Sharing is caring

Day 2: Le Pirate Island (Sabolo Island)

Aku bangun sekitar jam 4.30 pagi sebab kat sini subuhnya awal. Jam 5.40 camtu dah terang benderang. Hari ni kami kena check-out Bajo Hotel ni sebab pagi ni kami akan ke Le Pirate Island pula untuk stay di sana selama 3 hari 2 malam. Selepas dah bersiap tu, sekitar jam 6.20 pagi, kami berempat dah keluar merayap untuk mencari breakfast. Terlalu awal ya! Memang satu kedai pun tak buka lagi.

Mujurlah ada satu gerai di hadapan Madrasah Ibtidayah Negeri tu buka awal. So, kami lepak breakfast kat sini pekena nasi kuning. Pada pengamatan aku, nasi kuning ni ada iras-iras nasi ambeng sebab ada mee, ayam kicap, sambal dan lain-lain. Cuma warnanya je yang kuning. Harga nasi kuning sepinggan dengan kopi halia ialah IDR25,000 (MYR 7.00). Aku kongsi dengan Barak je sebab macam banyak juga untuk aku habiskan pagi-pagi hari ni.

Selesai breakfast, kami merayap di sekitar Plaza Marina Labuan Bajo. Just lepak dan bergambar di area tu je. Nak menghabiskan masa sementara nak tunggu check-out. Banyak lagi masa sebab kami kena berkumpul di office Le Pirate pada jam 9.20 pagi. Di sebelah Plaza Marina ada Meruorah Komodo Labuan Bajo, hotel 5 bintang. Mahal nak mati harga suitenya semalam ya.. aku check cecah MYR 1,600. Tapi entah la… aku rasa macam tak worth it je nak stay kat situ bayar mahal-mahal sebab persekitaran takde apa sangat. Maybe bilik dan facilitiesnya gempak. With that price, aku lagi prefer stay kat hotel di pulau di sekitar Labuan Bajo ni yang ada pantai dan pemandangan yang lebih menarik. Just my 2 cents je la.

Anyway, dah habis merambu kat sekitar ni, kami pun balik ke hotel dan sekitar 8.40 pagi, kami check-out dan terus ke office Le Pirate. Sampai di sana, lepas register dan isi form, aku dipakaikan wristband untuk menandakan kami ni tetamu di pulau tersebut. Lebih kurang jam 9.30 pagi, aku bergerak ke dalam bangunan Waterfront Marina untuk boarding. Kena scan QR code yang telah diberikan terlebih dahulu di dalam Whatsapp. Selesai scan, kami berjalan ke jeti untuk menaiki bot yang akan membawa kami ke Le Pirate Island. Bot kami bernama “Bikini 1”. Teringat Bikini Bottom dalam Spongebob! Hahaha. Masa kami naik ni, cuma ada 7 penumpang je dan 3 orang anak kapal termasuk kaptennya. Kami berempat, and then ada couple dari Germany dan seorang lagi lelaki dari UK. Menurut staf di office Le Pirate tadi, lelaki ni memang frequent guest di Le Pirate Island. Dia suka sangat stay kat situ dan dah datang banyak kali. Selalunya dia dok pulau tu sampai sebulan! Kaya bethullll!!! Acik kau ni nak travel terpaksa menggunakan a.k.a menunggang Barak untuk menaikkan view aku kat Youtube tu! Hahaha.. kalau Barak baca ni mesti dia maki aku! Hahaha.

Perjalanan dari jeti ke Le Pirate Island mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan, mata disajikan dengan pemandangan indah di sekitar Laut Flores ni. Pemandangan pulau-pulau dengan bukit-bukau dan gunung-ganang memang menarik perhatian. Sepanjang perjalanan, aku teringat angan-angan aku untuk ke Labuan Bajo terutama ke Le Pirate Island ni. Tak sangka angan-angan beberapa tahun yang lalu menjadi kenyataan. Rezeki kan? Alhamdulillah. Sebab tu jangan takut untuk berangan-angan tapi dalam masa yang sama berusaha dan berdoa. Dan aku juga memang tak pernah terfikir yang aku akan ke sini masa birthday aku ditemani kawan-kawan rapat. I thought this year aku akan solo travel lagi tahun ni ke destinasi yang aku sendiri tak sure. Macam solo trip masa birthday aku last year ke Sapa, Vietnam yang hanya bertemankan sebatang tripod. Nak ambil gambar sendiri pun takde mood. Kali ni ada Barak, dapat la nak berposing-posing sikit sebab ada orang ambilkan gambar. Tapi end up aku tak suka sangat pun gambarnya sebab TAK SEMPAT DIETTTT!!! Padan muka kau! Hahahaha.. Tapi camtu lah. Hidup ni kadang-kadang tak boleh nak jangka kan? Next year tak tahu juga macam mana. Entah panjang umur entah tidak. Kalau panjang umur, ke mana pula destinasinya? Wallahu’alam.

Okay, cukuplah tu. So, semasa dalam bot ni, kami sempat la berposing. Bila lagi kan? Dalam bot ni pun kami je yang ada. Aku happy juga sebab tak sesak dengan manusia. Semakin menghampiri pulau, aku dah excited gila melihat kebiruan dan kejernihan air lautnya. Ya Allah, cantik sungguh! Tak sabar rasanya nak terjun. Lagi pula masa tu tengok clear dan membiru. Memang tip top untuk aku mengambil gambar.

Sampai je di pulau, kami terus ke kafe untuk mendengar briefing. Kami dihidangkan dengan welcome drink iaitu ice lemon tea. Sejuk sikit tekak dalam cuaca yang panas terik. Semasa briefing kami diterangkan mengenai peraturan di pulau ni, aktiviti yang ada dan sebagainya. Dan memandangkan kami sampai awal iaitu sekitar jam 10.40 pagi, so kena la menunggu untuk check-in pada jam 2.00 petang. Masa yang ada ni aku ambil untuk bersiar-siar di sekitar pulau, record video apa yang patut untuk vlog aku. Kat kafe ni pun ada banyak board games. So, boleh la main mana yang berkenan untuk mengisi masa.

Dan memandangkan kami mengambil pakej “Island Club”, so ia dah masuk dengan buffet lunch sekali pada hari ni. Island Club Package ni merangkumi lunch buffet, 3-course meal dinner dan unlimited access untuk snorkeling dan canoeing. Harga pakejnya ialah IDR325,000 sehari untuk seorang. Lebih kurang MYR 91.00. Detail untuk penginapan dan facilities di Le Pirate Island ni aku dah share dalam post di sini. So, kalau nak tahu korang boleh refer post tu.

Anyway, untuk menu lunch buffet ni, aku dan Barak memilih vegetarian skewer yang proteinnya terdiri daripada tempe dan tauhu, selain daripada sayuran antara terung dan lada benggala. Setiap seorang diberi 2 cucuk skewer. Banyak ya portionnya. Memang mengenyangkan. Untuk makanan yang dalam menu buffet tu antaranya ialah nasi kuning, cottage cheese dan pelbagai jenis sayuran. Fatin dan Ed pula memilih protein iaitu daging ayam. Selesai makan, kami pekena pula ice-cream. Tapi hat ni berbayar la. IDR40,000 untuk satu scoop. Fatin dok pilih orange dark chocolate manakala Barak pilih mango. 

Sekitar jam 1.50 petang, kami dibenarkan untuk masuk ke beach hut masing-masing. Aku dan Barak stay ni hut no. 009, manakala Fatin dan Ed stay di no. 003. Beach hut depa pagi better sebab di bahagian depan mengadap laut. Kami punya terlindung sikit dengan pokok kelapa. Kalau ikutkan tak kepuasan hati aku, nak ke aku pi ke kaunter nak minta tukar hut yang bahagian depan tu. Tapi biar je la. Hahaha… Beach hut kami comel je. Didirikan atas tiang yang tinggi. Nak ke bahagian atas kena naik tangga yang diperbuat daripada buluh. Bahagian atasnya dilengkapi dengan tilam tebal, bantal sorang satu, air minuman dalam botol yang boleh diisi semula, insect repellant dan power outlet. Dan memandangkan tenaga kat sini dijana menggunakan panel solar, maka penggunaan peralatan bervoltan tinggi seperti hair dryer dan lain-lain tak dibenarkan. Setakat nak charge phone tu boleh la. Di bahagan bawah pula, disediakan 2 kerusi malas, fin, snorkeling gear dan 2 helai tuala setiap seorang, penyangkut pakaian, payung, penyapu dan pemadam api.

Yang stay kat beach hut ni kena guna shared bathroom yang terletak berhampiran kafe tu. Kalau korang stay kat glamping memang dah ada attached bathroom. Shared bathroom ni berasingan untuk lelaki dan wanita. Ada 2 toilet dan 2 shower area untuk both men and women. Shower area ni open dan hanya diletakkan tirai dari cengkerang. Tiada pintu. Tapi toilet tu ada la pintunya. That’s why drone tak dibenarkan untuk terbang di sekitar resort ni. Kot la ada tengah mandi bogel. Kes nayaaa pak abu! Tapi kalau di area pantai ke laut tu kalau tak silap aku boleh terbangkan drone. Anyway, shower kat sini airnya halus je ya. Jangan expect air menderu-deru sebab air kat sini dibawa dari main island. So, penggunaan air sangatlah terhad dan kena berjimat.

Lebih kurang jam 4.00 petang, setelah puas berehat, aku dan Barak bersiap memakai baju renang dan pergi ke arah jeti. Ini baju renang yang kedua ya aku beli. Akhirnya terpaksa beli di Decathlon sebab the first one yang aku beli kat TikTok tu walaupun saiznya dah saiz XL, tapi ketat nak mati. Kalau aku pakai memang mengaibkan. Silap haribulan ikan-ikan semua lari terkejut sebab tetiba babi air muncul entah dari mana! Hazabbb!!!! Anyway, Fatin dan Ed dan start snorkeling awal daripada kami. Macam mana diorang boleh tahan cuaca panas terik tu! Hahaha. Dan memandangkan waktu ni tengah low tide, so, tak boleh nak snorkeling direct dari depan pantai ni. Takut nanti terpijak dan rosakkan batu karang yang ada. Kena start sama ada dari kawasan jeti atau dari kawasan tempat bot turunkan kami dulu. Fatin dan Ed start dari jeti tu. Terjun dari situ. Aku dan Barak start dari area bot tu sebab Barak ngeri nak terjun. Aku okay je kalau ada life jacket. Dalam 4.45 petang tu baru kami start snorkeling. Ya Allah, cantik ya coral kat sini. Tu baru bahagian depan pantai ni. Belum lagi di kawasan yang lebih dalam di jeti tu.

