Day 5: Merapi Lava Tour, Dinner & Karaoke
Aktiviti pada hari terakhir ni sebelum pulang pada keesokan harinya melawat Gunung Merapi, dinner di rumah Sekar dan sessi karaoke bersama teman-teman Yogja.
Merapi Lava Tour
Bertolak dari hotel seawal jam 9.00 pagi, kami sampai lebih kurang jam 11.00 lebih. Masih menggunakan khidmat Pak Budi sebagai tour guide. Sampai di kaki Gunung Merapi, cuacanya sangat terik! Bas kami berhenti di Pos Jeep Wisata Hardtop. Aktiviti pertama kali ialah menaiki jeep menjelajah segenap pelusuk di kaki Gunung Merapi ni. Satu jeep boleh muat 5-6 orang. So aku naik jeep skali dengan Shafek, Hamzah dan Rico. Perjalanannya…. Pergghhhhhh!!! Cam haram!!! Bergegar kepala otak! Dengan debunya. Punyalah azab. First time aku naik benda camni.. Tapi dalam pada tu, memang menyeronokkan. Adventure katanya.. Kalau nak rehat-rehat bagai.. baik pegi spa je… betol tak? 😛 Kat sini aku memang berbungkus kepala. Nasib baik ada selendang souvenir yang diorang bagi haritu. Panas satu hal.. habuk dengan debu yang tak tahan tu. Kulit tak yah cerita la… Buat penat je rejim pemutihan kulit aku sebelum ni.. Rentung terus!!!!
Apa yang menarik dengan aktiviti ni ialah anda dapat melalui ceruk-ceruk untuk melihat kesan bencana letusan Merapi pada 2010 dahulu. Melalui kawasan kampung yang telah menjadi padang jarak padang tekukur, selain dapat melihat keadaan tanah-tanah dan batu-batu yang masih berasap kepanasan di sini. Scary jugak! Kemudian kami singgah di satu kawasan di mana terdapat batu besar hasil letusan Merapi yang mempunyai rupa bentuk muka manusia. Bayangkan batu sebesar itu yang keluar dari Gunung Merapi!
Selepas itu, kami singgah di “Musium Sisa Hartaku” di mana ia merupakan sebuah rumah yang musnah akibat tragedi Merapi ni. Di dalam ni terdapat banyak kesan kemusnahan antaranya motorsikal serta peralatan rumah yang cair akibat kepanasan hawa gunung berapi tersebut, tulang-tulang haiwan serta yang paling menarik jam dinding yang menunjukkan saat berlakunya bencana.
Setelah selesai lawatan Lava Tour ni, kami dibawa ke Moro Lejar, sebuah restoran yang terletak di Kabupaten Sleman, dengan suasana yang cukup menarik untuk makan tengahari. Bukan setakat pemandangannya yang cantik, makanannya pun sangat lazat ya! Dengan ayam, ikan bakar, tempe, sambal dan ulam-ulaman.. aku makan tak tengok kiri kanan. Ditambah pulak dengan air kepala campur gula jawa.. perghhhhhh!!!! Terbaik!!!
Habis makan, last aktiviti petang ni ialah melawat Ullen Sentalu iaitu muzium yang memaparkan kebudayaan Jawa serta sejarah kota Yogya serta pemerintahnya. Ini adalah antara tempat yang perlu dilawat kalau kita berada di sini. Anda pasti kagum dengan apa yang terdapat di dalamnya. By the way, kat sini tak dibenarkan mengambil gambar. So.. tak dapat la aku nak letak dalam blog ni ya.. 😀
Dinner di rumah Sekar
Pada malam terakhir di Yogya ni, Sekar dengan keluarganya telah menjemput kami semua untuk makan malam di rumahnya. Kami semua pergi dengan menaiki teksi.. takde la jauh sangat dengan hotel di Jalan Dagen tu. Sampai di rumah, kami diperkenalkan dengan ahli keluarga Sekar, sambil berbual mesra dan bergurau senda. Bukan aku la.. tapi mostly Hamzah ngan Shafek yang memang dah pernah jumpa mereka ni. Malam tu kami dihidangkan dengan nasi gudeg. Seriously aku dah start suka nasi gudeg sebenarnya. Dulu masa first time makan aku tak suka sangat sebab cam manis-manis rasanya. (Okay sekarang aku lapar plak teringat nasi gudeg ni… demm!!!).
Lepas makan, kami lepak di luar rumah sambil bersantai mengambil angin dan makan buah limau. Ada pulak sessi pemberian cenderahati oleh Puthut, Sekar dan Rico. Terharu plak aku. Hebat sungguh mereka ni meraikan tetamu. Selesai semuanya, kami terus ke aktiviti terakhir untuk malam ni iaitu berkaraoke.
Sessi Karaoke
Jangan ditanya di mana lokasinya kerana aku memang tak tahu. Tapi biliknya cukup luas dengan sound system yang superb. Seperti biasa lah, Lokman yang terkenal dengan vokal emasnya sangat ditunggu-tunggu. Sedap okay suara dia! Yang lain pun turut nyanyi sama dengan vokal yang tak kurang hebatnya. Puthut siap nyanyi lagu Cindai Siti Nurhaliza. Aku? Hahaha… aku seperti biasa lah. Pi bantai lagu Hetty Koes Endang ~ Demi Cinta Ni Ye.. Layankan aje.. Dan tak lupa lagu Hindi filem Kuch Kuch Hota Hai ya. Memula nak gak nyanyi lagu Jawa: Rek Ayo Rek.. tapi yang keluar ntah video makcik Jawa mana ntah… terus aku cancel. Overall, malam tu we had lottttsssss of fun!!!!
Day 6: Pulang ke Malaysia
Flight aku ke Kuala Lumpur yang telah di-reschedule ni adalah pada pagi hari, yang lain semua sama je waktunya pada sebelah petang. Maka terpaksalah aku bergerak awal ke airport. Alhamdulillah sampai tepat pada waktunya. Takde jem langsung. Tapi yang lahanatnya ialah apabila luggage aku terlebih berat! Masa aku beli tiket dulu tak bajet pun nak shopping. So aku biarkan aje 15 kg tu. Tup tup bila timbang.. 20 kilo lebih. Lebih 5 kilo okay.. Satu kilo kena charge 150000rp.. so bermakna aku kena bayar 750000rp iaitu bersamaan dengan RM200 lebih!!!!! Tensennyerrrrr!!!! Nasib baiklah aku boleh withdraw guna Maybank ATM Card kat local ATM sini (aku dah activatekan oversea withdrawal siap-siap in case of emergency). Memula tu cuak gak. Takut takleh guna. So terpaksalah aku dengan berat hati membayar lebihan luggage tu.. Stress pakcik!!! So lenkali kalau nak travel, beli je baggage yang lebih.. u never know.. tetiba ko nak tershopping plak kan?
Anyway, thanks to teman-teman Yogya terutamanya Puthut, Sekar dan Rico yang memberi layanan yang cukup hebat sepanjang berada di sana. Tak lupa juga teman-teman yang lain yang cukup mesra. Alhamdulillah ukhuwahnya masih berkekalan sehingga sekarang. Insyallah ada rezeki aku akan ke sana lagi. Terlalu banyak tempat-tempat menarik di Yogya yang masih belum dilawati. Malaysia- Indonesia… kita serumpun! =)
you missed bebek goreng. hehe
tu la pasal.. padahal dah lalu dah area tugu tu.. kena pi lagi nih! hehee