Sharing is caring

Happy Monday people! Sekejapnya dah habis 2 hari cuti kan?

Last week aku ada secret plan sempena nak menyambut birthday Erol pada hari Sabtu yang lepas. Memandangkan tahun ni takde nak merayap ke mana, so aku decided untuk celebrate somewhere dekat-dekat sini je. Puas la aku usha mana yang best akhirnya aku decide nak celebrate kat Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya. Sebenarnya boleh je nak celebrate kat rumah kan tapi saje je la sebab aku pun dah lama memerap tak berjalan ke mana. So, aku book la siap-siap bilik kat Booking.com dan mulanya plan nak berbuka puasa bersama member-member rapat aku kat situ je. Tapi memandangkan harga buffet Ramadhannya dah mencecah RM100++ seorang aku terus cancel. Spend mahal-mahal bukannya boleh sumbat banyak pun kan perut ni. Membazir je. Akhirnya, aku book siap-siap berbuka kat Bayou Pusat Komuniti Cyberjaya tu. Harga RM58.30 dah termasuk GST. Okay la kan. Tengok menu pun boleh tahan. Banyak masakan Melayu. Sesuai la dengan tekak-tekak yang lain especially Bai.

Wading pool area.

Anyway, Cyberview ni bukannya baru bagi aku. Last time, masa study kat MMU Cyber, bila free petang-petang, aku akan sewa basikal kat Sports Centre MMU dan berbasikal ke sini… lepak tepi tasik dekat dengan guardhouse kat entrance tu. Masa tu Shaftsbury semua mana ada. Ahh.. memori sangat time muda-muda dulu. Hahaha..

Berbalik kepada plan nak celebrate birthday Erol tu, aku pun plan la apa yang patut like deco untuk birthday greetings kat bilik tu. Dan mereka ada menyediakan servis tersebut dengan harga yang aku rasa berpatutan la. But, nak dijadikan cerita, the person yang entertain aku tu hantar form suruh aku isi detail credit card aku which is memang aku tak nak buat sebabnya card credit aku pernah dibatalkan oleh pihak bank sebab ada cubaan menggunakannya tanpa kebenaran aku. Aku pun bagitau that lady boleh tak kalau dia charge masa aku check-in je nanti. But katanya tak boleh sebab ni prepayment basis. Then okay lah. But, aku tanya lagi sekali, boleh tak dia arrangekan supaya that deco siap like bila kami balik dari berbuka puasa. Kiranya aku bayar siap-siap masa check-in tu. Again, my request was turned down dengan ayat yang aku dapat rasa dia dah malas nak layan. Okay fine! Aku memang pantang kalau spesis yang tak boleh nak membantu lagi-lagi kita ni customer dan service yang kita request tu bukan kita minta free. So, what I did.. dengan kepala berasap gigih la aku Google email Manager atau Customer Service Manager ke apa supaya aku boleh complaint ketidak-puasan hati aku dengan tahap layanan hotel 5 bintang tu. Google punya Google.. terjumpalah this info. Aku main bedal je la.. tak tahu la betul ke tak kan. Berikut adalah complaint aku. Sila abaikan tatabahasa aku yang tunggang-langgang tu okay! Hahaha..


Per: Customer service yang tidak membantu
Salam,

Saya telah membuat tempahan untuk bilik jenis Deluxe pada 4 July 2015 sempena menyambut hari lahir rakan baik saya.

Saya ada bertanyakan mengenai dekorasi bilik untuk tujuan tersebut dan saya tiada masalah untuk itu.

Walau bagaimanapun, saya diminta untuk memberi butiran kad kredit saya atas alasan ia adalah prepayment basis dan saya enggan berbuat demikian kerana kad kredit saya pernah dibatalkan oleh pihak bank disebabkan cubaan mengggunakan kad kredit saya tanpa kebenaran dan saya enggan berbuat demikian atas dasar berhati-hati. Saya telah memaklumkan kepada staf anda (XXX) yang saya boleh membuat pembayaran sekali semasa proses checkin tapi beliau berkata ia tidak dapat dilakukan.

