Sharing is caring

Assalamualaikum dan hello teman-teman di alam maya! Bertemu lagi kita pada post kali ini, di mana lagi kalau di destinasi favorite rakyat Malaysia iaitu HATYAI!!!! Yessss!!! Terima kasih juga kepada semua pembaca di luar sana kerana menjadikan post Hatyai dalam blog dan vlog aku ni antara yang paling tinggi viewnya.

Tapi sebelum tu, bagi yang pertama kali berkunjung di laman blog aku ni, apa kata korang subscribe, share dan like video-video aku di channel Youtube tu. Dah bertahun-tahun aku buat channel tu sejak 2011. Silalah support aku untuk merealisasikan impian aku untuk dapat silver button tu. Acik kau ni dah la single, takde kucing, badan pun dah bau-bau tanah, bagilah dia secebis kegembiraan. Hahahaha..

Okay let’s aku share pasal trip ke destinasi cip cip masat aku kali ni.

Tren Khas “My Sawasdee” Edisi Hatyai

👉 Cara membeli tiket tren My Sawasdee

Okay, trip aku ke Hatyai kali ni ialah dengan menaiki tren KTMB “My Sawasdee”. Bagi yang tak tahu, tren My Sawasdee ini merupakan train direct KL Sentral ke Hatyai inisiatif KTMB yang telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu. Tren ni tak selalu ada dan jualan tiketnya cuma akan dibuka apabila pihak KTMB membuat promosi/pengumuman. Korang kena rajin check atau follow socmed KTMB untuk hebahan terkini. Lazimnya, trip perjalanan ini diadakan semasa cuti perayaan atau cuti sekolah. Tren ini akan berhenti seketika di Padang Besar bagi tujuan imigresen sebelum meneruskan perjalanannya ke Hatyai.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh refer pada post aku di bawah ni.

So, nak dijadikan cerita, aku dah ternampak dah promosi tren My Sawasdee ni beberapa hari sebelum jualan tiket dibuka. Tapi aku macam tak ambil kisah sangat sebab menyedari hakikat yang jualan seat katil tren ni akan cepat sold out. Lagipun memang takde plan nak travel lagi. Dan, the next day selepas jualan dibuka kalau tak silap aku, aku pun saja la login online ticket KTMB pagi-pagi Isnin sebelum start kerja tu. Sekali nampak ada banyak lagi katil kosong. Apooooo lagi! Aku terus Whatsapp Barak ajak dia pi. Dia pun macam slow-slow reply sebab time kerja kan. Hahahaha. Tapi bila dia reply “onz!!!” aku pun terus beli tiket. Lepas bagitau total berapa, dia pun terus transfer ke account aku. Efisien betul ini orang! Maka, ter-bookinglah aku tiket ke Hatyai pada penghujung Januari tu. Lepas tu aku teringat geng-geng yang lain. Aku extendkan juga news ni pada member-member aku yang lain, tapi depa tak dapat nak join sebab ada komitmen masing-masing. Cuma Shezz je yang berminat nak ikut sekali, so aku pun belikan juga seat katil untuk dia dan anaknya, Daris. Tapi, sebab aku tempah ni agak lewat sikit, maka tak dapatlah koc yang berdekatan kecuali masa pergi tu. Masa balik dia di koc C4 manakala aku dan Barak di koc C1. Apapun, tetap seronok sebab ini juga merupakan trip Daris ke luar negara untuk kali pertama. Sama macam Barak. Hatyai pun oversea ya!!! Hehehe…

Oh, dari segi hotel pula, 3 kali aku booked hotel. Cuma yang kali ketiga ni aku agak puas hati iaitu di Wanthana Mansion yang terletak berdekatan dengan Kim Yong Market. Susah nak dapat hotel di area Downtown Hatyai ni kalau time-time cuti perayaan ni. Lagilah time aku nak pergi ni tengah cuti panjang sempena Chinese New Year. Yang banyak hotel-hotel yang mahal. Buat apa nak membazir duit bayar hotel mahal-mahal kan? Sebab sah-sah kami akan keluar seharian ke sana-sini. So, aku akan pastikan hotel di Downtown Hatyai ni harganya amat berpatutan dan lokasinya baik, boleh jalan kaki je nak makan atau membeli-belah di sini.

📍 Wanthana Mansion
  • Deluxe Double Room
  • RM 157 (2 pax) x 2 malam
  • No breakfast

Wanthana (Wantana) Mansion ni terletak di sebelah Wat Chue Chang, tokong Buddha yang terkenal di Hatyai ni. Dan lokasinya juga sangat dekat dengan Kim Yong Market, cuma beberapa meter sahaja. Nak ke Ayutthaya Noodle Halal dan Restoran Khaled pun dekat. Kedai urut Michael lagilah dekat. Ini paling aku suka. Lee Gardens pun Cuma 400 meter je. Kalau ni pun korang komplen jauh, baik kau telan racun tikus je la. In term of location wise, aku paling suka hotel ni dan Insyallah trip akan datang ke Hatyai, aku akan cari hotel ni dulu.

Dari segi bilik pula, boleh tahan selesa. Biliknya bersih, toilet pun bersih dan tiada aroma yang tidak enak. Aircond dan hot shower berfungsi dengan baik serta ada balkoni yang cukup luas untuk menyidai pakaian. Fridgenya pun besar, 1 pintu dan bukan mini fridge. TV aku tak buka langsung, so tak tahu la banyak ke tak programnya. Aku rasa standard je la kot.

