Assalam dan selamat sejahtera gais! Bertemu lagi dalam blog kali ni. So, ke manakah destinasi aku kali ni?
Alhamdulillah, kali ni aku berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke bandar pesisir pantai, Nha Trang, Vietnam. Nha Trang (sebutannya: nya-chaang) merupakan salah satu bandar di Vietnam yang memang ada dalam wish list aku. In fact, dah agak lama juga aku plan nak ke sini cuma tak berkesempatan.
Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Moga-moga tercapai impian aku untuk menjadi travel vlogger yang berjaya. Hehehe…
Alkisahnya, aku takde plan langsung nak ke sini kerana plan asal aku semasa cuti Awal Muharram yang lalu tu ialah hendak ke Pulau Redang. In fact, aku dah booked 2 seat untuk aku dan Barak, bertolak pada Jumaat malam tu selepas habis kerja. Tapi, bila nak book hotel… semua bilik dah tak available. Bukan setakat Pulau Redang je, Pulau Lang Tengah yang berhampiran pun dah takde. Punyalah frust. Maka, terpaksalah aku burn je tiket bas ke sana tu. Dah advertise kat media sosial pun takde siapa yang nak. Rugi-rugi…
Tapi, aku still tak berputus asa sebab aku memang dah set dalam kepala aku untuk bersnorkelling dan sebagainya pada hujung minggu tu. So, check punya check, terjumpalah flight tiket yang okay harganya ke Nha Trang. Just top up few hundred dari budget Pulau Redang tu, dapatlah kami ke Nha Trang, Vietnam ni.
So, mari aku sharekan budget dan itinerary percutian selama 4H3M di bandar pesisir pantai ni.
Budget ke Nha Trang
Berikut ialah budget aku untuk trip Nha Trang kali ni. Kos bagi luggage, airport transfer dan hotel aku share dengan Barak. The rest tu semua perbelanjaan sendiri. Untuk budget dan itinerary yang lebih detail, korang boleh download di sini.
Flight AirAsia return ticket KUL – CRX: 1010 – 1130 (2h 20m) KUL – CRX: 1200 – 1525 (2h 25 m) pick seat, insurance, 20 kg baggage* (return) | 758.66 |
Airport – hotel transfer (return) Booked via hotel VND350,000 one way (MYR 65/2) MYR 32.50 x 2 | 65.00 |
Pavillon Garden & Spa Hotel Superior double room x 3 nights With breakfast (2 pax) MYR 201/2 | 100.50 |
Deluxe snorkeling tour with mud bath at Merperle Hon Tam Nha Trang Booked via Klook.com Hotel pick-up/drop off with lunch | 176.15 |
VinWonders Nha Trang VND 950,000 Booked via hotel Full day ticket with round trip cable car | 175.90 |
TOTAL | 1,276.21 |
Note: Tidak termasuk kos pengangkutan (Grab) antara destinasi, makan, sim kad, shopping dan sebagainya,
*Share extra luggage = 10 kg per person
Untuk cash, aku tukar VND5,000,000 (lebih kurang MYR 950.00). Itu untuk perbelanjaan bayaran airport transfer, tiket VinWonders, makan, Grab dan sebagainya. Selepas perkongsian aktiviti, aku ada serta daily expenses aku dalam kotak biru sebagai rujukan korang. Harap membantu.
Currency exchange
As per July 2024, VND10,000 bersamaan dengan MYR 1.85.
Waktu solat di Nha Trang
Waktu solat terkini di Nha Trang boleh rujuk di sini.
Simkad dan akses Internet di Nha Trang
Aku menggunakan pakej Celcom 3-Day Internet Pass yang berharga MYR 25. Tapi sebenarnya tak cukup kuota 2 Gb yang diberikankan tu. Sepatutnya aku ambil 7-Day Unlimited Internet Pass je yang berharga MYR 58. Itu lebih menjimatkan. Selain daripada ni, korang boleh try pakej yang ditawarkan oleh telco korang ataupun menggunakan TuneTalk dan sebagainya. Nak beli simkad local pun boleh. Macam aku guna dulu di Sapa, Vietnam.
Pengangkutan di Nha Trang
Untuk airport-hotel transfer, aku dah booked awal-awal dengan pihak hotel. Itu lebih memudahkan bagi aku. Harga pun aku rasa lebih kurang je kalau book melalui Grab. Caj yang dikenakan ialah VND350,000 one way iaitu lebih kurang MYR 65. Perjalanan dari Cam Ranh Airport ke hotel lebih kurang 40-45 minit bergantung pada trafik.
Untuk pengangkutan dalam bandar, kami menggunakan khidmat Grab car. Ada ketika aku bayar menggunakan cash dan ada ketika aku bayar guna linked card dalam app. Tapi apa yang aku perasan, kalau bayar guna cash ni, cajnya lebih murah. Betul tak? Tu yang aku perasan lah.
Hotel murah di Nha Trang
📍Pavillon Garden Hotel & Spa Nha Trang
- Aku memilih untuk menginap di hotel ini selama 3 malam. Harga yang ditawarkan pun cukup menarik iatu MYR 201 untuk 2 orang selama 3 malam bersekali dengan breakfast. Murah kan?
- Aku ditempatkan di higher floor di bilik 801. Biliknya selesa, aircond sejuk dan hot shower pun berfungsi baik. Cuma viewnya takde la sangat walaupun ada balkoni sebab terlindung dengan bangunan. Tapi aku tak kisah sangat bab tu sebab dua hari ni aktiviti kami penuh seharian. So, balik bilik untuk tidur sahaja.
- Hotel juga dilengkapi dengan swimming pool yang mempunyai view pantai.
- Terdapat cafe di basement untuk sarapan pagi dengan menu buffet. Tapi as a Muslim, takde apa sangat yang boleh dimakan sebab mee dan sup semuanya non-halal. The only thing yang kami ambil untuk breakfast hanyalah roti, telur rebus dan buah-buahan serta air kopi dan jus.
- Staf mereka juga baik dan sangat membantu terutamanya Anh. Dia yang tolong bookkan trip kami di VinWonders tu.
- Pavillon Hotel ni terletak di lorong kecil yang di sepanjangnya terdapat banyak spa dan pusat urut. Urut badan di sini murah ya! Lebih kurang MYR 27 untuk satu jam oil body massage. Pedi dan meni juga murah. Lebih kurang MYR 16 kalau tak silap aku.
- Kedai makanan halal juga terletak tak jauh dari hotel ni. Yang paling hampir ialah Sahin Kebab yang terletak lebih kurang 550 meter dari hotel, lebih kurang 8-10 minit berjalan kaki.
- Pantai Nha Trang juga terletak beberapa meter dari hotel ini. Begitu juga dengan night market. So, overall bagi aku kedudukan hotel ini sangat strategik.
- Cuma kalau korang prefer bilik yang ada view pantai, mungkin boleh try hotel lain di kawasan ni.
Makanan halal di Nha Trang
Terdapat beberapa kedai makanan halal di bandar ini. Dan di antara yang aku jumpa melalui Google, hanya 3 sahaja yang kami pergi dan aku yakin kehalalan sebab dimiliki oleh Muslim.
Di antara kedai makan berikut ialah:
📍Sahin Turkish Doner Kebab
Kedai kebab yang comel ini diusahakan oleh Ali dan keluarganya yang berasal dari Turkiye. Menu di sini takde banyak mana, kebanyakkan berasaskan roti. Antara menu kebab yang ada ialah chicken roll, beef roll, chicken pida, beef pida, chicken dan beef plate. Pilihan minuman pula antaranya minuman bergas dan ayran. Dari segi harga pula, ia antara VND60,000 – VND160,000 (MYR 11 – MYR 29.50).
Antara menu yang kami order ialah chicken roll kebab dan beef pida kebab. Pida kebab tu korang minta rotinya dibakar garing sedikit macam Ali buat masa first day aku makan. Memang sedap. Rangup!
Di sini juga ada dijual ais krim Turkey tapi rasanya so-so je lah. Abit keras pada pendapat aku.
📍Halal Food Karim
Kami ke kedai ini pada hari pertama untuk dinner. Agak jauh dari Pavillon Hotel tu, lebih kurang 4 km. So, memang kena naik Grab. Kalau nak berjalan, memang berkicap! Masa kami datang ni sekitar waktu Maghrib. Takde customer langsung. Beberapa minit selepas tu, baru ada satu kumpulan dari Malaysia.
Aku order mee goreng daging lembu manakala Barak order tomyam udang, nasi putih dan telur dadar. Mee gorengnya actually seperti maggi manakala tomyam supnya pula lebih tepat kalau ada describe as kubis masak air dicampur udang. Nothing rasa tomyam tapi rasanya refreshing la juga bagi aku.
