidangan seafood. Set ala-ala kat Jimbaran, Bali tu. Ada ikan bakar, udang bakar, kupang, sotong goreng dan lain-lain. Aku just ambil set untuk 2 orang. Harga? Lupa la plak.. Haha. Tapi boleh tahan la sedap walaupun sebenarnya tekak aku nak sangat makan hidangan asli Lombok kat sini. By the way, punyalah ramai orang kat sini. Sebelah table kami, ada table besar orang-orang dari Malaysia. Tak ingat company apa.

Dinner di New Furama Senggigi Restaurant.
Grilled seafood. Boleh tahan sedap.

So.. bila dah kenyang perut, balik bilik dan rehat sebab esoknya kami akan ke kepulauan Gili pula.

Day 3: Senggigi, The Gilis (Gili Trawangan & Gili Meno)

Pada hari ketiga ni kami akan ke Gili Trawangan tinggal di sana selama 4 hari 3 malam. Memang aku plan sebegini sebabnya memang nak stay lama sikit kat pulau ni. Itinerarynya santai je. Nak snorkelling dan selebihnya hanya melepak je kat pulau.

On the way to the Gilis.

Jam 9.15 pagi, selesai breakfast kami checkout Hotel Puri Senggigi. Perjalanan dari hotel ke jeti untuk ke pulau lebih kurang setengah jam. Tapi sebelum tu, kami singgah di Villa Hantu yang terletak di Bukit Malimbu. Villa Hantu ni tidaklah berhantu.. aku rasalah. Tapi ia adalah sebuah villa di lereng bukit yang terbengkalai. Sebab terbengkalai aku tak sure. Mungkin owner tak cukup bajet atau tak tahulah. Cuma yang menariknya kat sini adalah pemandangan sebahagian Pantai Senggigi dari binaan usang ni sangat menakjubkan! Tak senang diam bila nak bergambar kat sini. Dengan laut dan langit yang membiru, pemandangan bukit dan pantai yang penuh dengan pokok kelapa… Masyallah.. memang sangat cantik. Dalam 10-15 minit kami bergambar kat sini, then kami terus ke jeti.

Singgah di Villa Hantu sebelum ke jeti.
Pemandangan Pantai Senggigi di atas Villa Hantu di Bukit Malimbu.
Kelihatan 3 Gili dari atas bukit ni: Trawangan, Meno dan Air.
Cantik betul view di atas Bukit Malimbu ni.

Kami sampai di jeti sekitar jam 10.40 pagi dan diperkenalkan dengan Pak Salman, tukang bawa boat kami untuk ke Gili Trawangan. Kiranya Fandy letakkan kami dalam satu chartered boat untuk kami berempat sahaja. Selepas 10 minit, bot kami pun bergerak menuju ke Gili Trawangan. Tapi sebelum tu Fandi dah kawtim dengan Pak Salman untuk bawa kami snorkeling dahulu dengan bayaran IDR 100,000 seorang yang merangkumi perairan Gili Meno dan Gili Air.

Jeti menuju ke Gili Trawangan.

Jam 11.30 pagi kami berhenti di perairan Gili Meno dan snorkeling di sini selama satu jam. Dah tak fikir dah rentung ke apa.. terus gila bila tengok airnya yang jernih dan biru kehijauan tu. Dan pemandangan terumbu karang kat sini pun cantik-cantik.

Di perairan Gili Meno.
Lihatlah betapa jernihnya air kat sini!
Tak boleh tahan tengok air yang biru.. terjun juga lah!
Batu-batu karang di perairan Gili Meno.

Puas bersnorkeling, around 1.00 pm kami singgah di Gili Meno untuk lunch di Sasak Bar. Punyalah ramai mat dan minah saleh kat cafe ni. Terasa macam bukan kat Asia dah. Orang dia sesaja. So, kat sini aku order set Ayam Lalapan (nasi putih, ayam goreng, tempe dan sayuran) dengan air kelapa muda. Tengah lapar, duduk makan tepi pantai.. view pun cantik. Memang puas hatilah!

Gili Meno dengan pasirnya yang putih dan lautnya yang jernih membiru.
Sasak Bar, salah sebuah cafe yang menjadi tumpuan di Gili Meno.
Tengoklah betapa sesaknya Sasak Bar dengan pelancong luar.
Lunch di Sasak Bar ~ set ayam lalapan dengan air kelapa muda.

