Sharing is caring

Assalamualaikum semua. How’s your Aidiladha celebration? Aku balik la JB kejap hari tu, but then memang takde buat apa lah. Dok makan tido makan tido je kerjanya.

Anyway, hari ni aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman aku dan Erol bercuti ke Hong Kong pada dua minggu yang lepas iaitu pada 22 hingga 26 September 2014. Actually, trip ni aku plan sempena birthday aku pada tahun ni, walaupun terawal sedikit. Sebelum tu, usha juga ke tempat lain seperti Hangzhou, China and some other places. Tapi ternyata Hong Kong yang paling berkenan di hati.

Ticket & Hong Kong Entry

Dari segi harga tiket pula, kami beli 3 bulan awal iaitu pada bulan Jun. Masa tu AirAsia ada buat promotion. So, harga return ticket bersekali dengan hotel selama 5 hari 4 malam berjumlah RM800 lebih seorang. Kemudian tambah baggage, insurance dan pilih seat jadilah dalam RM1037.50 seorang. Kira okay lah tu kan? Dan bagi yang tak tahu lagi, untuk masuk ke Hong Kong dan Macau, tidak memerlukan Visa.

The Weather

Masa kami pergi hari tu Hong Kong adalah pada penghujung summer (peralihan summer ke autumn). Still panas dan humidity agak tinggi. Boleh dikatakan tak selesa jugaklah sebab aku berpeluh dan rasa melekit. But then, bersyukur sangat-sangat pergi masa ni sebab keadaan cuaca elok walaupun ada sedikit berjerebu especially masa kami ke Ngong Ping Cable Car. Hujan renyai yang sekejap hanya turun semasa pagi last day kami nak balik KL. Berbanding dengan member aku yang pegi a week before, dengan hujan dan thyphoon warning bagai, rasanya tarikh yang aku pilih ni memang tepat (walaupun 5 hari cuti tanpa gaji! huwaaaaaaa…). Apatah lagi, selepas dari tarikh balik tu, Hong Kong kecoh dengan demonstrasi bagai tu. Syukurlah aku dah balik masa tu. Anyway, if ada rezeki nak datang sini lagi, aku akan pilih untuk pergi masa musim autumn ataupun winter. Selesa sikit nak berjalan. But bear in mind, Oktober-December dan late Januari-early February (Chinese New Year) adalah antara peak season di Hong Kong.

Accommodation

Ashoka Hotel (Chungking Mansions, Tsim Sha Tsui, Kowloon)

Perkara pertama yang harus diingat apabila nak travel ke Hong Kong, harga hotel di sini adalah sangat mahal! Ini disebabkan oleh harga hartanah di sini yang tinggi. So, bila nak ke sini, aku memang pilih antara yang paling murah. Murah pun takde la murah sangat. Convert tu Ringgit Malaysia lebih kurang RM160 juga semalam untuk standard double room. Lagipun bilik just untuk tidur je kan. The whole day kita akan berjalan, so for me buat apa nak membazir tak tentu pasal.

Chungking Mansions just in front of MTR Tsim Sha Tsui Exit E

Okay, mari aku bercerita sedikit tentang Ashoka Hotel ni. First of all, ia sangatlah tidak sesuai untuk golongan diva kelas atasan yang cerewet dengan persekitaran dan sebagainya, atau jenis nak semua benda high class je. So kalau korang spesis macam ni, stay away from this Chungking Mansions dan cari hotel lain! Sebelum aku pilih hotel ni aku baca juga online review. Ada yang kata okay but ramai yang complaint this and that. But bagi aku, dah nama pun bajet hotel, so tak boleh nak expect banyak sangat dengan hotel camni kan? Ashoka Hotel terletak di dalam bangunan Chungking Mansions, sebuah bangunan yang menempatkan banyak hotel/hostel bajet di Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon. Nak kenal Chungking Mansions ni senang je. Di stesen MTR Tsim Sha Tsui, keluar Exit E, depan tu korang akan nampak satu building dengan electronic billboard sebesar alam di hadapannya. That’s the one. Terletak di Blok A Tingkat 13, tapi kami diletakkan di Tingkat 15 di Ashoka-Delta Hotel. Company yang sama. Untuk memudahkan korang faham pasal hotel ni, aku buat listkan je pro and cons nya:

Pro:

