Yeay.. boleh rip dan ulang beribu kali dlm kereta!!! |
Selain kaset dan videotape, aku juga gila mengumpul majalah/suratkhabar yang memaparkan kisah mereka berdua. Dulu tabloid Bacaria (ada lagi ke sekarang?) ada keluarkan rencana/biografi Allahyarham. Aku tak pernah miss. Tiap-tiap minggu aku kumpul. Pastu dengan majalah URTVnya. Macam-macam majalah lagi la. Tapi bila pindah rumah, aku tinggal semua tu. Malas nak bawa. Sekarang ni, bila fikir balik, terkilan sangat. At least, kalau aku tak nak, mungkin aku boleh sumbangkan kat arkib atau badan-badan yg berkaitan kan? Sayang.. sayang…
Kenapa aku minat P. Ramlee dan Saloma? Mungkin sbb aku membesar dengan filem-filem dan lagu-lagunya. In fact family aku kalau buka tv ada cerita P. Ramlee sure layan punya. Especially Salim. Siap hafal lagi skrip-skrip terutama dari filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan lain-lain. Saloma pula aku suka sbb dia unik. Selain suaranya yg lemak merdu, Allahyarhamah punya gaya tersendiri terutamanya ketika menyampaikan lagu. Suara macam dia memang susah nak jumpa lagi sekarang ni. Apa saja jenis lagu dia boleh bawa dengan baik. Memang sesuailah title Biduanita Negara diberikan kepadanya. Dulu sekitar tahun 1989/90 kat RTM1 ada siarkan program “Nostalgia Biduanita Saloma” (kalau aku tak silap lah) selama beberapa minggu. Dari masa mudanya sampailah ke akhir hayat. Yang melakonkan wataknya adalah anak saudara Allahyarhamah sendiri, Rozita Rohaizad. Bagus rancangan ni. Tiap-tiap minggu aku follow. Tapi sayang, takde diulang tayang lagi. Mungkin diorang ingat takde siapa nak tengok kot? Silap la kan.. aku yakin peminat Saloma dan P. Ramlee ramai je kat Nusantara ni (termasuklah sayeeee.. :D)
See.. walaupun aku layan K-Pop, jati diri Melayu (dan Arab juga) masih lagi kuat. Jangan terkejut kalau korang nak kereta dengan aku, aku mendendangkan lagu-lagu asli Melayu dengan penuh perasaan!! Hahaha. Cik Scabbers pernah mengalami “penyeksaan” seperti ini!
By the way, kat bawah ni gambar yang sempat aku ambil masa visit Rumah P. Ramlee kat Penang tu. Aku paling suka bahagian bilik tidurnya. Sangat cozy dengan tilam yang kelihatannya sangat empuk!
A few points yg aku dpt dr posting ni:
1. Kau manja dgn Baba
2. Salim tu kelakar orangnye
3. Akan fikir 5-6kali pasni utk naik kereta kau. "Enter at your own risk!"
1. of coz!!! cucu kesayangan kan… hahahaa
2. salim bukan setakat kelakar.. malah mampu mencapai tahap kelucahan jua
3. Suara aku buluh perindu hokkaayyyy!
Aku pun suka gile semua cerita dan lagu dia. Ok cerita yang kelakar jelah. Yang sedih tu melampau sangat. Malas pulak aku nak tengok. haha.
Eh, kalau kita cuba cari balik DNA dia kat rumah dia tu, agak-agak kita boleh klon P.Ramlee yang baru tak?
Ye itu mmg betul.. yg sedih tu kekadang stress tgk jugak! Hahaha. Kalau nak carik DNA ko agak lokasi mana paling sesuai? Kat bilik tido atau rumah kecil yg Marjinah tak pangkah? 😛