Sharing is caring

Bila kerajaan umumkan PKPB Selangor boleh merentas daerah, berdesup aku plan aktiviti hujung minggu kali ni. Dah lama aku nak pergi Bukit Jugra tapi tak pernah berkesempatan. Selalu nampak dari balkoni rumah je. So, seperti biasa aku ajak Sham teman ke sana since dia pun duduk di Banting. Selepas mendaki Jugra, kami merayap ke Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Kedua-dua tempat ni aku dah pergi bertahun-tahun dulu. Okay lah setakat nak ambil angin di luar Cyberjaya…

Sambungan vlog sebelum ni. Setelah berjalan di sekitar Bukit Jugra dan Banting, kami ke Amverton Cove untuk bermalam di sana. Aku baru tahu kewujudan resort ni semasa dok Google Bukit Jugra tu. Since dah lama rasanya tak dapat travel, dapat bercuti kat sini pun kira okay juga lah. Hotelnya bagus. Dan kalau korang bercuti dengan famili/anak-anak, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.