Ini kiranya kali pertama aku betul-betul nampak coral yang cantik masa snorkeling. Sebelum ni snorkeling just nampak ikan je. Batu karang nampak sayup-sayup je. Ni betul-betul nampak clear. Memang aku excited sampai record video pun menggelupur ke sana-sini. redha je la kalau tengok vlog tu nanti. Hahahaha. First time okay! So, kena maafkan aku.

Selain merakamkan ikan dan coral, aku seronok juga dok record Barak berenang. Aku sebenarnya kagum dia boleh snorkeling tanpa life jacket. Aku masih lagi tak berani nak snorkeling tanpa life jacket sebab aku tak rasa aku pandai berebang sangat. Setakat floating tu lepas la. Tu pun kat pool. Hahaha… Tapi aku seram juga bila nampak dia berenang di kawasan yang dalam tu. Sebab bentuk pantai kat pulau ni macam lantai sikit lepas tu terus curam ke bawah dan nampak kawasan tu gelap. Aku ni dah la tak reti nak selamatkan orang. Anyway, dekat sejam juga kami snorkeling di bahagian depan resort ni. Tak pergi pun ke area jeti tu. Leka snorkeling sampai matahari dah nak terbenam. Memang wajib sambung esok pagi.

Habis snorkeling aku tak terus mandi pun. Tunggu dinner je terus. Dinner start pada jam 7.00 malam. Sebab lepas dinner nanti aku plan nak buat night photography. Sah-sah la nak duduk bagai atas pasir pantai tu nanti. So, better dah habis semua tu, sebelum tidur baru aku mandi dan solat jamak takhir sebelum masuk tidur. Oh! Bila time makan kat sini, staff akan bunyikan loceng dan jerit beritahu waktu makan. Anyway, menu dinner malam ni ialah tuna ceviche iaitu isi ikan tuna yang diperap dengan limau nipis, dihidangkan bersama timun dengan krim kelapa. Then untuk main course aku dan Barak pilih grilled fish dengan mashed potato. Dessertnya berupa kek labu camtu. Selesai dinner, ada aktiviti bon fire. Kami tak join pun sebab aku nak buat night photography. Langit malam ni tengah clear gila dan boleh nampak jutaan bintang di langit dengan mata kasar. So, sangatlah rugi kalau aku tak buat peluang ambil Milky Way ni.

Aku dengan Barak test masing-masing punya phone. Bila tengok hasilnya, masing-masing excited. Aku dah lama nak buat benda ni tapi faham-faham je la light pollution di kawasa bandar seperti Cyberjaya tu. Kat sini memang low light pollution. That’s why menjadi bila ambil gambar. Aku pernah try buat kat Pulau Mantanani masa solo trip dulu, tapi tak berapa menjadi. Masa tu tak guna Samsung S23+ ni lagi. Just guna S9 dan DSLR aku. Setting pun tak menjadi. Hahaha.

Apapun, aku memang puas hati dengan aktiviti hari ni. Dapat snorkeling dan melihat coral yang cantik dan dapat snap Milky Way. Hopefully esok dapat tengok coral yang lebih cantik terutamanya di kawasan jeti dan area yang lebih dalam tu. See you tomorrow!


Labuan Bajo Travel Tips, Top Things to Do in Labuan Bajo, Best Time to Visit Labuan Bajo, Komodo Island Adventure, Labuan Bajo Hidden Gems, Labuan Bajo Must-Visit Places, Labuan Bajo Drone Footage, Labuan Bajo Local Cuisine, Labuan Bajo Budget Travel Tips, How to Get to Labuan Bajo, Labuan Bajo Nightlife, Labuan Bajo Best Beaches, Labuan Bajo Island Hopping, Komodo Dragon Tour Labuan Bajo, Labuan Bajo Travel Vlog, Labuan Bajo for First-Timers, Labuan Bajo Unique Experiences, The Sinclairs Goes to Labuan Bajo, BCL Goes to Labuan Bajo, Labuan Bajo astrophotography, night sky photography in Labuan Bajo, stargazing Labuan Bajo, Milky Way Labuan Bajo, Labuan Bajo dark sky, best places for astrophotography in Indonesia, starry sky Labuan Bajo, stargazing spots Labuan Bajo, clear sky photography in Flores, Milky Way photography Indonesia, low light pollution Labuan Bajo, shooting stars Labuan Bajo, Labuan Bajo travel photography, photographing stars Indonesia, sunset and night sky Labuan Bajo


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.