Sharing is caring

Hello semua. Hari ni aku share resepi yang aku panggil Nasi Ayam Rempah. Ala-ala nasi beriani/Arab menggunakan rempah-rempah yang korang ada kat rumah. Tapi jangan korang letak rempah kari pulak. Aku tak rasa ia akan jadi sedap. Rempah biryani, kurma, sup atau Arab/Mandi should be okay lah. Ayam pulak, bahagian wings macam yang aku guna tu just nice. Resepi ni mudah… lebur je semua dalam rice cooker. Sesuai untuk yang jenis malas nak masak banyak kali macam aku ni.

Okaylah, berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya.

Nasi Ayam Rempah (2-4 orang makan)

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi (rendam 20 minit kemudian toskan)
  • 10 bahagian wingette ayam (atau mana-mana bahagian pun boleh)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 peket kecil rempah sup
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji cengkih
  • *3 sudu besar minyak sapi
  • 1 kiub perisa ayam
  • garam secukup rasa

*Kalau takde minyak sapi, guna marjerin atau butter pun boleh. Kalau takde juga, belasah je guna minyak masak. Untuk menumis je. Cuma aromanya kurang la sikit.

Cara memasak:

  • Panaskan minyak sapi. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
  • Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai wangi.
  • Bila bahan tumis dah wangi, masukkan rempah sup. Tambahkan setengah cawan air dan gaul rata.
  • Selepas itu, masukkan beras basmathi dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan baki 2 setengah cawan air. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan kiub perisa.
  • Berikutnya, masukkan ayam dan gaulkan. Kemudian, sambung tanak nasi tersebut dalam rice cooker.
  • Tunggu sehingga masak dan siap!!!

Cara buat simple acar/jelatah:

  • Boleh guna any sayur/buah yang korang ada seperti timun, tomato, lada merah/hijau, lada benggala (capsicum), bawang besar, celery ataupun nenas.
  • Dressingnya boleh guna sedikit cuka atau jus limau nipis, dicampur gula dan garam secukup rasa
  • Nak extra flavor, boleh tambah sedikit serbuk garlic dan Ajishio black pepper

Tu je cara nak memasaknya. Mudah je kan? Actually korang boleh tambah kentang, lobak merah atau celery. Or even lada hijau/merah. Ikut citarasa korang.

Tapi ayam tu, make sure jangan potong terlalu besar so that mudah masak. Atau korang juga sebenarnya boleh masukkan ayam dulu, sebelum masukkan beras. Agak-agak dah separuh masak, baru masukkan beras dan air, then tanak dalam rice cooker. Boleh juga nak buat macam tu.

Sukatan air dengan beras pula bergantung pada jenis beras korang. Macam aku ni, aku guna beras basmathi Faiza. Sukatannya 1 cawan beras = 1.5 cawan air. So, 2 cawan beras = 3 cawan air lah.

Senang je kan? Selamat mencuba!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.