Hi semua! Bertemu lagi dalam post kali ni. Actually post ni ialah tentang trip aku ke Hatyai untuk kali ke-5, menemani member-member aku yang teringin nak berkunjung ke selatan Thailand ni. Kejadian ini berlaku pada 24-26 November 2023 yang lepas, setelah genap setahun since last trip aku ke sana pada 2022 bersama Umi dan adik aku. Baru la ni aku sempat nak update sebab kemalasan yang teramat nak menaip.
Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai cita-cita untuk mendapatkan silver button (100k subscribers) satu hari nanti.
Anyway, trip selama 3 hari 2 malam ni disertai oleh member aku, Jay, Fatin dan Ed bersama 2 lagi rakan mereka iaitu Cik Lina (officemate Fatin) dan Nai (bff Ed). Eika dan Eleena tak dan join sebab ada komitmen masing-masing. Tambahan pula, El baru je dapat baby.
Kami ke sana dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar dan dari Padang Besar, kami menaiki van ke Hatyai. Tiket dan hotel semua aku dah booked few weeks sebelum bertolak. Cuma untuk hotel, bayaran kami buat di kaunter nanti dengan menggunakan cash.
Budget
Berikut ialah detail mengenai budget termasuk pengangkutan dan hotel.
ETS: KL Sentral – Padang Besar Platinum 9272, 7.08 pagi | MYR 104.50 (termasuk takaful, admin & SST) |
ETS: Padang Besar – KL Sentral Gold 9425, 3.50 petang | MYR 78.50 (termasuk takaful, admin & SST) |
Van: Padang Besar – Hatyai | MYR 30.00 |
Van: Hatyai – Padang Besar | MYR 41.00 (300 baht) |
Sewa tuk-tuk ke Songkhla 1500 baht (MYR 196) / 6 orang | MYR 32.60 per person |
Asian Hotel Double deluxe or twin room x 2 nights (without breakfast)* | MYR 290 per room |
Jumlah perbelanjaan (tidak termasuk makan, shopping dan lain-lain) | MYR 576.60 |
Day 1: Cyberjaya – KL Sentral – Padang Besar – Hatyai
Aku, Jay dan Fatin bergerak dari Cyberjaya sebelum subuh lagi dengan menaiki Grab ke KL Sentral. Yang lain-lain bergerak sendiri dari rumah masing-masing dan kami jumpa di KL Sentral. Selesai solat subuh di surau, kami tapau makanan untuk breakfast di kedai serbaneka kat sana. Selain daripada banyak pilihan, harganya lebih murah berbanding beli dalam ETS. Dalam ETS pun kekadang stoknya terhad terutamanya kalau ramai penumpang.
ETS bertolak tepat pada waktunya iaitu 7.08 pagi. Cuaca dalam perjalanan tak menentu, sekejap okay, sekejap hujan. But mostly cloudy la sebab dah hujung-hujung tahun kan. Kami sampai di Stesen KTM Padang Besar sekitar jam 12.40 tengahari dan aku terus ke booth Pens Leisure & Services untuk mendapatkan van ke Hatyai. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Kami sampai di Downtown Hatyai ketika jam hampir pukul 2.00 petang. Just nice untuk check-in hotel. Selesai semua urusan check-in dan masing-masing dah selamat menyimpan segala beg kat dalam bilik, aku ajak mereka lunch di Kaitod Meena yang terletak hanya beberapa meter je dari Asian Hotel ni.
Alhamdulillah, tak ramai orang. Kalau ikutkan, sejak Khairulaming viralkan kedai tu, umat Malaysia dok beratur panjang untuk membeli nasi pulut ayam goreng kat sini. Sampai kena ambil nombor. Nasib baiklah masa sampai tu, takde orang sangat. Aku order macam biasa la. Nasi pulut dan teh ais dari gerai awek cantik kat sebelah Kaitod Meena ni. Wanita-wanita ni ada dok order nasi komok juga. Alhamdulillah. kena dengan tekak masing-masing dan sedap kata mereka.
Selesai makan, kami ke Kim Yong Market. Aku macam biasalah mencari kacang dan longan kering. Yang lain dok mencari pes tomyam la, beli payung, t-shirt, kekacang dan macam-macam lagi.
Selain di Kim Yong Market, mereka dok continue shopping di 7 Eleven dan Watson membeli pelbagai jenis produk kosmetik. Rambang mata kaedahnya. Hahaha. Cik Lina kata ada brand yang produknya tak dijual kat Malaysia dan katanya pula harga slightly murah berbanding yang dijual di Malaysia.
Sesi menghabiskan duit bersambung pula di pasar malam yang terletak di area Lee Gardens ni. Malam minggu, memang meriah la kan kat sini. And then, kami ke Michael untuk mengurut kaki. The girls pi urut kaki je la. Aku semestinya mengurut badan. My fav messeur ada, Alhamdulillah. Dah banyak kali urut tapi tak ingat nama. Hahaha. Cik Lina tak buat urut kaki. So, dia menunggu kami dengan sambung shopping kat area berdekatan ni.
Oh, the best part masa aku tengah berurut kat sini, aku dengar ada this husband and wife dari Malaysia dok berborak dengan Michael. Dia bagitau ada orang recommend bla bla bla, so dia purposely cari kedai Michael ni. So, bila aku dah selesai berurut sementara menunggu nak bayar, aku bertegur sapalah dengan pasangan suami isteri dari Negeri Sembilan ni.
And then, akak tu cakap “awak ada buat facebook ke apa tu eh? Sebab muka macam familiar..” Aku cakap takdelah sangat tapi aku bagitau la aku ada buat blog @omaralattas ni. Then the akak sambung… “Ha.. betul la dia la yang share tempat ni!” Aku tergelak mendengarnya sebab tak pernah terfikir ada orang kenal dan cakap kat dia thanks sudi singgah blog aku ni. Then sambung la borak sikit-sikit sebelum aku bergerak nak pi dinner. Lepas tu, time nak bayar, Michael kata tak payah bayar and I was like.. wehh mana boleh. Hang buat business. Business is business ma.. Tapi dia insist juga nak belanja, then aku kata okay la. Kali ni je. Next time aku bayar. So, Alhamdulillah rezeki. Kita bukan apa, seronok kalau share benda-benda yang bagus ni dan bermanfaat kat orang lain, kan?
Anyway, kami dinner di Kaitod Decha. Ni first time aku ke sini walaupun dah beberapa ke Hatyai. Sebab makan ramai-ramai boleh la ajak kat sini. Kalau aku sorang, memang aku tapau je apa yang ada kat night market tu.
Macam-macam yang mereka dok order. Daging bakar, khengsom, salted-egg sotong, somtam dan lain-lain. Aku pulak memang teringin nak makan tomyamnya yang dikatakan sedap tu. So, try la order. Memang sedap dan kena dengan tekak aku. Kalau korang penggemar tomyam yang pekat, masam dan pedas, boleh try makan kat sini. Makanan yang lain pun sedap-sedap belaka. Pendek kata memang sedap semuanya. Bertambah-tambah sedap lagi bila Cik Lina belanja. Boleh pula dia pi bayar senyap-senyap. 1640 baht lebih kurang MYR 220 untuk 6 orang makan dengan pelbagai lauk, which is quite okay la kan? Semoga murah rezeki Cik Lina!
So, dah kenyang perut, maka aku terus balik ke bilik la. Yang lelain ada yang balik bilik dan ada yang sambung merayap kat night market. Free and easy kan… ikut la masing-masing nak ke mana. Janji selamat balik ke hotel.