Kalau ikutkan boleh je nak check-in awal. Tapi disebabkan para tetamu sebelum ni check-out lewat, so tak dapatlah nak check-in sebelah pagi tu. Kena tunggu jam 12.00 tengahari baru boleh. Kira awal juga la tu kan berbanding waktu standard. And then, bayaran kat sini menggunakan cash. So, masa aku book kat Booking.com tu, takde dikenakan sebarang caj. Cumanya, ada deposit 500 baht untuk setiap bilik. So, kalau 2 bilik, depositnya ialah 1,000 baht.

Budget Hatyai 3H2M

My Sawasdee Return Ticket
KL Sentral – Hatyai (upper berth)
Hatyai – KL Sentral (lower berth)

RM 109.00
RM 119.00
Grab fare within Hatyai: RM 60.00 / 3RM 20.00
Songkhla trip: 2,000 baht / 3RM 87.00
Wanthana Mansion (2 malam)
RM 157 / 2
RM 78.50
Insurance (Generalli, 3H2M)RM 15.00
Ton Nga Chang entrance fee: 200 bahtRM 26.00
Other expenses (makan, shopping, massage)RM 800.00
TOTALRM 1,254.50

Cash aku tukar RM 1,100 untuk dapat 8,000 baht. Mana yang tak cukup cash tu, aku guna QR Pay saja, selain Grab fare tu yang dah link ke debit card.

Itinerary Hatyai 3H2M

Percutian 3 hari 2 malam ni ialah berdasarkan jadual perjalanan tren My Sawasdee yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Khamis, 30/01/2025: KL Sentral (10.30 PM – WM)
  • Jumaat, 31/01/2025: Hatyai Station (8.15 AM – WT), free activities
  • Sabtu, 01/02/2025: Songkhla trip
  • Ahad, 02/02/2025: Hatyai (10.20 AM – WT) – KL Sentral (10.50 PM – WM)

Nota: WM = Waktu Malaysia, WT = Waktu Thailand

Day 1: Cyberjaya – KL Sentral – Padang Besar – Hatyai

Aku bergerak dari Cyberjaya ke KL Sentral dengan menaiki Grab, sebab aku dok calculate kos nak ke Putrajaya Sentral, and then ERL ke KL Sentral tu, kalau aku ngan Barak top up sikit dah boleh direct je dari rumah aku. Dan yang bestnya, aku terlupa aku janji dengan Shezz nak jumpa kat Putrajaya Sentral! Hahahaha. Itulah otak aku kadang-kadang fikir lain, cakap lain. Aku dok bayangkan jumpa kat KL Sentral sebenarnya. Nasib pompuan tu tak emo! Hahaha.

So, sampai di KL Sentral, kami jumpa di area KFC tu sebab kami akan boarding dari gate di situ. Sempat la tapau light snack sikit dan solat Isya’ siap-siap. Kami dinner terus di KL Sentral ni sebab aku tak rasa nak makan dalam tren nanti.

Bila nak naik tren tu, aku pergi juga ke koc Shezz iaitu koc C2, tengok dia dan Daris okay ke tak. Hala pergi ni dekatlah kocnya. Balik je yang agak jauh, dia tercampak ke koc C4 paling belakang tu.

Tren bergerak on time dan da few stations yang depa berhenti sekejap. Yang aku tersedar ialah di Ipoh Station pada jam 2.25 pagi camtu. Sepanjang tu, aku terlelap. Tak sure la berdengkur ke tidak, entahlah. Sekitar jam 5.30 pagi tu aku dah tersedar. So, ambil wudhu’ siap-siap sementara menunggu subuh. Awal-awal tak kalut. Satgi ramai orang, payah pula. Masuk je waktu, kami terus solat subuh di koc Chillax semasa dalam perjalanan menuju ke Padang Besar. Terhuyung-hayang la juga, mujur tak tergolek. Hahaha. Sekitar jam 6.20 pagi tu, tren sampai di Padang Besar. Aku beratur dengan Shezz dan Daris untuk pemeriksaan imigresen sementara menunggu Barak habis solat. Beratur awal ni bagus sementara kebanyakkan passengers masih mamai-mamai lagi nak bangun pagi. Imigresen Thai pun buka pada jam 6 pagi waktu sana (jam 7.00 pagi waktu Malaysia). So, nak tak nak, kena tunggu jugalah. Oh! Masa turun ni, tak payah bawa luggage ya. Bawa pasport je. Kami semua dok mengusung luggage sebab seingat aku masa first time naik dulu, kena bawa semua barang. La ni aku tengok semua orang melenggang je. Hareyyy betul.

Selesai cop passport di kedua-kedua negara (imigresen Malaysia dan Thailand dalam bangunan yang sama di Stesen KTM Padang Besar), kami terus pergi ke koc Chillax untuk lepak kat situ je. Malas nak balik ke koc katil. So, duduk la lepak kat situ sehingga tren sampai ke Hatyai. Lama juga weh kat Padang Besar ni. Dekat 2 jam juga sebab ramai penumpangnya.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Hatyai Station pada jam 8.15 pagi waktu Thailand. Sampai je kat sini, aku terus cari tuk-tuk untuk pergi ke hotel. First time Daris naik tuk-tuk, dia dok tanya mommynya apa nama kenderaan ni. Sampai di hotel, kami tak boleh check-in lagi walaupun depa offer early check-in seawal jam 8.00 pagi. Sebabnya customer yang ada belum check-out lagi. Masih awal kan. Kita pun faham. So, takpelah. Yang penting boleh tinggalkan beg so that kami boleh berjalan untuk breakfast dan shopping.