Anyway, Gili Meno ni lebih relaks dan tenang berbanding dengan Gili Trawangan yang sesak tu. So, lepas makan, kami berjalan di sekitar pulau Gili Meno ni. Tak lah besar mana pun. Masuk ke kawasan kampung, bertegur sapa dengan penduduk setempat. They are quite friendly.. menyapa dengan senyuman sebab tahu kawasan diorang sentiasa dikunjungi pelancong-pelancong luar. Kawasan kampungnya biasa saja. Kami sempat singgah di kawasan mangrove di sini. Nothing much to see actually. Oh! By the way, Gili Meno adalah satu-satunya pulau di antara 3 Gilis yang mempunyai tasik air masin di tengah-tengahnya.

Kawasan kampung di Gili Meno.
Tasik air masin di tengah-tengah Gili Meno.

Dah habis pusing-pusing kat sini, kami kembali ke pantai bertemu dengan Pak Salman yang sedang menunggu untuk menghantar kami ke Gili Trawangan. Tak dan pun nak singgah Gili Air sebabnya menurut Pak Salman, bot dari luar susah nak masuk ke situ. Makanya, kami terus ke Trawanganlah.

Sampai di Gili Trawangan, dah dapat bayangkan kesesakan kat sini. Punyalah meriah dan ramai dengan umat manusia. Gili Trawangan adalah Gili yang paling happening berbanding dengan 2 Gili yang lain. Sebabnya kat sinilah paling banyak bar, pusat hiburan dan restaurants. Those yang kaki party memang sinilah tempatnya. Anyway, tempat penginapan aku tak ambil kat kawasan ni sebab tak tahan dengan suasana yang sesak dan bingit. Aku pilih chalet di bahagian utara Trawangan yang lebih sunyi dan tenang.

Welcome to Gili Trawangan!
Main street di Trawangan.

So, dari jeti, kami ambil cidomo atau kereta kuda yang berharga IDR 100,000 sehala. Untuk pengetahuan korang, di semua Gili ni terutamanya Gili Trawangan tiada kenderaan bermotor di sini. Tiada kereta, bas ataupun motor. Yang ada hanyalah basikal atau cidomo ni. Tetapi harus diingat, cidomo adalah pengangkutan yang mahal di sini. They called it “The Lamborghini of Lombok” sebab bayaran yang dikenakan untuk menaiki cidomo ni agak mahal. Tapi nak tak nak kenalah naik juga sebab nak berjalan kaki mengangkut luggage ke hotel memang tak larat. Tambahan pula, bila lagi nak try kan? Part of experience katanya.

Jom naik cidomo!
Hazab juga naik kereta kuda ni. Mujurlah sekejap je. Hahaha…

Kami sampai di chalet kami, Pondok Windy sekitar jam 3.30 petang dan disambut baik oleh staffnya. Kami dihidangkan dengan jus oren yang sangat sejuk lagi menyegarkan! Kena pulak tengah panas terik kan.. cepat je aku sedut air oren tu dengan sekelip mata!

Mulanya kami ditempatkan di deretan chalet dengan garden view. But then, seingat aku, aku book kat Agoda jenis sea view. So, aku jumpa balik staffnya beritahu about this and yupp.. dia tersilap. After that kami ditempatkan di 2 buah seaview chalet (takdelah seaview sangat pun sebab dah di-block dengan cafe etc… but still nampaklah sipi-sipi lautnya itu…). Salah satu chalet aircondnya tak berapa nak berfungsi but luckily dapat dibaiki. Gila kau takde aircond kat sini. Panas gile kot. Ada aircond pun tak terasa sangat bila tengahari apatah lagi kalau takde aircond. Seingat aku, selama stay kat Trawangan ni…. berderet botol-botol air minuman aku susun kat para bilik. Panas gileeee!!!

Selesa tapi kalau siang agak panas even dah buka aircond. Maybe masa ni memang tengah musim panas.
Toilet di Pondok Windy, Gili Trawangan.

Anyway, first day kat Trawangan ni tak buat apa pun. Around 7.15 malam, kami berjalan kaki keluar ke centre untuk dinner. Kat Lombok ni nak cari makanan halal tak sesusah kat Bali sebab majoriti penduduk Lombok ni Muslim. Tapi kena berhati-hati jugalah sebab ada restoran dimiliki oleh orang luar dan turut menghidangkan non-halal food. So, malam ni aku pekena ayam taliwang, salah satu makanan tradisional kat sini.

