Sharing is caring




Weekend getaway di Doubletree by Hilton Putrajaya yang baru dibuka pada 1 Oktober 2021 lepas. Dahulunya hotel ini dikenali sebagai Pullman Putrajaya. Aku selalu lalu tepi hotel ni setiap kali buat 1 loop joging Tasik Putrajaya. So, this time, aku berhujung minggu di sinilah. Lari seketika dari rumah. Lagipun, setiap kali birthday, aku akan pi somewhere. Since tak boleh nak ke mana-mana, berehat di sini pun dah kira okay.

Aku memilih King Guest Room for 2 termasuk breakfast buffet. Sebab kalau tak silap harga untuk sorang ngan berdua tak banyak beza. At least, boleh juga aku ajak member aku teman breakfast nanti. Bilik pun sebenarnya aku tersilap baca. Sepatutnya aku nak book yang ada balcony. Tapi takpe lah.. next time. Aku booked melalui Agoda under package Sweeten Your Stay dengan diskaun 25% untuk house services. So maksudnya, untuk F&B dan lain-lain, aku entitled untuk dapat diskaun tu. Contohnya, untuk dinner buffet, harga sebenarnya RM148 per pax. Tapi sebab aku ambil package ni, dapatlah off 25% tu.

Anyway, untuk mendapat beberapa privillege seperti wifi percuma apabila stay di Hilton ni, korang boleh register Hilton Honors di bawah. Biasalah, tipikal netizen cam aku ni carut dulu sebab tak dapat internet, lepas tu baru register. Hahaha..

Register di sini: https://www.hilton.com/en/hilton-honors/join/

Kalau korang register Hilton Honors ni, korang boleh dapat free wifi. Tapi limited la. Cukup untuk korang check e-mail. Tapi kalau korang memerlukan internet untuk heavy usage, dengan Hilton Honors ni, korang dikenakan RM15 sehari. Kalau tak register, kadarnya lebih mahal lagi. So, betterlah korang register je dulu.

Hotel ni sesuai juga kalau korang nak bawa family dengan anak-anak sebab terdapat mini water theme park. Banyak juga facilities lain seperti swimming pool, gym dan sebagainya. Aku nak sangat masuk saunanya tapi sebab terlalu malas, aku tak pergi pun. Dok melepek je dalam bilik. Memang betul punya rest la.

Salah satu sebab aku memilih untuk stay kat sini sebab aku senang nak joging atau buat morning walk mengelilingi Tasik Putrajaya sebab lokasinya memang bersebelahan je. Marina Putrajaya pun kat sebelah. Kalau korang nak buat aktiviti air yang lain pun boleh.

Dari segi makanan pula, bila kau stay kat hotel camni, hidangan makanannya memang mantap! Untuk breakfast je, cukup meriah. Macam-macam pilihan ada dari Asian ke Western. Pastries pun banyak. Lepas tu yang paling aku suka, time aku pi ni, smoked salmon orang tak makan sangat. Heaven ya!!!

Untuk dinner buffet pun sama. Banyak pilihan dan yang aku dok repeat semestinya roasted lamb la. Tu memang favorite aku. And of course, coffee yang mantap tu!

So, tu je la serba-sedikit perkongsian aku mengenai percutian aku di Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside ni. Insyallah, ada rezeki kalau aku bosan duduk rumah dan nak feeling getaway, aku akan ke sini lagi.

Dan tak lupa juga, ucapan terima kasih kepada yang wish, doakan, celebrate, belikan cake, bagi hadiah dan sebagainya sempena birthday aku yang ke-43 ni. Thanks so muchhh! Jumpa lagi di post akan datang. Take care and stay safe!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.