📍 Ayutthaya Noodle Halal

Lokasi pertama yang dituju, Ayutthaya Noodle Halal. Ikutkan dah banyak kali aku nampak kedai makan ni, tapi tak pernahnya nak singgah. So, kali ni marilah pergi try. Masa sampai tu, orang dah agak ramai, tapi di dalam masih ada seat kosong. Menunya boleh tahan banyak. Aku order noodle soup with beef dan roasted beef, manakala Barak, Shezz dan Daris masing-masing order roti coklat, roti pisang dan roti kosong. Macam aku je la yang makan banyak pagi ni. Tengok perut la! Roti-roti tu sedap juga especially roti pisang. Lembut dan lemak manis. Roasted beef aku sedap. Ada sikit manis-manis masin. Cukup rasalah. Cuma boat noodle tu bagi aku kuahnya agak cair. Sebab yang aku makan kat Restoran Hat Yai Nai di Cyberjaya ni jauh lebih sedap, lebih berperisa dan sedikit pekat. Even Rushdee Boat Noodle pun better. Tapi apapun, kuahnya masih sedap. Maybe next time I’ll give another shot. Maybe masa ni tukang masak dia mamai, termasuk air lebih ke apa. Who knows kan? Hehehe..

So, selesai mengalas perut di restoran ni, aku ajak mereka ke Lee Gardens dulu. Sebab utamanya ialah aku nak mencari Uncle Yaw untuk berbincang dengannya pasal trip ke Songkhla dan plan aku nak bawa mereka ke Ton Nga Chang tu. Aku pun dah bagitau diorang, kalau ada Uncle Yaw, boleh la pergi. Kalau takde, memang takde rezeki la nak ke waterfall tu. Uncle Yaw pula Whatsapp numbernya tak dapat dihubungi. Tak tahu la dah bertukar ke apa. Dengan orang lain, entah aku tak berapa sure sebab tempat tu agak jauh dan tak ramai pun nak pergi. Bagi aku la. Sebab aku pernah tanya sebelum ni dengan driver lain, mostly tak nak pergi. Kalau nak pergi pun depa charge 2,500 baht ke atas. Mahal! Aku dah mundar-mandir kat area ni, muka Uncle Yaw pun tak nampak. Dalam dok mencari-cari tu, tiba-tiba seorang hamba Allah ni tegur. Namanya Pak Hashim. Dia berdiri betul-betul kat penjuru McD di Lee Gardens tu. Dia bagi salam, tanya nak jalan-jalan Songkhla tak. Aku pun terus tanya dan bagitaulah plan aku. Aku bagitau nak pi Ton Nga Chang, Samila Beach, Khlong Hae Seafood Buffet dan Khlong Hae Floating Market. Cukup la empat lokasi tu sebab kalau nak cover banyak-banyak memang la tak sempat. Kita kena rasional juga. 

Alhamdulillah Pak Hashim pun setuju dengan plan aku tu dan dia bagi harga 2,000 baht (RM260) untuk keseluruhan trip ni. Dia pun cakap dia sediakan van yang selesa, bukan nai tuk-tuk. Bila yang lain-lain semua setuju, so Alhamdulillah, ke Songkhla lah kita esoknya. Yesss… dapat mandi waterfall. Aku bagitau Pak Hashim maybe ambil di hotel around 7.00 atau 7.30 AM macam tu sebab kami nak pergi breakfast dulu. Dia pun okay saja.

So, settle that part. Alhamdulillah. Seterunya, aku ajak mereka ke Kim Yong Market pula. Plannya nak settle shopping kekacang, cosmetics dan sebagainya hari ni sebab esok seharian pergi Songkhla. 

📍 Gerai Laila No. 36 @ Kim Yong Market

Gerai Laila di Kim Yong Market ni merupakan tempat yang selalu aku singgah untuk membeli gajus, sweets dan lain-lain. Dari first time ke Hatyai sehinggalah la ni, aku dok repeat beli kat kedai dia je. Laila dan Nida memang sangat peramah. In fact, most peniaga kat market ni rata-rata semuanya peramah. Tapi dah aku nak beli kat kedai dia kan, nak buat camne. Hahahaha… Kalau korang nak pi kedai dia, lokasinya opposite Amazion Café tu, depan stall dia ada makcik comel jual buah.

So, kat sini aku beli gajus panggang gred AAA 2 kilo (440 baht sekilo), gajus goreng 1 kilo (maaf tak ingat harga, dalam 300 lebih baht kot) dan beberapa bungkus candy. Gajus tu aku minta dia pack 250 gram (so ada 4 pack untuk 1 kilo). Senang nak bagi kat kawan-kawan bila dah pack macam ni. Bayaran menggunakan QR Pay pun boleh. So, takde masalah kalau korang tak cukup cash.

Shezz dan Barak memborong benda yang sama especially gajus dan pistachio untuk diberikan kepada keluarga dan teman-teman rapat. Shezz pun sempat membeli buah kundang kat stall auntie depan kedai Laila tu. Manis dan besar weh buah kundangnya. Sekilo 180 baht.

Dah puas menghabiskan duit di kedai Laila ni, kami masuk ke dalam pasar pula untuk ke gerai auntie yang aku selalu beli sabun beras Siam tu. Setiap kali pergi Hatyai, memang ni juga yang aku selalu beli. Adik aku kat JB tu pun kirim benda yang sama. Umi pula dok kirim bedak sejuk brand “Happy” tu. Dia selalu guna. So, aku belikan terus 4 botol buat stok. Shezz dan Barak pun dok membeli macam-macam benda. Inhaler la, balm la. Oh ya! Aku dengan Shezz dok beli this one coconut serum. Bagus ya. Tak berminyak dan sangat lembut tekstur dan baunya. Takde bau tengik kelapa tu. Sesuai untuk muka, badan dan rambut. Menyesal pula beli 1 botol. Kat market ni botol 100 ml tu dia jual 200 baht (dalam RM 26). Aku tengok kat Tiktok/Shopee depa dok jual RM35! Next time pergi, boleh beli buat stok juga.

Selesai shopping kat sini, kami terus balik ke hotel untuk check-in. Bilik aku dah ready tapi bilik Shezz belum lagi. So, dia tumpang untuk mandikan Daris segala bagai. Bila dah selesai solat dan cukup rehat, kami plan untuk ke Nomjeen Na Phuket untuk makan tengahari. Time ni dah pukul lebih jam 2.30 petang, so aku bajet kedai makan ni tak sesibuk waktu lunchtime lah. Ambil Grab saje untuk ke sini.

📍 Nomjeen Na Phuket @ Hatyai

Restoran ni terletak kira-kira 2.1 km dari hotel kami. Lebih kurang 7 minit drive. Alhamdulillah masa sampai dah tak ramai orang. aku tak sure la restoran ramai ke tak masa lunchtime tapi yang pasti restoran viral juga di TikTok. Aku plan ke sini sebab ternampak kat TikTok tu la. Nampak menarik sangat laksa Thainya dengan ulam yang selambak tu. So, bila dah kat sini, memang itu la yang aku order. Selain dari laksa Thai dengan extra isi ketam ni, aku turut order kerabu kerang. Nak order seafood yang lain-lain macam yang aku berangan sebelum ni tak jadi sebab takut banyak sangat nanti tak habis. Shezz order laksa yang sama macam aku tapi dia order yang biasa je. Untuk Daris, dia order nasi goreng ketam dan omelette isi ketam. Barak pula dok order seafood spaghetti. Selain tu, kami order juga honey lemon, Thai tea, crispy ruby dan o-aew sebagai minuman dan pencuci mulut.

Guysss… laksa Thai tu korang wajib try! Ikut tekak aku memang sedap ya. Kuahnya pekat, pedas dan cukup rasa. Kena pula dengan ulaman sampingan yang selambak tu. Isi ketamnya pula fresh dan takde bau hanyir. So, memang sedaplah bagi aku. Nampak macam sikit, tapi jenuh nak menghabiskan ya. Nasib baik tak order benda-benda lain. Kerabu kerangnya pun dressingnya sangat tiptop. Cukup segala rasa masam, manis, masin, pedas segala. Daris first time makan kerang time ni. Since dia dah merasa kerang ni, sepanjang masa bila time makan dia dok minta kerang dengan Shezz. Hahahaha… Makanan yang lain pun sedap. Nasi goreng ketam dan seafood spaghetti tu. Barak sampai rasa nak order lagi satu pinggan tapi sebab dia seorang yang beriman, dia dok sambung makan ulam-ulaman kami. Dessert yang kami order tu pun sedap. Thai iced tea pun sedap. Pendek kata semualah sedap. Dari segi harga pun bagi aku affordable. Takdelah mahal mencanak. Memang puas hati dan berbaloi untuk repeat makan di sini lagi. Menunya terlalu banyak. Tak dan nak try semua. So, kalau korang ke Hatyai, boleh masukkan restoran ni dalam list juga.

Bila dah habis makan, seterusnya kami ke Lee Gardens. Berhenti di sini sebab aku dengan Barak lepas ni nak pergi urut badan di kedai Michael. Aku dah book slot siap-siap jam 6.00 petang. Urut badan selama 2 jam. So, aku janji dengan Shezz nanti around 8.00 malam jumpa balik kat kedai Michael ni. 

📍 Michael Massage

Ni memang tempat urut favorite aku setiap kali ke Hatyai. Selalunya sebelum sampai Hatyai aku akan Whatsapp Michael untuk book slot massage. Bagi yang tak tahu, owner kedai ni, Michael, orang Sarawak dan berkahwin dengan orang sini. Dia memang sangat peramah. Dan yang penting, male messeurnya urut memang bagus. So, far selama aku urut kat sini tak pernah mengecewakan. Pressurenya kuat, memang rasa lega gila badan dan kaki setiap aku lepas urut. 

Harga urut di sini ialah 400 baht untuk oil massage selama 1 jam. Kalau 2 jam jadinya 800 baht la. Kalau urut without oil tu lagi murah sikit lah. Kalau yang wanita terutamanya segan nak berurut di kedai, korang boleh book untuk urut di bilik hotel masing-masing. Harganya sama je macam di kedai. Tapi lokasi hotel sekitar downtown je la. Kalau jauh-jauh depa tak pergi.

Anyway, selesai massage session, masa dah bayar tu, Michael bagi aku 1 botol balm untuk hadiahkan ke mak aku. Alhamdulillah rezeki. Thanks, Michael!

Seterusnya, aku ajak Barak dan Shezz ke Lee Gardens sebab aku nak membeli baju dan seluar untuk nak pakai esok ke Ton Nga Chang Waterfall. Aku memang takde bawa baju langsung untuk tujuan ni.

Kedai yang kami tuju kat ground floor Lee Gardens Plaza tu yang selalu ada sale. Dengan 550 baht aku dapat 2 helai T-shirts dan 1 helai seluar track dengan material yang bagus. Okay la kan? Sempat juga membeli jus limau di night market ni. Jus limau kat Thailand ni memang aku suka sebab selain rasanya yang sedap dan fresh, aromanya juga special, tak macam bau oren Sunkist tu.

Anyway, nak dinner pun, takde la lapar sangat. End up kami singgah di Hamid Restaurant di hadapan Lee Gardens ni. Ingatkan nak order roti perata sebab aku suka roti perata kat sini. Crispy and buttery. Tapi takde la pula. Jadi, aku order chicken burger je la. Yang lain pun tak makan sangat. Shezz dok tapau pulut mangga dari stall kat night market tepi tu.

So, that’s about it hari pertama kami di Hatyai. 

Day 2: Full-Day Songkhla Trip

Pagi ni aku masih lagi sure tak sure Pak Hashim ni function atau tak. Sebabnya aku text dia dari semalam kat Whatsapp tentang pertukaran timing aku untuk pagi ni. Aku minta dia pick-up kami kat hotel jam 6.30 pagi untuk ke Dimsum Chabura atau kalau tak boleh, pick-up kami jam 8.00 pagi di hotel selepas kami siap breakfast. Dia tak reply langsung. So, aku assume mungkin dia tak berapa reti nak type kat Whatsapp tu. Sudahnya, sementara menunggu Grab nak Dimsum Chabura tu, aku terus Whatsapp call dia bagitau minta ambil kami jam 8.00 pagi di hotel je. Mujurlah dia angkat dan jawab. So, kalau korang nak book Pak Hashim ni, Whatsapp call terus je la. Text-text ni mungkin dia tak berapa reti. Aku rasa la.

So, pagi ni kita breakfast di Dimsum Chabura!

📍 Dimsum Chabura

Kami berada di sini sewal jam 6.40 pagi. Awal-awal tak kalut dan tak payah nak beratur panjang. Apa lagi menu pilihan kat sini. Balik-balik aku ambil salted-egg bun dengan beberapa ketul dimsum. Aku tapau juga gyoza/dumplings sebagai bekalan masa di air terjun nanti. Barak pun dok ambil salted-egg bun. Sedap okay roti ni especially intinya yang pekat, lemak, masin, manis tu. Aku pernah makan salted-egg bun kat Canton Boy apooo ntah kat D’Pulze Cyberjaya ni. Dah la mahal, rasa intinya pun tak sesedap kat sini.

Anyway, selesai makan, kami singgah di 7 Eleven di sebelah kedai dimsum ni untuk beli apa yang perlu.

Dan sekitar jam 8.00 pagi, Pak Hashim dah tercongok di tepi jalan berhampiran hotel dengan vannya yang besar itu! Besar la untuk kami berempat ni. Van ni macam boleh muat 10-12 orang rasanya. Dan Alhamdulillah selesa. Pak Hashim siap sediakan air botol minuman untuk kami.

📍 Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary

Perjalanan dari hotel kami ke Ton Nga Chang Waterfall mengambil masa hampir 50 minit. Kami sampai awal. Entrance waterfall pun tak buka lagi. Wildlife sanctuary ni dibuka pada jam 9.00 pagi. Kami dah tercongok kat sini lebih kurang 8.50 pagi. Kami kenderaan yang kedua beratur. Depan kami ada couple yang menaiki motorsikal. Oh.. sambil tengok-tengok signage tu aku ternampak harga tiket masuk. Naik 2 kali ganda ya hanat! Dari 200 baht ke 400 baht untuk pelawat asing. 400 baht tu dekat RM 56 ya. Mahal tu! Last time aku pi 2022, tiketnya masih 200 baht lagi. Aku dok merungut kat Pak Hashim cakap mahalnya tiket. Pastu, dia macam cakap relaks sat, nanti dia tanya staff yang bertugas. Aku tatau la apa yang dia pi tarbiah staff kat situ tapi yang pasti, kami adult ni dapat masuk dengan harga 200 baht dan Daris masuk for free!!! Alhamdulillah. Thanks Pak Hashim. Aku tanya dia, dia cakap apa kat staff tu. Dia cakap, kalau hangpa letak harga mahal-mahal macam ni takde siapa yang nak datang. Betul la tu kan? Nak pergi dah la jauh. Lepas tu harga masuk mahal. Seorang RM 56.. kalau ramai, mahal la nak bayar. Aku harap lepas ni depa kurangkanlah balik harga mengarut tu. Apapun Alhamdulillah kerana mudah urusan pagi ni.

Anyway, ini merupakan kali kedua aku ke sini. First time dulu aku pergi dengan Uncle Yaw pada tahun 2022 dengan one of my Youtuber subscribers, Andi, yang terjumpa dalam first train My Sawasdee masa tu. Tapi masa tu aku tak pergi ke main waterfall tu. Kami just berkubang di bahagian bawah. Kat atas time tu ramai orang. Oh! Syukur juga sebab time kami datang ni Songkhla tengah ada election. So, bayangkan the whole waterfall area tu cuma ada aku, Barak, Shezz dan Daris je. Heaven gila ya! Tu yang tak sedar dok berkubang sampai lebih 2 jam!

