Semalam… for the first time, aku try buat nasi menggunakan cauliflower (bunga kobis). Dah lama nak try buat tapi asyik tak jadi je. So, since aku kawal gile makan lately ni (plus puasa lagi), makanya aku gigihkan membuat juga. Tak susah mana pun. Mungkin yang leceh sikit part nak racik halus-halus bunga kobis tu. Kalau ada blender yang besar tu senang sikit. Kalau aku guna blender cili biasa ni aku takut hancur sangat.
Anyway, sebagai info (tanya ustaz Google), 100 gm cauliflower ni hanya berjumlah 25 calories. Berbanding nasi biasa (100 gm) sebanyak 130 calories. Banyak tu bezanya kan?
Selama ni aku memang susah gile nak turun berat badan. Diet namati pun turun setakat 200 gm.. tu pun bila keluar toilet. This time aku lost sebanyak 8 kg dalam sebulan dua camtu. Banyak la kan??? Dari average 78 kg.. now dah nak memasuki 69 kg! Aku target nak cecah 65 kg (berat zaman belajar dulu… hahaha). Harap-harap market naik balik la pasni. Menjadi juga la. Dengan dietnya.. puasa lagi.. termasuk jiwa kacau bagai.. memang turun sungguh. Baju-baju lama tu pun aku boleh pakai balik.
Hopefully aku beristiqamah lah dalam rutin diet ni. Tapi kan, bila dah selalu makan sikit ni.. nak makan banyak-banyak pun rasa bersalah. Nak amik minuman bergula pun rasa berdosa. Fyi, aku tak ambil karbo at all (nasi, biskut, mee etc) dan kurangkan minuman manis. Minuman bergula aku ambil like once a day. Karbo tu maybe masa weekend je aku makan. Tu pun ikut mood. Aku lebih banyak ambil buah-buahan (epal dan limau terutamanya) dengan protein like ayam, tauhu, jagung dan sebagainya.
Okaylah… nak edit video lain. Lama tak update Youtube channel aku. Till then, selamat berhujung minggu!
Leave a Comment