Sharing is caring

Dikemaskini pada: 29 November 2023
Hey there! Thanks for stopping by this blog! I noticed that this page has been visited by readers from various countries. Since the blog is in Bahasa Melayu, if you’re using Chrome, you can just right-click and translate it to English. It doesn’t change too much, so hopefully, you’ll still get the gist of it. If you have any questions, feel free to ask me in the comments below. Thanks again for visiting, and I hope it helps you out in some way. πŸ™πŸ˜Š

Hi semua! Post kali ni aku nak share tentang bajet dan itinerary ke Hatyai. Ramai juga yang bertanya pasal ni kat aku. Jadi, berdasarkan pengalaman sebanyak 5 kali ke sana, boleh la aku kongsi serba-sedikit info tentang Hatyai ni.

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Badan dah bau tanah… sempat ke tak nak dapat Silver button tu. Desperate sangat bunyinya kan? Hahahaha..

Anyway, kalau korang tanya aku, aku lebih suka stay di Hatyai ni sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam (termasuk perjalanan pergi balik). Sebabnya 1 hari korang boleh buat day trip ke Songkhla. Tapi kalau timing korang tak berapa nak mengizinkan, 3 hari 2 malam pun cukup. Tapi pemilihan hari pun penting sebab ada tempat yang hanya beroperasi pada hari minggu seperti Khlong Hae Floating Market yang hanya buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Untuk transportation, apa yang aku kongsikan di sini ialah dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, seterusnya menaiki van atau SRT Train dari Padang Besar ke Hatyai. Aku tak pernah ke sana menaiki flight sebab harganya agak mahal. Tapi kelebihannya, masa perjalanan lebih singkat lah.

Aku kongsikan itinerary ni untuk 4H3M dengan memasukkan 1 hari trip ke Songkhla. Tapi kalau korang tak berminat nak ke sini, boleh skip this part dan jadikannya sebagai trip 3H2M. Actually dalam 3H2M ni pun korang boleh je kalau korang nak merayap ke Songkhla tu, cuma abit rushing la bagi aku.

Oh, by the way, bila aku sebut Songkhla tu ia merujuk Songkhla City. Hatyai itu sendiri dah termasuk di dalam wilayah Songkhla. Songkhla City ni ialah ibu kota wilayah Songkhla walaupun saiznya lebih kecil daripada Hatyai. Jarak dari Hatyai downtown ke Songkhla lebih kurang 33 km, dalam 30-45 minit drive.

Itinerary Hatyai 4H3M

Ini ialah cadangan itinerary dengan menaiki ETS.

  • Day 1: KL Sentral – Padang Besar via ETS. Padang Besar – Hatyai via van atau SRT Train.
  • Day 2: Hatyai city tour, food hunting or shopping
  • Day 3: 1 day or 1/2 Songkhla city tour
  • Day 4: Hatyai – Padang Besar via van or SRT Train, Padang Besar – KL Sentral via ETS.

Nota: Kadar tukaran 100 baht = RM 13

1. Transportation
β€’ KL Sentral – Padang Besar, ETS Platinum  @7.00 am (RM 107)
β€’ Padang Besar – KL Sentral, ETS Platinum  @9.35 am (RM 105)

β€’ Padang Besar – Hatyai via SRT Train (50 baht / RM 7)*
β€’ Padang Besar – Hatyai via van (RM 30)**

β€’ Hatyai – Padang Besar via SRT Train (50 baht / RM 7)*
β€’ Hatyai – Padang Besar via van (RM 30)**
RM 226.00* – RM 272.00**
2. Travel Insurance
β€’ AXA Travel Insurance including pandemic coverage x 4 hari
RM 46.00
3. Accommodation
Anggaran bajet untuk semalam adalah antara:
RM 30 (hostel) – RM 250*** (hotel) x 3 malam
Pilihlah ikut keselesaan korang dan poket juga.
RM 90.00 – RM 750.00
4. Meal
β€’ Anggaran kos makan RM 50 – RM 100 x 4 hari
Bergantung pada selera masing-masing dan kapasiti perut!
Nota: Khlong Hae Seafood Buffet berharga 299 baht / RM 40 seorang bagi aku korang wajib pergi.
RM 200.00 – RM 400.00
5. Trip to Songkhla
β€’ Sewa tuk-tuk (1 day) – 1,500 baht / RM 196
β€’ Cable car entrance fee – 200 baht / RM 26

RM 196.00****
RM 26.00
6. Other expenses
β€’ Shopping, tuk-tuk, GRAB, massage, souvenirs, etc.
RM 100.00 – RM 500.00

Anggaran Kos: 

  • RM 884.00 – RM 2,190.00 (4H3M termasuk trip ke Songkhla)
  • RM 662.00 – RM 1,968.00 (4H3M tanpa trip ke Songkhla)
  • RM 804.00 – RM 1,840.00 (3H2M termasuk trip ke Songkhla)
  • RM 582.00 – RM 1,618.00 (3H2M tanpa trip ke Songkhla)

*Trip via ETS dan SRT Train ke Hatyai dari Padang Besar
**Trip via ETS dan van ke Hatyai dari Padang Besar

***Anggaran harga bilik double room untuk 2 orang. Kalau pergi dengan travel partner, boleh berkongsi dan lebih jimat.
****Harga sewa tuk-tuk untuk 1 hari. Kalau dalam kumpulan, boleh kongsi dan lebih jimat.

Ini bukanlah kos sebenar cuma anggaran secara kasar bajet trip ke Hatyai ni. Kalau korang nak shopping, banyak nak try makanan itu ini, itu semua akan mempengaruhi bajet korang.

Visa & White Form

Sekadar maklumat tambahan, untuk memasuki Thailand, kita sebagai warganegara Malaysia TIDAK MEMERLUKAN VISA. Passport semestinya yang masih valid (tidak kurang daripada 6 bulan sebelum tamat tempoh). Cuma apa yang perlu dilakukan ialah mengisi borang putih (white form) yang diagihkan semasa di dalam train (kalau korang menaiki KTM My Sawasdee). Kalau korang naik ETS dan dari Padang Besar tu ke Hatyai menaiki van, borang berkenaan akan diberikan oleh petugas van di situ. Kalau tak dapat, silalah minta.

Travel Insurance

Sejak 1 Julai 2022, kerajaan Thailand telah menarik balik syarat wajib insurans Covid-19 ke atas pelancong yang ingin memasuki Thailand. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk mengambil travel insurance bagi perlindungan diri.

Untuk travel insurance, aku selalu beli di sini:
πŸ“Generali Travel Insurance Online (previously known as AXA Travel)

Nampak macam tak perlu je kan. Tapi bagi aku travel insurance ni sangat penting sebab kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku. So, better sediakan perlindungan yang perlu.

Tukaran Mata Wang

Korang ada beberapa pilihan sama ada:

  • Menukar baht di money changer di Malaysia. Kadar tukaran pada November 2023 ialah 0.138 iaitu 100 baht = RM 13.80.
  • Menukar baht di money changer yang terdapat di Hatyai ni. Antaranya di sebelah Lee Gardens Plaza (kedai jual simcard). Member aku kata murah sikit berbanding di Malaysia.
  • Menukar di stesen KTM Padang Besar. Ada beberapa kali aku terserempak dengan this one lady yang offer dan ratenya not bad. Tapi aku tak sure kalau dia available sepanjang masa.
  • ATM withdrawal β€” make sure korang activatekan oversea withdrawal ni. Kalau tak aktifkan, tak boleh keluarkan duit di luar negara. Ratenya bagi aku lebih kurang je tapi kena ingat setiap transaction, bank akan caj 220 baht kalau tak salah aku. Sekitar RM 30 (rate November 2023 = 0.138) Mahal giler! So, kalau nak keluar juga, keluarkan sekali je. Jangan keluarkan banyak kali dok mengkayakan bank.
Maybank2U Overseas Debit Card Activation
  • Bagi pelanggan Maybank seperti aku, untuk membolehkan korang mengeluarkan duit di ATM di Hatyai ni, korang kena buat overseas debit card activation terlebih dahulu.
  • Caranya mudah je: Login Maybank2U > Settings > Cards > Manage Debit Cards > Overseas Debit Card Activation > Enable > masukkan tarikh mula dan akhir > authorisation. Done!
  • Overseas debit card activation boleh dibuat untuk jangkamasa maksimum 12 bulan.
  • Better buat di desktop atau kalau menggunakan mobile phone, set pada desktop version. Aku tak jumpa setting ni dalam MAE app. Mungkin ada dan mungkin aku tak khatam lagi guna app ni.
  • Untuk makluman tambahan, korang juga boleh membayar menggunakan QR Pay bank Malaysia dan TNG e-Wallet ketika membeli-belah terutamanya di Kim Yong Market. Tu yang aku nampak la. Tempat-tempat lain juga mungkin ada, aku tak sure. Silalah bertanya.

Electrical Outlets & Plugs

Thailand menggunakan jenis socket seperti gambar rajah di bawah. So, korang kena bawa travel adaptor. Kalau tak bawa, jangan risau. Boleh je beli di kedai-kedai yang terdapat di sekitar Hatyai downtown tu. Harganya maaf, aku tak ingat. Tapi takde la mahal mana. Di booth sim card KTM Padang Besar tu pun ada dijual juga. Dan kalau boleh, bawa je sekali extension. Senang korang nak charge phone, switch on laptop, guna hair dryer dan sebagainya. Adaptor dengan extension ni memang aku wajib bawa setiap kali travel.

Sim Card

Korang boleh membeli sim card nombor Thailand di booth yang terdapat di dalam Stesen KTM Padang Besar. Terdapat satu booth di situ berhadapan foodcourt dan bersebelahan dengan booth van ke Hatyai.

Sim Card Booth @ KTM Padang Besar

Harga sim card yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Operator: DTAC | 7 hari | Harga: RM 28
  • Operator: AIS | 7 hari | Harga: RM 35
  • Operator: DTAC | 15 hari | Harga: RM 35

Kuota data tertakluk pada operator. Beli kat sini lebih mudah, tapi kalau korang nak beli daripada syarikat telco yang lain-lain, boleh juga beli kedai simcard/money changer yang bersepah di Hatyai downtown, antaranya kedai yang terletak bersebelahan Lee Gardens Hotel Plaza dan Grand Pink Hotel tu. Tak susah pun korang nak cari.

Celcom 3-Day Internet Pass

Selain daripada menggunakan sim card Thailand, korang boleh roaming je dengan menggunakan pakej yang ditawarkan oleh syarikat telco korang. Macam aku yang menggunakan Celcom, aku boleh mengambil 3-Day Internet Pass untuk 3 hari yang berharga RM 25. Internet pass ini boleh dibeli melalui Celcom Lite app > Add-ons. Ikut saja step yang dipaparkan. (Nota: Kuota data tertakluk pada T&C telco).

Bagaimana ke sana?

πŸ“https://online.ktmb.com.my/
πŸ“https://www.train36.com/padang-besar-hat-yai-shuttle-train.html

Perjalanan Pergi: Padang Besar ke Hatyai

Menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar
  • Aku cadangkan korang ambil ETS paling awal pada jam 7 pagi dari KL Sentral so that korang akan sampai di Padang Besar pada waktu tengahari.
  • Perjalanan menaiki ETS mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Untuk makluman korang, ETS Platinum perjalanan lebih singkat kerana less stop kat station berbanding dengan ETS Gold.
  • Terdapat kemudahan kafe (di koc C), musolla dan tandas di dalam ETS ni.
  • Makanan di kafe kadang-kala terhad terutamanya jika terdapat ramai penumpang. So, apa yang aku buat, aku beli makanan, minuman dan snack siap-siap di KL Sentral. Lebih banyak pilihan dan harganya pun lebih murah berbanding yang dijual dalam ETS.
  • 3-pin socket outlet untuk mengecas telefon ataupun laptop terdapat di bawah tempat duduk. Setiap 2 tempat duduk tu berkongsi 1 outlet.
  • Perjalanan ke utara akan disajikan dengan pemandangan menarik terutamanya bila dah masuk ke Perak, Kedah dan Perlis. Paling menarik ialah bila tren melintasi Tasik Merah di Perak. Kalau cuaca elok, lazimnya petugas akan membuat pengumuman bila nak melalui kawasan ni. So, stand by la mobile phone korang.
Menaiki van dari Padang Besar ke Hatyai

Dari Padang Besar ke Hatyai, korang boleh menggunakan perkhidmatan van yang ditawarkan oleh Pens Leisure and Services Sdn Bhd, satu-satunya agen yang beroperasi di KTM Padang Besar tu. Company ni legit dan valid so korang tak perlu risau. Boothnya terletak di hadapan food court, bersebelahan dengan booth sim card.

Menggunakan van lebih cepat berbanding kalau korang nak naik SRT Train sebab train ni bergerak mengikut jadual. Slotnya cuma ada pagi dan petang. Kalau korang sampai tengahari, maybe kena tunggu sampai sekitar jam 4 petang untuk menaiki train ni. So, membazir masa. Aku suggest, kalau nak naik train ni, naik masa nak balik nanti dari Hatyai ke Padang Besar.

So, aku ringkaskan seperti berikut:

  • Bayaran yang dikenakan: RM 30 seorang (as per November 2023).
  • Perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai dengan menaiki van lebih kurang 1 jam. 
  • 10 orang untuk sebuah van.
  • Buat pembayaran di kaunter booth. Kad putih akan diberikan. Kad putih ni wajib diisi untuk diserahkan di imigresen nanti. Jangan risau kalau tak reti nak isi. Boleh bertanya dengan staff mereka.
  • Resit pembayaran juga akan diberikan untuk diserahkan kepada pemandu van.
  • Sticker bulat logo company yang diberikan tu nanti tampal je kat bahu atau mana-mana untuk identification.
  • Van akan menghantar korang ke ICQ Padang Besar untuk pemeriksaan passport. Bawa beg untuk discan sekali.
  • Kemudian, naik semula van yang sama untuk ke imigresen Thailand. Turun lagi sekali bersama beg untuk pemeriksaan passport dan scan beg.
  • Selesai urusan di imigresen Thailand, naik semula van yang sama untuk dihantar ke hotel masing-masing.
  • Simpan dan jangan hilangkan keratan kad putih tu. Kena tunjukkan di imigresen semasa pulang nanti.
  • Untuk makluman, jangan sesekali mengambil gambar semasa di berada di dalam kaunter imigresen.
  • Perjalanan dari Imigresen Padang Besar ke Hatyai downtown lebih kurang 1 jam. Driver akan hantarkan ke hotel yang korang stay. Just beritahu nama hotel dan kalau dia macam blur-blur ayam, tunjukkan alamat. Pandai la dia cari nanti.
  • Kalau tak silap aku, hotel hanya di area Hatyai downtown. Kalau luar daripada tu aku tak sure. Kena tanya staff yang uruskan awal-awal kat Padang Besar tu.
  • Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai perkhidmatan van ni, korang boleh tanyakan di sini: Pens Leisure (Mohd Ridzuan)
Menaiki SRT Train dari Padang Besar ke Hatyai
  • Bayaran yang dikenakan: 50 baht (lebih kurang RM 7) seorang (as per November 2023).
  • Waktu perjalanan SRT Train hanya ada pada sebelah pagi dan petang. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
  • Masa perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai lebih kurang 1 jam.
  • Urusan imigresen Malaysia dan Thailand dilakukan di bangunan yang sama iaitu KTM Padang Besar.
  • Train akan berhenti di Hatyai Train Station yang terletak kira-kira 5-10 minit berjalan kaki ke area Lee Gardens (lebih kurang 650 meter jaraknya).

Perjalanan Pulang: Hatyai – Padang Besar

Menaiki van dari Hatyai ke Padang Besar

Untuk perjalanan pulang yang lebih mudah, korang boleh menggunakan perkhidmatan One Service Director Trip & Tour. Aku rasa depa partner Pens Leisure yang beroperasi di Padang Besar tu sebab both companies ada dalam same business card. Korang boleh memilih kategori van seperti berikut:

  • Shared van (10 pax): 300 baht seorang (RM 41). Slot masa: 9.00 am, 12.00 pm dan 3.00 pm (waktu Thailand).
  • Private van (10 pax): 2,000 baht (RM 276) per van. Slot masa: flexible
  • Private van (11 pax): 2,200 baht (RM 304) per van. Slot masa: flexible

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, korang boleh hubungi: One Service Director Trip & Tour.

Bagi tempahan pula, korang kena maklumkan info berikut:

  • Tarikh perjalanan
  • Waktu perjalanan pulang ETS
  • Jumlah penumpang
  • Pick-up point (nama/lokasi hotel)

Sebagai makluman tambahan:

  • Waktu tempahan ialah SEHARI SEBELUM TARIKH PERJALANAN PULANG
  • Confirmkan lokasi drop-off korang iaitu Stesen KTM Padang Besar. Ini penting sebab ada kes-kes perkhidmatan lain yang penumpang cuma dihantar ke imigresen sahaja.
  • Buat pembayaran setelah sampai di Stesen KTM Padang Besar. Tapi kalau dia minta di stesen imigresen juga dan korang yakin dengan wajahnya yang polos dan suci tu, so bayar je la. In my case, driver kami minta di imigresen Thailand, so kami bagi je dan dia memang turunkan kami di KTM Padang Besar.
Menaiki SRT Train dari Hatyai ke Padang Besar
  • Bagi yang ingin melalui pengalaman menaiki SRT Train dari Hatyai ke Padang Besar, seperti yang sedia maklum waktu perjalanannya cuma ada 2; di sebelah pagi dan petang, iaitu sekitar jam 7 pagi dan 2 petang waktu Hatyai.
  • Perjalanan pula mengambil masa kira-kira 1 jam.
  • Tiket pula perlu dibeli pada hari yang sama korang bertolak. TIDAK BOLEH ADVANCE BOOKING.
  • Urusan imigresen Thailand dan Malaysia dilakukan di dalam bangunan yang sama iaitu Stesen KTM Padang Besar. Berbeza kalau korang menaiki van atau kenderaan lain, urusan imigresen dan kastam terletak di ICQ Padang Besar dan Thailand.

So, apabila korang membeli tiket ETS Padang Besar ke KL Sentral, make sure korang ada ada cukup masa dengan mengambil kira urusan imigresen. Mengikut pengalaman aku, urusan imigresennya smooth sahaja tetapi bergantung juga pada jumlah pelawat terutamanya semasa musim cuti. Macam aku jenis yang cepat kalut ni, selalunya aku akan pastikan buffer time aku antara 1-2 jam. Tak kisah la menunggu asalkan tak terlepas train. Betul tak?

Dan kena sentiasa ingat, PERBEZAAN WAKTU MALAYSIA DAN THAILAND IALAH 1 JAM! Contohnya waktu Hatyai 7.00 pagi, di Malaysia ialah 8.00 pagi. Sentiasa ingat tu supaya korang tak tersilap beli tiket waktu perjalanan pulang nanti.


Tren Khas “My Sawasdee” KL Sentral – Hatyai

Ada ketika, pihak KTMB membuat promosi tren khas “My Sawasdee” dari KL Sentral ke Hatyai. Tren khas ini ialah dari jenis tren KTM Intercity DMU (Diesel Multiple Unit), sama seperti Tren Ekspress Rakyat Timuran tu dan bukan dari jenis Electric Train Service (ETS).

Aku ada ternampak beberapa kali pertanyaan dari orang-ramai bagaimana hendak membeli tiket ni di laman KTMB sebab bila nak beli je takde. Untuk makluman, tiket untuk tren khas ni hanya dijual ketika ada promotion sahaja. Lazimnya mereka membuat trip ni semasa cuti perayaan yang panjang atau cuti sekolah. Kalau korang berminat nak try tren khas ni, kena rajin check media sosial KTMB untuk pengumuman.

Mengikut pengalaman aku, lazimnya jadual tren khas ni adalah seperti di bawah. Bertolak pada hari Jumaat dan pulang pada hari Isnin. Ini bukan jadual yang tepat, cuma anggaran masa secara kasar:

  • Jumaat, 10.10 malam (WM) : Bertolak dari KL Sentral
  • Sabtu, 6.30 pagi (WM) : Tiba di KTM Padang Besar, urusan imigresen Malaysia dan Thailand*
  • Sabtu, 7.30 pagi (WT) : Tiba di Hatyai Station
  • Isnin, 11.30 pagi (WT) : Bertolak dari Hatyai Station
  • Isnin, 1.30 petang (WM) : Tiba KTM Padang Besar, urusan imigresen Thailand dan Malaysia
  • Selasa, 12.00 tengah malam (WM) : Tiba di KL Sentral

    (WM = Waktu Malaysia, WT = Waktu Thailand)

* Bila tiba di KTM Padang Besar tu pada waktu pagi, kalau tren sampai sedikit awal, maka kenalah menunggu sekejap sebab imigresen Thailand buka pada jam 6.00 pagi. And then, tren pula nak tukar kepala lokomotifnya, so semua proses ni mengambil sedikit masa. Sementara tu, boleh la korang posing-posing buat content. Hahaha..

Anyway, harga seat bermula dari RM 75 dan untuk koc katil (lower berth) berharga RM 97 dan ada juga pilihan seat yang lain. Harga tiket tren khas ni pula sama je untuk dewasa, kanak-kanak mahupun warga emas. Frankly speaking, aku hanya akan menaiki tren ni kalau dapat katil sahaja, tak kisah la atas atau bawah. Kalau yang tinggal seat biasa je, memang aku takkan beli. Barai weh nak duduk hampir 10 jam dalam tren. Aku pula memang jenis tak suka tidur duduk. Nak juga melunjur kaki. Jualan seat pula macam goreng pisang panas. Start je sale, cepat je habis. Ikut rezeki masing-masing la kalau dapat beli.

Cuma cadangan aku pada pihak KTMB, kalau boleh, banyakkan lagi koc katil sebab rasanya untuk koc katil cuma ada 2 je. Kalau tak silap aku la.


Getting around in Hatyai

Jika korang stay di sekitar Lee Gardens, mudah untuk ke beberapa lokasi seperti Kim Yong Market, Train Station dan lain-lain. Boleh jalan kaki je. Tapi kalau korang nak ke Khlong Hae, Dimsum Chabura dan lain-lain tu, perlulah menaiki sama ada tuk-tuk, Grab Car atau Grab Bike. Kadang-kala caj Grab lagi murah berbanding tuk-tuk. Korang kena check dulu lah.

