Sharing is caring

Pada minggu yang lepas, aku menghabiskan masa hujung minggu dengan baik sekali.. bak kata omputih… weekend well spent!

Jadi, paginya aku memulakan aktiviti morning di sekitar Cyberjaya Lakeside dan Tasik Putrajaya. Last aku ke sini pada Disember 2023 yang lepas. Yelah, sejak taman rekreasi Lakefront berhampiran dengan rumah aku dah dibuka. Aku selalu walk kat situ je. Tapi sebenarnya, aku pun dah lama tak morning walk sebab mood tengah malas! Hahaha.

Anyway, selesai morning walk, aku breakfast di Medan Selera Precint 9 Putrajaya. Kalau di sini, aku mesti akan pilih gerai Selera Johor. So, kalau korang Johorean atau yang teringin nak makan masakan Johor, boleh pergi sini. Macam-macam menu disediakan antaranya laksa Johor, mee rebus, lontong kering, nasi ambeng, soto dan pelbagai lagi.

Selesai breakfast, aku sambung lagi aktiviti ke Wetland Studios Putrajaya. Ini merupakan kali ketiga aku ke sini. Pertama pergi dengan family adik aku. Then second tu pergi dengan Shezz dan anak-anak Fatin. Dua-dua trip ni aku tak ambil video sangat sebab dok melayan kerenah budak-budak. So, kali ni aku memang purposely pergi nak record video. Bagusnya, time aku pergi ni tak ramai orang, so takde la bersesak-sesak macam pi masa cuti sekolah hari tu. Dapatlah record serba sedikit untuk share dengan korang.

📍Wetland Studios Putrajaya

Untuk pengetahuan korang, Wetland Studios ni telah dibangunkan oleh KRU Studios dengan kerjasama syarikat lain dan hasilnya pada aku jauh lebih baik berbanding dengan display sebelum. Dulu pamerannya sangat sendu. Sekarang ni, pamerannya dimeriahkan dengan pelbagai elemen interaktif, kesan visual dan sebagainya dan menjadikan pembelajaran di sini lebih menarik terutamanya untuk kanak-kanak.

Pameran di sini mempunyai 3 kategori utama iaitu Dinosaur Encounter, Deep Sea Treasures dan The Great Migration. Banyak info yang boleh diperolehi di sini. Cuma, bagi aku ruang pamerannya agak kecil. Yelah, bangunan asalnya pun memang cuma 3 tingkat je. Tapi apapun, ia menarik untuk dikunjungi seisi keluarga.

Harga tiketnya pula RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Okay la kot… tapi kalau lagi murah lagi bagus! Hahaha. Cuma aku tak puasa hati harga gambar kat photostation yang mereka ambil tu berharga RM 55 untuk satu frame. Mahal gilerrr!!! Kalau murah, sure ramai yang consider untuk beli. Ni rugi je.. dok print, tapi tak semua nak beli. Membazir…

Anyway, habis merayap kat Wetland Studios ni, aku tak rasa nak balik rumah dulu sebabnya aku rasa macam tak puas “bercuti”. Tambahan pula, tahun ni masa raya kami sekeluarga tak staycation atau berjalan ke mana-mana. Jadi sudahnya, aku heret member aku ke Bagan Lalang just untuk lepak seketika. Dapat minum air kelapa dalam cuaca panas ni pun dah best kan?

Nak ke sana, aku guna Google Maps. Tapi disebabkan aku tak perasan dia bawa ke mana, aku main ikut je sehinggalah dia bawa melalui jalan ladang sawit yang penuh dengan lubang!!! Ya Rabbi.. rasa nak tercabut absorber kereta aku yang dah sedia uzur tu. Tapi Alhamdulillah, sampai juga dan bagusnya.. tak ramai langsung orang. Semua tengah dalam mood berhari raya dengan open house segala bagai. So, lepaklah setika sampai minum air kelapa dan makan keropok. On the way balik tu, aku singgah membeli buah naga. Kawasan Sungai Pelek ni memang terkenal dengan penghasilan buah naga. Harganya pun agak murah berbanding yang dijual di Jaya Grocer tu.

Sampai di rumah, Sham dan wife dah sedia menunggu di parking kereta aku sebab depa nak beraya kat rumah aku. Lambat sikit aku sampai sebab jem gila kat area Kota Warisan tu. No wonder officemate aku selalu komplen jalan jem teruk kat sini. Aku takde apa nak menjamu depa sebab aku pun memang tak beli langsung kuih raya. Nasib baik ada kek buah dan coklat yang Umi dan kawan aku bagi. Sham pula tak pernah miss bawakan aku lemang. Memang tiap tahun kalau dia datang beraya, dia akan bawa lemang sebab dia tahu tu favorite aku.

Next, kami bertiga pi beraya rumah Fatin yang tak jauh dari rumah aku. Fatin buat mini gathering untuk our group je. Lagipun nak celebrate sekali birthday kawan kami, Eleena dan Eika yang dah belated tu. Alhamdulillah dapat kumpul bersama sebab kami jarang dapat nak kumpul ramai-ramai ni disebabkan masing-masing ada komitmen. Thanks Fatin sebab susah payah masakkan kuew tiau goreng yang sedap tu. Siap tapaukan kami lagi. Insyallah ada rezeki nanti boleh la berkumpul lagi macam ni.

So guys.. that’s all la coretan aku untuk minggu ni. Selamat sambung beraya lagi buat korang semua. Jumpa lagi. See ya!!!

p/s: Bawah ni aku share lokasi Wetland Studios Putrajaya untuk rujukan korang.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.