  1. Bilik hotel walaupun kecil tetapi berkeadaan baik dengan bilik air yang bersih, water heater yang berfungsi  dengan air yang laju. Aircond pun sejuk giler. Ada kemudahan hair dryer dan TV serta wifi (tapi aku tak guna pun.. cam slow sikit).
  2. Staff okay dan peramah. Ada yang complaint kata staffnya rude bla bla bla. But luckily aku tak experience that. They were helpful and friendly.
  3. Location wise.. memang terbaik. Terletak di dalam kawasan komersil Tsim Sha Tsui, di kelilingi dengan pelbagai kedai-kedai, pusat membeli-belah serta tourist attractions. Pendek kata, kawasan ini sentiasa sibuk dan banyak tempat menarik within walking distance.
  4. Berhadapan dengan stesen MTR Tsim Sha Tsui. Jadi, amatlah mudah untuk kita bergerak ke mana-mana jika menggunakan public transportation jenis ni. Dan jika kita hendak menggunakan feri menyeberang pulau atau ke Macau, terminalnya hanya kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.
  5. Kurang 10 minit berjalan kaki untuk ke Avenue of Stars, lokasi tumpuan pelancong ala-ala Hollywood Walk of Fame. Di sini juga kita boleh melihat Symphony of Lights show yang diadakan pada setiap hari bermula jam 8.00 malam.
  6. Kowloon Mosque and Islamic Centre terletak berdekatan dengan hotel ni, lebih kurang 5 minutes walk.
  7. Makanan halal senang didapati kerana ramai Muslim warga Arab, Pakistan dan India berniaga di sini.
  8. Keselamatan terjamin sebab di luar ground floor lift ada orang yang menjaga orang keluar masuk dan di dalam lift sendiri ada CCTV. So, those yang beratur kat ground floor nak tunggu lift, boleh la melihat aksi-aksi orang kat dalam lift tu. Jadi, jangan la korang berangan nak beromen bagai atau buat aksi pelik-pelik ya. Nanti menjadi tontonan masyarakat pula. Selain kat dalam lift, kat hotel ni pun banyak CCTV. Nak masuk bilik pun guna access card. So, in term of security, should be okay.

Cons:

  1. Bilik memang sempit gile. Bila aku cakap sempit tu.. memang sempit gile ya! Double room aku pun hanya muat untuk satu double bed yang di bawahnya kosong untuk meletak barang dengan sedikit ruang lebih kurang 2 kaki di hadapan pintu toilet. Kesempitannya umpama kalau aku nak keluarkan barang dari beg di bawah katil, yang sorang lagi kena duduk diam-diam atas katil tu dulu. Toilet pun begitu, jangan berangan ko boleh menari bagai dalam tu. Tapi yang penting, toiletnya bersih dengan tiles yang baru (aku rasa derang baru lepas refurbish ni).
  2. Katil double bed yang ngam-ngam untuk 2 orang tanpa pergerakan liar. Bagi yang tidur ganas pusing ke kiri ke kanan tu, hati-hati.. bimbang terjatuh ke lantai. Bantal pun sorang satu dengan satu selimut ala-ala kain langsir yang dikongsi berdua.
  3. Usah diharap room with a view. Paling koman pun, ko akan dapat satu tingkap dengan view building sebelah dengan tingkap-tingkap yang sama. Kot la yang stay opposite tu tengah beromen tak tutup tingkap.. dapatlah korang tengok free show. Tapi in my case.. takde pun. Hahaha.
  4. Kawasan Tsim Sha Tsui ni menjadi tumpuan warga luar terutamanya Indian, Pakistani, Arab dan African. So memang ramai la puak-puak ni kat sini. Dan di hadapan Chungking Mansions ni pun ramai di antara mereka yang bersidai untuk menawarkan bilik hostel masing-masing selain daripada jam tangan, leather products dan segala macam mak nenek. Tapi tak perlu risau kerana mereka ni bukan ganggu pun. If korang menolak, derang tak paksa dan blah terus. Cuma, mungkin kalau kaum wanita tu risau sikit la kot but bagi aku personally takde apa pun. Kalau nak dibandingkan dengan di KL, lebih kurang suasananya macam kat depan Puduraya atau Petaling Street la kot.

So, bagi siapa yang berminat nak stay kat sini, ni alamatnya:

A-4, Block A, 13th Floor, Chungking Mansions, 36-44 Nathan Road, TST, Kowloon
Atau terus ke Tingkat 15 (Ashoka-Delta Hotel).
Direction: Keluar MTR Tsim Sha Tsui Exit E, across the road ada building with big electronic billboard. That’s Chungking Mansions. Then from the entrance, up ahead, on your left ada 2 lift Block A. So ambil lift berhenti di level yang berkenaan.

*But if korang kaya and willing to spend more, Holiday Inn ada je kat sebelah tu. 😀

Chicken Beriyani at Ziafat Restaurant, Harilela Mansion, Nathan Rd.

Makanan halal

Sebenarnya tak susah pun nak dapat makanan halal di Hong Kong. Antara tempat makanan halal yang aku singgah hari tu adalah:

  • Popeyes Restaurant – terletak di Level 7, Departures-Check in Hall, Terminal 1, Hong Kong International Airport. Menu yang disediakan ala-ala KFC; ada set ayam goreng, burger dan sebagainya.
  • Ziafat Restaurant – 6th Floor, Harilela Mansion, 81 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon. Keluar dari Exit E, MRT Tsim Sha Tsui, if Chungking Mansions di hadapan korang, pergi ke arah kiri di deretan kedai tu, ada signage Ziafat bersebelahan dengan Emperor. Masuk dalam, the lift on your right di hadapan meja guard. Restoran ni menyediakan makanan Arab, Indian dan Pakistani. And the waitresses are Indonesian and very friendly.
  • Chungking Mansions – di dalam bangunan ni sendiri terdapat beberapa kedai makan kecil milik warga India Muslim/Arab yang menyediakan masakan India/Arab seperti roti nan, nasi beriani dan lain-lain. And this one kedai berdekatan dengan lift Blok A tu, kari ayam dia sedap! Hehe.
  • Tahitian Terrace, Disneyland – terletak di kawasan Adventureland, restoran ini menyediakan masakan Asia yang disahkan halal. Nasi lemak pun ada dijual kat sini.
  • Jo Jo’s Kebab Pizza Curry, Star Ferry Pier – café halal menghidangkan menu seperti nasi beriani, pizza, spaghetti dan lain-lain. Terletak berdekatan dengan restoran Subway. Opposite tandas! Hahaha.

Pendek kata, nak dapat makanan ala India/Arab memang tak susah mana. Tapi kalau korang nak try makanan Chinese yang halal seperti dimsum, boleh try di Islamic Canteen Masjid Ammar & Osman Ramju di Hong Kong Island. But, sadly aku tak dan nak ke sana sebab kesuntukkan masa. Tambahan pula, dimsum hanya disediakan pada jam 12.00 tengahari sampai 2.00 petang je. Oh, lupa nak bagitau. Di Ladies Market pun ada terdapat kedai makan halal but pada pengamatan aku, this one Miss India Restaurant Halal Food ni, aku abit was-was (walaupun dah termakan kat sini). Bukannya apa, kat sini memang tak disediakan encik porky. Semuanya Indian food, dengan pilihan beef, lamb, seafood atau ayam. But aku tengok pengusahanya macam bukan Muslim je.. wallahu’alam, mungkin aku silap. So sedikit ragu dengan status halal daging-daging di situ. So, aku nasihatkan if korang nak makan kat sini, just take the vegetarian atau roti ataupun cari je kedai makan lain kat area sini yang diusahakan oleh orang Islam. Boleh makan tanpa was-was. **no offence to my non-Muslim friends! =)

Tips: Memandangkan makanan kat Hong Kong ni agak mahal, so better korang bawa bekalan dari Malaysia like tuna, roti, etc. At least, kalau breakfast kat bilik pun dah kira okay. Harga makanan yang kami bayar lebih kurang camni: breakfast –  roti nan + kari ayam + teh (lebih kurang RM18.00 seorang) dan nasi beriani ayam (lebih kurang RM30.00 seorang). In my case, aku tak sempat pun nak membeli stok makanan masa kat KL hari tu. Secara puratanya, kalau ko makan 3 kali sehari kat luar, perbelanjaannya sekitar RM100.00 sehari, termasuklah kalau ko singgah beli air kat 7-11 lah.. Starbuck lah dan lain-lain.

Internet & data plan

Kali ni travel first time aku tak roaming. Masih trauma sebab hari tu masa pergi USS Singapore, aku tersilap pilih network provider atas kelalaian sendiri. Tak sampai sehari aku kat sana bill aku mencanak RM600!!! Sharmoooootah!!! So, this time around, when I was in Hong Kong that day, aku beli tourist simcard dengan pakej 5GB data for 8 days with unlimited local voice call dengan harga HK188 (lebih kurang RM80 satu). Lebih murah daripada aku roaming satu hari RM38. Kalau 5 hari mau kena bayar RM190.  Banyak kot 5GB tu, tak habis pun guna kalau setakat nak update kat Instagram dan Twitter dengan niat nak bagi panas hati kengkawan ko kat Malaysia yang tengah gigih bekerja. So, kalau korang nak beli simcard ni, boleh beli siap-siap di kedai 1010, Arrivals Hall, Level 5, Terminal 1 HK Airport. Internet sangat-sangat diperlukan apabila travel ke Hong Kong ni sebab nak guna Google Map atau aplikasi MTR untuk tengok route dan sebagainya.

Aplikasi MTR ini sangat membantu untuk mengetahui route ke satu-satu destinasi.

Selain Google Map, antara aplikasi yang aku suggest korang guna adalah:

  1. MTR App – aplikasi untuk Hong Kong subway. Senang korang nak check nak naik-turun station mana, masa serta kos perjalanan.
  2. Discover Hong Kong AR – senang nak tengok tempat mana nak pergi and how to get there.

Boleh download kat Play Store (android) dan App Store (iPhone).

Octopus card.

Transportation & Octopus Card

Kalau di Seoul kita menggunakan T-Money, di Hong Kong pula kita menggunakan Octopus card. Lebih kurang macam Touch ‘N’ Go. Beli card ni siap-siap kat mana kedai serbaneka seperti 7-11 dengan harga HK$139 (card HK$39 + topup HK$100). Lebih kurang RM67.00. Sepanjang 5 hari kat sini, aku reload lagi sekali lagi dengan nilai HK$50. So, total aku spent untuk Octopus card ni adalah HK$209 (lebih kurang RM79.00). Selain guna untuk MTR, aku guna juga untuk membeli barang di kedai serbaneka. Nak guna untuk naik bas pun boleh. Balik sini pun still ada baki dalam HK$11.

Itinerary & entrance fee

Travel plan aku seperti biasa… sempoi dan flexible, bergantung pada mood serta cuaca. Boleh tukar-tukar ikut suka sebab malas nak rushing-rushing or beriya sangat. So, plannya seperti berikut:

  • Day 1: KL – Hong Kong, Avenue of Stars (Symphony of Lights show), Tsim Sha Tsui (free & easy)
  • Day 2: Disneyland (1 day)
  • Day 3: Hong Kong City Tour via Big Bus, Madame Tussauds Museum & The Peak, Ladies Market
  • Day 4: Ngong Ping 360 Cable Car, Kowloon City Tour & Ladies Market (free & easy)
  • Day 5: Tsim Sha Tsui, Hong Kong – KL
China Travel Service booth.

China Travel Service @Terminal 1

Untuk entrance fee ke Disneyland, Ngong Ping 360 Cable Car, The Peak and Madame Tussauds Museum, aku beli siap-siap di China Travel Service, Booth A03 di Arrivals Hall, Terminal 1 HK Airport. Ada yang harganya lebih murah sedikit berbanding dengan beli online atau kaunter. Berikut adalah harga yang aku bayar untuk seorang:

  • Disneyland (standard 1 day ticket) – HK$415 (lebih kurang RM175.00) – Disneyland website HK$450
  • Ngong Ping 360 Cable Car (standard cabin return ticket) – HK$150 (lebih kurang RM63.30)
  • The Peak Tram/Sky Terrace – HK$40 (lebih kurang RM16.00)
  • Madame Tussauds Museum – HK$239 (lebih kurang RM100.00)

The Big Bus Tour

The Big Bus Tour (TBBT) ni kami beli melalui staff mereka di hadapan Star Ferry Pier dengan harga HK$400 (lebih kurang RM168.80) seorang untuk Premium Tour package, valid for 24 hours. But dia upgrade kami ke Deluxe Tour package (harga asal HK$450) dengan unlimited bus access for 48 hours (2 days), 4 ferry tickets, free sampan ride at Aberdeen, free admission to HK Maritime Museum, entry pass untuk The Peak Tram dan discount coupons few restaurants. So, kalau korang nak beli package The Big Bus Tour ni, better tak payah beli tiket ke The Peak Tram kat CTS booth tu. Jangan jadi macam aku, terbeli extra. So, membazirlah sudah HK$80 (lebih kurang RM34.00). Bagusnya TBBT ni, korang boleh travel serata Hong Kong Island dan Kowloon, nak turun naik sesuka hati. Dengan syarat korang tahu routenya berdasarkan guide yang diberi, interval setiap bus serta first/last bus. Aku dengan Erol cuma sempat guna sehari je sebab the second day tu takdan nak naik. Ferry pun kami guna sekali untuk ke Hong Kong. Balik Kowloon naik MTR je. So, kalau korang beli package ni, make sure you got enouf time untuk fully utilize those 48 hours. Kalau tak rugi je sebab harganya agak mahal. Anyway, kalau korang nak beli package ni, boleh beli terus dengan staff mereka yang memakai t-shirt TBBT di hadapan Star Ferry Pier atau di beberapa lokasi di sekitar Tsim Sha Tsui, antaranya di perhentian bas di bangunan The Peninsular, bersebelahan dengan bangunan YMCA. Ada banyak package ditawarkan, so korang boleh pilih mana yang sesuai.

Okay, sekarang mari aku ceritakan pengalaman kami di Pearl of the Orient ni.

Di Avenue of Stars.