Overall, makanan yang kami order tu rasa so-so, jadi janganlah mengharap rasa yang lazat sangat. Matlamat asal nak makan makanan halal, so tu yang paling utama. Apapun syukur, kenyang untuk malam tu.
Harga pula, antara VND80,000 – VND220,000 (MYR 14.75 -MYR 40.50) bergantung pada menu.
📍Halal Ресторан Восточный Уют (The Cozy Eastern) – Halal Foods Nha Trang
Kami ke sini pada malam terakhir kami di Nha Trang, selepas seharian merambu di Vinwonders. Memang lapar gila dan aku nak makan nasi. Mencari lokasi restoran di di app Grab abit tricky sebab ia tiada exact location. So, aku kena check di Google Map dan bandingkan dengan lokasi di app Grab. Pin lokasi yang paling dekat aku jumpa ialah di Đông Phương Hotel. Dari hotel ni, berjalan kira-kira 100 meter dan kita akan berjumpa dengan restoran ini.
Mengikut pengamatan aku, pemilik kedai ini dari Central Asia, so makanannya lebih kepada makanan Middle East. Dan pilihannya pula agak banyak dengan menu nasi, sup, kebab dan sebagainya. Dari segi harga pula, antara VND40,000 – VND250,000 (MYR 7.40 – MYR 46.10) bergantung pada menu.
Selain makanannya yang sedap, restoran ni juga bersih. So, aku recommend korang makan di sini juga.
📍T’ Halal Restaurant Nha Trang
Ini salah satu restoran halal yang terdapat di sini tapi kami tak dan nak try. Maka, tak bolehlah kami nak review.
Ada beberapa kedai “halal” kalau korang cari di Google Map. Tapi, aku macam tak berapa yakin, so aku tak nak share lah. Hahahaha…
Kalau korang travel ke non-Muslim countries ni, korang kena tahu yang mereka ni tak faham tentang makanan halal. The basic yang some of them tahu cuma Muslim tak boleh makan pork. More than that, penyediaan dan sebagainya, jangan harap la mereka tahu. So, kalau korang book snorkeling di Klook.com tu, walaupun korang dah request seafood or vegetarian only, some of the operators ni tak tahu. Memang la dibawanya kita ke seafood restaurant dan menghidangkan makanan laut dan sayuran. Tapi hujung-hujung menu tu, dihidangkan popia, sup serta bbq daging terlarang tu. Kalau korang jenis boleh masuk hanya makan nasi kosong dan sayur sahaja, go ahead. Tapi nasihat aku, a day before trip (sebab trip snorkeling ni start awal pagi, kedai halal tak buka lagi), pergi la tapau kebab atau makanan lain di kedai halal yang ada, simpan dalam fridge di hotel, dan bawa bekal tu keesokkan harinya. So, masa lunch nanti beritahu guide yang kita tak boleh consume makanan di restoran tu sebab bercampur dengan benda-benda terlarang. Itu lebih baik bagi pendapat aku lah. Apapun yang penting, enjoy snorkeling tu!
Di VinWonders Nha Trang pun sama. Kita dilarang bawa makanan dan minuman dari luar. In fact, setiap beg akan dicheck sebelum masuk. So, nasihat aku, sebelum datang ke VinWonders ni, makan la kenyang-kenyang. Sebab mengkut pengamatan aku, memang takde langsung kedai yang menyediakan makanan halal. Jangan tertipu dengan stall yang meletak “beef (halal)” di menunya kerana di situ juga menjual sosej yang mungkin tidak halal. Begitu juga yang menjual takoyaki, spiral potato dan sebagainya. Di situ juga masih terdapat menu yang mengandungi sosej yang diragui statusnya.
Walau bagaimanapun, di Lotteria ada dijual shrimp burger (burger udang) dan di outlet ni takde menyediakan menu berasaskan pork. Yang ada menu berasaskan daging ayam dan lembu (tapi tak disembelih ya). [ hukum minyak gorengan haiwan tidak disembelih: sila rujuk di sini ].
Kalau tak, korang tahan je la perut dengan makan mango blended atau buah-buahan buat sementara waktu. Balik je dari VinWonders ni, pi la bedal kebab 2-3 ketul!
Walau apapun, bagi aku, jangan disebabkan kesukaran mendapat makanan halal ni menghalang kita untuk melawat pelbagai negara dan menikmati keistimewaan dan keindahan yang ada di tempat mereka.
Itinerary di Nha Trang
Basically, itinerary aku selama 4 hari 3 malam di Nha Trang ni ialah seperti berikut.
Day 1: KUL-CRX, free and easy
Day 2: Half day snorkeling and mud bath
Day 3: Full day VinWonders Theme Park
Day 4: CRX- KUL
📍Deluxe snorkeling tour with mud bath at Merperle Hon Tam
👉 Book this tour via Klook.com
- Aku mengambil tour package ni di Klook.com dengan memilih aktiviti snorkeling, mud bath dan lunch.
- Tour guide mengambil kami di jalan besar sekitar jam 7.30 pagi.
- Aktiviti pertama ialah berenang dan snorkeling di Hon Mun (Mun Island) selama lebih sejam. Peralatan snorkeling dan jaket keselamatan diberikan percuma. Cuma seat di tepi pantai sahaja yang perlu disewa dari VND30,000 dan VND50,000, ikut jenis seat.
- Kemudian kami dibawa mengelilingi kawasan sekitar sebelum dibawa ke perkampungan nelayan untuk lunch. Isu makanan halal aku dah share dalam kotak merah di atas.
- Selesai lunch, kami dibawa pula ke Merperle Hon Tam Resort untuk aktiviti mud bath dan riadah yang lain. Di sini terdapat banyak aktiviti yang korang boleh main.
- Habis je aktiviti, kami dihantar ke hotel masing-masing.
📍VinWonders Nha Trang Ticket
👉 Book this tour via Klook.com
- Mula-mula aku nak book tiket ni melalui Klook.com tetapi disebabkan aku masih ada cash lagi di tangan (esok dah nak balik), so better aku guna cash je. So, staff hotel tolong bookkan sebab katanya better beli online sebab kalau walk-in jenuh nak beratur. Harga pun sama je.
- Harga tiket yang aku beli ialah VND950,000 (MYR 175.90). Tiket ni untuk full day entry dan return ticket cable car.
- Dari hotel, kami mengambil Grab ke cable car station.
- Sampai di station cable car ni, terus je pergi beratur di lane cable car. Tunjukkan QR code ticket yang diberikan selepas kita purchase ticket tu.
- Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Setiap beg akan diperiksa sebelum menaiki cable car.
- Di sini terdapat banyak aktiviti dan kawasan sangat luas. Memang kami tak sempat nak cover semua dalam masa sehari.
- Di VinWonders ni terdapat juga wet theme park. So, kalau korang nak main yang ni, kena bawa baju extra.
- Tiada restoran makanan halal di sini. So, boleh refer explaination aku berkenaan makanan halal di Nha Trang dalam box merah di atas.
- Highlight aktiviti di sini ialah TataShow yang bermula pada jam 7.30 malam di dataran utama. Show berlangsung selama 40 minit.
📍Nha Trang Beach
- Pantai Nha Trang yang terletak di kawasan teluk ni sangat panjang dan bersih. Lokasinya pula hanya beberapa meter dari hotel kami.
- Di sepanjang pantai ni terdapat banyak resort dan hotel-hotel. So, kalau korang prefer room with a view, boleh cari hotel di sepanjang pantai ni.
- Pantai ni menjadi tumpuan utama masyarakat tempatan dan pelancong di sini. Aku agak teruja bila melihat ramai orang beriadah di pantai ni seawal 6.30 pagi waktu Malaysia. Time ni dah ramai orang kat pantai, bermandi-manda, jogging dan melakukan yoga. Yang awal dari tu pun ada.
- Hakikatnya orang Vietnam ni sangat aktif. That’s why dalam South East Asia, kadar obesiti mereka paling rendah.
- Sunrise dekat sini memang stunning! Korang kena bangun awal untuk menikmati sunrise kat sini.
📍2 April Square (2/4 Square) & Trầm Hương Tower
- Dataran yang luas ini terletak di tepi pantai Nha Trang dan di hadapan pusat konvensyen. Ia menjadi lokasi utama untuk pelbagai acara di bandar ini.
- Di tepi dataran ini terdapat sebuah menara iaitu Trầm Hương Tower, yang diinspirasikan dari bunga agarwood atau kayu gaharu.
📍Nha Trang Night Market
- Ini merupakan pasar malam paling besar dan sibuk di Nha Trang. Ia terletak berhampiran dengan pantai Nha Trang. Dari hotel kami lebih kurang 4 minit berjalan kaki.
- Di sini terdapat pelbagai produk yang dijual antaranya souvenirs, pakaian, beg, makanan dan pelbagai lagi.
- Dari segi harga, aku boleh katakan agak pricey di sini. Yelah tempat tumpuan pelancong kan? So, bila nak beli tu, kena banyak kali tawar-menawar.
So, itu sahaja maklumat berkaitan budget dan itinerary di Nha Trang ni. Sekarang aku share pula aktiviti sepanjang berada di sana. Ayuh!
Nha Trang adalah destinasi pelancongan yang popular di Vietnam, terkenal dengan pantai berpasir putih yang indah, perairan jernih, dan iklim tropika yang nyaman. Bandar ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti selam skuba, snorkeling, dan sukan air lain.
Day 1: Kuala Lumpur – Nha Trang & city tour
Flight kami ke Nha Trang ke Kuala Lumpur berlepas pada jam 10.10 pagi. So, seperti biasa aku akan pastikan untuk sampai ke airport sekurang-kurangnya 3 jam awal. Omaq kan kalut! Makanya, selepas subuh sekitar jam 6.30 pagi, aku dan Barak dah bertolak ke KLIA2. Dan kali ni, pengalaman pertama aku untuk check-in luggage sendiri menggunakan mesin. Sebelum ni, kalau solo travel aku jarang nak check-in luggage. Jadi, ada satu pengalaman baru di situ. Mudah je. Cuma bila guna mesin ni, berat tu kena ikut jumlah yang kita purchase la. Kalau terlebih sikit tu dengan manusia boleh la kawtim. Kalau dengan mesin ni, jangan harap la kan.
Anyway, Alhamdulillah cuaca di sepanjang 2 jam lebih perjalanan ni baik je. Kami disajikan dengan pemandangan yang menarik. Dapat la juga menyaksikan pemandangan Pulau Redang dari atas ni. Sepatutnya kami berada di situ! Tapi syukur sebab rezekinya di tempat lain.
Sampai di Cam Ranh Airport, menuju ke imigresennya, jumlah pelawat yang beratur memang padat gila. Ingatkan tak berapa ramai. Silap ya. Majoritinya ialah Korean dan European. Selesai urusan imigresen, kami terus menuju ke lokasi yang telah diberitahu oleh pihak hotel untuk bertemu dengan pemandu kami.
Perjalanan dari airport menuju ke hotel kami lebih kurang 45 minit. Di sepanjang laluan dari airport ni, boleh dilihat banyak hotel-hotel antarabangsa yang sedang dibina. Kebanyakkannya bertaraf 5 bintang. So, in future, kawasan ni sure menjadi kawasan eksklusif. Aku ada terfikir untuk stay di hotel di sini untuk satu malam iaitu di Cam Ranh Nha Trang Seaview Resort. Tetapi bila memikirkan kawasan ni terlalu jauh dengan town untuk mendapatkan makanan halal, so cancel je la.
Kami sampai di hotel sekitar jam 1.00 tengahari dan memandangkan terlalu awal dan bilik pun belum ready, kami tinggalkan luggage di hotel dan terus menuju ke kedai makanan halal yang terdekat iaitu Sahin Turkish Doner Kebab. Restoran ni terletak kira-kira 550 meter dari hotel, sekitar 8-10 minit berjalan kaki.
Sampai sahaja di kedai, kelihatan sosok lelaki Turkiye yang kacak sedang menghiris-hiris daging kebab. Ali namanya. So, setelah melihat menu, kami memesan chicken roll dan beef pida. Untuk minuman pula, kami memesan air berkarbonat. Bila pesanan sampai, kami pun merasa hidangan masing-masing dan Barak cakap menu aku lagi sedap iaitu beef pida sebab Ali membakar roti pida tu sedikit garing. Jadi kulit luar roti tu menjadi rangup.
Selesai makan, dan memandang duit VND yang kami tukar di money changer semuanya bernilai besar (VND500,000 = MYR 92), maka aku minta Barak tolong bayarkan dahulu sebab kalau masing-masing keluar note VND500,000, susah juga mamat Turkiye ni nak balikkan duit. Bagi VND500k ni pun dia tanya takde duit kecil ke? Sudahnya, sebab tak cukup duit nak bagi balance, dia bagi kami discount VND10,000 iaitu kira-kira MYR 2.00 lebih kurang. Thanks Ali. Dah la hensem, pemurah pulak tu! Hahaha…
Sampai di hotel, kami dibenarkan untuk check-in dan sebelum tu, aku settlekan dulu pembayaran hotel (melalui credit card) dan airport transfer. Airport transfer ni boleh je bayar masa check-out nanti cumanya aku nak bagi settle terus. Takut terguna pula duit tu nanti.
Aku request untuk bilik di tingkat yang tinggi. Jadi, mereka letakkan kami di tingkat 8, bilik bernombor 801. Cuma ada 2 bilik je di setiap level kalau tak silap aku. Di tingkat 7 pula terletaknya swimming pool. Bilik kami baru je dikemas jadi lantainya masih basah lagi selepas dimop. Biliknya okay la. Kemas dan selesa. Aircondnya pun sejuk dan hot showernya panas. Cuma view je la takde walaupun ada balkoni. Nampak sipi-sipi je laut sebab terlindung dengan bangunan.
Selesai mandi, solat jamak dan merehatkan diri seketika, kami keluar menuju ke Pantai Nha Trang yang hanya terletak beberapa meter dari hotel. Sampai je di sini, punyalah ramai umat manusia. Macam-macam aktiviti ada. Ada yang berenang, berkelah, bersenam dan sebagainya. Pendek kata, di sepanjang pantai ni memang tak sunyi. Pantainya terbentang luas dan panjang dan sangat bersih. Ia terletak di kawasan teluk. Jadi, ombaknya tidak terlalu kuat.
Di datarannya juga iaitu 2/4 Square terdapat acara sedang berlangsung. Beer event kalau tak silap aku. Diorang dok ajak aku masuk ke dalam, memang tidak la kan. Hehehe. Sayup di seberang pantai ni jelas kelihatan Vinpearl, pulau peranginan yang antara di dalamnya terdapat VinWonders, taman tema tekenal di Nha Trang. VinWonders ni antara lokasi yang akan kami pergi pada hari ketiga di sini.
Setelah puas menghirup udara segar dan mencuci mata, kami berjalan menuju ke sebuah mall yang tak jauh dari pantai ni. Tujuannya nak menyejukkan badan sambil duduk minum coffee. Tapi tiada cafe yang berkenan di hati. Maka, kami meneruskan perjalanan ke kawasan night market. Walaupun masih awal, tapi terdapat beberapa gerai yang sudah beroperasi.
Souvenirs di sini sangat mahal bagi aku. Walaupun selepas ditawar. Aku dok beli sekeping piring kecil tu dengan harga VND120,000, lebih kurang MYR 22.00. Biasalah acik aku ni suka kumpul piring-piring souvenirs letak dalam almari. Fridge magnet aku dah malas nak beli. Tapi aku still beli sekeping fridge magnet dengan harga yang sama. Katanya mahal sebab dibuat dari logam. Tak tahulah mandrem apa dia guna, aku main beli je. Bila fikir balik selepas minum segelas lemonade, I was like… “Wehhh, bangangnya kau, Omaq. Pi beli fridge magnet harga 22 hengget!” Well, kebangangan yang lepas jangan dikenang. Kita teruskan je lah kehidupan. Bak kata BTS, Life Goes On… tiberrr.
Okay, dah habis episod bangang aku kat night market tu, kami berjalan lagi di sekitar town untuk mencari fruit juice. Jalan punya jalan, akhirnya bertemu dengan sebuah gerai kecil yang menjual pelbagai jenis minuman buah-buahan. Mr. Boong Smoothie Fruit Juice nama gerainya, yang terletak berhampiran restoran Itali, La Cala Gusto Italiano. Barak dok order air kelapa, manakala aku pula order lemonade. Auntie yang jual tu dok tanya kami asal dari mana. So, aku cakaplah dari Malaysia. And then, dia cakap dia pernah kerja di Johor. Dan sepantas kilat aku reply aku pun asal Johor. Family duduk kat Kempas. Then Barak was like.. “puok mung la tu”.
Selesai pekena jus ni, aku tanya Barak sama ada nak terus dinner atau balik bilik dulu. Kami berdua sepakat kalau dah balik memang dah malas nak keluar lagi. So, better la pi dinner siap-siap. Jadi, dari gerai ni, kami menaiki Grab ke Halal Food Karim yang terletak kira-kira 4 km.
Sampai je di kedai makan ni, memang takde customer langsung. It’s a good thing juga. Jadi, kami pun order la makanan masing-masing. Aku dok order mee goreng daging lembu dan Barak pula order nasi putih, tomyam seafood dan telur dadar. Mee goreng aku sebenarnya ialah sejenis maggi dan tomyam seafood Barak pula lebih kepada sup kubis dengan udang. Hahaha.. tapi takpelah. Yang penting makanannya halal. Sedap atau kurang sedap tu belakang cerita.
Anyway, tengah dok makan tu, baru teringat.. eh esok Awal Muharram!!! Aku tak ingat langsung walaupun sebelum pergi dah dok ingatkan diri jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun. So, tengah makan tu, pause sekejap baca doa akhir tahun. Nasib baik maghrib tak masuk lagi. Lepas tu kami sambung makan. Masuk je maghrib, aku take turn dengan Barak solat maghrib dan baca doa awal tahun kat surau yang disediakan. Bagusnya restoran Halal Food Karim ni, mereka menyediakan surau berasingan untuk lelaki dan wanita.
Habis je makan, kami ambil Grab dan turun di Sahin Kebab. Bukan nak beli kebab pun. Tapi nak merayap mencari beg sebab esok nak pi snorkeling dan kami berdua ni lupa nak bawa beg extra nak isi baju. Dalam masa yang sama, aku dok teman Barak mencari kopi untuk dia beli sebagai souvenirs. Tapi rata-rata kopi G7 Black yang aku selalu beli di Hanoi tu, harganya agak mahal di Nha Trang. Adakah kerana di sini tempat tumpuan pelancong? Sebab kalau di Hanoi aku boleh dapat sekotak lebih kurang MYR 5.00 tapi di sini kopi yang sama dijual antara MYR 8.00 ke MYR 9.00. Lebih dari tu pun ada. Aku beritahu Barak, baik dia beli di Jaya Grocer je. Baru dalam MYR 7.50! Hahahaha.. Sudahnya, dia tak beli pun kopi tu.
Sebaliknya, kami membeli beg kecil jenama Nike (cap ayam rasanya) dengan harga VND130,000 (MYR 24.00). Okaylah, kami suka begnya. Comel dan boleh muat nak sumbat baju dan seluar serta benda-benda lain.
Seusai membeli beg ni, kami terus balik ke bilik. Nak stay lewat malam memang dah tak larat walaupun di 2/4 Square ni tengah berlangsung konsert. Tak tahu la sempena perayaan apa tapi kawasan ni sesak dengan pengunjung. Acik kau too old for this ya. Tidur lagi penting! Hahaha.. Lagipun esok pagi, kami kena bangun awal untuk bersiap ke aktiviti snorkeling. So, better rehat secukupnya.
Sepanjang jalan pulang ke hotel, melalui lorong tu, aku dah usha kedai urut mana nak dituju keesokkan harinya selepas bersnorkeling. Harga pun not bad. In fact, jauh lebih murah dari Hatyai.
So, itu sahajalah aktiviti kami pada hari pertama di Nha Trang ni. Jumpa esok!
Cash:
- Beef pida & soft drink @ Sahin Doner Kebab : VND105,000 (MYR 19.90)
- Souvenirs – plate & fridge magnet @ night market : VND240,000 (MYR 45.45)
- Lemonade @ fruit juice stall : VND20,000 (MYR 3.80)
- Grab – stall to Halal Food Karim : VND62,000 (MYR 11.75)
- Mee goreng & teh ais @ Halal Food Karim : VND110,000 (MYR 20.80)
- Grab – Halal Food Karim – Sahin : VND68,000 (MYR 12.90)
- Teh botol : VND12,000 (MYR 2.30)
- Beg @ night market : VND130,000 (MYR 24.60)
- Mineral water 1.5 liter : VND10,000 (MYR 1.90)
Cash : VND757,000 (MYR 143.40)
Day 2: Snorkeling, mud bath & body massage
Hari ni ialah hari kedua kami di Nha Trang dan yang membuatkan kami excited lebih sikit sebab hari ni kami akan pergi snorkeling. Aktiviti ni kami dah booked semalam sebab nak book terlalu awal kami takut cuaca tak baik.
Subuh di Nha Trang ni awal, sekitar jam 4.05 pagi. So, mataharinya terbit awal. Jam 5.15 pagi ke atas tu dah agak cerah. Selesai solat, aku ajak Barak ke pantai sebab aku nak ambil gambar sunrise. Mula-mula dia macam nak sambung tidur tapi lepas tu tukar fikiran pula. Orang tempatan di sini memulakan hari mereka di awal pagi dengan bersenam, beriadah dan mandi laut! Ya, awal pagi lagi pantai di sini dah penuh dengan pelbagai aktiviti manusia. Sihat betul gaya hidup penduduk kat sini.
Anyway, pemandangan sunrise di sini memang cantik. Kami meluangkan masa beberapa minit di sini menghirup udara pagi sebelum pulang ke bilik untuk sambung rehat dan bersiap, sementara menunggu kafe dibuka untuk breakfast pada jam 6.30 pagi.
Kafe hotel menyajikan beberapa menu buffet yang rata-rata kami tak boleh nak makan. Faham-faham je la kan. So, the only makanan yang kami ambil hanyalah roti, telur rebus, buah, air kopi dan jus buah. Jadilah untuk alas perut. Tapi banyak juga aku bedal roti tu dengan harapan dapat bertahan lama dari lapar. Auntie dan the girl yang jaga kafe tu berbual sesama sendiri sambil tengok kami. Aku rasa mesti diorang dok tanya kenapa 2 ketul makhluk ni tak makan mee, sup dan kuih-kuih yang ada tu. Aku rasa la. Hahaha..
By the way, Alhamdulillah, cuaca hari ni baik. Dan guide tour kami pun Whatsapp beritahu lokasi pick up sebab mini bus tu tak boleh memasuki lorong kecil ke hotel. So, sekitar jam 7.30 pagi mereka datang ambil dan mengumpulkan kami di kawasan jeti. Lebih kurang jam 8.25 pagi, kami pun menaiki bot menuju ke destinasi pertama iaitu Hon Mun atau Mun Island untuk aktiviti berenang dan snorkeling.
Perjalanan dari jeti ke Hon Mun ni lebih kurang 20 minit. Sepanjang perjalanan, mata disajikan dengan pemandangan indah pulau-pulau yang terdapat di sini. Sampai je di jeti Hon Mun, mata aku dah terpukau dengan kejernihan dan kebiruan air lautnya. Cantik weh!
Setelah diberi taklimat ringkas dan peralatan snorkeling serta jaket keselamatan, kami dibenarkan untuk membuat aktiviti masing-masing. Tapi sebelum tu, aku membayar sewa seat berpayung dengan harga VND50,000 (MYR 9.47). Aku dan Barak bergilir-gilir melakukan snorkeling kerana menjaga beg kami.
Air laut di sini sejuk walaupun suhu persekitarannya panas. Pantainya pun bersih, cuma terdapat beberapa sampah yang sesat. So, bila terjumpa tu, aku kumpulkan satu tempat. Then ada pekerja di situ yang akan kutip sampah-sampah tersebut. Kebersihan tanggungjawab bersama maaa. Dasar laut di sini takdelah mempunyai batu karang yang cantik. Sekadar batu-batu biasa je Tapi mungkin sebab di kawasan yang aku snorkeling je kot. Kawasan lain aku tak sure. Tapi airnya jernih dan mempunyai banyak ikan-ikan comel! Tak rugi aku beli underwater casing di Decathlon yang berharga MYR 25.00 tu.
Setelah hampir sejam lebih berenang dan snorkeling di sini, kami bersiap untuk dibawa ke tempat seterusnya. Time nak keluar ni, bot makin banyak yang datang dan membawa lebih ramai pelancong terutamanya dari South Korea. Semakin sesak la pantai. Nasib baik kami datang awal.
Destinasi seterusnya ialah ke perkampungan nelayan untuk makan tengahari. Agak awal juga lunchnya, sekitar jam 11.00 pagi. Di sini terdapat banyak sangkar-sangkar ikan dan lobster. Kalau korang nak pesan lobster di sini pun boleh tapi harganya sangat mahal. Sekilo VND1,700,000 kalau tak silap aku. Tu kalau aku tak salah tengok la harganya.
Sampai di sini, aku beritahu tour guide yang aku requested seafood or vegetarian food only. Sebab taknak la bercampur dengan benda-benda lain kalau ada. So, dia tempatkan aku dengan one group. Ada couple Nina dan Aiden dari Saigon, Vietnam, Jorka, solo traveller dari Germany dan one lady from South Korea living in New Zealand bernama Boonie. Dia ni suka sangat datang Malaysia sebab suka makanan negara kita terutamanya roti bakar dengan kaya.
So, bila makanan sampai tu, dihidangkan roti, nasi putih, kangkung goreng dan udang BBQ dan nasi goreng. Aku beritahu Barak yang semua tu should be okay la asal jangan ambil nasi goreng sebab tak tahu apa isinya. Sebab pada pengamatan aku, kangkung goreng tu memang clear langsung dari penampakan daging-daging ataupun bawang. So, kami makan tu je la melainkan nasi goreng. And then sampai lagi hidangan lain berupa ikan bakar which is fine. Tapi last tu dia hidangkan spring roll dan seaweed soup. Aku beritahu Barak jangan makan sebab takut ada inti daging tak halal. In fact betul pun telahan aku sebab Aiden tu cakap dalam spring roll tu ada inti daging babi. Sup tu pun sama ada daging cincang. Kemuncak hidangan yang dipersembahkan ialah daging barbie BBQ. HAHAHAHAHAHA.. weh!!! That’s Muslim biggest nightmare! Aku macam.. dangggggg… tapi nak buat camne. Depa bukannya faham halal haram ni. Bagi dia kita minta seafood, ya dia hidang seafood. Tapi bercampuk-aduk tu depa bukan tahu. Haizzzzz.. sesak nafas aku sat. Next time, kalau korang nak join trip ni, silalah bawa makanan sendirinya supaya terjamin kehalalannya. Kira aku ni menjadi bahan eksperimen untuk korang la ni. Hahaha.. sadis!!!
Selesai episod mengerikan di restoran seafood tu, kami dibawa pula ke Hon Tam Resort untuk aktiviti mandi lumpur dan aktiviti air yang lain. Sampai di Hon Tam, guide kumpulkan kami di satu sudut sementara menunggu dia membeli tiket. Selesai urusan membeli tiket, kami diberikan tiket seorang satu untuk di-scan supaya boleh masuk ke kawasan resort. Untuk memasuki kawasan mandian lumpur, kami perlu mendapatkan tuala dan gelang yang akan digunakan sebagai kunci locker. So, nanti nak buka locker, scan je pada pintu lockernya. Canggih juga tu. Locker room lelaki dan wanita berasingan. So, bila dah dapat towel tu, kami ke locker room dan menukar pakaian. Some of the guys kat sini memang jenis selamba menjadi toyol. Berpinau biji mata aku sekejap. Hahaha.
Di kawasan mandian lumpur ni, terdapat banyak bath tub yang diperbuat dari batu yang solid yang terletak di bawah pokok. So, bila sampai di sini, kita pilihlah tub yang mana kita nak. Sebab aku dan Barak datang bersekali, so kami berkongsi satu tub. Staff akan membuka paip air yang akan mengeluarkan air lumpur yang sederhana panas. Bila dah penuh tu, kami terus masuk ke dalam dan menikmati rendaman badan dalam air lumpur tersebut. Air lumpurnya agak licin seperti bersabun tapi tidak berbuih.
Anyway, mud bath di sini mempunyai beberapa manfaat disebabkan oleh komposisi mineral yang kaya. Ia dikatakan bagus untuk mendetoksifikasi tubuh, mengelupas kulit, memperbaiki peredaran darah, dan meredakan ketegangan otot serta sakit sendi. Mineral yang terdapat dalam lumpur seperti kalsium, zat besi dan garam mineral, memberikan efek terapeutik ini.
Lumpur yang digunakan di Hon Tam diambil langsung dari pulau dan diproses mengikut piawaian antarabangsa, bagi memastikan ia steril dan diperkaya dengan mineral penting. Tekstur lumpur yang licin seperti sabun disebabkan oleh kandungan mineral yang tinggi dan kaedah pemprosesan semulajadi yang digunakan. Pengalaman unik ini bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga menyediakan suasana yang sangat santai dan mengurangkan tekanan. Begitulah ceritanya.
Ketika kami sedang berendam, guide kami, Mr. Quoc datang melawat kami dan tolong mengambilkan gambar. Lepas tu, turn aku dengan Barak pula bergilir-gilir ambil gambar solo masing-masing di dalam tub. Habis berlumpur phone aku! Actually ada je staff yang datang offer untuk ambilkan gambar yang proper tapi kena bayar extra la. Malas aku nak membazirkan duit. Tapi sedang elok Barak tengah posing, staff pi cabut stopper menandakan masa dah tamat. Nasib baik sempat ambil gambar walaupun air lumpur sedikit surut. Masa berendam kat sini rasanya dalam 20 minit. Kena on-time sebab memang ramai yang beratur nak masuk.
Keluar dari tub, kami membilas badan di paip di sebelah tub dan pergi ke tempat lain pula. Ada lagi yang boleh dicuba antaranya high pressure water jet, mandi di swimming pool dan lain-lain. Selesai meronda di kawasan ni, kami balik ke locker room untuk mandi dan menukar pakaian.
Kemudian, aku dan Barak melepak di kerusi sementara menunggu yang lain siap. Bila dah cukup semua ahli kumpulannya, kami berkumpul di jeti untuk menunggu bot menghantar kami pulang. So, demikianlah aktiviti snorkeling dan mud bath kami pada hari ni. Seronok sangat sebab dapat mandi laut, explore mandi lumpur dan mendapat beberapa teman baru di Instagram.
Kalau korang ada peluang nak ke Nha Trang ni, ambillah tour ni. Cuma bab makan tu, maybe boleh consider apa yang aku suggest.
So, bila sampai di town, kami turun di kawasan yang berdekatan dengan Sahin Doner Kebab untuk lunch. Ingat nak makan banyak sebab macam lapar sangat. Tapi bila dah bedal seketul chicken pida tu, terus rasa kenyang. Kali ni bapa Ali yang buatkan. Tapi dia tak bakar roti garing macam yang Ali buat, so kurang ummphhh sikit la.
Sampai je kat bilik, lepas mandi semula dan solat jamak, aku dengan Barak terus pengsan ya. Bukan kaleng-kaleng punya pengsan. Sedar-sedar dah jam 8.00 malam. And then kami keluar untuk pergi body massage di kedai yang ada di lorong hotel ni. Ada this kedai masa lalu semalam, dia kata sejam oil body massage VND170,000. Tapi hari ni dia offer VND150,000, lebih kurang MYR 28.41. So, aku ambil 2 jam terus, dengan messeur lelaki la of course. Barak just buat pedi-meni dengan harga MYR 16 lebih je kot. Sementara menunggu aku habis, dia dok merayap di area ni dan pergi beli fruit juice di sini.
Habis sesi massage, aku ajak dia pi snacking sebab macam agak lapar juga. Tapi dah pukul 10 lebih ni, kedai halal dah tutup rasanya. So, kami pergi ke fruit juice yang dia pergi tadi. Tengok menu macam banyak yang menarik. So, aku order salted coffee dengan avocado ice-cream. Dua-dua manthapppp pak abu! Salted coffee tu ada krim santan yang masin dan bila bercampur dengan coffee yang pekat tu, rasa kebaboommm!!! Avocado ice-creamnya pun bagi aku sangat sedap. Avocado blended tu dicampur dengan ice-cream kelapa dan diletakkan parutan isi kelapa kering yang rangup dan sedikit manis. Sedap ya! Korang kena try kalau pi sini. Walaupun dah habis bedal dua ni, perut aku masih lapar. Jadi, aku order lagi fruit yogurt yang mengandungi potongan buah-buahan segar yang dicampur yogurt. Ada buah naga, tembikai, apple, longan dan pisang. Very refreshing.
Selesai menikmati minuman ni, kami balik ke bilik dan sambung tidur. Tamatlah hari kedua dengan aktiviti snorkeling. Esok kami nak ke theme park pula. See ya!
