Sharing is caring

Hari ni merupakan hari ke-4 aku berada di Hanoi dan plan hari ni… aku nak buat city tour kat 2 tempat; di area West Lake/Ba Dinh dan di Old Quarter/French Quarter. Actually banyak spots yang boleh korang lawati di area West Lake dan Ba Dinh ni. Tapi aku tak pergi pun semua. Just pick mana yang aku rasa nak pergi je.

Dan kalau ikut perancangan awal, aku nak jalan kaki je ke West Lake tu. Tapi aku lupakan je niat tu. Better naik Grab Bike. Tak penat nak menapak dan berpeluh-peluh. Dah la cuaca panas hawau! So, lepas breakfast semua, aku ambil Grab Bike untuk ke destinasi pertama iaitu Thang Long Imperial Citadel.

The Imperial Citadel of Thăng Long (Vietnamese: Hoàng thành Thăng Long; Hán-Nôm: 皇城昇龍) is a complex of historic imperial buildings located in the centre of Hanoi, Vietnam. It is also known as Hanoi Citadel.

Thang Long Imperial Citadel

Thang Long Imperial Citadel merupakan kota/kubu yang dibina pada tahun 1010 ketika pemerintahan Dinasti Ly. Sebahagian besar kompleks yang juga menempatkan istana diraja telah musnah semasa penaklukan Perancis dan Jepun ke atas Hanoi.

Kat sini juga korang boleh saksikan sisa-sisa peninggalan laluan dari Dinasti Tran pada tahun 1260-1400.

Peninggalan laluan Dinasti Tran.

Anyway, kalau korang nak pergi ke sini, tiket masuknya berharga VND30,000. Lebih kurang RM5.00 lebih camtu.

Selepas melawat Thang Long Citadel, aku menuju pulak ke destinasi kedua iaitu ke Temple of Literature. Jalan kaki je dari sini. Tak jauh mana pun. Tapi on the way nak ke sana tu, aku singgah di Lenin Park yang terletak berhampiran dengan Thang Long Citadel ni je.

Lenin Park ~ A small triangular park offering benches & a bustling plaza overseen by a Lenin statue.

Lenin Park

Lenin Park ni merupakan taman yang kecil terletak berbentuk segi tiga. Taman ni juga terletak berhampiran dengan Hanoi Flag Tower dan Vietname Military History Museum.

Di taman ni didirikan statue Lenin, pemimpin Soviet yang terkenal tu. Kalau tak salah aku, statue ni diletakkan semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-110. Kalau korang nak tahu, Lenin, pemimpin parti Komunis ni bersahabat baik dengan Ho Chi Minh, pemimpin revolusi Vietnam.

Lenin Park.
Lenin Park.
Hanoi Flag Tower.

Văn Miếu (Vietnamese: Văn Miếu, Hán tự: 文廟[1][2]) is a temple dedicated to Confucius in Hanoi, northern Vietnam. The temple also hosts the Imperial Academy (Quốc Tử Giám, 國子監), Vietnam’s first national university.

Temple of Literature

Temple of Literature yang juga dikenali sebagai Temple of Conficius ni adalah merupakan universiti pertama di Vietnam. Ia dibina pada tahun 1070 semasa pemerintahan Maharaja Ly Thanh Tong.

Temple ni sebenarnya bukanlah religious temple tapi lebih kepada temple yang dibina khas untuk Confucius, tokoh falsafah dan politik yang terkenal di kalangan masyarakat Cina. Reka bentuk temple ni sama dengan temple yang terdapat di Qufu, Shandong iaitu tempat lahir Confucius. Temple ni dikelilingi dengan taman yang bersih dan hijau. Memang nyaman je kepala tengok pokok-pokok kat sini.

Dan kat sini juga terdapat beberapa kepingan batu yang mengabadikan nama-nama mereka yang lulus dalam peperiksaan diraja. Kagum kejap tengok bahan bersejarah ribuan tahun yang masih elok terpelihara.

Stone stelae.
Altars to Confucius and his disciples.

Temple of Literature ni antara lokasi yang wajib korang lawati kalau berada di Hanoi ni kalau korang jenis suka sejarah macam aku. Harga tiket masuk di sini pun sama macam Thang Long Citadel iaitu VND 30,000.

Selesai melawat Temple of Literature ni, aku meneruskan perjalanan ke lokasi berikutnya iaitu Ho Chi Minh Mausoleum. Jalan kaki je. Lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki camtu.

Văn Miếu (Vietnamese: Văn Miếu, Hán tự: 文廟[1][2]) is a temple dedicated to The President Ho Chi Minh Mausoleum (Vietnamese: Lăng Chủ tịch Hồ Chí Minh) is a mausoleum which serves as the resting place of Vietnamese Revolutionary leader & President Ho Chi Minh in Hanoi, Vietnam.

Ho Chi Minh Mausoleum

Ho Chi Minh Mausoleum merupakan kompleks persemadian pemimpin revolusi Vietnam iaitu Ho Chi Minh atau juga dikenali sebagai “Uncle Ho”. Senibina makam ini menyamai dengan tempat persemadian bekas pemimpin Soviet iaitu Lenin yang terletak di Moscow. Mayat Uncle Ho ni pula diletakkan telah diawetkan dan diletakkan di dalam bekas kaca dengan suhu yang terkawal supaya tubuhnya tu tak terjejas.

Aku tak masuk pun ke sini. Plannya nak amik gambar dari jalan besar je. Tapi tersilap jalan.. sudahnya tak jumpa. End up, bila naik Grab bike pastu baru perasan. Snap je la dari atas motor. Tambahan pula, masa nak masuk ke makam ni nak kena beratur panjang dan ada jalan yang ditutup. So, lupakan saja lah. Oh.. by the way, kalau korang nak masuk ke makam ni, juga dikenakan bayaran iaitu sebanyak VND40,000.

Image by falco from Pixabay

Anyway, di sekitar kawasan HCM Mausoleum ni terdapat juga tempat-tempat lain yang korang boleh lawati. Di antaranya Ho Chi Minh Museum, One Pillar Pagoda, rumah Ho Chi Ming dan lain-lain. Actually One Pillar Pagoda tu ada termasuk dalam list yang aku nak pergi. Tapi disebabkan jalan akses ke situ ditutup, dan kalau aku nak pi juga, kena tunggu dia buka lagi beberapa jam.. so aku malas. Skip je lah. Tapi kalau korang beli tiket untuk memasuki HCM Museum, korang boleh melawat sekali pagoda ni sebab ia terletak berhadapan dengan museum. Tiket nak masuk ke museum ni juga berharga VND40,000.

Dah habis pusing kat sini, aku amik Grab Bike untuk pergi ke last destinasi di area West Lake ni iaitu Tran Quoc Pagoda.

Trấn Quốc Pagoda (Vietnamese: Chùa Trấn Quốc, chữ Hán: 寺鎭國), the oldest Buddhist temple in Hanoi, is located on a small island near the southeastern shore of Hanoi’s West Lake, Vietnam.

Tran Quoc Pagoda & West Lake

Tran Quoc Pagoda ni adalah kuil tertua di Hanoi yang berusia mencecah 1450 tahun! Ia terletak di atas sebuah pulau kecil di West Lake. Nak masuk ke sini percuma je. Cuma korang kena take note… tak boleh pakai revealing clothes, sleeveless, short skirt dan seluar pendek. Dah la aku pakai short je masa ni. Tapi ada je yang masuk. So, aku just masuk je la. Tak explore sampai dalam pun. Kat luar je. Segan la kan. So, kalau korang nak pi, make sure pakai seluar panjang atau kalau pakai short tu, standby je kain dalam beg. Sarung je bila perlu. Kira hormat adat budaya mereka la kan.

Anyway, West Lake ni agak besar juga tapi kalau korang lalu kat pesisiran tasik ni, bau hanyir tu kuat menusuk kat hidung. So, aku takleh nak jalan lama-lama kat sini. Snap pic dan record serba sedikit video, terus book Grab Bike untuk balik ke Old Quarter dan pekena egg coffee.

Tran Quoc Pagoda @West Lake.
Penjaja di jalan masuk Tran Quoc Pagoda.
West Lake.

Giang Café is humbly hidden on a small lane on Nguyen Huu Huan Street in the city’s old quarter. It may be difficult to find for visitors, but it is well worth the effort. It continues to be hugely popular among Hanoi’s coffee addicts with its special ca phe trung, or egg coffee.

Egg coffee @Cafe Giang

Destinasi untuk aku mencuba egg coffee ni sudah tentulah di Cafe Giang, tempat lahirnya coffee ni. Cafe Giang telah mula beroperasi pada tahun 1946. Katanya, idea membuat kopi menggunakan telur ni tercetus kerana pada ketika tu susah untuk mendapatkan susu di Vietnam. So, sebagai pengganti, pemilik cafe ni dengan kreatifnya telah menggunakan telur dan beberapa bahan lain untuk menghasilkan egg coffee ni.

Cafe Giang… since 1946!

Harga secawan egg coffee panas kat sini kalau tak silap aku ialah VND30,000 (lupa nak key-in dalam Expense Manager.. hahaha). Selain hot egg coffee, terdapat juga egg coffee ice… juice and even beer yang diletakkan telur dijual kat sini. Dari segi rasa, first time try ni aku macam okay okay je la… tak berapa nak fancy sangat. Sebabnya bagi aku masih terasa lagi kehanyiran telur tu. Dan cream dari telur tu korang kena kacau bebetul dengan kopi. Bagi aku, kalau kau rasa cream tu je macam manis gile kot. Entahlah.. tak berapa nak gemar sangat. Mungkin aku kena try sekali dua lagi kot. Next time la pergi. Hahaha.

Cafe Giang ni memang sentiasa penuh sebab kalau korang nak try egg coffee ni, di sinilah tempatnya. Bukan di cafe-cafe lain. Sebab depa yang cipta resepi ni.

Hot egg coffee.

Dah cukup syarat pekena egg coffee, aku terus menuju ke Thang Long Water Puppet Theatre untuk membeli tiket untuk show kat sini. Aku plan untuk tengok show pada jam 6.30 petang. Aku pilih untuk membeli tiket berharga VND200,000… second row seat. Puas hati sikit nak tengok dan senang aku nak record video later (untuk korang juga… hahaha). Oh ya.. korang dibenarkan untuk record atau ambil gambar persembahan kat sini ya (aku siap tanya kat kaunter lagi).

Thang Long Water Puppet Theatre.
Done beli tiket…

So, bila tiket show dah siap dibeli dan jam pun dah dekat 12.00 lebih tengahari, so aku decided untuk pergi lunch di Zaynab dan balik berehat dulu kat bilik. Nanti around 4.00 petang camtu, bila dah redup sikit barulah aku plan nak keluar semula untuk merayap kat area Hoan Kiem Lake tu sementara menunggu show water puppet nak start.

Sampai kat Zaynab, aku order set nasi dengan udang sweet sour macam biasa. Bila tengah lapar, semuanya sedap kan? Hahahaha..

Sodappp!

So, jumpa di post seterusnya. Aku akan share pasal Thang Long Water Puppet show ni. See ya!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.