#Recipe ~ Nasi ayam paling mudah nak buat!


Hello semua! Kali ni aku share resipi nasi ayam paling senang nak buat khas untuk jenis yang tak berapa rajin macam aku ni. Berikut adalah bahan-bahan dan cara nak buat nasi ayam versi abang Omaq! Hehehe…

Resepi Nasi Ayam Paling Senang (untuk 1-2 orang makan)

Bahan-bahan:
  • 1 bahagian chicken thigh dipotong 2 (atau mana-mana bahagian pun boleh)
  • 2 cawan beras basmathi (direndam 10-15 minit dan ditoskan)
  • 1 inci halia (dimayang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 1 biji bunga lawang, 2-3 biji cengkih dan pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar (dipotong kasar)
  • 1 kiub perasa ayam
  • 2-3 batang cili padi (optional)
  • 2-3 sudu marjerin (untuk menumis)
  • Sedikit bahagian kulit ayam (dicincang)
  • Garam secukup rasa
Cara memasak:
  • Panaskan marjerin dalam periuk rice cooker (letakkan atas api dapur gas dulu). Tumis kulit ayam yang dicincang sehingga sedikit garing.
  • Kemudian tumis halia, bawang putih, bunga lawang, cengkih dan pelaga sehingga naik bau.
  • Masukkan beras basmathi. Gaul rata.
  • Kemudian masukkan 3 cawan air, kiub ayam, daun ketumbar, cili padi dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  • Lepas tu, masukkan isi ayam di bahagian atas beras.
  • Angkat periuk dan letakkan dalam rice cooker dan tanak sehingga masak. Siap sudah nasi ayam anda!
Then, kita buat kuah lada dan sos kicap pula.

Bahan-bahan untuk kuah lada:
  • 15 batang cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu teh cuka atau sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
Cara memasak:
  • Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga halus.
  • Panaskan kuah lada di dalam periuk kecil sehingga sedikit pekat. Lepas tu angkat. Done!
Cara-cara membuat sos kicap:
  • 1/4 mangkuk kecil kicap manis (aku prefer sos ABC sebab ia pekat)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Sedikit serbuk bawang putih
  • Sedikit serbuk Ajishio blackpepper
  • Cara membuat: Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sehingga sebati. Siap!
So.. begitulah serba sedikit cara nak buat nasi ayam yang paling mudah. Senang je kan? Lagilah kalau korang jenis pemalas nak mati, boleh je lebur semua bahan nak buat nasi ayam tu dalam rice cooker, masukkan air dan terus tanak. Boleh juga. Tapi kalau tumis ni lagi sedap la sikit.

Kalau ada apa-apa feedback, bolehlah type kat ruang komen di bawah tu ya. Till then, tata!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Site Footer