Day 2: Dimsum Chabura, Songkhla Trip, Khlong Hae Seafood Buffet & Floating Market
Untuk sarapan pagi, aku bawa mereka ke Dimsum Chabura. Kalau pi ngan Omaq, memang keluar awal pagi lah. Jam 7.00 pagi kami dah tercongok kat sana. Macam-macam weh mereka order sampai penuh satu meja! Dan favorite aku semestinya salted-egg pau.
Selesai menjamu selera, kami melepak di 7 Eleven sebelah restoran ni. Selain dok calculate masing-masing makan apa tadi, kami pun dok shopping kat sini. Barang 7E sini pun best. Camne? Rambang mata tengok. Aku pun dok terjebak membeli sabun entah apa-apa tu.
Aku plan hari ni kalau cuaca elok macam nak ajak mereka pi Songkhla, kalau mereka berminat la since takde apa nak buat sebab masing-masing tak pernah ke sana lagi. Kalau aku nak pi lagi sekali, memang tidak la. Cukup la dah 2 kali repeat dulu kan. So, contact Uncle Yaw tak dapat-dapat. In fact, dari KL lagi aku dah Whatsapp dia. Tatau la, nombornya bertukar ke apa. But luckily, terjumpa dengan Uncle Mured, tuk-tuk driver yang park dekat Asian Hotel. Aku pun tanya berapa dia charge untuk trip ke Songkhla exactly macam yang Uncle Yaw bawa aku dulu. Harganya pun sama, 1500 baht (lebih kurang MYR 196). So, the girls semua pun okay nak pergi dan cuaca pun macam okay, maka ke Songkhla la kami.
Lokasi pertama, kami ke Kho Hong Mountain Viewpoint untuk menikmati pemandangan Hatyai dan Songkhla dari atas bukit ni. Selepas masing-masing dah puas ambil gambar semua, Uncle Mured membawa kami ke Samila Beach, di mana terletaknya Statue Golden Mermaid tu. Sedang molek sampai, beberapa minit lepas tu hujan pun turun. So, tak sempat nak bergambar sangat terus pi cari tuk-tuk Uncle Mured.
Dari Samila Beach ni, kami tersangkut dalam jem. Aku tak sure kenapa but end up dapat tahu yang dia bawa kami naik feri melintasi Songkhla Lake untuk ke other side. Patut la lama beratur. Ingatkan nak ke mana. Macam feri kat Penang tu. Dalam 10 minit je camtu di atas feri. Dia nak bawa ke one of the temples yang ada kat sini tapi disebabkan masih hujan, so takde la singgah. Kali ni kami melalui jambatan yang menyeberangi Songkhla Lake melalui Ko Yo dan meneruskan perjalanan ke destinasi selanjutnya iaitu Masjid Songkhla.
Sampai di masjid, cuaca masih lagi hujan. Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat jamak di sini sebelum bergerak ke Khlong Hae Seafood Buffet untuk lunch. Kami sampai agak awal di sini, sekitar 1.00 tengahari. Cuma ada beberapa orang je yang menunggu sebab tempat ni buka jam 2.00 petang. Okay la tu tunggu awal-awal. Tak serabut nanti nak beratur menunggu. Berborak la dengan yang ada kat situ, orang Malaysia juga dari Kelantan. Seafood buffet di sini berharga 299 baht seorang, lebih kurang MYR 40 camtu.
Dapat je masuk, masing-masing dah aim dah apa nak makan. Tempat pertama yang aku serbu semestinya seafood la… udang dan daging-daging yang diperap. Memang puas hati betul kalau buffet kat sini. Paling aku suka tengok Nai makan, betul-betul fokus, khusyuk dan istiqomah gayanya. Hahaha.
Dekat 2 jam juga kami makan di sini. Bila masing-masing dah tersadai, tempat seterusnya ialah Khlong Hae Floating Market. Sampai kat sini mereka je la turun. Fatin dengan Cik Lina memang tunggu kat tuk-tuk. Aku pusing sekejap je lepas tu naik semula ke tuk-tuk. Takde benda dah nak dibeli sebab kenyang lagi.
Habis aktiviti di floating market ni, kami terus balik ke hotel. Aku, Fatin dan Cik Lina dah booked urut badan dengan Michael di bilik hotel. Better la sebab kat kedai Michael tu kecil je dan tak berapa privasi untuk wanita. Harga pun sama macam kat kedai dan lokasi hotel within Hatyai downtown ni la. So, dalam jam 8.00 malam tu, 2 tukang urut wanita ke bilik Fatin dan Cik Lina, dan tukang urut lelaki ke bilik aku. Yang hat aku selalu buat tu tak available, so hat yang urut ni so so je la urutannya. Fatin dan Cik Lina puas hati dengan mereka punya messeur.
Gegadis yang lain tu sambung berjalan dengan Uncle Mured. Mereka request pi night market mana entah aku pun tak sure. ASEAN night market rasanya. Jay pula merayap pi night market dengan area Lee Gardens ni. Payment untuk tuk-tuk pun Uncle Mured suruh bayar lepas dah balik night market tu bila dah sampai ke hotel. Bagus juga service Uncle Mured ni. Kalau korang berminat, details segala aku dah share dalam post kat bawah tu.
Day 3: Hatyai – Padang Besar – Kuala Lumpur
Last day in Hatyai. Pagi ni ingatkan nak breakfast di Khaled Restaurant, sampai-sampai je restoran tak buka. End up kami merayap dalam hujan ke Hamid Restaurant yang terletak di hadapan Lee Gardens Plaza. Aku pekena nasi lemak dengan roti canai. First time try roti canainya. Sedap, rapuh dan rasa buttery. Next time kalau nak breakfast aku boleh try kat sini juga.
Pagi ni takde buat apa pun. The girls buat last minute shopping kat Kim Yong Market dan kedai-kedai sekitar ni. Paling meriah Nai la. Macam-macam dia shopping untuk family dia.
Dari Hatyai nak ke Padang Besar ni kami menggunakan perkhidmatan van juga. Dah siap-siap booking semalam. Sorang 300 baht dalam MYR 41 camtu. Van pun ambil kami sekitar jam 12.00 tengahari, just nice lepas check-out bilik. Urusan imigresen smooth macam biasa.
Di KTM Padang Besar, kami menunggu sekitar 2 jam lebih sebelum ETS bertolak pada jam 3.50 petang. Aku tak makan apa sangat pun dalam tren sebab kat stesen tadi dah makan nasi. Aku cuma tapau roti dan mengunyah gajus yang dibeli kat Kim Yong Market tu.
Alhamdulillah, selamat sampai di KL Sentral hampir 10 malam. Tapau sushi sebelum balik Cyberjaya. Fatin dan Jay naik Grab sekali dengan aku sebab Jay pun tumpang parking kereta kat rumah aku.
So, syukurlah berjaya menjadi guide untuk member-member aku ni. Tapi, boleh pula terlupa nak celebrate belated birthday masing-masing masa kat sana sebab itulah salah satu tujuan ni. Dah makan, shopping segala bagai, lupa pula hal tu. Tapi it’s okay. Janji masing-masing happy dan puas hati dan membantu menjana ekonomi Thailand! Hahahaha..
Okaylah, setakat ni je la aku share. Kalau korang nak tahu budget dan itinerary Hatyai yang lebih detail, boleh klik kat bawah post ni. Aku share berdasarkan pengalaman aku. Harap-harap dapat la membantu korang serba-sedikit. Jangan lupa juga subscribe, share dan like video di channel Youtube aku ya. Kemon gaisss… hahaha.
Till then, bertemu dalam perkongsian seterusnya di lokasi yang aku sendiri tak sure. Mudah-mudahan duit jatuh berguguran dari langit. Aminnnn…
Leave a Comment