Sharing is caring

Day 4: Loccal Collection Hotel

Okay ini sambungan blognya selepas aku tertekan korang dok tanya bila nak update! Hahahaha. Gurau je! Thanks tau sudi singgah baca. Jangan lupa share Youtube aku juga. Hehehe. 

Hari ni merupakan hari keempat kami di Labuan Bajo dan hari terakhir kami di Le Pirate Island. Lepas ni kami akan bermalam di hotel lain pula iaitu Loccal Collection Hotel. Sedih pula rasa sebab macam tak puas je snorkeling kat sini dan melihat pemandangan air lautnya yang jernih dan biru itu. Anyway, malam tadi merupakan malam paling hazab sekali untuk aku melelapkan mata ya. Dia punya panas… ya Rabbi… tak boleh bawak bincang ya. Dah la takde langsung angin bertiup! Aku memang salute kat Barak camne dia boleh lelapkan mata. Aku hanya boleh tidur pada jam 3 pagi je sebab ada sikit angin. Then, jam 4 pagi tu aku dah terbangun. Memang tak cukup tidur langsung!

So, pagi ni lepas bangun tu sebelum subuh tu, aku sempat ambil gambar bintang-bintang di langit. Cantik juga dengan langit kemerah-kemerahan. Dan selepas subuh tu aku pergi ke sebelah glamping tu untuk mengambil pemandangan matahari terbit. Ambil hyperlapse untuk vlog la kiranya. Hahaha. Lepas tu, aku balik semula ke hut sambung rehat sikit dan mula mengemas apa yang patut.

Selepas mandi, kami ke cafe untuk breakfast. Aku memilih menu yang sama iaitu mee goreng dengan telur mata. Tapi hari ni minta extra pedas sikit. Makanan kalau tak pedas ni aku tak berapa nak berselera sangat nak makan.

Masa makan ni kami, Fatin dok suggest kalau kitorang nak ambil bot yang awal sikit pada jam 10.00 pagi. Sebab bot yang dah include dalam package ialah pada jam 2.00 petang which is macam agak lewat la juga untuk nak beraktiviti seterusnya bila sampai di bandar Labuan Bajo nanti. Ada betulnya juga. Tapi untuk naik bot awal ni kena bayar extra IDR250,000 iaitu lebih kurang MYR 70 lebih. So, bila semua setuju, bertunggang-langgang la kami balik ke hut masing-masing dan mengemas. 

Bila dah selesai mengemas, sementara menunggu bot sampai, kami ber-OOTD di sekitar pulau ni buat kali terakhir. Sedihnyeee!!! Dah la masa ni panas terik dan pemandangan air laut sangat cantik. Lepas ambil group photo, depa dok pi amik gambar kat area glamping, manakala aku pi ke kawasan jeti untuk ambil gambar kat sini dalam panas terik! Hahahaha.. nasib baik ada tripod kecil tu. Cantik weh kat sini dengan sekumpulan ikan yang tengah berenang. Tak sure la ikan apa. Kalau tebar jala ni memang lumayan hasil tangkapannya. Tak lama lepas tu, Barak datang join aku bergambar kat sini. 

Dah agak puas hati dengan gambar-gambarnya, maka kami melepak di bar menikmati minuman sejuk. Nikmat ya minum air tebu yang sejuk dalam cuaca yang terik ni. Aku dah la kuat berpeluh. Memang literally mandi la kekdahnya.

Sekitar 9.50 pagi, kami bergerak menuju ke bot but sebelum tu sempat bergambar dengan para pekerja di sini. Diorang memang sangat baik dan peramah. Luggage kami pun diorang dok bawa sampai ke bot. Oh! Bot yang kami naik kali ni kecil sikit berbanding masa datang ke sini. Just nice la untuk kami berempat. Masa bot dah bergerak tu, berat betul rasa hati nak meninggal pulau yang cantik ni. Insyallah, kalau aku ada rezeki lagi, aku akan ke sini. Tapi dengan harapan, in future depa dah pasang la kipas kat hut tu. Tak sanggup nak tidur dalam sauna lagi! Hahahaha.

Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 40 minit dan pemandangannya pun memang cantik. Seronok kan sebenarnya naik bot ni. Lately aku rasa aku lebih suka aktiviti macam ni. Tu yang dok plan dengan Barak nak pi sana sini.. tapi masing-masing tunggu ada extra pitih la. Hahaha.. Berangan dulu takpe la kan? Masa dah nak sampai ke marina tu, nampak our next hotel yang berada di lereng bukit. Tak sabar rasanya nak ke sana, nak mandi puas-puas dengan air shower yang laju. Dah 2 hotel ni aku mandi dengan air yang meleleh macam air kencing. Stress betul!

Alhamdulillah, kami sampai di marina lebih kurang jam 11.00 pagi. Luggage kami tinggalkan di office Le Pirate terlebih dahulu sebab kami nak pergi lunch dan beli barang apa yang patut sementara nak tunggu check-in di Loccal Collection tu pada jam 3.00 petang. Lamooooo lagi. So, lepas tinggalkan luggage, kami berjalan ke Rumah Makan Pagaruyung, masakan khas Padang Minang. Dekat je restoran ni dari office Le Pirate. Menu pilihan aku kalau masakan Padang ni semestinyalah “tunjang”. And then aku ambil terung balado dan sambal ijo. Minuman pula memang wajib es jeruk sebab es jeruk Indonesia ni memang aku suka sebab dia guna limau yang kulit hijau tu yang aromanya lebih harum pada aku.

Selesai makan, kami merayap di sepanjang Jl. Soekarno Hatta ni tengok apa yang menarik. Dalam pada tu aku dok cari juga poskad sebab ni antara benda wajib yang aku beli setiap kali travel. Design fridge magnet yang dijual kat area ni tak berapa menarik bagi aku. Banyak sangat biawak Komodo tu. Rengse! Hahaha.. ye la dah tu je trademark kat sini kan. Bila di mart pula, masing-masing dok sibuk membeli macam-macam benda. Aku takde nak mengangkut sangat sebabnya risau bertambah kilogram backpack aku tu. Aku cuma ada 14 kilo je limit. Yang dah sedia ada ni pun dah sipi-sipi je. 

Kemudian, kami singgah di cafe ice-cream, Maison Belmont, untuk menyejukkan diri dalam aircond. And of course la nak menghilangkan dahaga. Maison Belmont ni the same brand ice-cream yang kami makan di Le Pirate Island tu. Aku pi order lemonade dan 2-scoop ice-cream perisa apa entah aku tak ingat, apple crumble dengan coconut kot. Sedap gilerrr! Masa lepak sini pun boss dia ada dengan team tengah dok buat photoshoot untuk marketing. Aku tak sure, tapi kalau tak silap katanya ni first outlet kat Labuan Bajo ni kot. 

Habis je lepak kat sini, kami terus ke office Le Pirate untuk ke Loccal Hotel. Minta staf mereka tolong book teksi. Dari office ni ke hotel IDR 150,000. Sementara nak menunggu check-in, kami ke Komodo Tour office yang terletak di lobi hotel ni juga untuk membuat pembayaran tour ni. Bayar guna cash sebab aku memang dah asingkan siap-siap dalam envelop. Anyway, Alhamdulillah, kami tak tunggu lama. Jam 1.45 petang mereka dah bagi masuk sebab bilik dah ready. Tak payah nak tunggu sampai jam 3.00 petang. Syukurrrr!!! Aku pun badan nak melekit-lekit ni rimas gila rasanya. Bilik kami dengan dengan Fatin dekat level lain-lain. Kami di Level 3, manakala Fatin di Level 4. Dan memandangkan esok pagi kami dah ke tour tu, pihak hotel akan menyediakan breakfast box dengan menu pilihan – American breakfast atau mee goreng. Aku ambil American breakfast. Rugi pula tak dapat nak merasa buffet breakfastnya. Hehee..

Apapun lega wehh bila dapat masuk bilik. Terus mandi, solat jamak dan rest dulu sebelum nak ber-OOTD. Aku takde la excited sangat nak berbusana ni sebab mengenangkan sosok tubuh yang semakin mengembang. Hahahaha.. padan muka kan? Tu la sebelum pi sini tak nak diet betul-betul! Merasa la semua gambar aku tak suka walaupun viewnya cantik. Hahahaha.. Anyway, bilik kami ni takde view ya walaupun bertingkap. Kau buka tingkap cuma nampak dinding dengan paip je. Haha.. so kalau korang berduit extra, pi la book bilik seaview tu. Insyallah puas hati. Tapi design hotel ni memang cantik. Memang kuat vibe Santorininya dengan warna putih dan biru mendominasi keseluruhan hotel ni. Ada banyak tempat try nak buat konsep Santorini ni tapi nampak agak “cheap” bagi aku, but hotel ni kira berjaya la. Kelebihan mungkin juga pada view lautnya.

