Huka Falls @Taupo, New Zealand

Huka Falls adalah rangkain air terjun yang merupakan sebahagian daripada Waikato River iaitu sungai yang terpanjang di New Zealand ni. Waikato River berpunca dari Lake Taupo, yang juga merupakan tasik yang terbesar di negara ni.

Map 1
Map 2

Kami singgah di sini semasa dalam perjalanan dari Rotorua ke Tongariro National Park. 

Apa yang pasti, pemandangan Huka Falls ni memang mengagumkan sebab first time in my life aku tengok air sungai yang crystal clear dan berwarna biru kehijau-hijauan. 

Arusnya sangat kuat!
Maunya tak kagum tengok air sungai warna biru

Arusnya pula jangan cakap.. sangat deras, kuat dan merbahaya. Kalau nak tahu, isipadu air yang mengalir di sini ialah sebanyak 220,000 liter per second!!!

Huka Falls River Cruise
Mendekati kawasan arus deras

Dan kat sini juga terdapat satu spot yang digelar Ice Blue Snow White di mana air kat sini berwarna putih kebiru-biruan. Memang cantik giler!

Spot Ice Blue Snow White
Itulah rupanya…

Dulu… in 1989 dikatakan ada kes di mana mayat pemain kriket dijumpai kat area Huka Falls ni dengan tangan dan kaki terikat ala-ala bondage gitu. Namanya aku tak ingat la plak.

Segar udara di sini ya…

Anyway… memang best kawasan air terjun ni. Terasa kesegarannya.. ye la kan.. kawasan waterfall.. kaya dengan ion-ion negatif. Mana tak segar.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer