Jalan-Jalan Cari Makan… Penang

Yeayyy.. trip yang di-plan 2 minggu sebelumnya ni telah menjadi kenyataan gaks!!! Agenda utamanya tak lain dan tak bukan adalah sessi menjahamkan diet dan menambahkan lemak serta kolestrol. Dari start mula perjalanan, sampailah sebelum sampai rumah, makan je kerjanya.

Memula plan nak gerak awal like pukul 9 malam, tapi disebabkan ada hal lain nak dibereskan, maka kami bertujuh bergerak dari rumah Bai sekitar jam 11.00 malam dengan 2 kereta. First stop – R&R Sungai Buloh. Dok mengalas perut yang agak kelaparan. Aku just makan chicken burger je memandangkan tu je yang tinggal kat Burger King situ.

Berhenti mengisi perut di R&R Sungai Buloh
Si Kroll ni memang jenis tak reti diam kalau bergambar!

Lepas habis makan, kami teruskan perjalanan semula, tapi sampai Ipoh, turn aku plak drive. Bie agak keletihan. Alhamdulillah, selamat sampai di Chulia Heritage Hotel sekitar jam 4.30 pagi. Hotel ni terletak kat Lebuh Chulia. Within UNESCO World Heritage area dan dekat kalau nak ke NK Line Clear atau NK Beratur. Hotel ni kami dah pre-book awal masa 2 minggu sebelum trip. Ada promotion kat Agoda time tu. Quite cheap la. Lepas check-in bilik ingatkan boleh tido.. tapi tak sebenarnya. Sudahnya kami semua kecuali Bai dan Azz pergi merayap cari mamak untuk breakfast. Ingatkan Line Clear buka.. tapi dah tutup. So kami pergi ke another mamak yang sederet dengan LC tu. Lepas selesai membedal roti canai dan teh tarik, kami semua balik ke bilik. Rehat dan tidurlah..

Hotel yang sememangnya dah senyap sunyi masa kami sampai
Lobi hotel
Chulia Heritage Hotel, Lebuh Chulia, Penang
Me in front of the hotel

Keesokannya, kami gerak untuk lunch around 12.00 tengahari. Ini kes Azz almost pitam sebab diserang angin (tul ke bahasa aku??). Mana taknya, dah la malam sebelumnya makan sikit… pastu perut kosong pegi bantai asam.. menjadi la kan. Apapun syukur sebab dia dah okay. So, kami terus ke Nasi Kandar Line Clear yang terletak tak jauh dari hotel. Aku just ambil nasi separuh dengan kari kambing je. But kali ni rasa dia kureng sikit la banding ngan yang aku makan masa trip sebelum ni. Hermmmm…

Let’s Nasi Kandar!!
Ikan pun ada masalah…  >.<“
Nasi ngan kari kambing

Dah kenyang isi perut, kami pergi mencari jeruk yang terletak sederet dengan NK Line Clear ni. dekat ngan area Mydin/Balai Polis. Penang dan jeruk memang sinonim. Beli la sikit buat buah tangan member-member di KL. Aku bukannya pemakan asam jeruk sangat. Jeruk buah pala lagi la. Seketul dua je kalau makan.

Me and the girls
Jerukkksssss

Lepas beli jeruk, kami pergi ke 1st Avenue Mall mencari semata-mata mencari Chatime demi memenuhi selera si Azz. So lepak la situ sekejap. Ingat nak layan movie or karaoke tapi cam bosan la plak. Sudahnya, balik bilik.. berehat dan mandi-mandi dulu sebelum keluar semula. Panas kan.. so memang tak selesa la kalau nak jalan berlekit-lekit ni. Pukul 3 lebih kami keluar semula menuju ke Laksa Janggus yang terletak di Balik Pulau. Ini cadangan Ajie ngan Kroll. Kalau ikut map boleh lalu Air Hitam, tapi Ajie suggest pergi ikut Batu Feringghi sebab viewnya menarik sikit. So dari Batu Feringghi nak ke Balik Pulau tu lebih kurang 23km. Jalannya memang bengkang-bengkong dan mendaki bukit sampai si Kroll turun tepi jalan sebab nak termuntah. Tak macho langsung!!!! Hahahahaa… Lepas ke turun dari jalan bukit dan sampai ke bawah, kami mencari Jalan Baharu – lokasi Laksa Janggus ni. Ikutkan Ajie memang sesat la memanjang sebab dia lupa jalan. Thanks to Google Map dan Foursquare yang berjaya membawa kami sampai ke destinasi.

Sampai kat sini, memang ramai orang. Lepas pilih tempat duduk, kami terus order Laksa Asam Janggus yang diperkatakan ini. Masuk Jalan-Jalan Cari Makan katanya. Aku order yang spesial. RM3.50 semangkuk dengan lebih mee serta telur rebus. Selain laksa, kami beli Rojak Buah dan Pisang/Keledek Goreng. Bila dah rasa, pada pendapat peribadi aku… biasa je laksa ni. Okay la.. kuah dia sedap but aku expect yang macam Laksa Asam yang superb dengan bunga kantannya.. petisnya.. nanas, timun, lada… tapi nan hado.. So, for me not worth it la.. Satu je yang aku suka… Goreng Pisang/Keledeknya. Memang sedap sebab tepungnya rangup.

