Sharing is caring

Nota: Untuk makluman, vlog ni aku tengah edit lagi. Nanti dah siap aku upload ya.

Assalam dan hello semua! Seminggu sebelum berakhirnya Februari, aku sempat pulang ke JB untuk visit family aku. Just in case aku takdan nak balik masa bulan puasa nanti. Macam biasalah, aku angkut Barak sekali sebagai teman berborak masa drive balik. Nasib baik dia pun tengah free.

Setiap kali balik JB, aku mesti blur nak berjalan ke mana. Aku suka bawa Umi dan adik aku jalan-jalan kat sana bila balik. Tapi itu la. Kitanya bukan tahu sangat pun. Dok refer kat TikTok dan socmed yang lain je la.

So, kali ni, aku bawa mereka ke Taman Negara Johor, Pulau Kukup. Somewhere dekat Pontian tu. Takde la jauh sangat dari rumah aku. Dalam sejam camtu. Last balik sebelum ni kami ke Sungai Melayu Eco Tourism tu. Betul la kata officemate aku, Jay… “mesti kau pergi Amazon 2.0!”. Hahahaha.. lebih kurang la. Tengok hutan-hutan bakau lagi. 

Anyway, Pulau Kukup diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 27 Mac 1997 dan kemudian diiktiraf sebagai Tapak Ramsar pada 31 Januari 2003 kerana kepentingannya sebagai kawasan tanah lembap yang unik.  

Apa yang menarik tentang Pulau Kukup?

Pulau Kukup bukan sekadar pulau biasa – ia adalah salah satu pulau bakau tidak berpenghuni terbesar di dunia! Kalau korang suka alam semula jadi, ini tempat wajib untuk dikunjungi.  

Fakta menarik Pulau Kukup

Pulau bakau terbesar di Malaysia

Pulau ini 100% diliputi oleh hutan bakau, menjadikannya ekosistem yang sangat penting untuk flora dan fauna.  

Rumah kepada banyak haiwan unik  

Kat sini korang boleh jumpa kera (long-tailed macaque), ketam bakau, ikan belacak, belangkas, burung bangau dan banyak lagi hidupan liar yang lain.

Ia juga merupakan kawasan persinggahan burung-burung berhijrah (migratory birds) terutamanya di antara bulan September hingga April. 

Hutan bakau = penapis udara semula jadi

Hutan bakau di Pulau Kukup membantu menyerap karbon dan menapis pencemaran, menjadikannya salah satu ‘paru-paru’ hijau Johor!  

Jambatan kayu & menara tinjau

Ada laluan kayu sepanjang 600 meter untuk korang jalan-jalan sambil menikmati keindahan alam. Kalau nak pemandangan terbaik, naik menara tinjau yang boleh tengok seluruh pulau! Tapi menara tinjau ni agak tinggi dan aku sendiri pun gayat bila nak naik.

Pelancongan eko & perkampungan nelayan

Dari jeti Kukup, korang boleh naik bot ke pulau ini. Di sini korang boleh meninjau juga suasana kampung nelayan Kukup Laut yang terkenal dengan makanan laut segar dan restoran terapung! Tapi mostly kat sini Chinese restaurants la. Tapi ada juga beberapa restoran yang pengusahanya Muslim.

Pulau Kukup memang ‘hidden gem’ untuk pencinta alam. Kalau korang nak rasa pengalaman berada dalam hutan bakau yang masih asli, inilah tempatnya!

Cara membeli tiket masuk

Pembelian di kaunter

📍 https://maps.app.goo.gl/G2fHsXNg9ZNqvihU6
  • Lokasi: Kaunter tiket di bangunan berhadapan Terminal Bas & Teksi Kukup
  • Waktu Operasi:
    Isnin – Ahad (9 pagi – 5 petang), Khamis (tutup)
    Last ticket: 3 petang
    Last park entry: 4 petang
  • Contact no: 07-696 9355, 013-744 0957
  • Harga tiket:
    Warganegara Malaysia: RM5 (dewasa), RM3 (warga emas, pelajar & kanak-kanak)
    Bukan warganegara: RM20 (dewasa), RM10 (pelajar & warga emas)
    Percuma (kanak-kanak bawah 6 tahun & OKU)
  • Harga bot (return): RM10 seorang

Online Ticket

  • Laman rasmi Taman Negara Johor
  • Beberapa laman web pelancongan tempatan menawarkan pembelian tiket secara dalam talian. Contohnya, JomJalan menyediakan tiket dengan harga promosi.
  • Nota: Sentiasa semak kesahihan laman web dan pastikan ia dipercayai sebelum membuat sebarang transaksi.

Cara pergi ke Pulau Kukup

  • Setelah membeli tiket di bangunan Taman Negara Johor tu, korang boleh park kereta di dalam kawasan Terminal Bas & Teksi dengan bayaran RM2. Bayar dengan penjaga yang ada di pondok kecil tepi bangunan tu.
  • Kalau parking kawasan ni dah penuh, korang boleh park di kawasan rumah-rumah kedai di bahagian kiri. Kat sana banyak juga lot parkingnya. Free je kalau park kat sini.
  • Jangan sesekali park di laluan utama menuju je terminal feri. Sekali saman RM300. Pihak berkuasa kerap datang menyaman kat situ dalam beberapa dalam sehari.
  • Selepas dah park kereta, berjalan menuju ke Terminal Feri Antarabangsa Kukup. Sampai di hadapan terminal, masuk ke gate di bahagian kanan untuk menaiki bot ke Pulau Kukup. Ada Chinese Uncle yang jaga di situ. Tambang bot bayar kat dia.
  • Perjalanan dari jeti ke Pulau Kukup Cuma 2-3 minit sahaja.
  • Kawasan ni merupakan kawasan perkampungan nelayan, so udara berhampiran terminal/jeti ni berbau agak hanyir.

Aktiviti di Pulau Kukup

Jelajah hutan bakau

Nikmati keindahan hutan bakau dengan berjalan di laluan kayu yang disediakan. Pokok-pokok di sini diletakkan nama spesisnya untuk rujukan kita. Di sini juga terdapat beberapa pavilion direka melingkar atau berbentuk spiral, menyerupai cangkerang siput. Ini melambangkan keharmonian dengan alam dan mencerminkan bentuk semula jadi hidupan laut yang terdapat di Pulau Kukup.

Pemerhatian hidupan liar

Perhatikan pelbagai spesies burung, monyet dan hidupan akuatik yang mendiami pulau ini. Sangat bagus kalau korang ada anak-anak kecil yang bersekolah. Mereka boleh dapat pendedahan tentang alam sekitar dan ekosistem.

Fotografi

Pemandangan semula jadi di sini menawarkan peluang fotografi yang menakjubkan, terutamanya semasa berjalan di bawah rimbunan pokok-pokok bakau ni. Terdapat juga lokasi signage Pulau Kukup yang boleh dijadikan latar belakang untuk merakamkan gambar kenangan di sini.

Jarak dan masa

Jarak mengelilingi Pulau Kukup ini lebih kurang 2.6 km dan masa yang diperlukan sekitar 40 minit hingga 1 jam bergantung pada aktiviti korang. Memandangkan ada lokasi laluan di sini yang ditutup atas faktor keselamatan, so korang kena berpatah balik menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke jeti.

Tips melawat Pulau Kukup

  • Pakaian: pakai pakaian dan kasut yang selesa dan sesuai untuk aktiviti luar. Kasut yang tahan lasak dan selesa disarankan kerana anda akan berjalan di laluan kayu.
  • Pelindung matahari: mungkin korang boleh bawa topi, cermin mata hitam dan sapukan krim pelindung matahari untuk melindungi diri daripada sinaran matahari walaupun di sepanjang laluan kayu ni suasananya agak redup. Mana-mana yang selesa lah.
  • Insect repellant: hutan bakau adalah habitat semula jadi bagi pelbagai serangga. Penggunaan penghalau serangga dapat membantu mengelakkan gigitan. Tapi masa aku pergi hari tu, takde kena gigit apapun. Alhamdulilllah.
  • Makanan dan minuman: di dalam Pulau Kukup tiada kedai menjual makanan dan minuman. So, korang kena beli di kedai berhampiran jeti. Boleh bawa masuk ke pulau tapi plastik bungkusan kena bawa balik dan buang di mainland. Tak digalakkan bawa bungkusan makanan sebab kawasan ni habibat kera. Ada kebarangkalian mereka akan menghampiri korang kalau nampak makanan. Air mineral should be okay kalau nak bawa. 
  • Tandas: cuma ada satu tandas di dalam pulau iaitu berhampiran menara tinjau. So, kalau korang ada keperluan untuk menggunakan tandas, kena pergi ke situ.
  • Penginapan: Tiada kemudahan penginapan di dalam Pulau Kukup. Namun, terdapat banyak rumah tumpangan dan hotel butik di perkampungan nelayan berhampiran seperti Kukup Laut, Air Masin dan Kampung Melayu.

Dan untuk maklumat tambahan, Taman Negara Johor Pulau Kukup ni juga terletak berhampiran dengan Tanjung Piai yang terkenal sebagai titik paling selatan di benua Asia. Kalau korang berdiri kat sini, secara teknikalnya korang adalah manusia paling selatan di benua Asia buat ketika itu. Kalau dah sampai Pulau Kukup ni, rugi juga kalau tak singgah Tanjung Piai ni. 

Tapi pergi la juga tapi sekali tengok ramai gila orang. Terus tak jadi turun kereta. Hahahaha..

So, next time kalau korang ke Johor Bahru, bolehlah ke Pulau Kukup sebab ia bukan sekadar destinasi biasa tapi ia adalah khazanah alam semula jadi yang unik dengan ekosistem hutan bakau yang kaya, hidupan liar yang menarik, dan suasana yang tenang jauh dari hiruk-pikuk bandar.

Kalau korang jenis nature lover macam aku ni yang sukakan fotografi, atau sekadar nak berehat sambil menikmati udara segar, Pulau Kukup adalah tempat yang wajib ada dalam senarai lawatan korang dan alami sendiri keajaiban salah satu pulau bakau terbesar di dunia!

Okaylah, jumpa lagi dalam post akan datang. Till then, selamat menunaikan ibadat puasa!

Assalamualaikum.


Taman Negara Johor Pulau Kukup, Pulau Kukup, Kukup Island, pulau bakau terbesar di dunia, biggest mangrove island in the world, ramsar site in Malaysia, Kukup Laut, Johor Bahru travel, Merdeka holiday activities, things to do in Johor Bahru, family activities in Johor, Sri Pantai Asam Pedas restaurant, famous asam pedas Johor, Kampung Sungai Melayu, Sungai Melayu ecotourism, Johor boat cruise, RM35 boat ride Johor, mangrove forest cruise, wildlife spotting Johor, monitor lizards and birds in mangrove, mussel farm Tebrau Strait, Tebrau Strait attractions, Singapore border activities, Johor Bahru must-try experiences, family-friendly activities Johor Bahru, hidden gems in Johor, eco-tourism Johor Bahru, ladang kupang Johor, what to do in Johor Bahru, Johor Bahru foodie spots, best local food Johor Bahru, Kampung Sungai Melayu boat ride, affordable activities in Johor Bahru, tempat menarik di Johor Bahru, aktiviti Hari Merdeka Johor, restoran Sri Pantai Asam Pedas, makanan asam pedas terbaik Johor, Kampung Sungai Melayu eco-tourism, pelayaran bot Sungai Melayu, harga pelayaran bot RM35, pengalaman di paya bakau Johor, tempat tengok haiwan liar Johor, ladang kupang di Selat Tebrau, aktiviti di sempadan Singapura, pengalaman keluarga di Johor, tempat makan terbaik di Johor Bahru


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.