Sharing is caring

Assalamualaikum semua. Korang sihat ke? Sedar tak sedar dah dekat penhujung April 2020 dah ni. Cepat betul masa berlalu…tambah pula dengan PKP ni. Anyway, untuk post kali ni, aku nak share resepi Nasi Butter versi aku dengan menu sampingan iaitu kari udang dengan buah mangga dan salad tomato dan daun pudina.

Kalau korang takde butter, boleh juga digantikan dengan marjerin. Maka, jadilah nasi marjerin. Dan untuk kari udang tu sebenarnya aku nak guna nenas. Tapi disebabkan mini mart kat rumah aku ni takde jual nenas, so aku guna je la buah mangga yang ada dalam fridge aku tu. Cara masak aku memang fleksibel. Guna je bahan yang ada. Hehehe.. Okay, berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya. **sekarang dah jam 1.30 am dan mata aku masih cerah lagi. Bahana minum nescafe lepas Maghrib tadi..**

Nasi Butter (Untuk hidangan 4-5 orang)

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi (direndam 20 minit & ditoskan)
  • 1/3 bahagian butter (atau 5-6 sudu besar marjerin)
  • 4 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 4-6 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 2 inci halia (dimayang halus)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji cengkih
  • 1 mangkuk kecil daun pudina & daun sup (dipotong kasar)
  • 1.5 cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara memasak:

  • Cairkan butter dalam periuk rice cooker. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
  • Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga bawang kekuningan atau caramalized.
  • Apabila bawang dah kekuningan, masukkan beras yang telah ditoskan. Tambahkan 3 cawan air dan 1.5 cawan susu cair. (3 cawan beras = 4.5 cawan cecair -> 1 cawan beras = 1.5 cawan cecair)
  • Masukkan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan daun pudina dan daun sup. Gaul rata agar bawang-bawang tidak bergumpal.
  • Selepas tu, masukkan dalam rice cooker dan biar sehingga masak.

Kari Udang dengan Buah Mangga

Bahan-bahan:

  • 10-15 ekor udang saiz sederhana
  • 1/3 bahagian butter untuk menumis
  • 4 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 4 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 2 inci halia (dimayang halus)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji cengkih
  • 1 sudu teh biji sawi
  • sedikit daun kari
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 peket kecil serbuk kari udang/ikan
  • 3 sudu besar natural yogurt
  • 1 biji kecil mangga muda (sederhana masak)
  • 1 batang lada merah dan lada hijau (dibelah dua)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara memasak:

  • Cairkan butter. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, biji sawi dan daun kari.
  • Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi dan kekuningan.
  • Masukkan rempah kari. Gaul rata dan campurkan sedikit air agar rempah tidak bergumpal. Jika perlu, tambahkan juga sedikit minyak. Gaul seketika.
  • Selepas tu, masukkan udang dan gaul rata.
  • Kemudian, tambah 3 sudu besar natural yogurt dan asam gelugor. Jika kuah masih terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi air.
  • Masukkan garam secukup rasa, buah mangga, lada merah dan lada hijau.
  • Biarkan seketika di atas api sebelum diangkat. Dah siap!

Salad Tomato dan Daun Pudina

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kecil tomato ceri, dipotong empat (atau tomato biasa dipotong dadu)
  • 1 mangkuk kecil daun pudina dan daun sup (dipotong kasar)
  • 3 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 2 batang lada merah (dimayang halus)
  • 3 sudu besar natural yogurt
  • 1 sudu besar madu
  • sedikit serbuk bawang putih
  • sedikit serbuk black pepper Ajishio
  • garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar dan gaul rata. Siap!.

So, begitulah caranya untuk membuat nasi butter, kari udang dengan mangga dan salad tomato versi aku. Selamat mencuba!

Nota:
Kari udang: kalau takde butter, boleh gunakan marjerin ataupun minyak biasa
Nasi butter: aku tak masukkan serai sebab aku tak nak serai tu overpowering aroma butter.
Salad: kalau korang nak masukkan timun atau capsicum pun boleh. Ikut citarasa masing-masing



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.