Pulau Perhentian Kecil
Percutian 4 hari 3 malam yg di-organisekan oleh Dee and the gang yg berharga RM200 lebih termasuk transportation, tempat tinggal and snorkelling. Rugi la kan kalau tak join! The best part was… cuma aku je seekor kumbang yg dikelilingi oleh 14 bungaan yg kembang dan yg kembang tak jadi. Hahahaha.
Dari Station Putra KL naik bas ke Jeti Kuala Besut. Bertolak malam so sampai Kuala Besut awal pagi. Sempat breakfast kejap kat situ. Then, nak ke pulau kami naik bot laju. Lebih kurang setengah jam kami sampai di Pulau Perhentian Kecil. Stay kat Samudra Beach Chalet. Betul2 mengadap laut. Sangat gumbira!!! So aktiviti kami kat sana seperti biasa… makan, snorkelling, berposing, main game, bertukar2 cenderamata, barbeque, mengumpat, bergossip, berlawak, makan, cuci mata.. dan makan lagi.. dan cuci mata lagi. Sampai lah ke last day. Bebudak ni aktif bersukan bagai. Aku ngan Kerol pula kerjanya lepak kat cafe sebelah chalet tu makan2 sambil menikmati udara segar dan pemandangan2 indah (yg statik juga yg bergerak.. :P)
Snorkelling kat sini mmg best sbb hidupan marin sgt banyak serta terumbu karangnya cantik terpelihara. Kalau bernasib baik masa kat Marine Park, kita boleh terserempak dengan ikan yu ataupun penyu. Aku yg asalnya ckp dengan Bai pegi nak ambil gambar saja, sudahnya bila dah masuk dlm air seronok sampai taknak kluar2! Sampai birat kena sunburn kat badan.. 6 bulan pastu pun tak hilang2!!
Dan last day masa nak pulang ke jeti, bot kami kena tahan dengan polis marine sbb pakcik bot bawa lebih muatan (lebih 2 org je..). Dah satu keje masing2 kena tunjuk IC bagai. Dah la bebudak ni dah lambat nak kejar bas. Macam2 hal pakcik2 polis tu. Nasib baik sempat. Tapi aku tak join balik dengan derang. Aku terus ke Kuala Terengganu sbb kebetulan ada event masa tu. Dan masa ni juga lah aku sempat berkenalan dengan pasangan dari Holland, Wietse & Claartje yg kebetulan tgh menunggu bas yg sama nak ke KT utk ke Pulau Kapas. Menghabiskan sisa2 cuti sebelum balik katanya… 😀
Cantik gambar ikan dalam air jernih tu..
Crystal clear hokkaayyy!!!