Selesai makan, pusing-pusing area sini kejap then kami decided nak pi massage. Kami bertiga je yang  pergi massage. Eric tunggu kami kat luar. And I think aku lagi suka massage kat Phuket or even Bali. Lagi murah dan berkualiti. Hat yang kami pergi ni massagenya so-so je. Boleh la setakat nak hilangkan lenguh-lenguh kaki. Tapi takdelah membantu sangat pun.

Habis massage, kami tapau balik terus ke bilik untuk berehat. Penat snorkeling tak hilang lagi. Esok kami plan nak berbasikal mengelilingi Trawangan. So, kita rehatlah dulu.

Day 4: Gili Trawangan

Hari kedua di Trawangan. Kami breakfast di chalet sebab dah include skali. Ada pilihan roti bakar, omelette dan lain-lain. Cukup untuk mengalas perut di pagi hari. Lepas breakfast kami lepak-lepak dulu kat chalet dan kawasan sekitar.

Menikmati udara pagi di Gili Trawangan.

Around 1.30 pm, kami keluar ke centre untuk lunch. Kami memilih Good Heart Resort yang terletak di tepi pantai. Menu pilihan aku – ayam betutu. Nasi putih dengan ayam yang dimasak dengan bumbu khas. Betutu ni famous kat Bali. Teringin nak try. Boleh lah.. janji ada pedas sikit-sikit, boleh lah nak masuk ke tekak.

Ayam betutu, menu pilihan untuk tengahari ni.
Sambil makan sambil menikmati pemandangan ni. Best ke idok???
Sambil berjalan, singgah beli jagung bakar. Ada 2 perisa: manis dan pedas. Aku pilih pedas. Sodap!

Selesai makan, kami pergi ke tempat menyewa basikal untuk sewa basikal selama 3 hari (sepatutnya sewa 2 hari je.. tersilap perhitungan bila kena balik Senggigi.. hahaha). So, kami sewa basikal dengan kadar IDR 40,000 sehari. Total seorang bayar IDR 120,000. Dapat je basikal, kami start menjelajah Trawangan bermula dari sebelah selatan. On the way ke Ombak Sunset, kami berhenti di sebuah pantai berhampiran dengan Hotel Villa Ombak. Tak tahan dengan pantainya yang putih dengan air laut yang sangat jernih. Ingatkan tak nak mandi.. last-last tak tahan godaan terjunlah jugak. Mandi laut tengah-tengah hari.. memang rentunglah jawapnya.

Banyak booth sewa basikal kat main road Trawangan ni.
Kau tak gile tengok air sejernih nih??? Wajib terjun ya…

Puas berkubang kat situ, kami berkayuh lagi dan singgah di satu port di kawasan air yang surut. Best part bila bergambar kat sini.. air laut tu reflectionnya persis cermin. So, memang cantik bergambar kat sini.

Cantik buat silhouette photography kat sini.

Then, kami berkayuh lagi dan sampai di Ombak Sunset, spot yang famous dengan buaian di tengah laut tu. Ada 2 buaian kat sini. The other one yang famous tu punyalah ramai orang beratur nak bergambar. Kami pergi kat yang sebelah kiri tu.. tak ramai orang. Sama je… buai jugak kan? Hahaha. Lama juga lepak sambil menunggu untuk melihat sunset. Lepak pun bukan free. Bayar la juga setin air coke untuk dapat duduk di beanbags yang disediakan. Dari jam 4.30 petang, kami berehat menikmati desiran ombak di sini sehingga jam 6.00 petang. Dapatlah merakamkan view sunset yang cantik selain melihat telatah manusia yang pelbagai. Dari pantai ni juga kita boleh nampak pulau Bali dengan Gunung Agung-nya on the opposite side Semakin gelap.. semakin ramai manusia. Yelah kat sini pun ada liveband. Mat saleh sukalah nak chill2 kat tempat camni.

Spot melihat sunset di Ombak Sunset, Gili Trawangan.
Buai yang famous tu ramai yang dok beratur. Malas nak menunggu. Kat sini pun jadilah.
Masyallah… cantik sunset kat sini. Boleh nampak Gunung Agung di Bali dari sini.

