Sharing is caring


Hi semua. Okay.. hari ni aku nak share dengan korang menu berbuka puasa yang aku buat kelmarin. Actually, ni first time aku buat benda ni dan aku rasa macam menjadi juga la. Maybe boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. Aku buat murtabak menggunakan roti paratha segera jenis flaky. Selalu aku tengok orang gunakan kulit popia. Memandangkan aku takde kulit popia dan yang ada cuma roti paratha frozen ni je, so aku guna ni je la. Intinya pula, aku gunakan lebihan daging sate yang aku buat sebelum ni.

Ni dia bahan-bahan dan cara nak membuatnya.

Murtabak Mini Roti Paratha (5 keping)

Bahan-bahan:
  • 1 peket roti Paratha segera jenis flaky (jenis-jenis lain pun okay)
  • 1 mangkuk kecil daging sate
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 batang lada merah & lada hijau (dihiris)
  • sedikit daun sup (dimayang)
  • 2 biji telur (1 biji dibancuh dengan inti – 1 biji dicelup sebelum menggoreng)
  • sedikit serbuk bawang putih
  • sedikit serbuk Ajishio black pepper
  • garam secukup rasa
Cara memasak:
  • Cincang daging sate.
  • *Campurkan daging, bawang besar, lada, daun sup, serbuk bawang putih, lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  • Pecahkan sebiji telur. Gaul rata lagi.
  • **Letakkan 2 sudu besar inti pada kepingan roti paratha. Lipatkan empat segi.
  • Panaskan marjerin/butter pada kuali.
  • Celupkan murtabak pada bancuhan telur sebelum digoreng.
  • ***Balik-balikkan murtabak supaya masak rata pada setiap bahagian. Siap!!!
Tu je caranya. Inti tu kalau korang nak letak keju parut sikit pun okay. Ikut korang la. Untuk hidangan sampingan, aku menggunakan timun/bawang, digaul dengan sedikit sos cili, campur sedikit cuka dan 1 sudu teh gula. Gaul rata. That’s it. Ala-ala timun macam dimakan bersama murtabak tu. Selamat mencuba!

*Kalau korang menggunakan daging mentah, pastikan tumis dahulu bahan-bahan tu, sejukkan dan kemudian baru dipecahkan telur dan diletak atas roti paratha.
**Kalau ada roller, roll dulu supaya kepingan roti tu nipis sikit.
***If ada oven, lepas goreng tu, masukkan dalam oven seketika supaya bahagian sisi murtabak tu masak rata. Kalau takde, buat macam aku kat dalam video tu.

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.