Sharing is caring

Diinspirasikan daripada resepi nasi goreng kampung yang aku buat pagi tadi untuk breakfast. So.. this is my lunch for today.

Hidangan untuk 2-4 orang makan.

Bahan-bahan:

  • Setengah packet fettuccine (direbus dan ditos)
  • Segenggam ikan bilis (preferably ikan bilis hitam)
  • Sedikit ikan malong masin or any ikan masin ~ optional)
  • 5 ulas bawang merah, dihiris halus
  • 4-5 ulas bawang putih, dihiris halus
  • 5-6 batang cili padi, dihiris halus
  • Segenggam daun kesum, dihiris halus
  • 2 batang serai, dihiris halus
  • Serbuk black pepper Ajishio
  • Serbuk bawang putih (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  • Panaskan kuali. Masukkan minyak dan tumis ikan bilis & ikan masin malong.Gaul sehingga agak garing.
  • Masukkan bawang merah dan bawang putih. Gaul sehingga bawang-bawang tersebut layu.
  • Kemudian, masukkan serai dan cili padi. Gaul rata.
  • Selepas tu, masukkan fettuccine. Gaul rata.
  • Masukkan hirisan daun kesum. Kemudian masukkan serbuk black pepper, serbuk bawang putih dan garam secukup rasa (ikan bilis & ikan masin tu dah masin.. so jangan letak banyak sangat).
  • Siap!!!

Tu je caranya. Senang kan??? Selamat mencuba!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.