Sekitar 3.15 petang camtu, aku dengan Barak keluar pergi ke Level 5 iaitu kawasan pool dan restoran untuk bergambar. Selain tu, nak claim juga free welcome drink tu iaitu air perisa anggur. Cuaca tengah panas terik tapi kami masih tetap gigih nak bergambar ya. Petang ni je yang available sebab esok dah full day Komodo Tour. Seusai bergambar, kami masuk semula ke restoran untuk menyejukkan diri sambil order minuman petang. Just pisang goreng dengan ice lemon tea. Jadilah untuk mengalas perut sebelum makan malam nanti.

Fatin dengan Ed datang dengan pakaian berkonsepkan Santorini – biru dan putih. Gigih depa dok membeli dress semata-mata untuk trip ni! Hahaha. Dia tak tahu baju yang aku sarung tu dah berusia 10 tahun, nasib baik masih muat. Ye lah, tu kemeja yang aku pakai masa winter vacation di Yongpyong Resort, South Korea tahun 2014 dulu. Gila lama kan? Bezanya masa pi sana dulu sejuk membeku, kat sini panas berdengkang. Hahaha…

Bila senja semakin tiba, semakin rancak suasana kat pool ni. Kat sini ada bar juga yang memainkan muzik yang agak kuat. Bertabahlah bagi siapa yang stay berdekatan dengan main pool ni. Sure bising punya. Anyway, view sunset di sini memang cantik dan bila semakin gelap, keindahan hotel ini semakin menyerlah dengan lampu-lampunya.

Selepas settle ambil gambar dan video untuk vlog, aku dan Barak masuk semula ke restoran untuk dinner. Fatin dengan Ed tak makan dah sebab diorang dah kekenyangan makan petang tadi. Aku order “ayam betutu Bali” manakala Barak order chicken steak. Sedap makanannya. And then, Barak order lagi sotong goreng sebab dia kelaparan. Sotongnya agak besar, tak seperti cumi-cumi yang kami makan di restoran seafood masa first day sampai hari tu.

Habis makan kami terus balik bilik. Tak larat nak melepak kat kawasan ni yang sesak dengan manusia dan muzik yang kuat ni. Dah dua-dua pun introvert. Lagipun esok pagi-pagi kami nak kena bangun untuk tour tu, so kena rehat secukupnya. 

So, demikianlah catatan hari keempat di Labuan Bajo ni. Sambung di post seterusnya iaitu tentang Komodo Tour, okay! Till then, doakan aku rajin nak menaip untuk sambungannya. Fighting Omaq!!! 

See ya! Thanks sudi singgah membaca.


Labuan Bajo Travel Tips, Top Things to Do in Labuan Bajo, Best Time to Visit Labuan Bajo, Komodo Island Adventure, Labuan Bajo Hidden Gems, Labuan Bajo Must-Visit Places, Labuan Bajo Drone Footage, Labuan Bajo Local Cuisine, Labuan Bajo Budget Travel Tips, How to Get to Labuan Bajo, Labuan Bajo Nightlife, Labuan Bajo Best Beaches, Labuan Bajo Island Hopping, Komodo Dragon Tour Labuan Bajo, Labuan Bajo Travel Vlog, Labuan Bajo for First-Timers, Labuan Bajo Unique Experiences, The Sinclairs Goes to Labuan Bajo, BCL Goes to Labuan Bajo, Labuan Bajo astrophotography, night sky photography in Labuan Bajo, stargazing Labuan Bajo, Milky Way Labuan Bajo, Labuan Bajo dark sky, best places for astrophotography in Indonesia, starry sky Labuan Bajo, stargazing spots Labuan Bajo, clear sky photography in Flores, Milky Way photography Indonesia, low light pollution Labuan Bajo, shooting stars Labuan Bajo, Labuan Bajo travel photography, photographing stars Indonesia, sunset and night sky Labuan Bajo, Loccal Collection Labuan Bajo, Santorini Labuan Bajo, hotel ala Santorini


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.