Sharing is caring

Hello.. hello! Apa khabar semua?

Hari ni aku nak kongsi satu lagi resepi mudah untuk dimasak iaitu Daging Masak Rempah/Pedas. Mudah je nak masak menu ni. Lebur je semua dalam kuali. Okay berikut adalah bahan-bahannya. Aku main agak-agak je, so korang boleh adjust bahan-bahannya ikut selera masing-masing.

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu
  • 3 inci halia
  • 1-2 biji bawang besar (dimayang bulat)
  • 5-10 biji cili padi
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 2 sudu besar gula merah atau gula melaka
  • kicap manis secukup rasa
  • garam secukup rasa

Bahan A (dikisar halus)

  • 2 batang serai
  • 3-4 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 2 ulas bawang putih (optional)
  • 2 inci kunyit hidup atau 1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan B (dikisar halus)

  • 2-3 sudu besar ketumbar
  • 2-3 sudu besar lada hitam

Cara memasak:

  1. Rebus daging lembu dengan hirisan halia. Rebus sehingga daging empuk dan air rebusan hampir kering.
  2. Kemudian masukkan bahan A, bahan B dan cili padi. Gaul rata. Biarkan seketika.
  3. Masukkan pes asam jawa (yang telah dicairkan dengan sedikit air) dan hirisan bawang besar. Kemudian tambahkan gula merah, garam dan kicap manis secukup rasa.
  4. Masak lagi sehingga kuah pekat dan hampir kering. Kalau nak biarkan berkuah sikit pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.
  5. Siap dihidang!

Okay.. tu je cara nak membuatnya. Senang kan? Daging lembu tu pun korang boleh gantikan dengan daging kambing ataupun ayam. Dari segi rempah pula, boleh juga kalau korang nak tambah sedikit jintan manis dan jintan putih serta sedikit buah keras juga. Since 3 bahan ni aku takde.. so aku guna apa yang ada je lah.

Selamat mencuba ya!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.