Hello, semua! Hujung minggu ni aku ke Taman Saujana Hijau di Presint 11, Putrajaya untuk aktiviti morning walk aku. Di entrance taman ni pun dah dibina boardwalk yang melalui pokok-pokok rhu di situ. Nampak sangat dah agak lama juga aku tak ke sini. Keseluruhan taman ni memang sangat cantik bagi aku. Mungkin antara yang tercantik di Putrajaya. Ada sesetengah kawasan di sini kalau korang pandai ambil angle gambar, nampak sipi-sipi macam di luar negara. Aku buat 2 pusingan di sini sebab nak cukupkan 10 km. Okay la kan.. jalan slow-slow sambil menikmati pemandangan.
Selesai mengeluarkan peluh kat sini, aku breakfast di Cyberjaya Farmers’ Market di RekaScape, Cyberjaya. Ni pun dah lama aku tak pergi. Breakfast dengan member aku, Shezz. Makhluk ni pun dah lama aku tak jumpa walaupun duduk di Cyberjaya.
Borak punya borak, aku ajak Shezz pergi main kayak pada sebelah petangnya. Nak pergi time-time tengahari ni, mau rentung kulit kau. Mula-mula ingat nak pergi tempat biasa di Sisiran Floria bawah Jambatan Seri Saujana tu. And then teringat yang aku nak naik paddle boat di Wetland. Maka, ke Pusat Rekreasi Air di Wetland la kami pada petang tu.
Harga kayak di sini ialah RM15 untuk 1 jam. Paddle boat pula RM30 maksimum 4+1 orang, selama 30 minit. Harga weekend dengan weekdays sedikit berbeza. So, yang ni harga weekend lah.
Best beriadah kat sini. Kalau korang datang, better around 6.00 petang macam tu. Lebih redup. Tapi bila lewat petang ni, makin bertambahlah pengunjungnya. Aktiviti kat sini pun banyak. Korang boleh memancing, sewa basikal, berkelah dan sebagainya. Sesuai untuk bawa family korang beriadah di hujung minggu. Macam aku bawak “isteri” dan “anak” aku ni! Tergelak aku bila adik manis yang jaga tu kata “nanti abang tulis nama isteri dan anak abang di belakang..” Hahahaha… Anyway, kafe menjual makanan dan minuman pun ada.
Oh, by the way, 17 Mei hari tu ialah hari ulangtahun Cyberjaya yang ke-27. Cyberjaya dibuka pada 17 Mei 1997. Semoga Cyberjaya terus maju dan bertambah baik hari demi hari. Biarlah orang nak cakap bandar ni “Silicon Valley” yang gagal bla bla bla. Tapi personally, aku suka gila dapat tinggal di sini dan menjadi sebahagian daripada warganya. Orang kata “love at first sight” sejak 2001, masa first time aku masuk MMU. Cuma masalah-masalah jalan, lampu dan lain-lain yang berlarutan tu, aku harap pihak MP Sepang dan agensi yang lain dapat tanganinya dengan segera dan lebih berkesan. Di bawah ni aku share thread aku sebagai warga Cyberjaya sejak 2001.
So, itulah aktiviti aku pada minggu ni. Dan seperti biasa, aku sertakan lokasi Taman Saujana Hijau dan Pusat Rekreasi Air Wetland untuk rujukan korang.
Jumpa lagi dalam next post, Insyallah.
Leave a Comment