Salah satu sebab kenapa aku lebih suka naik Grab Car ni adalah kerana aku dah linkkan ke kredit kad. So, tak ganggu cash yang ada dalam tangan. Dan app Grab ni is the same app yang kita guna di Malaysia. Tak perlu nak download app Grab versi Thailand ke camne. Sama ada dia convert Grab wallet korang ke local currency tu aku tak pasti sebab aku menggunakan kad kredit.

Lagi satu, sebelum menaiki tuk-tuk, tanya dulu harganya. Kalau korang dah setuju harganya, baru naik. Jangan main naik je, dah sampai baru tanya harga. Silap-silap kena ketuk dengan tuk-tuk! Eh, sedap pulak bunyinya… Anyway, baru-baru ni masa aku pergi in group of 6 pax, menggunakan tuk-tuk di sekitar Hatyai downtown ni, harganya ialah 20 baht seorang.

Stay di mana?

Di sekitar Hatyai Downtown ni terdapat banyak hotel-hotel dengan harga yang sangat berpatutan. Korang boleh pilih sama ada nak tinggal di hostel dengan shared toilet, nak bilik hotel sederhana sehinggalah yang agak mewah. Harga bermula sekitar RM 30 sehinggalah RM 300 ke atas semalam bergantung kepada jenis bilik yang korang pilih. Personally, aku lebih suka bilik hotel yang biasa je berbanding hostel dengan shared toilet. Janji bilik selesa, bersih, aircond semua okay. Itu dah memadai. Sebab seharian pun aku akan keluar. Balik bilik cuma untuk rehat je, so bagi aku tak perlu nak bilik yang mewah. Dan ketiga-tiga hotel di bawah ni aku booked sebab ini je antara yang available masa aku pegi dulu. Kes last minute booking. Hahaha. Tapi ada satu lagi aku tak listkan sebab aku tak suka locationnya yang terletak agak jauh dari area Lee Gardens tu.

Kedudukan hotel pula, aku suggest pilihlah di kawasan Hatyai Downtown specifically di Lee Gardens (lihat map di bawah). Sebabnya di kawasan ni senang kalau korang nak cari makanan halal dan boleh berjalan kaki untuk membeli-belah di Kim Yong Market dan sebagainya. Dan bagi aku yang penting, tempat urut bersepah kat sini. Lenguh berjalan boleh singgah urut kaki atau badan.

Ini ialah hotel yang aku pernah stay semasa bercuti di Hatyai ni. Dan untuk makluman, hotel-hotel ini tidak menyediakan sarapan pagi. (Nota: Ini ialah harga bilik pada tahun 2022. Ia mungkin berbeza mengikut rate semasa. Harap maklum).

πŸ“Variety Winner Hostel (small double room) β€” RM 72 semalam
Terletak di hadapan Lee Gardens Plaza dan Lee Gardens Night Market. Sangat senang nak mencari makanan halal. Di bawah hotel terdapat money changer dan tour agent. Nak sewa motor pun ada kat sini. Hamid Restaurant juga terletak di sebelah hotel ni. Boleh breakfast roti canai dengan kuah kari. Roti canainya rangup dan buttery. Aku suka!


πŸ“Asian Hotel (deluxe double room) β€” RM 116 semalam
Masih berhampiran dengan Lee Gardens Plaza dan beberapa meter ke Kim Yong Market.


πŸ“Indra Hotel (standard double room) β€” RM 72 semalam
Berhampiran Lee Gardens Plaza dan di hadapannya terdapat bar. Kalau bilik korang menghadap jalan yang ada bar tu, mungkin ia sedikit bising pada waktu malam.

Makan di mana?

Hatyai ialah syurga makanan dan antara lokasi pelancongan di Thailand yang sangat mudah untuk korang mencari makanan halal sebab Songkhla ialah wilayah yang mempunyai ramai penduduk Muslim. So, tak perlu risau nak cari makanan halal. Dan kebanyakan peniaga Muslim mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Dari segi harga pula, ia sangat berpatutan dan boleh dikatakan agak murah berbanding di Malaysia. Dan yang penting, authentic Thai dan sedap! Selain daripada night market, banyak lokasi JJCM yang korang boleh try kat sini yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. 

Antara lokasi tempat makan yang aku rasa korang patut singgah kalau first time ke Hatyai ialah seperti berikut:

  • Khlong Hae Halal Seafood Buffet β€” seafood buffet berharga 299 baht (RM 40) untuk dewasa. Bagi aku sangat berbaloi, pilihan seafood yang banyak, udang segar yang besar-besar, ikan siakap dan lain-lain yang boleh dibakar, daging, ayam dan pelbagai menu makanan lain antaranya khengsom, somtam, lauk-pauk, sup, dessert, buah-buahan, jerukkkkkk yang paling aku suka dan banyak lagi lah. Jenuh nak listkan. Aku memang cukup puas hati kalau makan kat sini.
  • Dimsum Chabura β€” lazimnya lokasi sarapan paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Hidangan dimsum dengan harga 15 baht (kecil) dan 20 baht (besar). Banyak lagi menu-menu lain yang korang boleh cuba antaranya yang jarang nak jumpa di Malaysia seperti bubur tomyam, bubur kaki ayam dan macam-macam lagi. Dimsum bagi aku rasanya biasa je. Tapi yang paling aku suka ialah salted-egg pau. Paunya lembut dengan inti lemak, masin dan manis. Sangat sedap bagi aku. Anyway, restoran ni dibuka pada jam 6.00 pagi. Selalunya aku ke sini seawal 6.30 pagi untuk mengelakkan diri kena beratur panjang. Dan pada hari korang balik tu, paginya breakfast kat sini dan kemudian tapau fried/steamed Gyoza (dumplings) atau yang lain-lain tu sebagai bekalan makan dalam ETS nanti pun okay juga.
  • Kaitod Meena β€” ini lokasi favorite aku kalau nak makan pulut ayam goreng. Terletak di sebelah Kim Yong Market. Dibuka darijam 10 pagi hingga 7 malam. Bagi aku, pulut ayam sini sedap. Nasi komok (briyani Thai) pun sedap. Harga seketul ayam dengan nasi pulut dalam 80 or 90 baht kalau tak silap aku. Lagi best kalau korang makan kat situ, ada disediakan acar. Jangan lupa order air di gerai awek cantik kat sebelahnya tu. Air lemon mint dia manthoppp. Teh ais pun sedap. Pendek kata semua la sedap. Selain dari pulut ayam di Kaitod Meena, korang boleh juga try di Kaitod Sofeeya atau Kaitod Decha.
  • Kaitod Decha β€” antara lokasi wajib pergi bagi rakyat Malaysia. Menu makanannya memang banyak. Rambang mata nak pilih. Dan masakannya pun memang sedap-sedap belaka dan kena dengan tekak aku terutamanya tomyam! Kalau korang jenis yang suka tomyam yang ada strong flavour dan pekat, this is the place to go. Puas hati! Harga pun boleh tahan. Baru-baru ni, aku pergi dengan 5 kawan-kawan aku yang lain, order macam-macam jenis, harganya sekitar 1,600 baht iaitu lebih kurang RM 220. Berbaloi!
  • Khlong Hae Floating Market β€” pasar terapung ni dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja termasuk public holiday, bermula dari jam 1.00 petang sehingga 9.00 malam. Terletak lebih kurang 5 km dari Lee Gardens. Ambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke sini dengan menaiki tuk-tuk. Pelbagai makanan korang boleh try kat sini. Korang pilih je la nak mana satu. Boleh beli dari penjual dalam sampan tu, atau di gerai-gerai yang terdapat di bahagian atas. Kawasan ni boleh jadi sangat sesak terutamanya masa musim cuti perayaan atau cuti sekolah.
  • Lee Gardens Night Market β€” pasar malam ni terletak di hadapan Lee Gardens Plaza. Banyak gerai di sini terutamanya pada malam minggu. Korang boleh try coconut ice-cream, tomyam, somtam, pulut mangga dan segala macam makanan yang dijual di gerai-gerai di sini. Banyak yang halal dan ada juga yang tidak halal. Tempat duduk terhad. Selalunya aku tapau je dan duduk makan kat tangga di bangunan opposite Lee Gardens Plaza tu. Selain makanan, ada juga dijual baju, kasut dan lain-lain lagi.

Selain dari tempat-tempat yang aku listkan ni, sebenarnya banyak lagi lokasi makanan yang menarik dan best-best. Cuma aku tak dan nak try semua sebab aku bukan jenis suka nak explore sangat. Kalau aku dah suka makan kat situ, aku akan repeat sampai lebam. Hahaha. Kalau korang rajin bab-bab ni, pi la explore. Cafe, boat noodle dan banyak lagi. Night market kat sini pun banyak. Greenway night market, ASEAN night bazaar dan sebagainya.

Shopping

Selain daripada makan, salah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan di Hatyai ni semestinya shopping! Pelbagai produk dijual kat sini. Makanan, buah-buahan, pakaian, produk-produk kecantikan, kasut dan macam-macam lah. Memang rambang mata. Sama ada korang berjalan di kaki lima bangunan atau di pasar malam, pasti ada barang yang menarik perhatian korang. Antara produk yang aku suka beli kat sini ialah kacang gajus. Harganya bagi aku sangat murah berbanding yang dijual di Cyberjaya. Kat Hatyai ni korang boleh beli gajus dengan kualiti yang baik dengan harga lebih kurang RM 40 sekilo. Kalau di Cyberjaya, dijual sekitar RM 70 sekilo.

Berikut ialah lokasi yang aku selalu singgah untuk membeli-belah:

  • Lee Gardens Plaza β€” di dalam plaza ni juga terdapat beberapa kedai yang menarik untuk di singgah. Dan sekitarnya juga banyak kedai-kedai pakaian dan sebagainya.
  • ASEAN Night Bazaar β€” satu-satunya night bazaar yang aku pi selain daripada yang ada di Lee Gardens tu. Aku tak rajin nak meronda pasar malam sangat sebab aku rasa lebih kurang sama je. Pasar malam ni terletak di bangunan 1 tingkat. Di bahagian atas dijual makanan dan di bawahnya mereka menjual pakaian dan cenderahati.
  • Kim Yong Market β€” lokasi untuk aku membeli gajus dan snek yang lain-lain. Sayuran yang dikeringkan juga menarik untuk dicuba. Kat Malaysia, mahal ya depa jual. Selain tu, korang boleh beli sabun beras Siam. 1 bungkus besar tu baru 100 baht. Kat Malaysia, seketul pun dah mahal. Selain tu, aku beberapa kali membeli longan kering yang sedap direbus untuk dibuat air atau makan begitu sahaja. Tapi bahaya weh longan kering ni. Aku non-stop mengunyah benda ni tanpa sedar. Anyway, banyak produk menarik yang dijual di sini. Aku pernah berborak dengan auntie dari Ipoh yang membeli stok petai yang siap dikupas dalam beg besar. Nak buat ikan bilis petai katanya. Harganya aku tak sure la berapa. Oh! Pada sebelah pagi terdapat pasar basah di tepi jalan sekitar kawasan pasar ni. Banyak fresh product yang korang boleh jumpa, ulam-ulam, sayuran, buah-buahan dan lain-lain. Palm sugar yang depa selalu guna untuk masakan seperti somtam tu pun ada dijual. Kalau penat shopping, boleh lepak singgah Nescafe atau Amazon Cafe di hadapannya. Hilang penat, boleh sambung shopping lagi.
  • Thanyada Village Souvenir Shop β€” kalau korang nak membeli cenderahati, boleh singgah di sini. Kebanyakan yang aku beli ialah t-shirt, bag dan poskad. Poskad benda wajib aku beli kalau travel ke mana-mana. So far memang tak jumpa kat kedai-kedai tepi jalan yang jual poskad. Dan di sini juga mereka menjual stem dan terdapat peti pos. Depan kedai ni pun ada kafe. So, kalau korang takde apa nak dibuat, boleh lepak kafe ni sambil menulis poskad, tepek stem dan boleh terus masukkan dalam peti pos tu. Dan gadis-gadis yang menjualnya pun comel, lemah-lembut dan peramah belaka. Diorang pun rajin menari kat Tiktok! Hahaha…
  • 7 Eleven, Watson & Boots β€” aku rasa ini adalah lokasi wajib terutamanya bagi kaum wanita untuk membeli-belah produk kecantikan serta barangan kosmetik. Menurut kawan-kawan wanita aku, ada barangan kosmetik di sini harganya lebih murah berbanding yang dijual di Shopee, Sasa mahupun Sephora. Dan ada juga jenama yang mempunyai rangkaian barangan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Malaysia. Produk pemutihan jangan cakap la. Macam-macam jenis ada. Orang Asia kan obses nak jadi putih! Sabun, krim, serum… you named it. Rambang mata nak memilih. Dan di 7 Eleven pula, korang boleh beli pelbagai produk viral yang selalu nampak kat media sosial tu terutamanya burger halal, air teh dan macam-macam lagi lah. Sangat berbeza dengan suasana di 7 Eleven di Malaysia. Takde siapa nak shopping beriya sebab mahal. Air cannabis (ganja) pun ada. Tapi sebagai Muslim, korang jangan beli pulak. Selain haram dalam hukum Islam, korang juga akan menghadapi masalah kalau kantoi kat imigresen nanti sebab ia adalah barangan terlarang di Malaysia.

Foot & Body Massage

Hatyai ialah HEAVENNNNNN untuk aku ya sebab aku memang suka foot dan body massage! Kat sini, harganya ialah 200 baht/1 jam untuk body atau foot massage. Lebih kurang RM 26. Kalau ko nak dengan herba oil, 400 baht/1 jam (RM 55). Memang la heaven! Kadang-kadang sampai 2 kali aku urut dalam sehari. Hahaha.. Aku pi dekat depan Lee Gardens ni je sebab banyak sangat pusat urut sekitar ni antaranya Pailin Massage yang terletak sederet dengan Variety Winner Hostel. Bila petang dan malam je memang penuh. Anyway, bagi lelaki, korang boleh request untuk diurut oleh lelaki. Memang takde la aku nak suruh pompuan urutkan!

Michael Massage β€” antara banyak-banyak tempat yang aku try, the best bagi aku ialah di Michael Massage. Ni yang lelaki la urut aku. Kalau messeur pompuan dia aku tak sure. Tapi berdasarkan pendapat kawan-kawan pompuan yang urut di sini, katanya bagus juga.

Ownernya, Michael ni Sarawakian. Kawin dengan orang sini. Sangat peramah. So, setiap kali aku nak urut kaki dan badan, aku akan terus je sini. Kedai Michael comel je, tempat nak urut badan pun ada 2 katil je. Untuk foot massage banyak la. So, kalau korang terutamanya kaum wanita yang mahukan keselesaan atau privasi, boleh je request untuk diurut di bilik hotel korang. Ratenya sama je dengan rate urut di kedai. Tapi lokasinya hanya hotel-hotel sekitar downtown je la.

Kalau korang ada apa-apa pertanyaan atau nak book massage session, boleh hubungi Michael di +66 82 837 5738.

Nota: Menjelang 2024, aku difahamkan mungkin ada sedikit kenaikan harga foot dan body massage ni. Harap-harap tak banyak lah. Huhuhuhuuu….

Songkhla Day Trip via Tuk-Tuk

Kalau korang berminat nak berjalan-jalan di Songkhla City, korang boleh menyewa tuk-tuk macam aku. Aku menggunakan khidmat Uncle Yaw, salah seorang pemandu tuk-tuk yang terdapat di kawasan Lee Gardens. Caj yang dikenakan ialah 1,500 baht (lebih kurang RM 196.00) untuk 1 tuk-tuk. Harganya mungkin berbeza di antara lain-lain pemandu. So, korang pandai-pandai la kawtim. Kalau korang pergi dalam kumpulan mungkin lebih jimat sebab boleh berkongsi bayaran. Trip bermula dari pagi sehinggalah ke lewat petang mengikut lokasi yang kita berminat untuk pergi. Kalau korang nak ke Songkhla ni, better study sikit dan plan perjalanan korang. Dan dalam tuk-tuk ni pun lazimnya mereka ada katalog kecil tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati.


Update: November 2023:
Sebelum ni, 2 kali aku menggunakan khidmat Uncle Yaw. Tapi untuk untuk recent trip (November 2023), aku tak berjaya hubungi dia sejak dari Malaysia sampailah ke Hatyai ni. Mungkin nombornya dah bertukar, aku pun tak sure. Tapi Alhamdulillah, kali ni aku menggunakan khidmat Uncle Mured untuk trip ke Songkhla. Harganya pun sama dengan Uncle Yaw, 1,500 baht untuk satu hari per tuk-tuk. Lebih kurang RM 207 (mengikut rate semasa 0.138). Uncle Mured boleh berbahasa Melayu sikit-sikit. Lokasinya pula selalu di hadapan Asian Hotel. Kalau korang berminat nak menggunakan khidmat Uncle Mured, boleh hubunginya di +66 85 897 1350.


Secara ringkasnya, antara tempat yang aku lawati di Songkhla ni ialah:

Kho Hong Mountain Viewpoint, Phra Phutthamongkol Maharat & Hatyai Cable Car
Ia terletak di lokasi yang sama. Dari viewpoint ni kita boleh menikmati pemandangan Hatyai dan Songkhla dari atas bukit ni. Nothing much to do. Kat sini depa sediakan beberapa spot yang korang boleh pose untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Berbaloi pi sini kalau nak tengok view lah.

Untuk menaiki cable-car pula, harga tiket untuk pelancong luar ialah 200 baht iaitu sekitar RM 26. Okay la, kalau nak experience sekali. Personally, aku rasa boleh skip je sebab on the other side of the station tu, cuma ada temple kecil je. But for non-Muslim especially Buddhist, kalau you guys nak visit and do some prayers, boleh je pergi.

Samila Beach, Golden Mermaid Statue & Songkhla City Signage
Ketiga-tiga tempat ni terletak di lokasi yang sama. Samila Beach ni terletak kira-kira 34 km dari Lee Gardens Plaza. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit macam tu. Apa yang ada kat sini? Yang paling famous – statue Golden Mermaid tu la. Pantainya pula bersih dan air laut yang jernih. Di sekitar kawasan menuju ke pantai terdapat gerai dan kedai menjual makanan dan souvenirs.

Song Thale Park
Seaside park yang ada sculpture naga. Ada la statue, monument, meriam and some other stuff. Tapi bagi aku nothing much too see here. Boleh skip je kalau korang tak berminat. Tapi kalau korang jenis kena juga pergi tempat ni, dah ada dalam list.. tak boleh tak pergi.. kalau tak pergi korang menggelupur sesak nafas.. haaa.. pergilah!

Central Mosque of Songkhla Province
Masjid ini antara masjid yang terbesar di Thailand. Dengan pemandangan kolam di hadapan, senibinanya akan mengingatkan kita pada binaan Taj Mahal di India. Ruang masjidnya luas. Untuk pengunjung Muslim, jangan lepaskan peluang untuk solat di dalamnya kalau berkunjung ke sini.

SeaVerse Cafe and Restaurant
Restoran ini terletak berhampiran dengan Masjid Songkhla. Di dalamnya terdapat banyak spot untuk berOOTD. Kalau korang memang spesis OOTD ni, pergilah ke sini. Ada bayaran masuk tapi sorrylah aku tak ingat berapa. Aku just singgah bergambar dan tak makan pun di sini. Tak sure pula berapa harga makanannya.

Ton Nga Chang Waterfall
Ton Nga Chang Waterfall ni terletak di dalam Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary. Terletak kira-kira 60 km dari Samila Beach atau 30 km hari Lee Gardens Plaza. Lokasi ni kami pilih sebab dah tak tahu nak pi mana. Nak pi temple semua kami tak berminat. Mujur lah Uncle Yaw (driver tuk-tuk) nak bawa sebab agak jauh juga tu dari Samila Beach.

Harga tiket untuk pelancong luar ialah 200 baht iaitu sekitar RM 26. Banyak tempat korang boleh explore kat sini sama ada di kawasan perkelahan utama dengan pemandangan air terjun yang tinggi tu ataupun nak merayap menuruni bukit di kawasan sungai dan batu-batuan yang terdapat di situ. Air kat sini memang sejuk gila dan terdapat banyak sangat ikan kelah yang besar. Lebih banyak dari yang aku lihat di Tagal Tolungan di Kota Belud, Sabah dulu. Geram gila, rasa nak tangkap je. Anyway, ni kawasan sanctuary, so memang tak boleh tangkap ikan.

So, tu je la antara tempat yang aku lawati di Songkhla. Untuk maklumat tambahan, korang boleh rujuk post aku di bawah ni. Aku ada share juga di dalam video some of the places yang aku pergi tu.

Dan aku ada share juga trip aku ke Hatyai dan singgah berjalan-jalan di sekitar Padang Besar dalam post di bawah ni. Lama nak menunggu ETS balik ke KL, aku sempat merayap pergi ke Wang Kelian, Gua Kelam dan Tasik Timah Tasoh .

Dan ini pula ialah latest trip aku ke Hatyai pada November 2023 yang lepas dengan menaiki ETS dari KL Sentral.

Jadi, demikianlah serba-sedikit perkongsian aku tentang budget dan itinerary percutian di Hatyai ni. Semoga bermanfaat kepada mereka yang belum pernah menjejakkan kaki di kota di selatan Thailand ni. Kalau ada pertanyaan, boleh tinggalkan dalam komen di bawah atau DM aku kat Instagram. Jangan lupa subscribe, like, dan share dan video-video aku di Youtube. Semangat sikit aku nak ber-vlogging.

Till then, jumpa di post yang lain.


Check out trip Lombok aku pada awal November 2023 yang lepas. Trip 3 hari 2 malam je sempena birthday Umi aku. Detail budget aku share dalam tu.

Oh! Jangan lupa singgah di perkongsian terbaru aku ke Sapa pada penghujung September 2023 yang lepas. Aku ada share detail itinerary dan budget juga di dalam tu.

Eh! Jap. Sebelum beredar, jemput singgah baca blog solo travel aku ke Hanoi tu. Aku ada share few things kat situ. Moga bermanfaat. JANGAN LUPA SUBSCRIBE, LIKE & SHARE Youtube aku weh. Kemonnnn.. bagi la support sikit. Hahahaha.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.