Hanoi 2019 (Day 3): Halal Nasi Lemak in Town


Hari ni merupakan hari ke- 3 aku di Hanoi. And happy birthday to me yang ke-41!!! Anyway, aku keluar agak lewat hari ni sebabnya masih lagi keletihan bahana berjalan satu hari suntuk di Halong Bay semalam. Lepas je breakfast, aku sambung edit video sampai la ke tengahari.

Untuk lunch hari ni aku pergi ke tempat lain pula. Bukan di Zaynab Restaurant. Kebetulan pulak member aku, Ken berada di Hanoi untuk training. Jadi aku ajak dia lunch sekali. Dia pernah kerja di KL few years ago dan sekarang ni back to Saigon for good. Dia dok sibuk nak makan nasi lemak sebab dah 3 tahun katanya tak pekena. Aku teringat ada satu restoran halal kat sini yang menghidangkan masakan Malaysia dan Singapura. So, kami ke sana lah.

d’Lions Restaurant @Cosiana Hotel (French Quarter)
Restoran yang aku maksudkan ni ialah d’Lions Restaurant yang terletak di Cosiana Hotel (French Quarter). Bila tengok menu, macam-macam masakan dari Malaysia dan Singapura yang boleh korang makan kat sini. Termasuklah masakan Vietnam juga. Dari nasi lemak, Penang prawn mee hinggalah ke teh tarik. Yang penting halal!

Ken memilih untuk membedal nasi lemak ayam manakala aku pulak try beef fried noodle dengan Vietnamese spring rolls. Sedap rasa masakan kat sini. Macam kat Malaysia! Dari segi harga, standard je la bagi aku. Cumanya yang menarik, since kami datang hari Isnin, menurut staff kat sini every Monday ada 50% off! Berbaloi-baloi. Kira hadiah hari jadi aku la ni. Hahahaha..

Beef fried noodle
Nasi lemak
Anyway, kalau korang nak try halal food kat d’Lions ni, berikut adalah detailnya:

Address:
Cosiana Hotel, 92 Đường Lê Duẩn, Văn Miếu, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam
Phone: +84 98 310 92 92
++Note: Harga makanan kat sini ada 50% off every Monday++

Selepas lunch kat d’Lions ni, Ken ajak aku pekena kopi kat Cong Caphe (Kong Cafe). Katanya antara cafe yang famous kat Vietnam ni. In fact, kat Hanoi ni memang banyak gile cafe. Teringat pulak aku kat Seoul. On the way ke Cong Caphe ni, kami melalui St. Joseph Cathedral.

St. Joseph Cathedral
St. Joseph Cathedral merupakan gereja tertua di Hanoi yang siap dibina pada 1886 oleh penjajah Perancis dengan senibina Neo-Gothic. Seni bina gereja ni dikatakan menyamai Notre Dame de Paris yang terkenal di Perancis tu.

St. joseph Cathedral
Lepas snap few photos, kami terus ke cafe. Depan gereja ni je. Memula ingat nak try egg coffee, tapi aku simpan dulu niat tu sebab nak try kat cafe asal yang cipta minuman ni iaitu Giang Cafe. Aku just try coconut coffee. Okaylah untuk sejukkan badan dalam cuaca panas melekit ni kan.

Selesai melepak kat cafe, kami pun beredar sebab si Ken ni nak siapkan presentation dia untuk training esoknya dan aku pun nak pergi ke Dong Xuan Market kat belakang hotel aku tu untuk usha barang-barang yang boleh dibeli untuk dibawa balik.

Menariknya kalau korang stay kat Hanoi Little Town hotel ni, Dong Xuan Market kat belakang ni je. Dalam 2-3 minit berjalan kaki.

Dong Xuan Market
Dong Xuan Market ni adalah indoor market yang terbesar di Hanoi yang dibina pada tahun 1889. Dalam pasar ni bermacam-macam barang yang boleh korang beli. Dari pakaian, cenderahati, periuk belanga, kain, makanan dan macam-macam lagi. Kebanyakan barang kat sini dijual dalam bentu pukal. Tapi korang boleh je beli sikit-sikit. Kena pandai tawar lah. Tapi bila korang dah start tawar tu make sure la beli. Silap gaya tawar bagai nak gile tapi korang tak beli, boleh kena maki plak nanti.

Dong Xuan Market
Macam-macam barang jual kat sini
Aku tak beli apa pun. Just few fridge magnet, plate, kopi dan lotus seeds. Lotus seed ni memang terkenal kat Vietnam dan kalau korang better beli kat sini sebab murah gila. Aku tengok harga benda ni depa jual kat Malaysia.. mahal nak mati ya. Kat sini satu packet 500 gm dia jual VND90,000… dalam RM16 (korang boleh tawar lagi kalau pandai.. aku ni tak reti tawar menawar sangat). yang aku check jual kat Malaysia, 500 gm depa dok jual RM55!!!! Mahal gile! So, kalau nak borong.. silalah borong banyak-banyak. Lotus seed ni sedap dibuat kudap-kudapan dan tinggi khasiatnya. Apa khasiatnya? Korang Google lah sendiri.

Ini dia lotus seed yang aku beli
Habis shopping kat sini, on the way balik, aku singgah kat cafe lagi (dekat ngan area hotel ni) dan pekena lime ice blended. Puas hati hawau. Ya ampun… berpeluh-peluh berjalan kat Hanoi ni ya.

So that’s about it activity pada hari ke-3 di Hanoi ni. Aku banyak melepak kat bilik mengedit video sebab malas nak merayap dalam cuaca panas. Esoknya aku plan nak pergi buat city tour ke West Lake dan area Old Quarter ni lagi.. and maybe kalau rajin ke French Quarter dan nak menonton water puppet. Till then.. see you tomorrow!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Site Footer