Thistle Port Dickson
Hi semua. Berjumpa dalam post kali ni yang dah agak lama aku tak update. Sampai ada tanya aku bila nak update! Hahaha.. sorry la, last few weeks memang sangat busy dengan kerja hakiki. Every weekend kena masuk office, stay back nak bagi siapkan kerja dengan dateline yang macam tak masuk akal. No complaint… better ada kerja daripada asyik goyang kaki je kan. Kalau camtu ko dah kena risau dah. Anyway, thanks kepada pembaca setia yang selalu singgah blog aku ni. Okay, enough la intro.
Tapi sebelum aku bercerita panjang, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai cita-cita aku untuk dapat silver button nanti. Hehehe…
So, blog kali ni aku nak share tentang weekend getaway aku bersama member-member rapat aku di Cyberjaya. Lokasinya ialah di Thistle Port Dickson Resort yang terletak di Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Asalnya, plan nak gathering ni dah lama gila terbengkalai sejak balik dari Hatyai dengan diorang pada November 2023 yang lepas. Bukan mudah nak kumpulkan semua orang sebab masing-masing dah berkeluarga. Yang single pun busy juga ya. Macam-macam lokasi yang dicadangkan. Taman Negara la, pulau-pulau la. Tapi kalau nak hat tu, mesti lagi lama la kot nak direalisasikan. Jadi, aku pun dok usha la mana lokasi yang sesuai yang boleh pi time weekend je, tak payah nak ambil extra cuti. Perjalanan pun dalam radius 1 jam dari Cyberjaya. Nak drive jauh-jauh malas ya! Hahaha.. So, bila dah listkan semua, aku share kat depa suruh pilih mana yang sesuai. Maka, terjadilah trip ni pada penghujung Julai 2024 yang lepas. Nampak tak, punyalah sibuk sampai la ni baru dapat update.
Asalnya pun memang aku prefer Thistle Port Dickson ni sebab selain sejam lebih je dari Cyberjaya, swimming poolnya besar gila!!! Ni yang paling aku suka. Bukan sahaja besar, tapi ada yang paling dalam sehingga 2.5 meter! Selain itu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sini terutamanya yang datang dengan family dan anak-anak kecil. Pendek kata, tak bosan la kot kalau stay sini.
So, bila dah setuju dengan lokasi dan tarikhnya, maka masing-masing pun book lah sendiri. Aku booked seperti biasa menggunakan Booking.com. Dan memandangkan kalau aku pi sorang pun harga biliknya tetap sama untuk 2 orang, maka aku ajak Barak join sekali. Alhamdulillah, weekend tu dia pun free, so kami berempat – aku, Barak, Shezz dan anaknya, Daris bertolak dengan satu kereta dari Cyberjaya ke Port Dickson. Aku drive kereta Shezz sebab kereta aku dah lama tak servis. Takut nak jalan jauh. Fatin satu family satu kereta. Jay, Edleen dan Eika naik satu kereta. Kiranya 3 buah kereta lah. Tak konvoi pun sebab Fatin dan Jay bertolak awal sebab depa plan nak pi Rumah Terbalik kat sana tu. Aku skip that part, so kami bertolak lewat sedikit.
Okay, now mari aku share some info pasal Thistle Port Dickson Resort ni.
Bilik dan kemudahan
- Aku book bilik ni melalui Booking.com dengan harga RM 427.57 untuk bilik Deluxe King Room (Garden View) termasuk breakfast buffet untuk 2 orang.
- Aku, Barak dan Shezz ditempatkan di Level 5 (West Wing). Bilik bersebelahan. Bilik hotel bersih, agak luas dan selesa. Hot showernya okay tapi bilik aku stay ni suhunya agak susah nak dilaraskan. So, bagi aku tak berapa nak sejuk sangat. Personally, bila aku stay hotel, aku suka bilik yang sejuk gila so that aku boleh berbungkus dengan comforter untuk tidur yang lebih nyenyak.
- Aku pilih bilik garden view sebab well… takde bajet. Baru balik Nha Trang kot! Hahaha.. Tapi kalau korang ada extra budget, pi la book bilik seaview. Bilik aku ni nama je garden view tapi hakikat view bumbung! Hahaha.
