Sharing is caring

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Wah! Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung bulan Januari 2025. Cepat betul masa berlalu kan? Aku nak wish Selamat Tahun Baru pun dah agak terlewat. Sibuk sikit dengan kerja-kerja hakiki dan prepare untuk event. Alhamdulillah, event kami berjalan lancar pada minggu lepas. Finally boleh tutup buku untuk projek yang telah mengambil masa setahun setengah ni. So, apa next projek? Mudah-mudahan adalah projek yang masyuk sikit untuk company. Aminnn.

Anyway, Selamat Tahun Baru 2025 untuk semua pembaca blog ni, tak kiralah sama ada korang first time singgah sini ke atau antara pembaca yang sering berinteraksi dengan aku di alam maya. Cuba komen sikit kat bawah tu kalau korang baca ni. Thanks sebab sudi baca blog aku ni dan beri feedback yang positif. Alhamdulillah kalau perkongsian aku dalam blog ni sedikit sebanyak membantu korang semasa travel. Blog Hatyai aku paling banyak viewnya selain daripada Hanoi dan Labuan Bajo. Harap membantu la juga ya.

So, apa azam korang tahun ni? Recycle azam tahun sebelumnya kah? Hahahaha.. aku rasa ramai je macam tu kan termasuklah aku.

Tapi aku rasa tahun ni ada sikit perbezaan.  Azam nak kurus tu… ermmm… masih ada dan Insyallah akan aku usahakan.

Yang berbeza mungkin tentang travel. Alhamdulillah kewujudan seketul Barak yang menjadi travel buddy aku pada tahun lepas sedikit sebanyak mengubah cara travel aku. Kalau ikutkan aku tak expect langsung sebab selama ni aku dok travel solo je. Nak ada teman travel yang sama kepala, boleh berlebih kurang ni susah sikit. Tapi Alhamdulillah, Barak ada sifat-sifat tu. Aku memang senang kalau travel dengan dia sebab tak banyak masalah dan boleh berbincang. Cara dia berfikir pun lebih kurang macam aku. Energy level pun lebih kurang. Contohnya, kalau penat nak keluar, kami just relax je. Takdelah nak terkejar-kejar, wajib buat itu dan ini. And in terms of travel budget, takde lah terbeban sebab faham-faham je la kalau solo travel ni costnya memang lebih tinggi. Okaylah boleh share sama-sama. Alhamdulillah. Dia pun sedang mula menjinak-jinakkan diri untuk travel. Jadi aku seronok nak share experience aku dengan dia sebelum dia nak try solo travel satu hari nanti. Aku bangga jugalah sebab last year dia berjaya experience travel ke luar negara untuk kali pertama, kedua dan ketiga dengan aku. Not bad juga kan as a beginner. Walaupun setakat Hatyai je… still oversea juga tu! Hahahaha. So, last year dia dah cover Thailand, Vietnam dan Indonesia. This year aku suggest kat dia untuk ke negara yang lain pula tapi yang bajet la. Aku pun bukannya banyak duit pun. Tengok la rezeki kami di mana pula tahun ni. Kalau takdan, pi yang dekat-dekat pun okay. Janji aku boleh buat content juga. Hahaha…

Itu pasal travel. Kalau pasal rohani dan jasmani, sama juga lah. Aku masih berazam untuk meneruskan lagi aktiviti morning walk aku. Harap-harap tak banyak skip macam tahun lepas lah. Tu yang badan membulat je sebab dok ikutkan kemalasan.

Dan ada azam aku pada tahun lepas yang tak terlaksana langsung iaitu untuk solat subuh berjemaah di masjid. Langsung tak buat ya tahun lepas even on weekend sebab syaithon tu memang peluk aku erat-erat kat atas katil! So, tahun ni aku akan pastikan untuk buat benda ni.

In fact, aku terkesan juga dengan khutbah Jumaat pada awal tahun ni iaitu pada 3 Januari hari tu kot. Katanya, kita kena semak dan upgrade amalan kita tahun ni berbanding sebelumnya. Something like that la. Kalau tak buat, bila lagi nak buat sebab ajal akan datang menjemput tanpa kita duga, kan? So, aku dok terfikir juga. Kalau nak diikutkan malas, memanglah malas. Tapi kena la juga paksakan diri untuk ke masjid tu. Dan Alhamdulillah, aku start solat subuh berjemaah di Masjid Raja Haji Fisabilillah di Cyberjaya tu pada hari Ahad, 5 Januari dan Alhamdulillah aku masih lagi istiqomah sehingga ke hari ini.

Apa yang aku rasa? Wehhh… let me tell you. Aku rasa tenang gila ya bila first time buat tu dan aku sangat suka suasananya. Tenang yang susah nak gambarkan. Memang ada perasaan malas yang menebal masa nak bangun tu tapi Alhamdulillah aku berjaya menepis kemalasan tu.  Selalunya aku akan tersedar jam 4.30 pagi camtu. Buatlah apa yang patut. Kalau aku malas sangat pun, by 5.15 pagi aku wajib kena bangun dan aku akan pastikan aku berada di masjid between 5.30 – 5.45 pagi. Kalau hari aku tak puasa, aku akan pakai baju jog siap-siap. So, lepas solat tu aku terus morning walk ke Taman Tasik Cyberjaya. Kereta aku tinggalkan kat masjid je. Dari masjid pi Taman Tasik tu, buat 2 round then balik ke masjid dapatlah dalam 5 km camtu. Kalau hari Jumaat dan weekend pula, aku akan stay seketika untuk mendengar kuliah pagi. Sangat menarik dan bermanfaat.

