Sharing is caring

Kejadian ini berlaku semasa Hari Malaysia pada 16 September 2016 yang lepas. Mulanya aku takde plan nak merayap ke mana pun, tapi disebabkan si Bai dok mengajak pi berjalan, maka aku pun ikut je lah.

Yang join trip ni 5 orang. Aku ngan Bai satu kereta. Eric dengan Effa satu kereta. Erol akan turun dari Sungai Petani. So, kami fetch dia di Terminal Feri je nanti.

Bergerak awal pagi seusai solat Subuh sekitar jam 6.45 am. Alhamdulillah, trafik smooth je. Takdelah jam sangat pun. So, kami sampai di Penang sekitar jam 12 tengahari. Selesai menunggu dan ambil Erol di Terminal kami pi lunch dulu Nasi Kandar Line Clear.

Habis lunch, kami checkin tempat penginapan kami di Moontree47 yang terletak di Muntri Street, Georgetown. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ni boleh klik kat sini.

Moontree47 di Muntri Street, Georgetown.

Memandangkan guest yang stay kat bilik kami tu tak keluar lagi, so kami tinggalkan je beg-beg kami di kaunter dan keluar merayap semula. Plannya nak ke Bukit Bendera lah. So sampai kat sana tengok manusia punyalah ramai. Tapi masih gigih lagi la beratur nak membeli tiket dekat sejam. Then, ingatkan okay lah. Sekali kena beratur lagi sekali untuk masuk ke dalam tram dan linenya memang panjang gile. Kalau nak tunggu ni mau makan lagi sejam lebih. Discuss dengan derang semua, last-last kami malas nak menunggu. So, tiket tu kami let go je pada one of the Chinese family yang dok beratur nak beli tiket tu.

Sampai hotel sekitar jam 4 lebih, kami terus masuk bilik dan berehat. Then keluar mencari light snacks di Lebuh Chulia. Pekena kuih-kuih dan mee goreng mamak kat one of the stalls there.

Nasi lemak ada… kuih ada…
Mee goreng mamak pedas satu!
Us at Lebuh Chulia.

Selepas tu, kami drive pergi ke Gurney Drive.. apa lagi pekena pasembur lah. Seperti biasa aku order di stall favorite aku. Dan pakcik yang buat pasembur sambil menari-nari tu nampaknya dah berpindah gerai.. kalau tak silap aku lah.

Ramainya umat. Eh.. ada hamba Allah yang dok selamba ambil seat kami tanpa rasa bersalah. Huh!
Pakcik ni dah pindah gerai ka?
Favorite pasembur!
Muka kekenyangan.

So, lepas kenyang, kami merayap pulak ke Feringgi.. tapi sekejap je lah. Takde apa pun kat sana. Night market situ pun macam dah nak tutup plus takde apa pun barang-barang yang menarik untuk dibeli. Jadi, lepas tu terus balik bilik dan berehat.

The next day, kami breakfast di kawasan yang berdekatan dengan Moontree47 dan pusing-pusing di sini sahaja. Dan untuk lunch, kami pergi ke Teluk Kumbar untuk mencuba Ayu Mee Udang atau Gerai Mee Udang Cantik di sana. Gigih juga lah menempuh trafik nak ke sana.

Mee Udang di Teluk Kumbar.

But sebelum tu, kami singgah dulu mencari jeruk Pak Ali yang famous tu untuk dibawa pulang.. selain mata turut mengusha t-shirt dan poskad di kedai yang berhampiran.

Buah tangan wajib dari Penang.

So, sampai di sana gerai masih baru dibuka. So, kami pun orderlah mee udang yang famous katanya tu. Okay boleh tahan sedap. Udangnya fresh, isinya kenyal dan sedap. Cuma kalau dibandingkan.. aku tetap suka Mee Udang Mak Teh kat Kuala Sepetang di Perak sana.

Mee Udang Ayu.

Selesai makan mee udang, kami dok mencari pula gerai Laksa Tempurung yang terletak di kawasan yang sama iaitu Teluk Kumbar. Dekat je gerainya tapi macam abit confuse nak mencari. Tak hilang lagi kenyang dah nak try makanan lain kan? Hahahaha.. kata JJCM.. camtu la kaedahnya.

So, sampai kat gerai ni, aku order Laksa Tempurung dengan cendol. Lainnya di sini, ia dihidangkan di dalam tempurung kelapa. Dari segi rasa bagi aku biasa je lah kot. But farrrrrrr better daripada Laksa Janggus yang kami makan dulu. Harapkan famous je.. rasa takde lah sedap mana pun. Tapi okaylah kat sini, at least boleh makan tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Hehehe…

Laksa & Cendol Tempurung.
Makan dan lepak-lepak sambil menikmati angin laut.

Oh, by the way nak mencari gerai Laksa Tempurung ni susah sikit sebab signage nye kecil dan tempat makan ni terletak di bawah menuruni bukit. So, kena alert sikit lah bila nak mencarinya.

Habis makan, balik bilik berehat. Then keluar semula berjalan di sekitar UNESCO World Heritage ni untuk mengambil gambar selain mencari mural yang famous kat area Armenian Street tu. Habis merayap kat area tu, kami singgah di Gudang Cafe for our coffee session.

Somewhere in Armenian Street.
One of the temples there.
Jumpa gak mural ni.. tapi kena beratur ak bergambar. Muka pose tgh malu orang tengok. Haha.
Gudang Cafe.. memang asal gudang lama ni.
Pesta kalori!
Kalori lagi… huhuhuhu tapi sedap!

Then on the way balik tu kami singgah lagi kat gerai Papa’s Coconut Ice Cream, menjual dessert ala-ala Sangkaya tu. Ya Allah, banyaknya makan!

After that, kami keluar lagi ke Padang Kota Lama. Kat situ ada pameran Bear apa ntah. Ya ampun.. ramainya umat manusia! Dan kat situ pun ada disediakan gerai-gerai makanan. So, okaylah untuk kudap-kudapan sambil berjalan. Tak lama pun lepak situ sebab hari dan start hujan. So, sebelum hujan kami dah cabut balik. Nasib baik tak lencun. Dan, sebelum balik bilik si Erol mengidam nak makan Nasi Kandar Beratur. So.. layankan je lah. Aku memang dah tak larat nak makan. Habis makan, cabut balik bilik. Esok dah nak balik dah kan…

Meriah dengan manusia.
Colorful naaa…
Gigih beratur nak pekena nasi kandar.

Last day, selepas checkout, kami breakfast di restoran nasi kandar kat sini, sebelum drive balik KL. Sengaja checkout awal sebab takut jem menghala ke KL tu. Memang jem juga lah tapi nasib baik aku tak drive. aku bantai tidur kat seat belakang. Hahahaha…

So, begitulah serba sedikit cerita trip kami ke Penang haritu. Balik KL dengan penuh sesalan sebab balik dengan berat badan yang bertambah! Tabahlah Omaq….


Anyway, berikut ialah post lama aku ketika bercuti ke Penang, just in case korang berminat nak baca.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.