Laksa Janggus, Balik Pulau
Meh order apa yang ada…
Tak menang tangan..
Rojak buah
This is Laksa Janggus
Rojak Buah

Lepas pekena Laksa Janggus ni, kami balik bilik semula. Kali ni ikut jalan Air Hitam pulak. Lebih kurang 20 km lebih ke Chulia Heritage. Tapi jalannya takde la seteruk jalan dari Batu Feringghi tadi. Half way tu, sempat lepak di atas bukit untuk sessi bergambar selain menikmati keindahan sunset di situ.

Si Kroll berangan apa ntah tu..
Best dok melepak atas ni..
Beautiful sunset

Sampai bilik, rehat lagi sebab kekenyangan. Lepas dah segar, pukul 9.30 malam kami keluar untuk dinner. Destinasinya sudah tentulah Gurney Drive untuk pekena pasembur. Sesak la area ni.. nasib baik dapat parking. Kat sini aku pilih Shariff Muslim Pasembur sebab aku rasa yang ni paling sedap aku pernah makan. Bai pula pergi pilih yang opposite stall – Stall 09 yang ada uncle menari-nari ikut lagu Hindi. Bila rasa keduanya, aku lagi suka yang Shariff punya sebab kuahnya lagi pedas. Those yang tak kuat pedas sure pilih Stall 09 ni. Oh! by the way, Ajie yang memulanya tak nak makan.. tapi bila order pasembur sampai RM33!! Meriah sekali dengan ketam bagai.. Tapi apapun Alhamdulillah sebab semuanya licin kecuali Kroll yang tak dan nak habis sataynya..

Tu gerai pilihan Bai
Pasemboq!!!
Muka Ajie yang bernafsu tgk makanan.. Priceless!!
My hungry face!!
Yang kanan aku tu posing je lebih.. makan tak abis!
Kenyang dah semua..

Selesai makan, kami pergi ke Batu Feringghi Night Market. Amz dengan Bie tak ikut pun sebab mengantuk dan tido dalam kereta. Aku follow Bai, Azz dan Kroll sekejap je sebab takde intention pun nak beli apa kat sini. Pastu aku melepak kat McD area situ jumpa member lama aku kat FB. Kenal dah bertahun tapi kalau pergi Penang memang takdan nak jumpa. So kami lepak kat situ berborak sampai la diorang ni message ajak pegi Hard Rock. Aku memang malas la kan.. So diorang pergi sana, aku ngan Vin pergi pusing-pusing kat Night Market tu sebelum gi tepi pantai sambung berborak lagi. Around 2.00 a.m kami pergi Starbucks Drive Thru kat Tanjung Bungah, jumpa diorang kat sini yang tengah leka main pakau sampai Starbucks tutup. Tapi sebelum balik bilik sempat lagi singgah makan Nasi Kandar Beratur plak. Aku ngan Bie je makan. Yang lain minum je. Sampai bilik memang blackout terus. Tak mandi tak apa terus pengsan. Tapi diorang ni boleh layan sambung main pakau sampai pukul 4.00 pagi!!! Gile betul..

Nasi Kandar Beratur

Keesokkan harinya adalah last day. Lepas bersiap, kami breakfast di Stardust Cafe, depan jalan masuk hotel ni. Pekena toast, cheese & tomato omellette dan kopi-O. Memang ngam!!! Lepas check-out sebelum gerak balik, singgah beli jeruk dulu. Ada pulak orang yang mengirimnya. On the way balik KL, singgah lagi di Mee Udang Mak Teh, Kuala Sepetang untuk lunch. Sampai sini lebih kurang 1.30 tengahari. Tapi agak frust sebab hak yang RM12.00 sepinggan tu takde. Yang ni udangnya memang besar. Tinggal yang RM10.00 je. So order la jugak. Plus dengan Sambal Udang untuk diratah. Yang ni aku kongsi ngan Ajie. Puas hati dapat makan mee udang kat sini. Aku lagi prefer mee udang Mak Teh banding ngan Mak Jah. Tatau kenapa.. Tapi yang pasti, mee udangnya memang sedap. Sempat tapau lagi sebungkus untuk Nas, jiran aku.

Breakfast @Stardust
Posing kenang-kenangan jap ..
Sebelum chiowww
Mee Udang Mak Teh… yummmyyy!!!!
Sambal udang untuk diratah

Lepas pekena mee udang, singgah lagi kat bandar Taiping pekena Cendol Ansari pulak.. Hahaha… Apa nak jadi ntah.. makan je kerjanya. Selesai membalun cendol, terus sambung perjalanan balik ke KL.

Cendol Ansari, Taiping
Cendol biasa @Cendol Ansari, Taiping

Dalam perjalanan tu, berhenti lagi kat R&R Tapah dengan hajat nak mebeli jambu. Tapi bila berhenti, lapar lagi. So, lepak kat cafe situ, minum kopi dengan choc cake. Bai pulak order 4 ketul drumstick. Apa lagi.. bedal lah.. Lama gak lepak sini. Berborak sambil tengok drama Tamil Bai ngan Kroll yang tak sudah-sudah nak bergaduh. Dah kat sini tu ingatlah dah last la takde berhenti2 lagi sebab plan nak balik rumah terus. Tup-tup on the way tu, si Kroll lapar lagi??? So sudahnya, semua menuju ke Hartamas (since nak drop Kroll dan Ajie kat sini), lepak mamak dan makan lagi.. Ya ampun… So, begitulah aktiviti membesarkan perut kami pada minggu itu..

R&R Tapah
Last makan kat mamak Hartamas.. >.<“

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On Jalan-Jalan Cari Makan… Penang

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer