Last day in Tehran. Waaaaaaa…. sedihnya mengenangkan percutian dah nak habis. Pagi ni aku sorang je yang turun breakfast. Eric dah selamat membedal saki baki makanan semalam yang kami tapau. Si Erol masih terbongkang tidur. Dia nak lunch terus je katanya. Jadinya, lepas breakfast tu sempat la berborak sekejap dengan uncle Amir, yang incharge sediakan breakfast kat cafe bawah ni. Dia ni la yang dok puji Malaysia good country dan Mahathir Mohammad a good leader. Bangga aku kejap menjadi Malaysian. La ni… hmmmmm..

Jadinya, lepas checkout tu kami pi lunch dulu kat Nikou Burger which is aku dah tak lalu nak order burger dah. Hahaha. Instead, aku order grilled chicken and lamb dan hati kambing kat kedai sebelah Nikou ni. Boleh je makan dalam restoran ni.




So, at 8.00 pm taxi kami pun sampai. Settle masuk luggage semua, kami pun bergerak ke airport. Mamat yang drive ni aku rasa Turkmen kot.. sebab dia dok pasang lagu Turki sambil nyanyi perlahan-lahan. Aku kenal penyanyi ni.. so bila aku tanya “is this Ibrahim Tatlises?” Dia reply yes.. dengan muka cam impressed. Hahaha. Nak je aku cakap aku pun dok layan Tarkan, Ebru Gundes dan Bulent Ersoy (tapi mak hayam ni kadang-kadang je la aku dengar).
Alhamdulillah jalan tak berapa jem. Sampai airport aku cuak sikit sebab flight AAX takde listed kat board tu. Rupanya flight tu delay dari KL. So, bila dah boleh checkin, kami pun terus masuk ke dalam. Tu pun lama juga kaunter nak mencari nama aku. Hahahaha. Bila dah masuk kat dalam menunggu flight tu, kami pun dinner lah sebab dah lapar. Terpaksa telan juga fastfood walaupun berpinau kepala bau fastfood ni.

Â
Secara keseluruhannya, aku rasa bersyukur dapat berkunjung di bumi Iran ni. Banyak pengalaman baru dan manis yang dapat semasa berada di sini. Yang pahit tu sikit je la especially bab transportation tu. Â Apa yang boleh aku simpulkan di sini ada beberapa perkara. Tu pun daripada pengamatan aku selama 9 hari di sini.. bukan secara general. Antaranya:
- Rakyat Iran sangat supportive and helping each other. Itu adalah antara kekuatan utama mereka memandangkan banyak sekatan antarabangsa terhadap mereka. Contohnya, masa kami dinner di fast food restaurant (Nikou Burger), kita boleh order makanan di gerai kebab sebelah dan makan di dalamnya tanpa rasa bersalah atau bimbang kena marah.
- Rakyat Iran baik dan peramah. Even some of them mukanya nampak macam nak bunuh orang. But once you senyum, depa akan senyum semula kat korang. Tapi ada juga yang muka macam palat especillay this one asshole yang jaga info kaunter kat airport terminal. Rasa nak tunjuk je jari tengah kat depan-depan muka dia.
- Rata-rata orang Iran kat Tehran fashionable.. especially golongan wanita. Stylo dan cantik-cantik dengan mekap yang wooowwww! Kemain tebal. Yang pakai chador lazimnya golongan tua dan tak ramai sangat terutamanya kalangan orang muda. Pastu pompuan kat sini galak buat nose job. Sebab menurut Jalal, that’s the only area yang derang boleh tunjukkan. Lainnya derang kena cover.
- Kebanyakan mereka terutamanya golongan muda tidak menyukai pemerintah/kerajaann serta undang-undangnya. Tapi mereka kena akur. Redha menerima kaedahnya.
- Driving skill Iranian memang bapak gile!!!! Serioussss okay! Tapi surpisingly sepanjang berada kat sana takde pulak nampak accident kecuali masa nak naik ke Dizin tu la. Bawak macam puaka pun mereka tetap tolerate memberi laluan. Honking is normal there… setiap masa.
- Thet don’t care whether you are Sunni or not. They treat you as a human being. Mula-mula aku macam was-was nak kenalkan nama aku Omar.. since selalu dengar depa ni tak suka para sahabat. Mula-mula aku introduce as Syed je.. but sebab dah terbiasa bahasakan diri Omar.. so aku biarkan je. Takde apa pun… they’re still friendly and warm lagi-lagi kalau tahu ko dari Malaysia. Bak kata Amir kat kedai souvenir tu.. “Iranian people are good people…”
Oh lagi satu… kat Dizin tu static electricity shocknya sangat kuat! Sentuh tombol pintu, sentuh frame tingkap, kepala paip, pegang selimut, pass barang kat roomate dan sebagainya.. manjang je kena shock. Masa kat Tehran pula, ada one night tu aku tidur tutup lampu, sekali kemain meriah lagi percikan biru electric sparks between comforter dengan selimut aku. Hahahaha. Selalu buka lampu dengar bunyi je. Macam-macam la kan… pengalaman baru.
Anyway, Insyallah, di masa akan datang aku akan plan lagi ke sini… maybe masa musim bunga dan ke tempat yang lain pula seperti Yazd, Esfahan, Shiraz dan lain-lain. Bumi Iran ni luas dan kaya dengan pemandangan menarik dan landskap yang pelbagai. Antara aim aku adalah Persepolis tu… teringin sangat nak pergi.
Dan kepada semua pembaca di luar sana, terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku yang tunggang-langgang ni. Harap-harap korang semua mendapat serba sedikit maklumat atau tips untuk bercuti di negara ni yang sering diberi gambaran buruk oleh pihak media terutamanya media barat. Jangan takut datang ke Iran. Trust me… you’ll be surprised!!!
To Erol, Firr dan Eric.. thanks sebab sudi repeat our winter vacation. Insyallah next year kita plan lagi ya.
Till then.. selamat merancang percutian korang ke sini. =)
Leave a Comment