So, korang yang belum lagi berpeluang untuk solat berjemaah di masjid, try la sekali dan beberapa kali. Insyallah, korang akan suka. Aku patut buat benda ni dah lama kan? Dan, aku pun dah kenal beberapa familiar faces, pak-pak haji kat masjid ni. Don’t play-play. Aku berkawan dengan pak-pak haji la ni. Hahahahahaha..

Tapikan, on a serious note, korang tengok some of these people yang nampak berjaya dan pakai kereta-kereta besar semua ni, aku rasa ni antara one of the reasons mereka murah rezeki sebab hubungan mereka dengan Allah dimulakan di awal pagi dengan solat subuh berjemaah. Tapi jangan salah faham, aku tak cakap ko kena buat semua ni untuk mendapat kekayaan atau kesenangan di dunia. Ia semestinya dilakukan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah dan tugas kita sebagai hamba-Nya. Tak kiralah apa amalannya pun. Apa hajat korang selepas tu, terserahlah masing-masing. Anyway, doakan aku istiqomah juga ya. Bukan senang tau nak berperang dengan kemalasan bangun di pagi hari ni.

Selain dari tu, aku pun berazam juga untuk menambahkan lagi amalan-amalan yang perlu. Entah la kan, semakin berusia ni kita rasa macam nak pulun je semua pahala sebab all these while kita terlalu busy dengan keseronokan dunia. Lagi-lagi la kita ni yang dah 40 tahun ke atas. Tak boleh dah weh nak terlalu leka sebab la ni mati bukan kena pada orang tua-tua je. Kalau dulu aku selalu fikir, relaks la dah tua nanti boleh taubat. La ni statement tu dah tak valid ya. KALAU KAU SEMPAT TUA! Kalau tak sempat, how??? Tak ke naya punya kes tu. Lagi pun bila dah tua ni, apa sangat tenaga yang kau ada. Ni pun umur 40 tahun lebih, sakit belakang bukan main lagi. Can you imagine kalau 60 tahun ke atas? Tapi tu lah, aku selalu ingatkan diri ni yang aku dah tak banyak masa dah nak berpesta pora atas dunia ni. Tapi minat travel tu masih tetap ya tuan-tuan dan puan-puan. Hahaha.. tak boleh la weh. Aku suka gila travel. Suka tengok dunia ciptaan Allah Ta’ala yang pelbagai rupa ni. In a way, aku rasa tu pun some sort of ibadah juga. Kan?

Dan dari segi media sosial pula, Insyallah aku akan usahakan untuk share perkongsian yang positif terutamanya bab travel dan lain-lain. Kira perkongsian yang bermanafaat la. Takpelah kalau channel aku sendu pun sebab takde benda-benda yang viral. Janji apa yang aku kongsikan tu memang betul-betul berguna pada masyarakat.

Oh! By the way, aku dah berjaya dapat balik username Instagram aku: @omaralattas. Yesss!!! Last week aku main try je dok tukar username, sebab sebelum ni memang tak boleh. Sekali, jadi pulak. Alhamdulillah. Jenuh la aku nak edit balik kat description box Youtube aku tu. Adehhh… Sebelum ni account Instagram aku tu kena banned dengan Meta disebabkan Facebook aku kena hacked pada June 2023 semasa aku di Padang, Indonesia. Lepas tu, ketiga-tiga akaun Facebook, Instagram dan Whatsapp aku kena banned sebab guna nombor phone yang sama. Hampeh betul. FB tu aku tak kisah pun sebab memang dah bertahun aku tak buka. Cuma Instagram je la aku ralat sebab aku banyak share pasal travel kat situ. Tapi takpelah, ada hikmahnya. Kita start fresh balik. Lupakan kisah-kisah silam tu…

So, anyway, tu je post merepek meraban aku kali ni tentang tahun baru. Apapun, aku doakan korang semua sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki, usianya juga sentiasa diberkati Allah, sihat walafiat dan bahagia dunia akhirat. Kalau korang yang tak pernah try solat subuh berjemaah tu, cubalah. Dan kalau kita tak mampu nak buat sesuatu yang berat, start dengan the smallest dan the easiest one dan istiqomah dalam melakukannya. Insyallah sekali kita cuba sedaya upaya untuk mendekatkan diri kita dengan-Nya, mudah-mudahan itu menjadi asbab Allah melihat pada usaha kita tu dan seterusnya mengampunkan dosa-dosa kita dan melimpahkan rahmat-Nya ke atas kita. Just bersangka baik dengan Allah setiap masa, tak kiralah seberapa banyak dosa yang kita ada. Doakan untuk aku juga ya.

Dan jangan lupa subscribe, share dan like Youtube aku hanattttt… bagilah aku peluang merasa silver button tu. Hissshhhh korang ni kan!!! Hahahahahaha.

Okay lah tu je. Jaga diri elok-elok. Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik pada tahun 2025 dan menjadi insan yang bermanfaat untuk semua. Till then, tata titi tutu!

Assalamualaikum!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.