- Dari segi kemudahan pula, boleh tahan banyak. Ada swimming pool, restaurants, kedai, gymnasium, spa, karaoke room, movie room, games arcade, children’s play room, Lego play room, water sport centre, rabbit farm dan lain-lain. Pendek kata, kalau datang dengan family, ada je aktiviti yang korang boleh lakukan.
- Tapi yang paling best bagi aku ialah swimming poolnya. Besar dan ada pelbagai kedalaman dengan yang paling dalam 2.5 meter! Best betul berendam sampai dah tak fikir matahari terpacak atas kepala.
- Ada water slide juga untuk anak-anak kecil bermain.
- Masa kami datang ni, pihak hotel menyediakan petting zoo di kawasan lobi. So, kanak-kanak boleh bermain dengan arnab dan beberapa haiwan kecil yang lain.
- Hotel ini juga mempunyai private beachnya sendiri. So, takdelah crowded. Pantainya pun bersih. Tapi jarak antara pantai dan laut dekat je. Cuma yang kurang, depa takde kerusi malas kat tepi pantai ni. Mungkin sebab masalah bila air pasang kot? Entah le.
- Pada waktu malam, kawasan menuju ke pantai ni dihiasi cantik dengan lampu-lampu dan gerbang berbentuk love. Lokasi yang sesuai untuk merakamkan gambar bersama insan-insan tersayang.
- Untuk aktiviti air pula, korang ada pelbagai pilihan antaranya banana boat ride, donut ride, boat ride, jet ski dan lain-lain. Snorkeling pun ada. Katanya di kawasan Blue Lagoon. Harga dan info lanjut, boleh refer di water sport centre di hotel ni.
Restoran dan makanan
- Di sini ada 3 restoran – Fresh, Chinoise dan Glass. Breakfast buffet di Fresh Restaurant.
- Pilihan makanannya banyak dengan pelbagai menu dari masakan tempatan dan Barat.
- Pilihan aku semestinya croissant, cheese and kepingan daging, selain daripada nasi lemak dan lauk-pauk. Tak muat perut nak try semuanya.
- Ada kids corner juga bagi yang mempunyai anak-anak kecil.
- Waktu operasi ialah dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Jadi, demikian serba-sedikit info mengenai hotel ini. Next, aku share aktiviti kami di sini pula.
Aktiviti
Aku, Barak, Shezz dan Daris bertolak sekitar jam 10.00 pagi dari Cyberjaya. Tak lalu highway pun. Kami memilih ikut jalan dalam melalui Dengkil – Lukut. Berjanji dengan yang lain-lain nak jumpa di Restoran Warung Salai untuk lunch. Tapi kami tiba di cawangan yang lain di Batu 1. Diorang dok makan kat cawangan di Batu 5. Nasib baik tak ambil makanan lagi. Tapi tak jauh mana pun jaraknya.
Sampai di sini, aku order nasi set ulam dengan lauk daging salai dan perut masak lemak cili api. Barak pula memilih ayam kampung salai masak lemak. Shezz pula makan tetel asam pedas. Sedap lauk-lauknya. First time aku makan kat sini.
Habis lunch, kami bertolak terus ke hotel. Alhamdulillah tak tunggu lama sebab bilik ada kosong. So, kami boleh check-in awal sekitar jam 1 lebih camtu. Sampai di bilik, aku dengan Barak rest sekejap sebab agak keletihan. Shezz dah turun awal ke pool sebab anaknya, Daris dah tak sabar nak berenang. End up, aku pun join sekali sebab tak boleh nak lelap sangat pun. Barak memang dah selamat la di alam lain. Aku pun malas nak kejut, biarkan je dia rest. Walaupun cuaca tengah panas terik, tetap gigih turun je pool. Tak kisah la rentung ke tidak.
Yang lain-lain tu, jam 4 lebih baru turun. Puas hati betul dapat berendam dalam kolam yang luas. Paling seronok Barak lah sebab dia suka gila pool yang dalam tu. Nak mantapkan lagi skill berenang dia. Hotel pun turut menyediakan aktiviti untuk pengunjung di sini. Ada aktiviti sukaneka untuk family. Shezz dan anak-anak Fatin pun join sama. Dapat tempat pertama pula tu. Dapatlah hadiah cookies. Hehehe..
Selain tu, ada juga aktiviti zumba. Dan Shezz sebagai ratu zumba Cyberjaya, takkan la tak nak join kan? Kami dok follow step dari dalam pool je. Seronok juga. Selesai bermain di kolam, kami ke tepi pantai pula, mandi di sana. Pantai pun bersih. Duduk santai-santai berborak sampai mengambil angin.
Pada sebelah malamnya pula, kami dinner di Restoran Yacht yang terletak beberapa minit dari hotel ni. Eika dah pre-book segala food yang kami order. Kami dan Barak makan chicken chop. Tapi aku order extra Bihun Singapore. Just in case takut kelaparan. Hahaha. Okay lah, makanannya pun sedap juga. Sambil-sambil makan tu, sempat la buat surprised birthday celebration untuk Shezz sebab harijadi pada few days ago. Sempat la juga aku buat brownies kat rumah sebelum pergi tu. Premix jerrr…. Hahahaha.
Selesai dinner, kami balik hotel. Jay, Edleen dan Eika pi merayap kat area mana entah. Aku tak join sebab ingat nak melepak sekejap kat pantai sebelum tidur. Baru je nak makan kuaci kat bawah wakaf tepi pantai tu, ternampak beberapa ekor semut Charlie! Bahaya wehh semut ni. Gigitannya berbisa boleh menyebabkan bengkak. Terus cancel nak lepak. Sudahnya aku habiskan kuaci dalam bilik je sebelum tidur!
Esok paginya, kami breakfast bersama di restoran. Lama juga duduk melepak sambil berborak. Habis makan, kami bersiar-siar di sekitar pantai dan hotel. Sempat lagi terjun ke pool sebelum check-out. Tepat jam 12 tengahari kami check-out. Sebelum pulang ke Cyberjaya, kami singgah lunch bersama di Restoran Rezeki, somewhere kat Port Dickson ni. Boleh tahan banyak pilihan lauk-pauk kampungnya. Rambang mana nak ambil mana satu. So, aku ambil ikan keli masak lemak, rebung masak lemak, pucuk ubi masak lemak dengan cencalok, budu, sambal belacan dan ulam. Puas hati!
Habis makan, masing-masing pun bertolak balik ke Cyberjaya. Fatin dan family ikut highway. Jay ikut route lain dan aku pula ikut jalan sama masa pergi ke sini. Tujuannya, nak singgah membeli buah naga di tepi jalan sebab di area Lukut dan sekitarnya tu, banyak gerai buah naga. Selain tu, kami nak singgah makan durian juga di area Dengkil.
Alhamdulillah, dapat beli buah naga isi merah yang selonggok berharga RM10. Aku beli RM30. Di Dengkil pula, kami singgah di gerai tepi jalan berhampiran Kota Warisan tu untuk makan durian. Tak makan beriya pun. Just sebiji je durian kampung dan buah rambutan. Jadilah buat rasa-rasa.
So, itulah aktiviti weekend getaway aku di Thistle Port Dickson ni. Kesimpulannya, aku suka hotel ni dan next time kalau aku rasa nak weekend getaway kat hotel yang berhampiran dengan Cyberjaya, maybe aku akan ke sini lagi. Bagi aku, tarikan utamanya sudah pasti kolam renangnya, selain daripada pantainya yang bersih tu.
Dan bagi korang yang nak bercuti membawa family, ini ialah antara hotel yang korang boleh consider untuk pergi. Okaylah, tu je perkongsian aku kali. Jumpa di post akan datang. Di mana tu??? Rahsia! Tungguuuuuuu….
Thanks sudi singgah baca! Till then, take care dan Selamat Hari Malaysia!
Thistle Port Dickson Resort
KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Welcome back Omar! Thanks for keep updating your stories!
Thanks so much, Fauzi! ☺️☺️☺️