Hujung minggu kali ni aku isikan dengan aktiviti morning walk di Putrajaya. Asalnya nak walk di Cyberjaya Lakeside seperti biasa, tetapi disebabkan pagi di Cyberjaya ni hujan, maka aku random je drive untuk cari breakfast. Apa je aktviti best waktu hujan selain daripada makan kan? So, ingat nak pekena roti canai Pak Ngah kat Puffy Buffy tu (tak tahu ada lagi ke tak?) tapi jalan depan restoran tu tutup pula. Malas nak meredah hujan, aku drive lagi tanpa arah tujuan. Tanya dengan member aku, nak pi lagi ke tak Food Court kat Precint 9 tu, tapi dalam hati aku macam dah 2 minggu berturut-turut breakfast kat situ. Hahaha.
Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai hajat di hati nak dapat Silver button (100k subscribers) tu. Hehehe..
Okay, sambung balik. So, masa tengah drive tu, tetiba aku teringat cafe kat Taman Botani Putrajaya tu, so terus je la drive ke sana. Masa aku pi taman tu dulu, cafe tu tak siap lagi. Alhamdulillah, sampai sana sedang molek hujan pun reda dan cuaca elok. Jadi, kami breakfast di situ la di pagi Sabtu kali ni.
Cafe yang dimaksudkan itu ialah Glasshopper… ala-ala grasshopper (belalang)…. ada unsur-unsur nature di situ ya. Cafenya comel je.. all glass. So, korang boleh menikmati hidangan dengan pemandangan tumbuhan hijau di sekelilingnya. Untuk tempat duduk, korang boleh pilih untuk duduk di luar, di dalam atau di tingkat atas bangunan. Tempat duduknya agak terhad juga. Dan memandangkan kami sampai awal pagi, so ada banyak lagi la pilihan tempat duduknya. Kalau korang sampai lewat, maybe kena beratur menunggu.
Dari segi hidangan pula, pilihan menunya agak banyak dan harganya pula standard cafe la kan. Korang bayar untuk keselesaan dan view juga. Untuk breakfast ni, kami memilih Big Breakfast (RM28), Cheesy Egg Croissant (RM23) dan Hot Black.. ayaq kopi la (RM10). Frankly, makanannya sedap. Selain daripada hidangan ni, banyak juga pilihan pastri/dessert.
Selesai menikmati breakfast, kami “membakar kalori” di sekitar Taman Botani Putrajaya ni. Tak ingat dah berapa kali aku dok ulang walk kat sini. Tapi setiap kali ke sini, memang aku tak pernah bosan sebab view kat sini sangat cantik, penuh dengan pokok-pokok yang pelbagai jenis. Jalan punya jalan, dapatlah hampir 7 km!
Habis walk, aku drive balik ke Cyberjaya sebab nak shoot pemandangan burung-burung di Tasik Lakefront Cyberjaya.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ni, tasik ni didatangi oleh sekumpulan burung “painted storks” atau burung botak padi. Bukan seekor dua tapi entah.. banyak la juga. So, bagi aku satu pemandangan yang menarik. Dah macam berada di bird park atau wetland. Aku rasa antara sebab depa dok ramai-ramai melepak kat sini ialah kerana tasik ni cetek je paras airnya. Kalau di Taman Tasik Cyberjaya tu, airnya dalam. Sebab air cetek ni la, ada pekerja warga asing dok masuk tasik menebar jala menangkap ikan! Hahaha.
So, selesai ambil gambar, aku sambung lagi nak mencari cafe yang boleh lepak minum air (cuaca panas ya!) sambil aku nak transfer semua gambar-gambar dalam DSLR aku tu. End up balik semula ke area Marina Putrajaya, melepak di Indus Cafe. Cyberjaya-Putrajaya tak jauh mana pun. Nak makan, kenyang lagi. So, minum je la sambil menyejukkan badan. By the way, kedondong asam boi dia sedap!
Habis lepak sini, kami balik Cyberjaya tetapi sebelum bersurai, singgah lunch kat Ayam Gepuk Express di NeoCyber. First time ke sini. Selalunya kalau nak makan ayam gepuk, aku akan order Pak Gembus melalui online.
Tapi ni nak bagitau, sedap gilerrrr ya sambal extra pedasnya tu. Aku memang hantu pedas, so berpeluh-peluh muka, kepala segala bagai. Memang puas hati! Dia bukan setakat pedas bodo-bodo tu je.. tapi pedas yang cukup rasa. Next time boleh order lagi la nampak gayanya.
So, itu je la aktiviti hujung minggu aku kali ni. Till then, jumpa lagi. Bye!
p/s: Di bawah ni aku sharekan lokasi cafe Glasshopper dan lokasi Lakefront Cyberjaya, in case korang nak pi.
Leave a Comment