Cash:
- Chicken pida & ayran drink @ Sahin Doner Kebab : VND105,000 (MYR 19.90)
- Sewa kerusi @ Hon Mun : VND50,000 (MYR 9.47)
- 2 hours oil body massage : VND300,000 (MYR 56.82)
- Salted coffee : VND35,000 (MYR 6.62)
- Avocado ice-cream : VND45,000 (MYR 8.52)
- Fruit yogurt : VND45,000 (MYR 8.52)
Cash : VND580,000 (MYR 109.85)
Day 3: VinWonders Nha Trang
Pagi Isnin kami di Nha Trang ni bermula seawal jam 5.00 pagi. Walaupun mata agak mengantuk juga, tapi demi merakamkan gambar matahari terbit pagi ni, aku gigihkan juga melangkah keluar. Barak follow aku half way je. Lepas tu hilang! Rupanya balik bilik sebab sakit perut. Hahahaha..
Pagi ni lebih meriah daripada semalam. Mungkin disebabkan hari bekerja. Tapi tak sure la kalau ada perayaan lagi. Kelihatan pekerja-pekerja memakai pakaian seragam serta pakaian tradisional berdiri di 2/4 Square tu. Music band pun ada. So, aku rasa mesti ada acara lain la kot yang berkaitan dengan kerajaan. Okay lupakan tentang tu. Pantai Nha Trang meriah seperti biasa. Cuma sunrise pagi ni tidak seindah semalam.
Habis mundar-mandir di sini, aku pulang semula hotel untuk sarapan pagi. Menunya masih sama, Cuma kali ni terlebih kreatif, kami membuat egg sandwich menggunakan telur rebus yang disediakan. Kalau ada butter atau marjerin, aku pasti sandwich aku tu lebih enak! Auntie yang jaga tu dok tengok je perangai kami. Mesti dalam hatinya tertanya.. apalah si setan 2 ekor ni buat? Aku masak elok-elok kau tak nak makan… Hahahaha.. maafkan kami auntie!
Selesai breakfast, kami bersiap untuk ke VinWonders, taman tema yang terdapat di Nha Trang ni. Asalnya aku nak book je melalui Klook.com, tapi disebabkan masih ada cash lagi dan esok pun dah nak balik, aku rasa better guna cash je. Nasib baik aku tanya Anh, staff hotel tu dulu. Dia suggest jangan beli di kaunter sebab jenuh nak beratur. Better beli online je sebab harganya pun sama. So, bila macam tu, aku minta dia bookkan dan kami bayar menggunakan cash. Untuk full day ticket sekali dengan return ticket cable car berharga VDN950,000 iaitu kira-kira MYR 175.90. Settled!
Ticket Anh sharekan dengan kami melalui AirDrop. Dia dengan Barak guna iPhone. Bolehlah. Aku forever and ever pengguna setia Samsung. Dia pun share juga senarai show dan masa persembahannya. Mana yang menarik maybe kami akan pergi.
So, untuk ke sana, kami menaiki Grab. Lokasinya ialah VinWonder Nha Trang – Cable Car Station (New). Abang Grab kali ni bawa kereta macam gengster. Naik kecut perut aku jadinya. Semua motor kena hon dengan dia. Ganas betul!
Jadi, bila sampai di station ni, aku nampak orang tengah beratur di bahagian luar. Dalam hati aku, takkan yang tu kot. So, aku tanya one of the staff kat situ dan dia terus guide aku untuk terus beratur di lane menaiki cable car. Panjang ya tengah beratur. Ingatkan hari Isnin kurang orang. Dekat setengah jam juga nak scan ticket menaiki cable car.
Sebelum melepasi palang untuk menaiki cable car, setiap beg akan diperiksa bagi memastikan tiada makanan dan minuman dari luar yang dibawa masuk. Dalam erti kata lain, kalau nak makan atau minum, kena beli di sini, even mineral water. So, kalau korang bawa ni, kena tinggalkan sebelum menaiki cable car.
Kereta kabel Vinpearl di Nha Trang adalah tarikan utama yang merentasi kira-kira 3,320 meter, menghubungkan bandar Nha Trang dengan Pulau Tre, tempat terletaknya VinWonders Nha Trang. Kereta kabel ini, yang merupakan salah satu yang terpanjang di dunia, menawarkan perjalanan selama 10 hingga 12 minit dengan pemandangan menakjubkan Teluk Nha Trang. Dengan 65 kabin yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 8 penumpang, ia mempunyai kapasiti kira-kira 1,500 penumpang sejam. Kereta kabel ini beroperasi setiap hari, menyediakan pilihan pengangkutan yang selesa dan pemandangan yang menarik, dengan menara yang diterangi cahaya pada waktu malam menghasilkan paparan visual yang mengagumkan.
Aku dan Barak menaiki cable car ni bersama tiga orang anak muda tempatan, dua orang lekaki dan seorang perempuan. Maybe masih di sekolah menengah lagi sebab nampak terlalu muda. Tapi yang kelakarnya the girl ni punya la penakut atau gayat sebab terjerit-jerit ketakutan sampai dia pun asyik dok cakap sorry. Tapi kalau korang jenis gayat, memang akan terasa la sebab cable car ni tergantung tinggi di atas laut. Kena pula tengah bergerak tu, angin dok tiup. Memang berayun la ke kiri ke kanan cable car tu. Tapi, gayat macam manapun, mata aku tetap terpana dengan pemandangan di sekitar kawasan ni. Memang cantik! So, kalau korang ke Nha Trang, jangan miss this trip.
Keluar sahaja dari station cable car ni, kami memasuki sebuah dataran yang di sekelilingnya terdapat deretan bangunan dengan facade unik yang berwarna-warni. Pemandangannya sangat menarik and I would say, ia ada vibe seolah-olah berada di Europe. Oh! By the way, semasa kami berada di sini, cuacanya sangat terik tetapi itu tak sedikitpun melemahkan keterujaan aku untuk merakamkan suasana di sini. Tak kisah, rentung pun rentung lah! Hahaha..
Untuk memasuki theme park VinWonders tu, kita perlu imbas sekali lagi QR code ticket di pintu masuk utama yang tersergam indah tu. Aku mula-mula macam pening juga nak ke mana. Tapi di pintu masuk utama ni, di sebelah kiri terdapat kaunter dan di situ ada flyers yang boleh diambil sebagai rujukan. So, senanglah kami nak plan nak pi mana satu. Kalau tak macam blur tiada arah tujuan.
Dan bila dah memasuki VinWonders ni, kami pergi mencari air dulu. Haus hawauuu!!! Punyalah panas terik. Dapat pekena passion fruit juice sambil berehat di bawah pokok memanglah terasa nikmatnya.
Bila agak dah sejuk sikit badan, kami menuju ke destinasi pertama yang kami dok aim iaitu Alpine Coaster. Ini antara sebab utama kami ke sini. Nak naik coaster menuruni bukit, yang macam kat Da Lat tu. Tiba je pintu masuk permainan ni, perghhhhh… dia punya queue bapak panjang! Kalau dari point yang kami tunggu tu dianggarkan masa menunggu hampir 2 jam! Tapi sebab ni tujuan utamanya, kena tunggu pun tunggu lah. Tapi tak sampai pun 2 jam. Aku rasa lebih kurang 40 minit macam tu dah boleh naik.
Aku mula-mula macam nak naik satu coaster tu berdua so that aku boleh ambil video. Tapi macam leceh pula nak berhimpit dalam satu kereta kecil tu. Maka, naiklah seorang satu kereta. Masa nak naik tu, staff beritahu tak boleh guna handphone. So, aku macam okay. Bila staff dah check tali pinggang semua, aku dok tanya camne nak handle brake ni, dia kata tak perlu sebab auto controlled. Then dalam kepala aku macam.. oh boleh la curi-curi record video. Jadi, masa coaster ni slowly naik, aku pun sempat la rakam secara curi-curi. Nampak CCTV, sembunyikan phone. Orang penakut nak buat jahat memang la tak confident! Hahahaha.. Sempat record few seconds. Anyway, kat sini ada 2 spot camera mengambil foto. So, kena standy lah. Muka aku kat dua-dua spot ni macam hauk! Hahaha. Yang satu tu nampak sangat muka aku tengah sembunyikan phone. Tapi Barak punya lagi best. Terang-terang tengah pegang phone! Hahaha…
Anyway, coaster ni dipandu secara automatik sehingga ke station bahagian atas sebelum kita “dilepaskan” ke bawah. So, bila sampai checkpoint ni, staff brief tentang penggunaan brake dan kena pastikan jarak antara coaster. Lepas je point ni, menderu la kau menuruni bukit. Sebab tu mereka larang guna mobile sebab korang kena handle brake dengan kedua-dua belah tangan. Kalau tak, arwah kau sat lagi. Laju gila ya menuruni bukit ni. Aku kena brake di setiap selekoh sebab rasa terlalu laju. Tapi it was fun!!!! Sayang, cuma tak dapat ambil video la. Maybe kalau nak beraktiviti macam ni, kena beli another camera yang boleh attach kat badan ke kan? Haizzz… nak beli juga ke? Hahaha…
Tapi apapun ini pengalaman pertama yang sangat menarik. Kalau boleh nak repeat je lagi tapi sebab nak beratur tu panjang gila, so forget it. Tiba di bawah, sebelum keluar kami purchase gambar kami sekeping seorang dari 2 opt yang ditunjukkan. Harga sekeping gambar dengan covernya ialah VND90,000 iaitu MYR 17.05. Softcopy boleh download melalui QR code yang diberikan. Dan ia jauh lebih murah daripada gambar dan frame yang dijual di Wetland Studios Putrajaya yang berharga MYR 50 lebih tu.
Untuk aktiviti kedua pula, kami memilih untuk menaiki Sky Wheel a.k.a ferris wheel yang tersergam indah dari jauh tu. Tinggi dan besar ya wheel ni. Kalau tak silap aku, yang terbesar di Vietnam. Tapi nak menghala ke situ asyik sesat barat je. Kejap pi masuk area tu, satgi masuk area ni. Sudahnya kami stop beli mango blended dulu. Sambil tu, mata melilau juga mencari kalau ada stall yang menjual makanan halal tapi nan hado. Ada satu gerai ni dok jual “beef (halal)” tapi aku tengok menu lain, ada je sosej yang meragukan. Tak jadi nak beli. Terpaksa tahan perut seketika dengan mango blended tu.
Sambil berjalan, aku sibuk dok rakam pemandangan bandar Nha Trang dari atas bukit di pulau ni. Cantik ya viewnya. Sky Wheel ni terletak di bahagian World Garden. Di World Garden ni terdapat beberapa tanam yang berkonsep beberapa buah negara, sama ada terletak di luar atau di dalam dome. Ada 5 botanical dome di sini iaitu Winter Colours, Africa Desert, Sky Garden, Temperate Garden dan Rose Forest. Daripada 5 tu, Cuma Winter Colours dan Africa je yang aku masuk. Winter Colours tu sangat cantik dengan bunga yang mekar especially gerbera. Geram gila tengok spesis ni kembang cantik. Dan di African tu, aku teruja melihat pelbagai spesis cactus yang jarang atau tak pernah aku jumpa. Pokok baobab yang famous di Madagascar tu pun ada. Menarik la bagi aku. Dome yang lain tu aku masuk sekejap je sebab bosan. Rose tu sekuntum bunga pun takde, maybe diorang tengah buat maintenance. Tak tahu la, aku main agak je.
Berhampiran dengan Africa Desert tu ada Aboriginal Village, persis perkampungan asli di Africa. Ambil la mood sikit kan sebab nak sampai ke Africa tu entah bila walaupun AirAsia baru je launched direct flight ke Kenya. Tiberrr!
Beberapa meter dari kawasan ni juga, terdapat Japanese Garden dengan landscaping sebiji macam di Jepun. Kalau cuaca sejuk ni, memang dah onz dah. Tapi, panasnya ya ampun! Hahahaha.. redho je la. Anyway, cantik sangat garden ni. Aku ada nampak kelibat pengunjung siap dengan pakaian tradisional Jepun lagi. OOTD sangat! Muka Chinese look, comel-comel boleh la. Kalau aku pakai macam Pakistan jual karpet tersesat kat situ je. Sedih! Hahaha.
Anyway, setelah puas berpusing-pusing, akhirnya kami jumpa jalan masuk ke Sky Wheel ni. Berapa ketul orang je yang naik. Bagus! Ni first time aku naik wheel sebesar alam ni. Seingat aku, kalau pernah naik pun yang bodo-bodo kat funfair tu je. Hat ni punyalah tinggi, nak rasa gayat pun ada. Tapi pemandangan dari sini memang jangan cakap la. Cantik hawau!!! Boleh nampak pemandangan laut dengan skyline yang berlatar belakangkan gunung-ganang. Pemandangan sebahagian themepark ni pun dapat dilihat dari Sky Wheel ni.
Kemudian, kami ke bahagian Sea World untuk ke Under Water World kerana di sini ada akuarium dan underwater tunnel yang mempamerkan pelbagai jenis spesis ikan serta hidupan laut yang lain. Reptilia seperti ular dan chamelion juga ada dipamerkan. Agak menarik bagi aku. Dan kawasan ini agak sesak dengan keluarga yang membawa anak-anak kecil. Of course lah, kanak-kanak sure suka tengok benda camni.
Seterusnya, kami menaiki lagi 2 rides actually khas untuk kanak-kanak… tapi biaq pi la. Bukan ada orang naik pun. Daripada adik yang jaga tu bosan takde kerja, ya tak? Kiranya warm up dulu sebelum naik yang jenis dewasa tu. Tapi bila dah naik tu, rasa malu pun ada juga. Hahahaha..
Kemudian, kami ke Adventure World untuk menyejukkan badan di dalam bangunan beraircond ni. Barak ambil kesempatan untuk try few activities yang ada di sini. Oh, di dalam ni bersebelahan dengan kawasan kerusi urut, terdapat phone charging station yang percuma. So, agak lama juga aku di sini sebab power bateri aku dah tinggal sikit je.
And then, kami merayap pula di Adventure Land untuk naik few rides yang ada di sini. Aku memang nak try Swing Carousel. Yang ni aku naik dulu seingat aku masa kat Genting Highlands, sekitar 2006 camtu kot. Lama giler kan? Barak tak berani naik. Takut la tu! Hahahaha.. So, lepas naik ni, kami naik Mine Adventure coaster dan Giant Sky Chaser. Juga terletak di kawasan yang sama. Mine Adventure tu best. Ala-ala mini roller coaster. Barak sempat try juga Bungee Jumping, tapi bukan yang extreme terjun gaung tu. Ni melompat kat area tiang-tiang yang ada tu. Suka betul dia aktiviti melompat. Tadi kat Adventure World pun dia dok main trampoline. Kat sini cuma Sky Drop je kami tak berani nak naik. Seram! Takut gayat.
Oh! By the way, kalau korang nak solat jamak di VinWonders ni agak susah sebab tiada prayer room atau ruang khas solat disediakan. So, kena cari spot yang sesuai untuk ni. The best spot bagi aku ialah di kawasan berhampiran Bungee Jumping ni. Di situ terdapat sebuah station cable car yang tak beroperasi dan di situ ada klinik. Sebelah klinik tu ada toilet. Boleh ambil wudhu di situ dan solat di bawah pokok di area tu. Di kawasan tu jalan mati, so takde orang lalu sangat dan sunyi. Kira okay la nak solat. Kalau area lain sentiasa sibuk orang lalu lalang. Jangan lupa bawa kain atau tuala kecil la kalau ke sini, untuk dijadikan alas ketika sujud.
Kalau tak sure lokasinya, boleh rujuk di sini. Semoga membantu.
Apabila hari beransur senja, kami turun menuju ke TataWorld untuk mengambil gambar di dataran dengan bangunan yang telah dihias cantik dengan lampu yang berwarna-warni. Cantik wehhh! Betul-betul macam di alam fantasi.
And then bila tengok jam macam lambat lagi TataShow nak start. So, kami saja masuk ke show “Harry and the Lost Magician”. Ingatkan macam biasa-biasa je. Tapi best ya amat ya!!! Korang kena experience sendiri kesan visualnya. Rasa macam terbang bersama. Aku tak boleh nak share video sebab phone kena tinggalkan dalam locker. But, I would say, worth to try lah. Shownya dalam 10 minit camtu.
Anyway, selesai je show ni,kami terus ke dataran TataShow untuk menyaksikan persembahan yang akan berlangsung tepat jam 7.30 malam. Rupanya dah ramai orang berkumpul untuk ambil spot yang best. Paling best ialah di hadapan castle tu. Tapi kami ni dah lambat. Dapat duduk di bahagian sisi je la. Tu pun kira nasib baik dapat duduk di bahagian hadapan. Duduk kat lantai je.
TataShow ni kira macam cerita fairy tale la. Prince and princess, good vs evil. Typical storyline ala-ala Disney. Persembahan menggunakan 3D projection mapping, light and sound effects. Menarik! Intronya mantap tapi bila dah hujung-hujung tu macam bosan sikit bagi aku. Persembahan berlangsung selama 40 minit. Tapi, kami tak tengok sampai habis pun sebab cabut awal takut cable car station penuh kalau semua balik serentak.
Tapi awal tak awal pun, sampai kat station orang dah ramai pun bergerak balik. Pemandangan waktu malam masa naik cable car ni pun cantik. VinPearl memang terang benderang bermandikan cahaya.
Sampai je di station tu, kami terus ambil Grab untuk restoran halal, The Cozy Eastern untuk dinner. Mula-mula aku nak order lamb pilaf tapi pelayan tu cakap dah takde. Cuma ada beef sahaja. Dan aku pun okay je la. And then, dia datang semula bagitau, chef masakkan lamb pilaf khas untuk aku! Wahahaha.. Aku macam, okay rezeki. Tak kisah pun mana-mana sebenarnya. Tapi memang sedap nasi pilafnya. Cuma aku lebih suka kalau dagingnya seketul-seketul berbanding yang dicarik-carik. Apapun sedap! Barak pula dok order BBQ chicken cubes dengan ikan bakar. Lapar gile katanya.
Secara keseluruhan, makanan kat sini memang sedap dan kedainya juga bersih. So, aku recommend makan di sini.
Balik ke hotel, aku singgah tapau avocado ice-cream lagi sebab esok dah nak balik. Takut nanti teringat-ingat pula kelazatannya.
So, begitulah aktiviti seharian kami di VinWonders Nha Trang ni. Cepat betul masa berlalu. Esok dah nak balik. Apapun, memang seronok sangat hari ni walaupun cuacanya panas terik. Korang yang datang ke Nha Trang, jangan tak masukkan VinWonders ni dalam list ya. Rugi!
Cash:
- Grab – hotel – VinWonders cable car (new) : VND74,000 (MYR 14.00)
- Passion fruit juice : VND40,000 (MYR 7.57)
- Mango smoothie : VND80,000 (MYR 15.15)
- Photo @ Alpine Coaster : VND90,000 (MYR 17.05)
- Revive soft drink : VND20,000 (MYR 3.80)
- Lamb pilaf @ The Cozy Eastern : VND150,000 (MYR 28.40)
- Passion fruit juice @ The Cozy Eastern : VND45,000 (MYR 8.52)
- Soft drink @ The Cozy Eastern : VND25,000 (MYR 4.75)
- Avocado ice-cream : VND45,000 (MYR 8.52)
- Grab – VinWonders cable car station (new) – The Cozy Eastern : VND90,480 (MYR 17.13)
Cash : VND569,000 (MYR 107.76)
Credit card : VND90,480 (MYR 17.13)
Day 4: Nha Trang – Kuala Lumpur
Last day kami di Nha Trang. Seperti biasa, bila dah last day ni mesti raya macam.. haizzzz.. dah nak back to reality mencari sesuap nasi pula. Hahahaha.
Anyway, kami selepas siap berkemas, kami turun breakfast macam biasa. Tapi hari ni cafe tak menyediakan buffet macam biasa. Mungkin sebab tak ramai yang stay. Cuma ada menu ala carte je. Tengok pada menu… hmm… forget it la. Aku cakap dengan auntie. Takpe kami makan roti je. Maka, makanlah roti dengan susu pekat cicah air kopi. Jangan alas perut. Tengah-tengah makan tu, auntie beri kami sepinggan buah tembikai yang dipotong. Banyak pula tu. Mungkin dia kesian tengok kami makan roti je kot. And then, aku Google translate English to Vietnamese, beritahu kami Muslim dan tak boleh makan pork, lepas tu suruh dia dengar. So, dia angguk. At least bagi dia faham la kan.
Kami bertolak ke airport pada jam 8.30 pagi. Aku memang request supaya awal macam biasa. Sempat berselfie dengan Anh dan ucapkan terima kasih kat dia sebab tolong kami beberapa kali semasa kami di sini.
Sampai di airport, driver tu nak turunkan kami di domestik airport. Domestik airport ni terletak di sebelah airport baru. Kalau nak jalan, mahu berkicap ketiak kau. Then, aku beritahu dia, bukan airport tu. Yang lagi satu tu sebab international flight. Dia dok tanya Hanoi? Saigon? Maybe sebab dengar aku berborak dengan Barak kot. Aku beritahu, no.. Kuala Lumpur. Dia macam blur tapi dia hantar juga la ke sana. Alhamdulillah sampai. Nasib baik aku ni bijak juga kan? Kalau turun bodo-bodo tadi, satu hal nak mengheret luggage pergi situ.
Anyway, check-in smooth macam biasa. Dan masa beratur tu, terjumpa dengan Chinese uncle dari Damansara, Uncle Leong. Dia duduk di Vietnam lebih 30 tahun dan ada rumah di Ho Chi Minh. Dia pun ada bisnes di Vietnam ni. Kilang memproses santan kelapa. Ligat walaupun umur dah 72 tahun. Dia kata tak cukup lagi duit nak bersara. Wowwww… Aku yang 40 lebih ni pun dah rasa muak nak bekerja. Kagum betul aku. Banyak yang kami borak. Dari travel, ekonomi hinggalah ke politik. Pandangan orang veteran ni berbeza dengan kita yang muda tak muda ni. So, kiranya bertukar-tukar pendapat. Aku sempat juga beli kopi kelapa yang dia suggest tu. Katanya those product guna santan yang mereka buat. Bila balik aku try not bad juga sebab tak terlalu manis.
Flight delayed for 20 minutes. Bila dah boarding tu, kami duduk di seat masing-masing di belakang. Lepas tu, datang staff minta kami pindah tempat ke hadapan. Few people dari row belakang diminta ke depan sebab nak balancekan pesawat sebab tak ramai penumpang. Well, kira free upgrade la kot sebab seat depan tu macam agak mahal kan? Hahaha.. rezeki la kiranya.
Dan bila time nak beli meal, aku dengan Barak sepakat nak beli 2 meal seorang. Lapar gile ya! In fact kami dah discuss masa dalam airport lagi. Hahaha. So, kami beli satu nasi lemak jumbo setiap seorang dengan additional roasted chicken dan wonton noodles. Puas hati dapat makan nasi lemak! Dua-dua cabin crew yang layan kami tu macam amazed kami nak makan banyak. Siap tanya “You guys eat all these???”. Lepas tu the guy cakap “Mantap!”. Hahaha. That guy Syed juga.. Al-Seggaf clan. Aku macam nak ber-ana ente.. but forget it la. Hahaha. Apapun, Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA2.
Cash:
- Coconut coffee @ Airport : VND100,000 (MYR 18.94)
- Souvenir – jelly manggis : VND160,000 (MYR 30.30)
Cash : VND100,000 (MYR 18.94)
Credit card : VND160,000 (MYR 30.30)
So, begitu serba-sedikit perkongsian aku untuk trip selama 4 hari 3 malam ni Nha Trang ni. Terima kasih kerana sudi membaca karangan aku yang panjang berjela tu. Dan syukur pada Allah kerana gantikan trip Pulau Redang aku dengan Nha Trang ni walaupun aku tak pernah terfikir nak ke sini dalam waktu yang terdekat ni. Alhamdulillah. Dan terima kasih juga pada travel partner aku, Barak sebab join sama. Jimat sikit bila travel dengan kawan ni. Boleh berkongsi budget. Kalau pi solo travel, memang berganda juga kosnya. Thanks Encik Ahmad! More trip in future, Insya-Allah.
Till then, jumpa dalam perkongsian yang akan datang. Tata!
Ini barulah OmarAlAttas. Penulisan yang panjang. Puas baca. Btw sy ke Padang Mac lalu guna Pak Osri. Dia krm slm.
Thanks Fauzi sudi baca. Balik tu demam.. tapi tetap menulis. Gigih tak? Hahahaha. Oh! Pas Osri. Wassalam…
So this is your first time there. Video not out yet but must be a nice trip, based on the photos. I’ve never heard of this place before.
Yes, it was my first trip there, even though it had been on my bucket list for quite a while. It’s a really nice place, especially the islands.
Salam Encik Omar.
Saya baru balik dari Padang & Bukit Tinggi hari ni. Hanya sempat ke Rumah Makan Fuja as suggested and we went fews places yang you suggest tu jugak.
Thank you so much for sharing this & that 😁😁😁😁😁
Now nak continue baca your blog and plan nak pergi Vietnam pulak August nanti 🤩
P/s: Btw saya pun stay di Kempas
Wassalam Rozita. Wah! Ye ke? Alhamdulillah kalau membantu serba-sedikit. Thanks juga sudi singgah baca blog saya yang berjela-jela ni. Merapu je lebih kadang-kadang tu. Try la Nha Trang. Best situ cuma halal food limited. Tapi Insyallah tidak kelaparan. Have fun in Vietnam ya. Stay safe jiran Kempasku! Hahaha