Dan saya ada meminta sekiranya dekorasi tersebut boleh disediakan setelah saya pulang dari berbuka puasa sekitar jam 9 malam dan selepas bayarannya saya buat semasa checkin nanti. Namun sekali lagi permintaan saya tidak dapat dilakukan.

Saya berasa amat kesal dengan tahap layanan sebuah resort bertaraf 5 bintang tapi enggan memberi kerjasama kepada pelanggan. Saya beberapa kali menyambut hari lahir di luar negara contohnya seperti di Grand Istana Rama, Bali dan mereka mampu memenuhi permintaan tanpa perlu meminta butiran kad kredit (dan ia dilakukan semasa saya masih berada di Malaysia) seperti yang saya alami di sebuah hotel gah di negara sendiri.

Sayang, hotel yang bertaraf tinggi tapi kualiti servis kepada pelanggan amat mendukacitakan.

Saya berharap pihak tuan mampu memperbaiki masalah ini agar pelanggan merasa sangat dihargai ketika menginap di hotel anda.

Yang ikhlas.
Omar


Tu dia comment aku. Ye lah.. dulu masa kat Bali, semua permintaan aku mereka layan. I would say sepanjang aku travel those people kat luar negara sana especially in Indonesia, Thailand dan South Korea, sangat customer-friendly. Mereka sebolehnya melayan setiap permintaan kita. Kat sini kadang-kadang tu kekwat tak bertempat.

Sejam lebih lepas aku hantar email tu, terus dapat call dari staff hotel tu minta maaf dan tanya apa isunya. Aku pun ceritalah kat dia about this and that. Dan dia cakap actually detail card credit aku dah ada dalam account Booking.com, so aku tak perlu email detail seperti yang diminta sebelum ni. Cuma dia akan email minta pengesahan untuk masukkan charge tu dan aku hanya perlu reply setuju dengan perkara tersebut. As simple as that! Kan.. ada jalannya. Don’t simply ignore your customer sebab kau nak mudah kerja or whatsoever alasan kau. Lagi lah hotel tu rated 5 bintang. Kalau rumah tumpang Ah Liew aku faham la juga kan? Customer always have the right to get entertained tak kiralah kalau dia bayar RM10 sekalipun. Betul tak? Dan selain tu, dia pun dah tanya siap-siap nak cake apa (hotel complimentary) dan bila deco tu nak ready. So, settle that part. Happy la aku sebagai seorang customer. Thanks to the GM dan staff yang terlibat. =)

Pemandangan dari balkoni.. saujana mata memandang.

Anyway, Firr datang rumah aku pun on-time. So dia tunggu siap-siap kat guardhouse. Erol memang blur gile dengan plan aku. Aku pun memang purposely tak cakap nak ke mana dan dengan siapa. So, on the way nak keluar dari guardhouse tu, dia baru perasan Firr ada. Maka, bergeraklah kami bertiga ke Cyberview walaupun mulanya si Erol ingat aku nak bawa dia masuk hutan Bakaugruv yang aku pergi hari tu. “Nak bawa pergi masuk utan kan?” Lepas tu sibuk tanya berapa jam perjalanan, sampai pukul berapa semua. Hahahaha.. aku buat tak layan je. Nak tambah propah, aku suruh dia bawak passport skali. Jahat tak?

Me and my chingus.

Anyway, bila dah sampai hotel, aku check-in dan prosesnya berjalan lancar. Front desk staff dah inform aku yang deco semua dah ready and dia juga dah tanya siap-siap nak hantar sahur jam berapa. Selesai berurusan, kami balik semula ke kereta sebab biliknya terletak di blok 7, bahagian belakang. Leceh gak nak berjalan dengan barang bagai. So, sampai je bilik… WALLLAAAA… puas hati! Very spacious room! Ikutkan aku book bilik deluxe je, but then aku rasa derang dah upgrade bilik aku ke Executive Deluxe yang lebih luas. Sangat puas hati! And the flower deco kat atas katil pun just nice. Kat dalam bathtub pun diletakkan rose petal. Hahaha.. Motif?????

Nice, cozy and spacious room. Love it!
Flower deco as per requested.

So, bila dah kat bilik tu, kami relax dulu melepaskan lelah. Macam la jauh sangat kan? Erol sibuk ajak pi sauna since it is free. Gile apa tengah-tengah panas, bulan puasa nak pi sauna. Sah-sah la lepas sauna tu nanti haus. Around 5.00 pm kami keluar pusing-pusing this area. Lepak.. ambil gambar.. what else la kan nak buat.

Serious tenang je kalau duduk kat sini.

And then, lepas sejam, kami balik semula ke bilik bersiap-siap untuk berbuka puasa. Again, aku dengan Firr kelentong dia kata nak pergi Pasar Ramadhan, tapau dan makan kat bilik je. Firr punya propa sampai aku pun naik confuse aku ada bagitau dia ke tak pasal plan berbuka puasa tu. Hahaha.. Punyalah pandai berlakon!

Unit kami terletak di bahagian atas.

Lepas tu, around 6.45 pm, kami bergerak ke Pusat Komuniti Cyberjaya. Aku dah book awal-awal kat Bayou Coffee House tu untuk 10 orang. So, berjumpa la dengan yang lain kat sana. Again.. si Erol kena tipu. Hahaha. Thanks to Bai, Azz, Fadz, Eric dan Effa yang sudi datang. Ajie, Lys dengan Amz tak dan nak datang sebab ada hal masing-masing. Okay lah. The food there pun not bad. Masakan Melayu dia boleh tahan banyak dan sesuai sekali dengan citarasa Bai, that Village People tu! Aku awal-awal lagi dah aim kambing panggang. Tapi, makan buffet ni bukan boleh masuk banyak sangat la ni. Makan sikit je dah kenyang kan?

Iftar with them.

Selesai majlis berbuka, kami terus balik ke bilik untuk celebrate birthday Erol. Cake pun hotel dah bagi siap-siap petang tadi jam 4.00 lebih (walaupun aku suruh hantar jam 9.00 malam! Hahaha..). Tapi chocolate cakenya sedap. Aku siap suruh Erol bungkus bawa balik sebab chocolatenya sangat rich!

Complimentary cake by the hotel. Sedap!

So, that night lepas potong cake, bagi hadiah and bergambar bagai, kami dok lepak-lepak borak sekejap sebelum masing-masing beransur pulang.

Family affair.

And since sahur turut diberikan oleh pihak hotel, maka aku minta mereka hantar jam 4.00 pagi sebab jam 5.30 pagi aku kena hantar Firr ke KLIA2 sebab dia bekerja awal pagi tu. Menu sahurnya nasi goreng kampung, ikan masak kicap, ayam kari, sayur campur dan kupang bersos cili, buah-buahan serta air orange dan teh. Meriah gile! Tak pernah aku sahur dengan hidangan banyak macam ni. Lagi lah aku ni memang jenis bangun sahur minum air je kan. Makan la sikit sebab sayang pula tengok rezeki dah depan mata.

Sahur yang menggantikan breakfast buffet… meriah!

So, selesai sahur, around 5.30 am tu, aku dengan Erol hantar Firr ke airport dan balik bilik sambung tidur. Plannya nak bangun jam 9.00 pagi, nak swimming atau sauna.. tapi ke laut! Hahaha.. And around 12.00 pm tu, kami check-out dan terus pulang. But, sebelum tu singgah gunting rambut dekat kedai Dexter (kedai favorite aku) dan singgah Cibiuk, tapau nasi ayam liwet untuk berbuka.

Maka, berakhirlah short getaway aku untuk minggu ni.

Apa pun, aku sangat happy sebabnya pertama, plan aku menjadi.. thanks to my tayamzz yang sudi hadir. Keduanya, sangat berterima kasih dengan pihak Cyberview Resort & Spa especially General Managernya, Encik Azzudin, yang mengambil serious complaint aku dan memberikan layanan dan servis yang cemerlang untuk kami dan membantu merealisasikan plan ni. Thanks juga kepada Front Desk Manager, Haslinda dan staffnya, Kumaran. You guys the best!!!

And thanks kepada Cyberview Resort & Spa for the memory. Will be back here again, Insyallah. =)

Cyberview Resort ~ a great place to stay.

Anyway, to those yang berminat nak bermalam di sini atau nak tahu info lebih lanjut pasal resort ni, boleh layari this website – http://cyberviewresort.com/


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.