Sharing is caring

Nota: Untuk makluman, restoran ini tidak lagi beroperasi di CBD Perdana, Cyberjaya.

Anda penggemar ikan patin Sg. Pahang masak tempoyak seperti saya??? Kini bersyukurlah kerana ada berita baik untuk anda! Hahahaha.. Beriya je intro kan?

Anyway, just nak share dengan korang yang kaki makan di Cyberjaya ni. Ada sebuah lagi restoran baru yang telah dibuka di CBD Perdana ~ Restoran Selera Santai. Terletak sebaris dengan Wong Solo & Sharin Low, Selera Santai menyediakan hidangan untuk sarapan pagi dan makan tengahari dengan pilihan lauk-pauk yang pelbagai.

Selera Santai @CBD Perdana, Cyberjaya
First day opening

Menu yang special kat sini semestinya ikan patin Sg. Pahang masak tempoyak. Memang sedap kuah tempoyaknya. Cukup rasa, manis pedas semua.

Menu istimewa: ikan patin Sg. Pahang masak tempoyak
Ada juga ayam kampung, ayam dara dan tilapia Sg. Pahang
Lauk-pauk yang lain
Section lauk yang satu lagi
Sambal dan ulam penting untuk membuka selera

Selain daripada tu, terdapat juga pelbagai lauk-pauk lain yang korang boleh pilih. Sama ada korang nak ambil set (bersekali dengan air) ataupun ala carte, terpulanglah.

Pilhan menu serta harga

Sarapan pagi juga disediakan bermula jam 7.00 pagi dengan pilihan ala carte atau buffet. Bagi buffet, terdapat 5 pilihan menu dengan pilihan air teh atau kopi dengan harga RM6.00 seorang. Murah kan?

Jadi, bagi warga Cyberjaya yang ingin mencuba masakan di sini, bolehlah berkunjung ke Restoran Selera Santai ni. Selamat menjamu selera!

Address: CBD Perdana, Jln Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor. (next to Sharin Low & Wong Solo)



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.