Sharing is caring

Hello guys! Hari Rabu yang lepas merupakan Hari Wesak. So, memandangkan ia hari cuti umum di Selangor, aku plan untuk morning walk dengan member Cyberjaya aku, Barak, di lokasi yang sama pada last week iaitu Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Ikutkan dia nak join last week, tapi sebab familinya datang bertandang, so aku just pi sorang je. Mula-mula macam tak jadi nak pergi juga sebab Cyberjaya hujan sejak subuh tu. Masa aku keluar rumah pun, cuaca masih hujan renyai. Tapi aku keluar la juga sebab kalau sambung tidur ni, rasa macam rugi masa je. 

Dan disebabkan cuaca masih hujan, aku ajak dia pi breakfast dulu di Food Court Presint 9. Teman dia je la sebab aku puasa hari putih. Alhamdulillah selesai dia breakfast, hujan pun reda. So, dapatlah kami meneruskan aktiviti morning walk di Taman Saujana Hijau tu. Actually, officemate aku pun plan picnic kat sini, tapi disebabkan hujan, dia sambung tarik selimut kat rumah. Hahaha..

So, sampai sini langitnya mendung je. So, view agak kurang menarik berbanding masa aku pergi pada hari Sabtu lepas. Tapi kira okay la tu tak hujan. Pengunjung pun ramai dan ada juga yang breakfast picnic di sini. Member aku ni pun first time sampai ke sini, so dia macam teruja sikit dengan view kat Taman Saujana Hijau ni.

Kami buat 1 loop je, so dapatlah dalam 3 km lebih. Habis morning walk ni, aku ajak dia join aku berkayak di Pusat Rekreasi Air Putrajaya berhampiran dengan Wetland tu. Last week pun aku dah pi dengan Shezz dan anaknya, Daris. Tapi kami main paddleboat je. This time aku nak try berkayak pulak. Selalunya aku berkayak di Sisiran Floria di bawah Jambatan Seri Saujana tu. Kali ni, tukar angin sikit.

Sampai di sini, pengunjung dah agak ramai tengah mengisi borang. Katanya ada group student ASWARA. Orang awam pun ada juga yang bawa famili. Aku memilih kayak untuk 2 orang yang berharga RM20 (harga hari minggu dan cuti am). Kalau hari biasa RM15 je. Masa yang diberikan ialah 1 jam. Selesai isi form, staff brief apa yang perlu, tapi bila time aku dia skip je sebab dah pernah berkayak. Cuma dia beritahu kawasan larangan yang tak boleh pergi di sekitar tasik ni.

Frankly, aku lebih suka pengalaman berkayak dengan sini sebabnya lebih banyak pemandangan hijau dengan pulau-pulau kecil di sekitar tasik. Di Sisiran Floria tu pun okay just cuma di sini aku rasa slightly better. Tenang je. Kami berkayak mendekati pulau-pulau kecil tu bila nak berlindung dari hujan renyai. Boleh je nak berkayak menghampiri pulau-pulau ni cuma korang tak dibenarkan masuk ke dalamnya.

Selain berkayak, kat sini juga korang boleh naik paddleboat (boleh muat 4+1 pax), paddle board (yang berdiri tu), memancing, berkelah, berbasikal dan lain-lain lagi. Untuk senarai aktiviti dan harga, korang boleh rujuk website di bawah:

📍 https://lakerecreationcenter.com/

Aku sempat berborak dengan salah seorang staff (atau pengurus di sini, aku tak sure), katanya akan datang ada aktiviti yang lebih menarik di sekitar ini yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Ia terletak berhampiran dengan Glamping di Wetland tu. So, korang tunggu je la pembukaannya nanti. Tungguuuuu!!!

So, selesai berkayak, kami pulang ke rumah untuk mandi dan rehat. Sebab sebelah petangnya lepas Asar kami ada aktiviti yang lain pula. Hahaha.. memang bebetul memanfaatkan cuti la kaedahnya.

Dan, lepas Asar tu, member office aku, Jay parking kereta dia kat rumah aku, and then kami fetch Barak pula di rumahnya untuk ke Pusat Rekreasi Air Putrajaya lagi sekali. Asalnya nak beraktiviti di Tasik Cyberjaya je. Tapi sebab aku rasa di pusat rekreasi tu lebih menarik suasananya, maka aku terus drive ke sana.

Sampai-sampai je parking dah agak penuh, tapi syukur ada kereta yang keluar. So, kami memilih untuk lepak di shelter betul-betul di tepi tasik. Harga sewa shelter ni RM10 untuk sehari. Senang je nak book. Buat payment guna QR code, and then hantar resit pembayaran melalui Whatsapp (QR code disediakan). Beberapa minit lepas tu, staff datang pasangkan payung. Settle! Depan kitorang pula ada group bro-bro tengah memancing. Diorang pula buka lagu-lagu oldskool, sambil beraktiviti aku dengan Jay ikut nyanyi sama. Barak of course la blur sebab timeline tak sama. Hahaha…

Oh, by the way, belakang shelter kami ada sekumpulan wanita Arab berpiknik. Depa dah ada sebelum aku dengan Barak berkayak lagi. Ramai juga, dekat berbelas orang. Dari tua sampai ke muda. Sambil nyanyi depa dok ber”zaghareet” (buat bunyi “olololo” yang bergulung lidah tu). Aku cakap ngan Jay, kalau aku ni jenis hilang akal, maybe aku dah join depa menyanyi! Nasib baiklah seketul Omar ni masih waras dan pemalu. Hehehe.

Anyway, aktiviti kami petang tu ialah MAIN CLAY! Hahahaha.. Ini semua Barak punya idea. Bersemangat gila dia beli kat TikTok. Sorang satu pack. Tapi seriously, menarik sebenarnya aktiviti ni. Santai-santai sambil berborak dan gelak. Clay ni tak macam tanah liat zaman aku sekolah dulu yang menyebabkan tangan rasa macam berminyak tu. Teksturnya lain sikit. So, Barak tunjukkan contoh inspo dalam Tiktok tu, apa benda yang nak dibuat dan kami buat our own version. Macam-macam rupa ada. Sepanjang sejam lebih buat tu, dapatlah siapkan 4 model iaitu itik, sotong, katak dan cendawan. Kalau banyak masa, mungkin boleh buat lebih. Baki clay pun ada banyak lagi. Dan je azan Maghrib, aku berbuka dulu dengan biskut dan air Ovaltine sebelum pergi cari proper meal.

Sebelum pergi makan malam, kami singgah di Masjid Putrajaya untuk menunaikan solat maghrib. Dan selesai solat, aku bawa diorang ke Food Court Presint 8. Medan selera ni merupakan tempat makan aku masa belajar di MMU dulu kalau bosan makan di kampus. That was like 22-23 years ago! Lama gila kan? Aku pun tak ingat bila last time aku ke sini. Mungkin last masa belajar dulu.

So, kat sini, aku dok cari menu yang selalu aku makan dulu iaitu chicken chop dan mango blended. Masih ada ya! Tapi aku tak sure la the same owner atau pun tak. Tapi yang pasti, rasanya masih sama macam dulu. Jay dengan Barak pun makan menu yang sama. Alhamdulillah kenyang walaupun masa awal makan tu aku rasa macam cukup ke ni??? Hehehe.

Jadi, tu je la aktiviti kami masa cuti Hari Wesak yang lalu. Thanks sudi singgah dan bazirkan masa korang membaca blog aku ni. Jumpa lain kali. Adios!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.