Sharing is caring

Assalamualaikum semua! How’s your day masa PKP ni? Harap semuanya baik-baik belaka. Okay, kali ni aku nak share dengan korang resepi daging masak kicap versi yang aku selalu buat… jenis tidak berkuah dan sedikit berempah.

Untuk resepi ni, aku gunakan daging beku dari India. Untuk korang yang tak tahu, daging beku dari India ni selalu adalah daging kerbau. So, bila menggunakan daging beku ni, aku akan rebus dahulu sampai empuk. Lazimnya, aku akan beli 2-3 paket dan rebus sekali gus. Then, bila dah sejuk, masukkan dalam freezer. Bila nak guna, keluarkan dan tak perlu nak rebus lagi. Jimat la sikit gas korang daripada nak rebus banyak kali kan? But anyway, kalau korang menggunakan bahagian daging yang cepat empuk macam batang pinang tu, tak perlulah nak rebus dulu. Boleh masak terus. Bezanya daging fresh dengan frozen ialah, yang frozen ni lebih murah la sikit.

Okaylah, mari kita tengok bahan-bahannya.

Daging Masak Kicap (2-4 orang makan)

Bahan-bahan:

  • 500 gm daging (direbus hingga empuk dan dihiris)
  • 4 biji kentang (dipotong dan digoreng hingga kekuningan)
  • 2 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 batang lada merah & 2 batang lada hijau
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji cengkih
  • 1 sudu teh pes asam jawa, dibancuh dengan sedikit air (atau boleh guna 2-3 keping asam gelugor)
  • *2 sudu teh serbuk ketumbar
  • *1 sudu teh serbuk jintan manis
  • *2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit air rebusan daging atau air biasa
  • sedikit Ajishio black pepper atau serbuk lada hitam biasa
  • garam secukup rasa

*Kalau takde rempah berasingan ni, boleh gunakan rempah sup lebih kurang 2 sudu besar.

Cara memasak:

  • Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
  • Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan hirisan halia.
  • Bila bahan tumis dah wangi, masukkan daging. Gaul dan biarkan seketika.
  • Selepas itu, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
  • Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.
  • Berikutnya, masukkan air asam jawa. Kalau korang nak berkuah, boleh masukkan sedikit air rebusan daging/air biasa atau lebihkan sedikit kicap manis.
  • Kemudian, masukkan kentang goreng. Gaul rata dan biarkan seketika.
  • Selepas itu, masukkan hirisan bawang besar, lada merah dan lada hijau. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika supaya kuah kicap tu meresap dalam daging dan kentang.
  • Masukkan garam jika perlu. Aku tak letak dah sebab dah cukup rasa dengan sos tiram dan kicap semua tu.

That’s it! Dah siap dah lauk daging masak kicap versi abang Omaq. Sedap dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Okay… tu je aku nak share. Selamat mencuba!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.