Sharing is caring


Alhamdulillah pada Jumaat lepas, aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Ilmu Madani yang dihadiri oleh Habib Umar bin Hafidz, Dr. Ali Jum’ah (mantan Mufti Mesir) dan juga Perdana Menteri sendiri. Majlis diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. So, dah dekat dengan rumah ni, rasa rugi pula kalau tak pergi. Sedikit sebanyak dalam hidup ni kena ambil barakah para ulamak dan orang alim. Barulah boleh berjalan tegak sedikit di laluan berliku di atas bumi Allah Ta’ala. Tausiah Habib Umar diterjemahkan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Umat manusia punyalah ramai. Media anggarkan lebih 20,000 orang yang hadir. Habis majlis nak keluar dan mencari selipar mengambil masa dekat 30 minit. Masa nak pergi pula, ambil Grab dari rumah (sebab kereta tak baiki lagi) terpaksa suruh driver Grab turunkan di back main entrance PMO dan menapak few kilometers ke Masjid Putra. Kalau tak buat camtu, memang tersangkutlah uncle Grab tu atas jalan. Nak balik pun camtu. Menapak tunggu Grab dari masjid ke Istana Kehakiman. Berkicap satu badan. Ikutkan hati, nak je aku singsing kain sampai ke atas. Tapi tidak manis berperangai sebegitu… Anyway, yang paling penting mendapat sedikit sebanyak ilmu dari kedua tokoh besar dunia Islam yang hadir pada malam tu.

Weekend ni pun, berkesempatan singgah di Pakdo Durian di Taman Putra Perdana, Puchong. Tu pun sebab Dee ajak aku ke sini selepas visit Shezz, member kami di Cyberjaya yang telah kehilangan suaminya pada 2 minggu lepas.

So, tu je la aktiviti minggu ni. Jumpa di post akan datang.

Till then, take care!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.