Sharing is caring

Hello semua!

Okay.. hari ni aku terlebih rajin. So, aku share satu lagi resepi khas buat penggemar pasta iaitu Crab & Seafood Fettuccine atau dalam bahasa kampungnya pasta ketam dengan makanan laut. Make sure korang cari ketam dan makanan laut yang segar-segar. Seafood ni kalau tak fresh, potong selera nak makan. Betul tak? Dari segi pasta pulak, terserah korang nak guna jenis yang macam mana. Sama ada linguine, spaghetti, fusilli, macaroni, penne atau angel’s hair.. ikutlah. Janji korang tak guna laksa beras sudehh!

Dan berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak seafood fettuccine ni.

Bahan-bahan (untuk hidangan 2 orang):

Untuk masak ketam:

  • 2 ekor ketam segar
  • 1 labu bawang putih
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (optional)
  • 5 sudu besar sos pasta (any flavour pun boleh.. original, mushroom, garlic, etc..)
  • 1 sudu besar Thai chilli flakes (optional – kalau suka pedas)
  • olive oil untuk menumis (minyak lain pun boleh…)
  • Ajishio Blackpepper secukup rasa
  • gula merah dan garam secukup rasa

Untuk masak pasta:

  • 1/2 atau 1 pack fettuccine (ikut berapa banyak korang nak makan
  • beberapa tangkai leek (atau daun bawang) dan parsley (dimayang)
  • 1 labu bawang putih or more (aku suka extra garlic!)
  • 1-2 biji bawang besar (saiz sederhana, dipotong dadu)
  • beberapa ekor udang segar saiz sederhana
  • 1-2 ekor sotong segar saiz sederhana
  • 1 packet frozen mussel (kupang)
  • beberapa biji frozen lobster balls (any seafood ball pun boleh)
  • 1 sudu besar Thai chilli flakes (optional)
  • garam dan Ajishio Blackpepper secukup rasa
  • 2 sudu besar mentega untuk menumis

Cara memasak:

  1. Masukkan fettuccine ke dalam air mendidih yang dicampur garam. Rebus sehingga masak dan toskan. Letakkan sedikit butter atau olive oil supaya tak melekat.
  2. Untuk memasak ketam, panaskan olive oil, tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi.
  3. Kemudian, masukkan sos pasta, Thai chilli flakes dan Ajishio blackpepper (secukup rasa).Gaul rata.
  4. Masukkan ketam. Tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga ketam masak dan bertukar kemerahan. Biarkan seketika dan angkat.
  5. Untuk memasak fettuccine, panaskan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah. Biarkan sehingga wangi dan naik bau.
  6. Masukkan kesemua makanan laut (udang, sotong, kupang dan seafood balls). Gaul rata.
  7. Tambahkan Thai chilli flakes untuk extra kick.
  8. Masukkan fettuccine yang telah direbus tadi. Kemudian masukkan kuah ketam tadi dan garam serta Ajishio blackpepper secukup rasa. Gaul rata.
  9. Masukkan leek/daun bawang dan parsley yang telah dimayang. Gaul rata.
  10. Letakkan fettuccine dia atas pinggan dengan ketam diatasnya. Letakkan baki kuah ketam tadi dan taburkan dengan daun parsley. Siap!!!

So, begitulah cara nak memasak Crab and Seafood Fettuccine ni. Tak susah mana pun. Kot la dah muak makan bihun goreng, boleh try ni pula. Selamat mencuba!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.