Day 1: Kuala Lumpur – Hongkong, Avenue of Stars & Tsim Sha Tsui Tour

Flight kami ke Hong Kong adalah pada jam 7.15 pagi dengan menaiki AirAsia. Thanks to Bai yang sanggup bersengkang mata menghantar kami ke KLIA2 di awal pagi walaupun hakikatnya pagi itu dia bekerja. Thanks la Bai. Cayang ko! Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. So, lebih kurang jam 11.15 pagi kami sampai di Hong Kong International Airport. Selesai urusan imigresen dan mengambil beg (serta mengepost sekeping gambar touch-down kat Instagram guna wifi airport dengan niat yang jahat), first sekali misi kami adalah membeli tourist simcard dan Octopus card. Gigih la memusing mencari kedai 1010 di Level 7 Terminal 1 berdasarkan this one blog. Rupanya kat Level 5. Hahaha. Exercise jap. Dah settle beli simcard, then pergi pula 7-11 untuk beli Octopus card untuk digunakan masa naik MTR nanti. Harganya aku dah terangkan tadi. So, lepas selesai beli card ni, perut pun dah lapaq gile, so terus naik ke Level 7 menuju ke restoran Popeyes. Kat sini aku dok bedal 2 ketul ayam goreng (kalau tak silap HK$65 = RM27.50) manakala Erol makan chicken burger (HK$65). Meal ni bersekali dengan kentang goreng dan carbonated drink.

Selesai lunch, kami ke China Travel Service untuk membeli tiket masuk ke Disneyland, The Peak, Ngong Ping Cable Car dan Madame Tussauds Museum. Memula mencari juga mana booth dia ni. Then Tanya customer service airport ni, terus dia bagi direction – Booth A03 Arrivals Hall, Terminal 1.

Then, tengok jam dah dekat pukul 2.00 petang. Just nice lah sebab dah boleh check-in hotel. So, kami beli tiket Airport Express untuk ke MTR Tsing Yi dengan harga HK$60 oneway seorang (RM25.30) yang mengambil masa selama 14 minit, Kemudian sampai di MTR Tsing Yi, kami tukar dan melalui beberapa station untuk sampai ke MTR Tsim Sha Tsui. Kat sinilah pentingnya app MTR yang download tu. Boleh refer route, anywhere anytime. Setelah hampir 40 minit, maka sampai di Tsim Sha Tsui. Keluar Exit E, terus ke Ashoka Hotel, penginapan kami yang terletak di dalam Chungking Mansions itu. Lepas check-in, bayar deposit HK$100 dan amik access card, terus masuk bilik yang sekangkang tikus itu untuk letak barang dan rehat kejap.

Avenue of Stars & Symphony of Lights show

Selepas rehat sejam lebih, mandi semua, sekitar jam 5.00 petang, kami berjalan kaki tak sampai 10 minit ke Avenue of Stars. Seperti sedia maklum, di Avenue of Stars ni sama seperti Hollywood Walk of Fame yang menempatkan puluhan plag tapak tangan selebriti dan bintang-bintang ternama Hong Kong antaranya Jackie Chan, Andy Lau dan lain-lain. Selain daripada ni, terdapat juga beberapa patung Bruce Lee, director dan cameraman dan sebagainya. Area Avenue of Stars ni boleh tahan luas juga. Jenuh nak berjalan dari hujung ke hujung. Sementara nak menunggu Symphony of Lights show ni start pada jam 8.00 malam, kami melepak di kawasan ni saja. Di kawasan ni juga terdapat Hong Kong Art Museum, Cultural Centre, Clock Tower dan bermacam-macam lagi.

Apabila hari semakin gelap, bilangan pengunjung di sini semakin ramai. Since kami dah melepak awal kat tempat duduk di bahagian atas di sini, so takdelah nak berebut-rebut nak mencari seat. Dan apabila tepat jam 8.00 malam, bermulalah light show ni. Pertunjukan berlangsung selama kira-kira 15 minit, dengan muzik dan lampu-lampu yang dipancarkan dari bangunan-bangunan yang terlibat di kawasan ni dan juga on the other side. Pendapat aku? Entah… biasa je kot. Nothing much pun but one thing for sure, better daripada light show di Marina Bay, Singapore tu.

Selesai show, kami berjalan kaki pulang sambil merayap di sekitar area TST ni. Kebetulan di hadapan Clock Tower ni terdapat hiasan lantern yang menarik. Sebelum pulang ke bilik, kami singgah di Ziafat Restaurant di Harilela Mansion, Nathan Road ni untuk dinner. Both of us makan chicken beriani yang berharga HK$70 sepinggan kalau tak silap (+RM30.00), tak termasuk air. So, korang boleh bayangkan betapa mahalnya kan makanan kat Hong Kong ni? Nasib baik portionnya boleh tahan banyak dan sedap. Kalau kongsi dua pun okay but masa ni kami tengah lapaq gile, so bedal je la. Habis makan, terus balik bilik sebab dah kepenatan.

Day 2: Hong Kong Disneyland

Here you leave today and enter the world of yesterday, tomorrow and fantasy…

Pada hari kedua di Hong Kong, kami pergi ke Disneyland dengan menaiki MTR. But before that, kami breakfast siap-siap kat small café dalam Chungking Mansion ni. Menunya, 2 keping roti nan dengan sepiring kari ayam, 2 keping karipap dan 2 teh panas yang berharga HK$90 (+RM38.00).

Perjalanan ke Disneyland dari Tsim Sha Tsui mengambil masa kira-kira 40 minit dengan 2 kali interchange iaitu di Lai King dan Sunny Bay. Kos perjalanan adalah HK$19. Uniknya apabila kita sampai di MTR Sunny Bay untuk mengambil train ke Disneyland Resort, kita dapat saksikan koc-koc train ke taman tema tersebut mempunyai tingkap berbentuk Mickey Mouse. Comel sangat! Dan interior di dalamnya juga bercirikan watak kartun Disney itu antaranya pemegang tangan dan lain-lain. Apabila sampai di MTR Disneyland, rekabentuk interiornya memang lain daripada yang lain. Dah boleh rasa dah yang korang akan masuk ke dunia fantasi.

Kami sampai di sini sekitar jam 12.00 tengahari. Dah start panas terik dah. Mati la berpeluh-peluh! Tapi masih sempat bergambar dulu di gerbang utamanya. Bila melalui security check, tak lepas sebab ada 2 keping karipap. So, kalau korang datang, make sure no outside food! Kami terpaksa habiskan karipap beli kat café tadi. Sayang nak buang. RM3.00 kot sekeping! Then, bila dah dapat masuk, benda first yang kami beli adalah headband. Hahahaha.. teringin nak pakai telinga Mickey Mouse tu. Lantaklah kan? Kat sini tak perlu malu nak menjadi budak-budak. Takde siapa kisah. Harga headband tersebut ialah HK$108 (+RM45.30) satu.

Aku malas nak cerita panjang apa aktiviti kami di dalam ni. Kalau korang datang sini, just amik free guide yang ada dan boleh plan dari mana korang nak start your tour. Di dalam ni terdapat beberapa tema iaitu Main Street USA, Toy Story Land, Mystic Point, Grizzly Gulch, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland. Memang luas.. so memang kena spend lama kat sini kalau korang nak visit semua attractions yang ada. Antara yang kami masuk ialah Jungle River Cruise di Adventureland, beberapa rides di Fantasyland, Mystic Manor Ride dan Mickey’s Philharmagic (yang ni masuk 2 kali sebab second time tu nak menyejukkan badan. Best 3-D magical adventure nih). Oh.. tak lupa Space Mountain di Tomorrowland. Best gak yang ni. Rasa macam menerokai angkasa lepas dengan menaiki high-speed roller coaster!

Selain daripada itu, korang pun boleh mengabadikan foto kenangan dengan watak-watak kartun Disney ni. Maskotnya ada di sekitar taman tema ni. Cuma antara korang larat nak queue atau tidak je la. Aku cuma sempat bergambar dengan Goofy, Belle (Beauty and the Beast) dan Minnie Mouse.

Sekitar jam 3.00 petang, kami singgah di Tahitian Terrace, Adventureland untuk lunch. As I mentioned earlier, ni satu-satunya tempat makan yang disahkan halal, yang menghidangkan masakan Asia termasuklah Nasi Lemak Malaysia. So, kami pilih menu ni. Set nasi lemak dengan ayam goreng berserta air ini berharga HK$93 (+RM39.00) satu set. Kedai menjual cenderamati memang banyak kat dalam ni. So, kalau korang nak shopping, sediakanlah duit berkepuk-kepuk ya.

Tahitian Terrace, Adventureland.

Kami berada di sini hampir 9 jam sebab nak melihat pertunjukan musical fireworks yang famous tu. Memang berbaloi menunggu. One word.. SPECTACULAR!!! So, kalau korang dah alang-alang sampai sini, tunggulah. Dijamin tak rugi menunggu. Pertunjukan bunga api tersebut dibuat di Sleeping Beauty Castle (ikon Disney yang famous tu) berlangsung selama kira-kira 15 minit. Tak berkelip mata melihat percikan bunga api yang sync dengan background music. Intro dia pun dah terkesima tengok, apabila penutupnya. Kalaulah nephews aku ada kat sini, mesti diorang suka.

Selesai show, kami terus pulang ke hotel. Tak larat nak berjalan dah sebab kaki dah barai bahana sehari suntuk berjalan kat Disneyland ni. Tunggu esok sahaja untuk ke City Tour dan The Peak.

Day 3: City Tour, The Peak, Madame Tussauds Museum & Ladies Market

Selepas light breakfast di dalam bilik, kami berjalan kaki menuju ke Star Ferry Pier untuk membeli tiket The Big Bus bagi tujuan city tour. Berpusing jugalah mencari boothnya, padahal boleh je beli dengan staff dia yang memakai t-shirt TBBT tu. Kami ambil package yang aku mentioned sebelum ni iaitu premium tour yang berharga HK$400 (lebih kurang RM168.80) seorang, but then dia upgrade ke deluxe tour.

Hong Kong City Tour via The Big Bus

The Big Bus Tour ni merangkumi 3 laluan iaitu Hong Kong Island Tour (red route), Kowloon Tour (blue route) dan Stanley & Aberdeen Tour (green route). So, kalau korang nak tour satu island ni, make sure korang refer pada guide yang dia beri dan tahu mana nak naik/turun serta waktu first/last bus.

Lepas beli, kami terus naik feri untuk ke Hong Kong Island kerana untuk Hong Kong Island Tour dan Aberdeen & Stanley Tour, kena naik di seberang.

Kami memilih untuk duduk di bahagian atas bus yang terbuka. Memula plannya nak ke Masjid Ammar untuk makan dimsum, but then da tersilap ambil green route, kami tak jadilah. Sepatutnya ambil red route. Lagipun dimsum kat situ serve dari jam 12.00 tengahari sampai 2.00 petang je.

Aberdeen, Stanley Bay & Stanley Market

Dengan green route ni, kami dibawa tour ke kawasan Aberdeen dan Stanley melalui Ocean Park Road. Bagi sesiapa yang nak pergi ke Ocean Park, boleh berhenti di sini. Tour ini juga melalui Repulse Bay dan Stanley Bay. Sekali imbas, area ni aku rasa macam kat Penang pun ada. Kami berhenti di Stanley Bay. Kat sini ada Stanley Market yang menjual pelbagai cenderahati, arts and crafts dan sebagainya. Lepak sekejap je kat sini sementara menunggu next bus sampai. Panas gile cuaca ya. Terbakar rasa muka.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Stanley Bay.

Sampan Ride at Aberdeen

Destinasi kami seterusnya ialah menaiki free sampan ride di Aberdeen. Kali ni pilih duduk kat dalam. Tak larat dengan kepanasan kat luar. Di kawasan ni actulally nothing much to see here. Ada la banyak kapal/perahu milik para nelayan kat sini. So, lebih kurang melihat kehidupan mereka secara ringkas la kot. Tapi one thing bau macam belacan memang kuat kat sini. Diorang buat kat sini kot.

Dan menariknya juga di sini, kita boleh saksikan bot-bot/kapal tradisional ni dengan berlatar-belakangkan bangunan pencakar langit (rumah-rumah flat) di sekitar Aberdeen. Oh. di sini juga terdapat sebuah Jumbo Floating Restaurant. Tengok gayanya sikit punya grand. Aku boleh bayangkan harga makanan kat dalam ni.

Selepas habis naik sampan ride, kami naik semula bus menuju ke Big Bus Centre yang bersebelahan dengan HK Maritime Museum untuk ambil red route bus ke The Peak pulak. Dan memandangkan bus dah terlepas dan kena tunggu next bus, maka kami pergi cari makan tengahari dulu. Dah pukul 4.15 petang pun. So, pergilah pusing-pusing area di situ and ternampak Subway. Rasanya kalau ambil vege sandwich okay kot. But, masa tengah tunggu nak order tu baru perasan yang staff dia dok guna sarung tangan yang sama untuk ambil bacon etc. Aku pandang Erol.. and Erol pandang aku. Hahahaha… Terus keluar untuk cari tempat makan lain. Nasib baik tak order lagi. Aku ni walaupun perangai cam hauk, tapi halal haram masuk dalam perut masih ambil kira lagi ya. Hehe.

Jalan punya jalan, actually belakang Subway ni ada small cafe yang menjual makanan halal. Jo Jo’s Kebab Pizza Curry, Star Ferry Pier. Erol nak order spagheti bolognaise tapi dah habis. So, kami berdua just order Chicken Beriani, walaupun kepala dah naik sebu bila tengok nasi beriani ni. But lapar punya pasal plus malas nak mencari lagi, kami bedal je. Harga sepinggan Chicken Beriani ni ialah HK$60 kalau tak silap (+RM25.00).

Selesai makan, kami kembali semula ke tempat menunggu bas tadi dan menaiki red route bus ke The Peak. Pun duduk kat dalam gak sebab tak larat dah nak menyedut debu. Bas berhenti betul-betul di Peak Tram station. Ramai sungguh umat manusia yang tengah queue. Nasib baik tak tunggu lama. Perjalanan dari station bawah ke station atas tak sampai 5 minit.

The venerable Peak Tram is, as most passengers agree, the only way to truly experience the beauty of Hong Kong’s natural wonders. Tens of millions of people from every corner of the globe have taken the ride, which affords a uniquely spectacular perspective of the city.

The Peak

The Peak atau nama sebenarnya, Victoria Peak, adalah sebuah gunung yang tertinggi di Hong Kong pada berdiri megah pada ketinggian 552 meter di atas paras laut. Sejarah awal tram di The Peak ini bermula pada tahun 1888. Ia merupakan sebuah funicular railway yang pertama di Asia. Tram di sini telah melalui beberapa evolusi semenjak zaman awal pembukaannya sehinggalah sekarang. Semua ini boleh dilihat di The Peak Tram Historical Gallery yang terdapat di sini.

Selain itu, di sini juga terdapat The Peak Tower yang mempunyai Sky Terrace yang membolehkan kita melihat keseluruhan bandaraya Hong Kong secara 360 darjah. The Peak Tower ini juga telah mengalami 2 kali perubahan semenjak kali pertama ia dibina pada 1971. Di dalam bangunan ini menempatkan Madame Tussauds Museum, kedai-kedai menjual cenderahati, restoran dan pelbagai lagi.

Sampai di atas ni, kami spent like half an hour bergambar, berjalan sambil menikmati pemandangan bandaraya Hong Kong dari puncak gunung ni. Nasib baik cuaca still elok dan tak berapa berjerebu. So, masih boleh la tengok keseluruhan bandaraya ni. Ikutkan kalau nak pulang menaiki TBB tu, kena turun dah sebab last busnya ialah jam 7.00 malam. But, kami nak spend lama sikit kat atas ni, so nanti nak balik ke Kowloon naik MTR je la.

Madame Tussauds Museum

Marie Tussaud was born as Marie Grosholtz in 1760 in Strasbourg, France. Her mother worked as a housekeeper for Dr. Philippe Curtius in Bern, Switzerland, who was a physician skilled in wax modelling. Curtius taught Tussaud the art of wax modelling.

Lepas dah puas round, kami ke Madame Tussauds Museum pulak. Layan je la kan patung-patung lilin yang ada ni. Bila orang cerita at least dah pernah experience. Selain tu, boleh la juga tahu tinggi sebenar celebrities yang ada kat sini. Selalu tengok dalam TV je. Erol la yang paling excited. Semua celebrities dia nak bergambar sama dengan macam-macam pose. Tak larat aku nak layan! Hahaha. Dekat sejam juga la kami kat dalam ni. Tak bergambar banyak pun sebab meluat tengok muka sendiri yang dah bam bam. Padan muka aku! Sebelum pergi malas nak diet kan.. merasalah! Hahaha.

Bab berposing serah je la kat dia ni.

After dah penat berposing sakan dengan patung-patung itu, kami melepak minum di Starbuck kat atas ni. Sebabnya kalau nak pulang sekarang, queuenya.. Ya Rabbi… punyalah panjang. So, lepak la dekat 40 minit dalam ni. Erol seperti biasa, aktiviti rutin dia kalau tak selfie, memang tak sah. Macam-macam gaya. Penyakit tul sorang ni. Lepas abis minum, kami keluar semula menuju ke spot untuk melihat view Hong Kong city di waktu malam. View memang terbaik! But kalau time tu cuaca tak berjerebu, sure lagi clear pemandangannya.

Dah puas hati snap gambar semua, sekitar jam 8.30 malam kami ambil tram turun ke bawah. Memandangkan TBBT dah takde malam ni, so kami berjalan kaki menuju ke MTR Central. Takde la jauh mana pun. And dari station ni, kami ambil train menuju ke MTR Mong Kok untuk ke Ladies Market.

Ladies Market

Ladies Market ni kiranya macam Petaling Street kat KL lah. Kalau korang nak beli souvenirs, better beli kat sini sebab murah dan boleh ditawar. But make sure bila dah bargain tu jangan tak beli plak. Nanti tak pasal-pasal kena maki. Ni yang aku baca kat blog la. But tempat yang aku beli souvenirs tu makcik tu friendly gile, gelak-gelak bagai. Takde la plak kena maki. Selain dari souvenirs, macam-macam khazanah dijual kat sini, mostly barang-barang wanita la. Beg tangan, baju, kasut dan lain-lain. Memang heaven la kan kalau pompuan pergi sini. Rambang biji mata.

Aku dengan Erol berpusing dalam ni dekat sejam lebih gak. Takde la beli apapun, just nak survey je dulu sebab esoknya memang plan nak datang lagi. After that, kami singgah di McDonald’s untuk dinner. Just grabbed 2 Fillet-O-Fish sebab dah tak larat nak mengadap nasi beriani lagi.

Malam ni, kami pulang ke hotel dengan berjalan kaki menyusuri Nathan Road ni. Jaraknya ke hotel takde la jauh mana. Lebih kurang 2 km lebih je. Dalam setengah jam juga la berjalan. Boleh tahan penat gak berjalan but yang complaint lebih Erol je la. Tak larat berjalan katanya. Hahaha. Aku yang tua ni nasib baik steady lagi. Actually boleh je nak naik train.. tapi bila lagi nak menikmati dan menyaksikan night life sekitar Kowloon ni kan. Masuk train apa yang nampak.

Jadi, demikianlah berakhirnya Hong Kong trip malam ketiga ni. Esok plannya ke Ngong Ping 360.  Bersambung di Part II. Kalau aku sambung kat sini nanti berjela-jela plak.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.