#Recipe ~ Ayam Masak Panggang Kuali

Hi semua. Hari ni aku nak share satu lagi resepi yang mudah untuk dimasak yang boleh dijadikan santapan makan tengahari ataupun malam untuk seisi keluarga. Masakan ni arwah Baba (nenek aku) dan Umi selalu masak. Lazimnya mereka masak menggunakan ikan sagai. Memang sedap. Tapi versi aku ni menggunakan ayam. Aku cerewet sikit bab ikan ni. Nak cari ikan yang segar payah sikit. Dan aku paling tak suka kalau ikan tu rasa tak fresh. Potong selera betul!

Anyway, ni bahan-bahan untuk membuat ayam masak panggang kuali ni. Nama je panggang.. tapi takde pun memanggangnya. Resepi ni untuk 2 orang, boleh makan 2 kali.. lunch dan dinner.

Bahan-bahannya:

  • Ayam: 2 bahagian thigh (1 bahagian dipotong 4)
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 2-3 bawang besar (saiz sederhana)
  • 1-2 inci kunyit hidup
  • 1 kotak kecil santan kelapa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2-3 batang serai
  • 1 batang cili padi/hidup
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Cili kering direndam dengan air panas/direbus, cuci dan buang biji.
  2. Kisar cili kering, kunyit hidup dan bawang besar.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan tumis sehingga garing/pecah minyak. Masukkan serai.
  4. Masukkan ayam dan tambah sedikit air. Biarkan seketika sehingga ayam separuh masak.
  5. Kemudian, masukkan asam gelugor, bawang hiris, lada hidup dan santan. Gaul rata dan biarkan mendidih.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit. Masak sehingga kuah agak pekat.
  8. Sedia untuk dihidang.

So, itulah cara-caranya untuk memasak ayam masak panggang kuali. Harap-harap menepati selera korang semua. Selamat mencuba!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer