Sharing is caring

Memandangkan aku tak pulang bercuti semasa Hari Raya Aidiladha hari tu, so aku mengambil keputusan untuk staycation di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur. Mula-mula berangan nak ke Phuket atau Krabi sealam 2 malam. Sekali tengok tiket flight bukan main lagi berganda-ganda dari kebiasaannya, maka lupakan sajalah. Hilton Garden Inn Kuala Lumpur ni terletak di Jalan Chow Kit dan mempunyai 2 buah menara iaitu North dan South. Aku memilih untuk menginap di South Tower.

Hilton Garden Inn Kuala Lumpur (South)
Single guest room & queen guest room with KL Tower view
📍 https://bit.ly/3Og4LS7

Garden Inn ini ialah rangkaian Hilton yang menawarkan penginapan bajet yang berkualiti dan selesa. Contohnya single guest room yang aku booked ni untuk seorang dan satu malam berharga RM197.20 termasuk breakfast buffet dan set lunch atau dinner. Okay kan? Mula-mula aku plan nak staycation semalam je, tapi sebab the next day tu aku macam malas gila nak balik, so aku extend lagi satu malam. And the best part, aku dapat free room upgrade dari single ke queen guest room with KL Tower view. Aku tak bajet pun nak tukar bilik, tetapi disebabkan bilik yang aku stay ni salah satu wall socketnya rosak. So aku tak boleh nak switch on external hard disk aku (extension pun tak bawa). Jadi, bila aku beritahu front desk aku nak tukar bilik disebabkan masalah ni, terus dapat room upgrade. Baguskan Hilton?

Berikut ialah info mengenai Hilton Garden Inn (South) yang ingin aku kongsikan untuk makluman korang.

Hilton Garden Inn Kuala Lumpur (South)

  • Menara South lebih tinggi iaitu 25 tingkat manakala North dengan ketinggian 16 tingkat.
  • Swimming pool hanya terdapat di South dan gym pula hanya terdapat di North.
  • Breakfast area terletak di Level 1 dan lebih selesa manakala breakfast di North terletak berhampiran lobi utama.
  • Terdapat rooftop bar, bersebelahan dengan swimming pool.
  • Lokasi berhampiran Pasar Chow Kit. Terdapat gerai menjual buah-buahan dan makanan di tepi hotel.
  • Mydin dan Pasar Malam Lorong Haji Taib di seberang jalan, senang nak membeli barang-barang keperluan.
  • Terdapat stesen monorel Chow Kit berhampiran.

Bilik dan kemudahan

  • Single guest room (Room 1813): keluasan bilik just nice untuk seorang. Bantal dan tilam yang selesa, aircond pun sejuk. Tingkap kecil dengan pemandangan KLCC. Cuma room yang aku stay ni kepala showernya tak berfungsi dengan baik (perlu ditukar) dan salah satu wall socketnya rosak.
  • Queen guest room with KL Tower view (Room 2303): bilik sangat selesa dengan tingkap luas dan pemandangan KL Tower. Bantal, tilam pun sangat empuk. Hot shower yang kuat dan panas serta aircond yang sejuk. Nothing to complain.
  • Swimming pool dengan saiz sederhana di bahagian rooftop, bersebelahan bar dan banyak disediakan tempat duduk. Boleh menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang indah di sini pada waktu malam. Kalau tanya aku, agak segan la nak mandi kat sini especially kalau ramai pengunjung di rooftop bar ni. Setakat nak lepak, bermalas-malasan atas kerusi okay la kot.
  • Terdapat diffuser di lobi dan koridor hotel. Berbau segar dengan aroma lemongrass.

Restoran dan makanan

  • Breakfast buffet dengan pelbagai pilihan. Walaupun berstatus penginapan bajet dan tidak semeriah Hilton atau DoubleTree, tapi hidangan buffet di Garden Inn ni tidak kalah ya. Ini salah satu sebab aku suka rangkaian Hilton.
  • Rooftop25 bar di bahagian atas hotel menawarkan pengalaman dining dengan view KL yang menarik. Terdapat package disediakan di sini, kalau korang nak sambut birthday atau nak dinner dengan suasana yang romantik, mereka boleh set upkan meja semua. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh klik sini:
    Rooftop25 Bar & Lounge Menu
  • Aku mengambil halfboard – breakfast buffet dan set lunch atau dinner. Hidangan untuk lunch/dinner ni bagi aku ciput je. So, kalau korang jenis kuat makan macam aku ni, mungkin nak kena order lain di bar ni. Hari tu, untuk set dinner, aku order wok fried mee hoon. dan pineapple juice. Aku tambah secara ala carte fish and chips. Rasa bagi aku, so-so je la. Mungkin boleh diperbaiki lagi.
  • Menu pilihan bagi yang ambil halfboard (lunch atau dinner) ialah shrimp spaghetti aglio olio, junior chicken/beef burger, stir fry oriental chicken, garlic salmon fried rice dan wok fried mee hoon. Pilihan air pula soft drink atau chilled juice.

Itu sahajalah info yang aku nak share mengenai staycation aku di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur ni. Maybe next time kalau aku nak staycation hotel lagi secara bajet tetapi dengan breakfast buffet yang okay, aku akan stay di sini lagi.

Anyway, aku suka tempah melalui Booking.com ni kerana aku boleh dapat cashback melalui aplikasi Shopback. Tapi bila korang book guna 3rd party app ni, korang tak boleh nak kumpul point untuk loyalty program diorang iaitu Hilton Honor. Tapi kalau korang tak kisah sangat pasal point and prefer cashback, maybe korang boleh guna Shopback. So, bagi korang nak nak try, boleh click ni di bawah:

https://app.shopback.com/d7SmJ16oErb

Till then. See you in next the post. Tata!

Dan kalau korang berminat untuk membaca blog staycation aku di rangkaian hotel Hilton, boleh klik link di bawah:


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.