Selesai tengok “sunsetan” (istilah Pak Encik, our driver yang sorang lagi tu sebab time-time maghrib macam ni memang banyak setan.. hahaha. Betul gak kan?), kami pulang ke chalet dan mengusha kedai-kedai makan sepanjang area ni. Last-last kami dinner kat kedai makan yang berhampiran dengan chalet kami je. Best dinner kat sini sebab pondok yang dibina terletak betul-betul tepi pantai. Makan.. minum.. gelak.. makan.. minum.. gelak. Seronoknyalah hidup kan?

Kalau nak dinner kat sini pun boleh juga.

Kecil je Trawangan ni. Rasanya tak sampai 1 jam dah boleh tawaf satu pulau ni dengan berbasikal.

Anyway, balik bilik, kami berehat sebentar. Mandi la weh.. badan dah berlengas-lengas dengan air laut. Aku dengan Eric memang dah tak larat nak keluar. Yang lagi 2 tu pi merayap kat centre tengok liveband dan pasar malam. Aku bantai membuta kat bilik saje. Aktiviti paling best kot! Hahaha.

Day 5: Gili Trawangan

Hari ketiga di Trawangan. Nothing much yang kami buat. Lepas breakfast, kami lepak kat sekitar chalet ni. Sekitar jam 2 lebih baru kami cycling ke centre untuk makan tengahari. This time around kami start dari arah utara melalui gerai-gerai souvenirs yang terletak berhampiran dengan chalet.

Pondok-pondok menjual cenderamata sepeti baju, kain, gelang, rantai dan lain-lain.

Ingat nak singgah bergambar kat Ombak Sunset tapi panas terik hawau. Tak larat. So, kami terus ke area pasar malam, singgah di Green Cafe untuk lunch. Aku order Daging Sapi Cabe Hijau dengan Rawon, lebih kurang macam beef soup/stew. Sedap! Pekena pula dengan orange juice. Aku memang suka orange juice kat Indonesia sebab diorang guna limau berkulit hijau tu yang beraroma lebih wangi. Kalau kita kat Malaysia banyak guna limau jenis sunkist tu. Lain sikit rasa dia.

Daging Sapi Cabe Hijau.
Rawon yang dah separuh dihirup. Rasa daging sapinya sangat kuat which I like!
Aku boleh minum ni bergelas-gelas especially time cuaca panas macam kat sini.

Dah kenyang, kami lepak kat pantai melayan sunset sebelum balik ke chalet untuk mandi. Then, keluar semua sebab Erol ajak tengok movie by the beach. Dia nak belanja katanya. Tayangan movie ni diadakan pada setiap malam ni The Misbar Movie, Hotel Vila Ombak. Bayaran aku tak sure berapa. Layan movie kat tepi pantai.. best gak kan. Tapi movie yang ditayangkan tu 50 Shades of Grey. Ko tak pitam movie camtu tengok kat public? Hahaha.. mujur takde tsunami!

Sunset di hadapan Pondok Windy.
Outdoor movie screening.
Trawangan at night.

Habis movie, kami merayap di sekitar area ni. Ingatkan nak massage tapi cam bosan je. So end up, singgah few shops beli souvenirs. Macam biasa… yang aku cari plate, postcards and fridge magnet.

Day 6: Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air, Kuta

Last day in Trawangan. Pack apa yang patut but sebelum pulang ke Senggigi, kami plan untuk snorkelling lagi sekali memandangkan masa 1st snorkelling tu macam tak puas. Jadinya, on the way sebelum pergi pulangkan basikal (takleh nak refund 1 day extra tu) kami usha package island hoping di sekitar jeti ni. Bila sampai dekat area pasar malam tu, terjumpa this one guy yang friendly offer snorkelling package. IDR 680,000 per boat untuk kami berempat selama 4 jam. Kira okay lah tu sebab pergi few places iaitu Gili Air, Gili Meno, turtle spot dan underwater bicycle spot.

Sebelum menaiki bot. kami singgah kedai membeli roti, minum dan lain-lain selain menapau nasi bungkus dengan kari ayam dan mee goreng. Harga sebungkus ni lebih kuran RM4.00 lebih. Murah kan? Dah la meriah isinya.

Menapau nasi bungkus dengan mbak ini. Sempoii…
Sedap kari ayamnya.. pedas! Memang kesukaan aku lah.

So, kami start snorkelling dari jam 8.30 pagi sampai ke 11.30 pagi. Puas berenang. naik atas bot, makan. Then terjun balik dalam air. Naik terjun naik terjun je kerjanya. Tak habis pun 4 jam. Tu pun dah puas berendam sampai rentung.

Never get enough of this!
Seronok gila snorkeling kat sini!

Selesai snorkelling dan sampai ke jeti, kami berjalan kaki pulang ke chalet (memandangkan basikal dah dipulangkan). Siap kemas dan mandi semua, sekitar jam 3.30 petang kami bergerak ke jeti menaiki cidomo. Minta tolong staff chalet tolong callkan. Makanya bayaran cidomo yang dipanggil ke chalet ni ada extra IDR 50,000… total bayaran yang dikenakan IDR 150,000. Thanks to staff chalet, Ahmad dan sorang lagi yang tolong kami angkut beg dari bilik.

Menikmati pemandangan di Trawangan sebelum pulang ke Senggigi.

So, sampai kat jeti kami menunggu speedboat yang dijanjikan. Sepatutnya speedboat kami berlepas jam 4.00 petang tapi disebabkan boat kami tersekat kat pantai bahana air surut, maka terpaksalah kami menunggu selama 30 minit sebelum boat tu dapat bergerak.

Lepas setengah jam barulah boleh bergerak. Tersangkut kat pasir punya pasal.

Dari jeti Trawangan ke jeti Teluk Nare menggunakan speedboat cuma 10 minit sahaja. Punyalah laju dia bawa. Nama pun speedboat kan? Sesekali dia bakar, cilok sana sini.. dah macam mat rempit atas jalanraya plak rasanya. Hahaha..

Di Teluk Nare, driver kami, Pak Encik dah siap-siap menunggu. Kali ni bukan Fandy sebab dia kena entertain visitor juga dari Malaysia. Dari Teluk Nare ke Kuta, perjalanannya adalah lebih kurang 2 jam. Sebelum sampai di hotel, aku minta Pak Encik bawakan kami ke restoran untuk dinner. Mengidam nasi balap. So, dia bawakan kami ke Nasi Balap Puyung – Rumah Makan Rinjani 2. Katanya famous tempat makan ni. Masa sampai takde la pulak orang. Betul ke tak kan? Tapi bila dah duduk order, banyak pulak pelanggan yang sampai. Maybe kami sampai awal sikit kot.

Masa kami sampai lengang je. After awhile.. ramai pulak orang singgah.

Kat sini ada pelbagai jenis menu nasi balap. Ada nasi balap sayur, nasi balap ayam kampung dan nasi ayam kampung. Aku pilih nasi balap ayam kampung.. plus dengan tapau sekali. In case tengah malam nanti kat hotel kot-kot kelaparan.

Menu nasi balap.

Memang sedap nasi balapnya. Menurut Pak Encik, sejarah nasi balap ni bermula sekitar tahun 1990-an. Balap tu maksudnya racing/lumba. That time, selepas berlumba, anak-anak muda ni akan tapau atau singgah makan nasi dengan lauk-lauk ni. So since then, nasi bungkus ni dikenali dengan nama nasi balap. Begitulah kisahnya. Just wonder kalau kat Malaysia, ada makcik yang jual nasi pada mat-mat rempit selepas mereka berlumba. “Nasi rempit”… rasa-rasanya boleh pergi jauh tak? Hmmm…

Simple je tapi very tasty. Tu sebab aku suka Indonesian food.

Selesai makan dan tapau, Pak Encik terus hantar kami ke hotel. Punyalah laju orang tua ni bawa. Seronok gak berborak dengan dia sepanjang jalan. Macam-macam aku tanya pasal Rinjani la.. itu la.. ini la. Katanya kalau nak naik Rinjani.. pergi je. Dia dah beberapa kali naik Rinjani. Cepat atau lambat.. selagi kali ni melangkah, akan sampai juga. Tak lari gunung dikejar katanya.. Logik juga orang tua ni kan? Hahahaha.

Kami sampai di hotel sekitar jam 7.45 malam. Di Kuta ni kami bermalam ni Puri Rinjani Bungalows yang terletak berhadapan dengan Pantai Kuta. Sampai-sampai dah gelap. Tak dan nak usha.

Lepas checkin, masuk bilik.. mandi air panas puas-puas dan tidur. One thing for sure, ni adalah hotel paling best sepanjang berada di Lombok ni. Cantik, sangat selesa dan puas hati.

Day 7: Kuta, Tanjung Ann & Mawun Beach

Hari ketujuh kami di tanah Lombok dan pertama di Kuta. Jangan tersilap.. di Lombok pun ada Kuta. Bukan hanya di Bali. Kami bangun awal pagi untuk breakfast dan menikmati persekitaran hotel ni. Memang hijau dan cantik. Bilik kami adalah antara unit -unit banglo kecil. Di hadapannya terdapat kolam renang dengan taman yang hijau. Lebih kepada senibina Bali. Dan katanya di kawasan Kuta ni pengaruh Balinya lebih kuat berbanding kawasan lain.

Redup dan tenang sekali suasana di Puri Rinjani Bungalows ni.

Sekitar jam 9.45 pagi, Fandy menjemput kami untuk pergi ke destinasi pertama kami di Kuta iaitu Tanjung Ann. Sepanjang perjalanan, dia bercerita tentang kisah 2 beradik yang berebut tanah dari dua orang tuanya yang sudah uzur. Dikatakan abangnya seorang yang tamak, sentiasa cemburu dengan hasil usaha adiknya yang rajin mengusaha dan membuka tanah. Dan dari kisah ni la katanya asal-usul nama Kuta (Koeta bermaksud aku di sana), Tanjung Ann (Toeann bermaksud pindah) dan Teluk Awang (Awang yang bermaksud hampa).

Sebelum sampai di Tanjung Ann, Fandy turut bercerita tentang Puteri Mandalika (since lalu kat this area yang namanya Mandalika). Mengikut ceritanya, pada zaman dahulu ada seorang puteri yang sangat cantik dan kerana kecantikannya, maka ramailah putera raja yang menaruh hati kepadanya. Bimbang berlaku perebutan antara para putera raja tersebut yang boleh membawa kepada perpecahan dan peperangan, Puteri Mandalika ni mengambil keputusan untuk terjun dari atas cerun yang tinggi ke pantai. Mereka mencari puteri tersebut tapi tak jumpa. Tak lama selepas tu, muncul cacing-cacing yang berwarna-warni yang katanya jelmaan sang puteri. Dan kat Pantai Seger, Lombok ni, sekitar bulan Februari dan Mac, terdapat pesta yang dinamakan Bau Nyale dalam bahasa Sasak yang bermaksud menangkap cacing.  Begitulah ceritanya!

Dalam pada mendengar cerita, tanpa sedar sekitar jam 10.00 pagi kami sampai di Pantai Tanjung Ann. Kawasan pantai ni sunyi saja. Tak ramai orang. Fandy suggest kami supaya mendaki bukit di sebelah kanan pantai. Namanya Bukit Merese. Katanya pemandangan kat situ cantik. So, tanpa berlengah, aku terus naik ke bukit tu perlahan-lahan. Rendah je but agak penat juga selain daripada cuaca yang dah mula panas dan matahari tegak di kepala. Tapi bila dah sampai kat atas tu sikit… perghhhhhhhh… pemandangannya tak boleh nak dirungkaikan dengan kata-kata. Terbaik!!! Terus hilang penat semua.

Pantai Tanjung Ann di hadapan Warung Turtle.

Daripada nak naik sikit je.. aku bergerak lagi ke depan meninggalkan Erol, Eric & Effa. Macam kena rasuk plak tengok pemandangan secantik tu. Lautan Hindi yang biru terbentang luas… bukit-bukit yang menghijau… memang indah!

Jangan cakap korang tak terpukau tengok pemandangan secantik ini. Lautan Hindi yang terbentang luas.

Frankly aku memang terpegun gila dan automatik rasa sebak dan mengalir air mata tengok view kat sini. Masyallah… memang indah ciptaan Allah. Terasa kerdil sangat diri ni. Mulut aku tak berhenti berzikir setiap kali melangkah di atas bukit ni. Kagum sekagum-kagumnya!

I just sat here and said “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallahu allahuakbar”.

Lama juga aku kat atas ni. Memula ingat nak pergi sampai ke hujung tanjung tu. Tapi jauh sangat la pulak. But then, aku ajak diorang naik sampai ke atas yang aku pergi ni untuk tengok view. Hahaha.. kena paksa. Ye lah.. rugi kalau tak naik. Cantik gile kot! Banyak gak yang datang kat sini. Ada yang buat photoshoot dan sebagainya.

Breath-taking view!

Bila dah puas menyaksikan keindahan ciptaan Yang Maha Esa ni, kami pun turun ke bawah. Sebelum balik ke van, kami singgah di sebuah gerai menjual air kelapa muda. Memang best la kan pekena air kelapa time panas terik camni. Aku dah macam mandi dah kat sini dengan peluh yang mencurah-curah.

Sambil minum air ni, sempat jugalah membeli t-shirt Lombok yang dijual oleh beberapa penjual jalanan kat sini. Beli kat sorang, tapi yang lain turut berkerumun kat ko suruh beli gak. Sorrylah takleh nak beli semua. Mana nak sumbat nanti.

Selepas Tanjung Ann, kami dibawa ke Summit Kuta untuk melihat pemandangan sebahagian Kuta dari atas bukit ni. Singgah sekejap je la untuk bergambar.

Pemandangan Kuta dari atas Summit.

Menuruni Summit, kami melalui kawasan belukar/semak yang terdapat banyak tumbuhan yang dipanggil “ilalang”. Menurut Fandi, ilalang inilah yang digunakan oleh masyarakat tempatan untuk membuat atap. Dan jangan tak tau.. kawasan bukit-bukit di Kuta ni kaya dengan hasil mineral terutamanya emas. Sepanjang jalan, kita akan nampak aktiviti melombong emas secara kecil-kecilan oleh penduduk di sini.

Sekitar jam 12.10 tengahari, kami sampai di sebuah lagi pantai iaitu Pantai Mawun. Pantai Mawun terletak lebih kurang 8km di barat Pantai Kuta. Pantainya berbentuk half-moon dan diapit bukit di kiri dan kanannya. Pantainya luas dengan pasir yang putih dan halus. Kami tak mandi pun kat sini. Just lepak bawah payung… melayan perasaan dan mencuci mata.

Pemandangan indah di Pantai Mawun.

Around 1.20 pm kami singgah kat lagi satu pantai yang dinamakan Pantai Selong Belanak. Memandangkan kami sampai kat pantai ni dah tengahari, so kami singgah di gerai berhampiran untuk lunch. Bedal mee goreng special dengan telur mata. Aku masak lagi sedap kot.. tapi telan je la. Hahaha.

Pantai Selong Belanak yang landai dan luas. Pasir putihnya halus.
Lunch di gerai ni.

Lepas makan, kami terus pulang ke hotel untuk mandi dan istirehat. Pusing-pusing sekitar hotel.. ambil angin dan lepak kat dalam hammock di depan bilik. Memang syok habis!

Nikmatinya la hidup santai sebegini…

Dan untuk dinner, kami keluar berjalan ke kedai makan berhampiran hotel. Sekar Kuning namanya. Makan set nasi dan lauk dengan additional menu cah kangkung. Alhamdulillah kenyang. Dan memandangkan kat Pantai Kuta ni tak tahu nak buat apa dan pergi mana… tempatnya pun tak macam kat Trawangan tu, makanya kami ambil keputusan untuk balik bilik, rehat dan layan TV je. Kena siap-siap berkemas juga sebab esok dah nak balik KL. Waaaaaaaaaa…. sedihnya!!!

Day 8: Kuta, Bumbangku, Sade Sasak Village & Kuala Lumpur

Last day in Lombok! Ya Allah cepatnya masa berlaku. 8 hari kat sini tak terasa. Tau-tau cuti dah nak sampai ke pnghujung. So, siap semua packing, kami breakfast di hotel pada jam 8.30 pagi dan menunggu Fandy menjemput kami untuk ke rumahnya.

Settle checkout pada jam 10.20 pagi, sebelum ke rumah Fandy, dia bawa kami ke Teluk Bumbang. Menurutnya, ini antara hidden place di Lombok. Jarang tour nak bawa ke sini. Dari atas ni, kita boleh nampak kawasan penternakan mutiara yang merupakan antara perusahaan yang terkenal di Lombok.

Kawasan penternakan mutiara dapat dilihat dari Teluk Bumbang.

Selesai bergambar di sini, kami meneruskan perjalanan lagi ke Sade Sasak Village, antara kawasan perkampungan kaum Sasak yang terkenal di Lombok. Kaum Sasak kebanyakannya tinggal di kepulauan Lombok dengan jumlah 3.6 juta orang (85% populasi penduduk Lombok). Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat Bali dari segi kaum dan bahasa tetapi kaum Sasak majoritinya Muslim manakala kaum Bali adalah penganut agama Hindu.

Identiti senibina kaum Sasak di Lombok.

Sasak Village di Sade ni mempunyai sekitar 150 rumah yang dihuni oleh hampir 700 orang yang berasal dari satu garis keturunan yang sama. Lazimnya penduduk di sini berkahwin dengan saudara sendiri di perkampungan ni, sama ada sepupu atau lain-lain. Jarang mereka berkahwin dengan orang luar kerana jika mereka berkahwin dengan orang luar, maharnya tinggi iaitu 2 ekor lembu. Sedangkan jika berkahwin sesama saudara/sepupu, maharnya cukup sekadar sepersalinan alat solat dan wang IDR100,000.

Wanita Sasak.

Di Sasak Village ni juga kita boleh lihat kaum wanitanya mengusahakan kain tenunan seakan songket yang boleh dibeli untuk dijadikan cenderahati. Tenunan berwarna-warni tapi aku tak beli pun. Hahaha. Sekadar membeli ole-ole yang comel-comel like fridge magnet untuk dibawa pulang.

Menenun kain, aktiviti utama kaum wanita di sini.
Cenderahati buatan kaum Sasak.

Sekitar jam 12.30 tengahari, kami bertolak ke rumah Fandy sementara menunggu flight balik pada sebelah petangnya. Di sini bezanya kalau kita menggunakan khidmat Fandy sebab dia akan memberi sedikit “sentuhan peribadi” dan kekeluargaan terhadap tetamunya. Rumah Fandy terletak di Desa Gemel, Puyung.

Sampai je kat rumahnya, seluruh ahli keluarganya menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Dan beberapa ahli keluarga Fandy juga pernah bekerja di Selangor. Untuk makan tengahari, kami disajikan dengan nasi balap, hidangan asli Lombok. Seperti yang aku ceritakan sebelum ni, nasi balap yang dimakan di rumah Fandy memang sangat sedap! Untuk aku, Fandy order istimewa dengan sambal yang lebih pedas. Perghhhhhh.. memang nikmat. Tambah lagi, minum dengan kopi O Lombok… kopi kampung katanya. Tak tergambar kesedapaannya.

Ahh… nasi balap paling sedap!

Dah kenyang makan, kami pusing-pusing di sekitar rumah sambil berborak dengan keluarganya. And then, rehat sekejap a.k.a tidur sebelum bangun dan tumpang mandi. Selepas tu, kami dihidangkan lagi dengan air kelapa muda. Almaklum.. cuaca di Lombok masa ni memang sangat panas.

Fandy dan abangnya turut membantu kami membungkus barangan yang dibeli di dalam kotak dengan barang-barang kiriman iaitu nasi balap dan kopi Lombok untuk teman-teman kami di KL yang pernah datang dan menjadi tetamu Fandy sebelum ni. Dalam hati punyalah happy sebab dapat bedal lagi nasi balap kat KL nanti. Hahaha..

Rajin diorang tolong bungkuskan barangan kami.

So, sekitar jam 4 lebih, kami mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Fandy dan dia langsung menghantar kami ke airport. Sampai kat airport, Fandy pula mengucapkan selamat jalan dan terasa juga sebak disebabkan sepanjang berada di Lombok, baik dia melayan kami. Aku just cakap dengan Fandy, Insyallah kami akan datang lagi ke Lombok pada masa hadapan memandangkan banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum lagi kami lawati.

Anyway, di airport, selesai urusan checkin semua, kami lepak di cafe dan pusing-pusing mencari apa yang patut sebelum boarding flight pada jam 7.00 malam. Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA2 sekitar jam 9.30 malam.

Demikianlah serba sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan dengan korang semua. For sure, aku akan datang lagi ke Lombok ni. Tempatnya memang sangat cantik dan kos bercuti di sini takdelah mahal sangat. Dan aku kena datang lagi untuk mendapatkan nasi balap itu!!!

Bye bye Lombok.. See you soon! **Sunset di Ombak Sunset Gili Trawangan**

Till then, terima kasih kepada Fandi kerana memberi layanan yang tiptop kepada kami. Terima kasih kepada Ajie sebab introduce kami pada Fandy.. dan terima kasih kepada Erol, Eric dan Effa kerana berkongsi pengalaman di sana. Dan terima kasih kepada korang sebab sudi baca. Mudah-mudahan apa yang aku kongsi ni dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk korang yang nak bercuti di Lombok nanti. Tata!!!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.