Semalam, aku mengambil kesempatan sempena cuti hujung minggu untuk bersiar-siar di Taman Botani Putrajaya. Since abit free this weekend, so kita nikmatilah kejap udara segar kat sini.
Dah lama aku nak pergi ke sini cuma asyik tertangguh je. Park yang lain-lain kat Putrajaya ni aku dah pergi few times. Oh.. by the way, Putrajaya memang terkenal dengan taman-taman awamnya yang sejuk mata memandang.
Taman Botani atau Botanical Garden ni terletak di Presint 1 di kawasan Tasik Putrajaya. Taman ni dibahagikan kepada beberapa section. Ada Laluan Kana, Titian Kanopi, Denai Helikonia, Taman Paku Pakis, Koleksi Taman Afrika dan bermacam lagi. Di sini juga terdapat Astaka Morocco atau Morrocan Pavilion, yang menampilkan senibina yang sekali imbas persis seperti Alhambra di Sepanyol sana. Kami tak masuk pun kat sini sebabnya time datang tu ramai gile university students datang buat graduation photoshoot. So, tak payahlah nak menambahkan kesesakan.
Anyway, bagi korang kat luar tu yang jenis macam aku… nature lover, bolehlah datang ke sini. Nak berbasikal ke.. naik electric motorcycle ke atau nak naik boat, semuanya boleh dilakukan. Kalau lapar, ada gerai dan sebuah seafood restaurant kat sini.
So, this are the details of this place:
Address:
Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1,
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Till then… have fun!
Leave a Comment