Ikan-ikan di waterfall ni masih banyak macam dulu. Mereka bertiga memang excited gila bila nampak. Alhamdulillah. Asyik bersesak dengan manusia je kat Hatyai tu, kali ni kita bersesak dengan ikan pula. Barulah best! Di bahagian atas waterfall tu pun banyak ikan. Besar-besar pula tu. Best kat kawasan ni sebab ada kawasan air cetek dan kawasan air terjun tu pun tak dalam. Seperti tub untuk berendam kat dalam tu. Ya Allah, best betul kat sana. Masa aku taip ni pun terbayang-bayang lagi kesejukkan dan kesegaran air kat situ. Kami bertiga dah sepakat, next time kalau pi Hatyai lagi, waterfall ni akan pasti ada dalam list untuk dikunjungi.

Lama kami menikmati keindahan alam kat sini. Bila lapar sikit tu, kami makan dumplings yang ditapau dari Dimsum Chabura pagi tadi. Memang seronok. Ye lah, kami berempat je ada kat sini. Lepas dah hujung-hujung nak balik tu, barulah nampak beberapa kelibat pengunjung. Apapun, Alhamdulillah, wish list aku nak bawa Barak, Shezz dan Daris kat sini dah terlaksana. Banyak gila ambil gambar di sini. Tapi aku tak mampu nak share banyak sangat sebab aibbbb!!! Berselirat lemak uols!! Kalau korang tengok mesti macam “ehhhh… vinatang apakah ituuuu???”. Aku tepek gambar Barak je la. Menunggang Barak kekdahnya demi view. Hahaha..

Next, nak pi makan pula sebab dah kelaparan! Tapi sebelum pi makan ni, Pak Hashim ajak singgah di Big Bee Garden untuk melihat produk-produk madu. Kita layankan je la kan. Kalau ikutkan aku malas tapi it’s okay, tempat-tempat camni aku okay lagi. Kalau nak bawa pi kilang kacang ke, kilang baju ke memang aku reject awal-awal.

📍 Big Bee Garden @ Hatyai

Big Bee Garden ni merupakan one stop centre untuk produk berasaskan lebah antaranya madu asli, propolis, bee pollen dan sebagainya. Di sini ada garden dengan info-info mengenai lebah serta kafe. Mereka turut menjual produk-produk lain. Madu ada dari pelbagai jenis bunga. Banyak juga produknya. Pengunjung turut diberikan peluang untuk mencuba minuman yang dicampur dengan madu asli, selain mencuba madu asli itu sendiri. Tapi kami tak beli apa pun selain dari ais krim dengan ketulan honeycomb yang berharga 50 baht itu.

Tapi serius, sedap air yang dicampur madu tu. Rasa segar! Tapi ia tidak menghilangkan rasa lapar. Maka dengan itu, aku terus mengajak Pak Hashim untuk terus ke Khlong Hae Seafood Buffet kerana kami semua telah kelaparan!

📍 Khlong Hae Buffet Seafood Halal

Kalau ada antara lokasi yang wajib korang pergi di Hatyai ni, bagi aku inilah salah satu daripadanya. Buffet seafood dengan harga 299 baht untuk dewasa dan 199 baht untuk kanak-kanak. Dengan less than RM 40, korang boleh makan buffet sampai pengsan! Selain seafood, banyak lagi lauk-pauk yang korang boleh try. Banyak sangat! Aku sampai la ni, boleh dikatakan banyak lauk mereka yang aku tak cuba. Selalunya aku akan ke sini just ambil seafood dan daging untuk dibakar dan jeruk, buah-buahan serta aiskrim. Cuma kali ni, aku dok try ikan siakap bakar yang salut garam tu. First time ambil dan memang sedap ya! Kenapa sebelum ni aku tak ambil? Walaupun disalut dengan garam, isi ikannya rasa segar dan tidak masin. Cicah pula dengan sos yang pedas. Memang sedap sungguh! Lepas tu, kali ni aku try juga amil sup campur yang ada paru segala bagai tu. Sup tu pun sedap! Tapi aku just ambil peparu je la sebab tu yang kena dengan tekak aku. Bahagian lain like tembusu semua tu aku kureng sikit.

Alhamdulillah, masa kami datang ni walapun ramai tapi seat masih banyak dan tak perlu beratur panjang. Cuma seorang staff yang bawa kami masuk ni perangai tak elok sikit. Mula-mula aku nak ambil seat kat paling hujung mengadap paya/kolam tu tapi disebabkan airnya agak berbau, aku tukar masuk ke bahagian dalam and this one particular bitch in front of my face boleh buat sound “chechhhh!” dengan expression annoying sebab tukar tempat. Period ke hanat??? Meja banyak lagi kosong.. apa masalah kau ye??? Tapi lantaklah, aku nak makan, bukan nak mengadap muka period kau tu. So, yeahh.. aku enjoy masa makan aku di sini. Itu yang penting.

Bila dah kekenyangan, kami ke Samila Beach pula. Just nak ambil suasana dan merakamkan gambar patung mermaid tanpa bra di tepi pantai tu. Jadilah cukupkan syarat kan?

📍 Samila Beach

Antara lokasi wajib yang pengunjung akan pergi. Actually masa first time aku pergi dulu, aku agak teruja sebab air lautnya jernih dan pantainya juga bersih. Tapi sayang, signagenya yang lama dengan bangku kayu panjang yang berlatar belakangkan laut tu dah takde dan ditukar dengan signage panjang di bahagian hadapan di kawasan roundabout tu. Yang lama tu lagi cantik bagi aku. Signage “Songkhla City” pun dah siap sepenuhnya. Dulu masa aku bawa kawan-kawan aku pada 2023, signagenya under construction.

Macam biasalah, pantainya ramai orang. Ada pelbagai aktiviti yang korang boleh buah. Nak naik kuda ke, nak main layang-layang ke, semuanya ada. Tinggal dibayar sahaja.

Sekejap sangat kami kat sini. Nama pun just nak ambil gambar je kan. Dan waktu pun yang beransur petang. Last destination kami sebelum balik hotel ialah Khlong Hae Floating Market.

📍 Khlong Hae Floating Market

Ini last destination untuk Songkhla trip kami pada kali ni. Kalau ikutkan, aku memang malas nak ke sini. Sesak dengan manusia je. Tapi sebab Barak, Shezz dan Daris tak pernah ke sini, so aku masukkan juga dalam list. Sekurang-kurangnya ada gambar mereka di sini. Memang ramai la manusia kat sini, weekend kan. Tapi menariknya kali ni aku pergi, ada persembahan tarian tradisional Thailand yang dipersembahkan oleh adik-adik yang comel. Niceeee!!! Boleh buat content! Hahahaha… Dan aku pun takde membeli apa selain daripada air kelapa sebab memang kehausan. Mujur ada surau kat sini, sempatlah kami jamak takhir. Takut nak tunggu sampai di hotel satgi, dah masuk maghrib.

So, begitulah aktiviti kami di Songkhla pada hari ni. Next, balik ke hotel, mandi dan bersiap untuk ke kedai Michael. Last massage session sebelum balik KL esok pagi,


Khidmat pemandu ke Songkhla

Kalau korang nak menggunakan khidmat Pak Hashim boleh Whatsapp dia di sini. Rasanya lebih baik Whatsapp Call terus sebab macam aku mentioned sebelum ni, takut dia tak berapa reti nak reply text kat Whatsapp tu.

Cadangan aku kalau korang nak ke Ton Nga Chang tu, planlah seawal pagi agar korang boleh sampai right after dibuka. Dan bila merancang itinerary, bertimbang-rasa jugalah dengan pemandu terutamanya kalau pemandunya dah berusia. Plan lokasi secara berhemah. Kalau nak pi Ton Nga Chang tu, tak boleh nak masukkan banyak lokasi yang lain. So, pick the best yang korang rasa berbaloi untuk pergi. Kalau korang jenis, ahhh.. aku dah bayar… aku akan pastikan setiap duit aku berbaloi dan kena pergi semua tempat… payah sikit pada aku la. Apapun yang penting korang enjoy the trip. Itu yang paling utama.

Oh! Lupa nak bagitau. Kami sewa van ni dengan harga 2,000 baht (lebih kurang RM 260) bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Lokasi yang aku pick (menurut turutan) ialah – Ton Nga Chang Waterfall, Big Bee Garden (Pak Hashim suggest), Khlong Hae Seafood Buffet, Samila Beach dan Khlong Hae Floating Market.


Untuk slot massage malam terakhir ni, aku booked kat Michael pada jam 7.30 malam. Mula-mula aku ingat nak buat 2 jam. Tapi fikirkan kesian Shezz nak menunggu pula. Dan Barak pun nak buat sejam je, so aku pun buat jugalah 1 jam. Shezz pun join urut kaki sekali dengan Daris. Dalam belakang aku dah dengar mereka dua orang dok tergelak masa tengah urut! Hahahaha..

So, habis je massage masa nak bayar tu, Michael tak nak terima bayaran aku. Aku dah prepare siap-siap nak scan dia kata tak payah. Geram betul aku. Dia meniaga takkan nak main bagi free kat aku je. Tapi dah dia beriya nak belanja, aku pun redha je la. Michael.. Michael. Apapun, kedai Michael ni bagi aku memang urutannya aku puas hati la. Next time, kalau korang pergi Hatyai, mungkin boleh try di sini.

Selesai mereka membuat pembayaran, Michael tolong carikan tuk-tuk untuk kami sebab aku plan nak ajak mereka dinner di ASEAN Night Bazaar. On the way nak beredar tu, kami dok lambai-lambai dia dari dalam tuk-tuk. Drama betul! Hahaha.

📍 ASEAN Night Bazaar

Ramai gila orang kat sini! Sampai-sampai je kami terus naik ke atas untuk mencari makanan. Banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak makan apa. Aku cuma beli nasi goreng dengan ayam panggang, daging dan ayam panggang macam sate tu, jus kiwi, air tebu dan roti susu. Frankly, makanan yang aku beli tu biasa je rasanya. Sate tu lagi la. Aku beli sate ayam dan daging. Tapi yang daging tu takde rasa daging. Rupa macam ayam juga cuma yang gelap warnanya je mungkin letak kicap. Tak sure la scam ke apa. Tu pun tak habis makan. Yang aku rasa berbaloi beli ialah roti susu atau milk bun yang viral tu. Memang sedap. Satu kotak ada 2 ketul roti dengan harga 85 baht. Inti dalamnya lemak dan tak manis sangat, manakala rotinya pula sangat lembut. No wonder la viral. Sudahnya, aku beli lagi 2 kotak untuk makan esok pagi atau dalam tren.

Aku takde beli apa pun kat sini. Barak dengan Shezz aku tak sure la mereka ada beli atau tak. Tapi yang pasti, kami dok cuci-cuci mata je la tengok barang-barang sambil berposing mengambil gambar.

Lepas tu, kami terus ambil Grab untuk balik ke hotel. Esok pagi dah nak balik dah oii…

Day 3: Hatyai – Padang Besar – KL Sentral – Cyberjaya 

📍 Khaled Restaurant

Pagi ni, kami breakfast di Restoran Khaled terlebih dahulu. Dekat je dengan hotel. Aku makan nasi khaomok manakala Barak dok order nasi dagang. Shezz dan Daris pula pekena roti pisang dan roti ala-ala char koay tu. Tenang je nak makan sebab masih awal pagi. Few times aku nak breakfast kat sini dulu asyik penuh je.

Selesai makan, kami pergi lagi ke Kim Yong Market untuk last minute shopping. Aku baru teringat few things yang kawan-kawan aku pesan. Tepung goreng ayam la, balm la dan lain-lain.

Selesai shopping, kami terus balik ke bilik untuk check-out dan ambil balik deposit. Kami ke Train Station naik tuk-tuk je yang ada kat seberang jalan. Sampai di Train Station, aku ajak diorang posing dulu depan clock tower tu sebelum masuk ke dalam. Tren dah boleh board pada jam 9.30 pagi. Masa masuk ke bangunan station pun, tren dah berada di Platform 1. So, kami terus je la masuk cari katil masing-masing and then turun semula membeli light snacks.

Tren bergerak tepat jam 10.20 pagi waktu Thailand. Apabila sampai di Padang Besar, kena angkut semua beg ya untuk scan/pemeriksaan kastam. Selesai cop pasport dan pemeriksaan, kena tunggu seketika sebelum dibenarkan masuk semula ke dalam tren. Masa menunggu ni la aku dan Barak dok bedal milk bun tu. Menyesal pula beli 2 kotak je! Sekitar 1.30 tengahari waktu Malaysia, kami dibenarkan untuk masuk sebelum tren memulakan perjalanan.

Kami jamak takdim kat koc Chillax ni. Ada sekumpulan Chinese girls dok main card turut beranjak sikit untuk memberi sikit ruang pada kami untuk solat. dan diorang pun daripada dok bercakap agak kuat sebelum ni, terus cakap slow-slow je. Kira mereka hormat la kita sedang solat tu.

Anyway, aktiviti aku apa je aku buat sepanjang perjalanan ni selain daripada tidur, lepas tu pergi makan nasi biryani segera di kafe. And then lepak seketika kat koc Chillax sambil minum petang makan keropok lekor yang Barak beli. Sedar-sedar dah nak sampai sampai KL. Kami jamak siap-siap Maghrib dan Isya dalam tren sebab memikirkan bila dah sampai KL Sentral tu mesti dah penat giler, apalagi bila dah sampai ke rumah. For sure aku akan nampak katil melebihi tikar sembahyang. So, better la solat dulu.

Alhamdulillah, kami sampai di KL Sentral tepat jam 10.50 malam. Beratur panjang sikit nak keluar gate sebab ramai gila penumpang. Kami semua balik ke Cyberjaya dengan naik satu Grab je. So, nanti sampai Cyberjaya, aku akan hantar ke rumah masing-masing. Lagipun Grab tengah mahal gila. RM 87 nak ke Cyberjaya. Mid night charge barangkali. Tapi takpelah, yang penting selamat sampai ke Cyberjaya walaupun agak lama perjalanannya sebab abang Grab ni rajin pula nak berborak pasal negara dan politik sambil bawa kereta ala-ala makan angin! Hahahah.. sabo je la…

Jadi, begitulah serba-sedikit perkongsian aku yang agak panjang berjela ni. Aku malas nak split. Lenjan je la satu kali post. Thanks sebab sudi meluangkan masa membaca. Semoga info dalam ni ada juga manfaat buat korang yang nak ke Hatyai nanti. To Barak, Shezz and Daris, thank you so much. Ada rezeki kita repeat lagi naik tren ni dan mandi waterfall tu puas-puas!

Till then, jumpa di next post. Jumpa lagi! Byeeee…


Hatyai travel, ETS train to Padang Besar, The Train Hotel, best tomyam in Hatyai, Kaitod Decha, Kim Yong Market shopping, Lee Gardens night market, Khlonghae Seafood Buffet, Central Hatyai shopping, Micheal Massage, Rushdee Boat Noodle, best seafood in Hatyai, Hatyai food, shopping in Hatyai, Hatyai night market, Thai food in Hatyai, relaxing massage in Hatyai, Hatyai trip, local food in Hatyai, things to do in Hatyai, travel to Hatyai, travel tips Hatyai, tempat menarik di Hatyai, makanan terbaik Hatyai, beli kacang gajus Kim Yong Market, pasar malam Lee Gardens, bufet makanan laut Khlonghae, membeli-belah Central Hatyai, urutan Micheal Massage, mi bot Rushdee, percutian Hatyai, aktiviti menarik Hatyai, makanan Thai di Hatyai, destinasi percutian Hatyai, Nomjeen Na Phuket, Ton Nga Chang Waterfall, Ton Nga Chang Sanctuary, Samila Beach, Asean Night Bazaar, Hatyai itinerary, Hatyai vlog, Hatyai budget, My Sawasdee Train KTMB, sleeper train Kuala Lumpur Hatyai, Wanthana Mansion, Bee Garden Hatyai, Khlong Hae floating market, Ayutthaya Noodle Halal, Khaled Restaurant Hatyai


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.