Chicken Feet Stew

Korang suka tak makan kaki ayam? Kalau suka, kita boleh geng! Hahaha. Kaki ayam ni ada yang suka (macam aku) dan tak kurang juga yang geli nak makan. But personally, aku rasa kaki ayam ni memang sedap especially kalau dibuat sup atau stew. Lagi-lagi kalau kaki ayam ni dimasak lama sampai lembut gile jadinya. Selain tu, sedap juga kalau digoreng garing atau dibuat kerabu. Kat Thailand tu, kerabu kaki ayam cukup terkenal.

Dan jangan tak tahu.. kaki ayam ni walaupun murah harganya dan korang pandang sebelah mata, tapi ia sangat kaya dengan collagen, protein, kalsium dan lain-lain yang mudah diserap oleh tubuh. So.. kalau nak awet muda tu, boleh la makan kaki ayam ni kot. Hahaha.

Anyway, few days ago aku mengidam nak berbuka dengan stew kaki ayam, so that’s the recipe la yang aku nak kongsi. Sedap hirup masa panas-panas. Kalau rajin, cubalah! Hehehe..

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer